Food Review : Tealive - Bang Bang Chocolate

Food Review : Tealive - Bang Bang Chocolate | Awalnya Marina hanya tahu yang menu Tealive adalah 'Milk Tea' sahaja. Kalau translate 'Milk Tea' ke Bahasa Melayu, namanya teh susu, kan? Agaknye rasa teh susu kot ye? Marina tak minat minum teh susu. So, Marina tak tergoda nak mencuba Tealive. Apa yang membuatkan Marina nak try Tealive ni sebab rupanya dia ada menu lain selain 'Milk Tea' seperti coklat dan buah-buahan. Marina teruja nak cuba Tealive ni kerana bobanya.


Bubble Tea / Boba Tea

"Boba" dikenali sebagai "mutiara" atau "pearl." Dalam konteks minuman seperti minuman teh boba atau bubble tea, "boba" merujuk kepada mutiara hitam yang biasanya diperbuat daripada tepung ubi kayu. Mutiara ini digunakan sebagai tambahan dalam minuman, memberikan rasa dan tekstur yang unik ketika dikunyah.

Sebenarnye bubble ni dah lama wujud. Masa Marina sekolah menengah pon Marina dah pernah minum bubble ni. Tambahan plak sekolah sebelah shopping mall.

Disebabkan pengaruh dan ajakan dari kawan Marina pon trylah. Masa tu member kata honey dew sedap. Bila Marina cuba, serius memang sedap. Sejak dari tu, setiap kali ke kedai tu, Marina akan order menu yang sama.

Pada masa tu Coolblog, Xing Fu Tang, Tiger Sugar dan yang seangkatan dengannya belum wujud lagi.

Latar Belakang Tealive

Pada tahun 2012, dua usahawan muda Malaysia iaitu Bryan Loo dan Winne Chan, mengasaskan Tealive. Bryan Loo, yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang makanan dan minuman, bercita-cita untuk membawa minuman teh boba, yang sangat popular di Taiwan ke Malaysia.

Outlet pertama Tealive terletak di Kota Damansara, Selangor. Reaksi pelanggan terhadap minuman mereka sangat positif pada mulanya, yang membantu pertumbuhan rantaian.

Dengan kejayaan awal ini, Tealive berkembang pesat dan kini mempunyai lebih banyak lokasi di seluruh Malaysia. Minuman mereka seperti teh susu mutiara dan teh boba yang boleh disesuaikan dengan pelbagai perasa dan tambahan, telah memikat pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

Tealive telah berkembang menjadi salah satu syarikat minuman terkemuka di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini mempunyai cawangan di beberapa negara di Asia Tenggara.


Kenapa Tealive Popular?

Tealive adalah rangkaian minuman popular, telah berkembang menjadi sebahagian daripada industri masakan Malaysia. Ia muncul dalam industri minuman dengan konsep minuman teh yang inovatif dan menarik, menawarkan pelanggan pilihan minuman unik dan pelbagai perisa.

Kedai Tealive terkenal dengan pelbagai jenis teh seperti teh susu mutiara, teh buah-buahan dan teh boba. Mereka menggunakan pelbagai jenis bahan berkualiti tinggi dan perisa semula jadi untuk mencipta minuman yang menyegarkan dan lazat.

Bagi peminat teh Malaysia, kedai minuman ini telah menjadi mercu tanda. Tealive telah memenangi hati ramai orang kerana minuman seperti teh susu pearl yang lembut, teh buah yang menyegarkan dan boba tea yang mengasyikkan.

Apa yang menjadikan Tealive ni unik adalah kerana pelanggan boleh memilih menu sendiri. Korang boleh menambah minuman korang dengan gula, perasa dan pilihan tambahan seperti pudding, mutiara dan sebagainya. 


Menu di Tealive

Terdapat pelbagai pilihan minuman dan perasa untuk memenuhi selera pelanggan yang berbeza. Beberapa pilihan menu yang biasa terdapat di Tealive :

Pearl Milk Tea 
Minuman ini mengandungi teh hitam yang segar dicampur dengan susu yang lembut, diberi tambahan pearl (mutiara hitam manis) yang terkenal.

Signature Fruit Tea
Minuman buah-buahan segar seperti strawberi, mangga, atau kiwi dicampur dengan teh yang menyegarkan dan pilihan tambahan mutiara.

Boba Tea
Minuman popular yang mengandungi teh hitam atau teh hijau dengan tambahan boba (pearl atau gelembung manis) dan susu.

Matcha Latte 
Minuman dengan teh hijau matcha yang kaya dengan rasa, dicampur dengan susu untuk kesegaran dan kelembutan.

Roasted Milk Tea 
Teh hitam dengan perasa yang lebih kuat dan dicampur dengan susu yang lembut, memberikan rasa yang hangat dan mengasyikkan.

Yogurt Smoothies 
Minuman yogurt sejuk dengan pelbagai pilihan perasa buah-buahan seperti strawberi, kiwi, atau mangga.

Mango Tango 
Minuman berperasa mangga yang segar dan menyegarkan, sesuai untuk peminat buah tropika.

Oreo Milk Tea 
Teh hitam dicampur dengan susu dan hirisan Oreo yang lezat.

Honey Lemonade
Minuman berperasa madu dan lemon yang menyegarkan dan sesuai untuk cuaca panas.

Lychee Soda 
Minuman berperasa lici yang berkarbonat, memberikan kesegaran yang luar biasa.


Harga Tealive

Harga minuman di Tealive boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis minuman dan saiz yang korang pilih. Harga minuman biasanya bermula dari RM6 hingga RM12 atau lebih, bergantung pada cawangan dan lokasi kedai. 

Korang boleh rujuk menu Tealive yang terkini di cawangan mereka atau laman web rasmi mereka untuk mendapatkan senarai harga bagi minuman yang korang suka.

Bang Bang Chocolate



Review Tealive Bang Bang Chocolate

Disebabkan Marina suka coklat, Marina nak cuba rasa Tealive - Bang Bang Chocolate. Minuman ni dia serve dengan warm bubble. Marina beli saiz regular yang berharga RM7.90. Setelah dicampur dengan SST, harga satu cup regular ni dalam RM8.50. 

Apa yang boleh Marina katakan mengenai air Tealive Bang Bang Chocolate ni, air dia rasa seperti ice chocolate biasa sahaja. Rasanya ok, tak begitu manis. Sesuai untuk yang muda sehinggalah yang tua. 

Dengan warna bobanya yang hitam dan seperti agar-agar, siapa sangka boba diperbuat daripada tepung ubi kayu kan? Bubble di Tealive ni tak liat, lembut dan mudah dikunyah. 






Post a Comment

6 Comments

  1. Memang tengah hangat dan ramai yang dah cuba dan review.PC belum cuba lagi..

    #alhamdulillah PC dah follow blog ni..#1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. tak teruja pon sebab milk tea tu teh susu kot. Marina tak minum teh susu.

      Delete
  2. tak sedap yang ni, menyesal beli. Rasa dia macam minum air coklat tawar. nothing special pun

    ReplyDelete
  3. bila baca entri ni baru perasan sejak sek memang dah ada bubble ni dah kan. kalau ana, ana suka cool blog punya jer. tealive x pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina pla terbalik. Tak pnah try coolblog.hihi

      Delete