Tempat Makan Malam Menarik dan Sedap di Ipoh : Labu Sayong Signature, Meru
Tempat Makan Malam Menarik dan Sedap di Ipoh : Labu Sayong Signature, Meru | Selalunya lepas balik dari kerja, Marina akan beli makanan di kedai je. Kalau rajin, Marina makan di kedai. Kalau penat, Marina tapau je makan di rumah. Nak masak, agak penat jugaklah sebab anak-anak pon makan tak banyak. Kita pulak yang sakit hati sebab penat masak. Bukan masak tak sedap, (puji diri) tapi memang diorang sejenis makan sikit. Sudahnya Marina ambik keputusan, takyah penat-penat masak, bila rasa nak makan, beli je. Bukanlah tak masak langsung, kadang-kadang datang mood rajin, Marina masak jugak. Biasanya waktu weekendlah Marina masak. Mostly banyak belilah. Kalau korang tanya Marina tempat makan mana yang best kat Ipoh ni, bolehlah Marina suggest beberapa tempat makan yang menarik. Tapi tempat makan yang sedap di Ipoh ni, Marina boleh bagitahu mana yang Marina pernah makan je lah ye. Walaupon banyak tempat makan yang menarik di Ipoh, banyak yang Marina tak pernah cuba lagi, sebabnya susah nak parking dan terlampau crowded. Jauh tu Marina tak kisah sangat sebab mostly tempat makan yang sedap-sedap di Ipoh ni jauh dari rumah Marina. Jauh pon salah satu sebab Marina tak pergi mencuba di tempat-tempat makan viral di Ipoh ni. Kalau nak makan jauh dari rumah biasanya Marina akan pergi sama ada pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
Pada korang yang jarang masak, satu masalah yang biasa dihadapi bila teringin nak makan masakan Melayu di restoran pada waktu malam, memang susah nak jumpa kan? Masakan Melayu yang Marina maksudkan di sini adalah lauk pauk ye. Bukan yang goreng-goreng. Sebab inilah masalah Marina jugak sebenarnya. Kadang-kadang cakap ngan husband, teringin nak makan masak lemak atau masak sambal ke pada waktu malam. Nak masak lepas bekerja, penat dan tak rajin. Waktu malam kebiasaannya yang korang jumpa masakan Thailand dan Western. Kan kan? So Marina nak perkenalkan pada korang restoran yang ada menyajikan masakan lauk Melayu pada waktu malam iaitu Labu Sayong Signature. Kalau datang Ipoh, tetiba teringin nak makan masakan lauk pauk Melayu pada waktu malam, bolehlah datang sini. Dah lama tahu restoran ni wujud tapi Marina baru berkesempatan nak datang makan sini. Husband pon on je bila Marina ajak datang makan di sini. Apa menu yang ada di Labu Sayong Signature, Meru, Ipoh ni? Marina pon teruja nak merasa makanan kat sini.
Labu Sayong Signature, Meru, Ipoh
Labu Sayong Signature terletak di Meru, Ipoh. Kalau korang tahu di mana Bulatan Meru Ipoh, di situlah Labu Sayong Signature. Labu Sayong Signature ni betul-betul di hadapan Bulatan Meru. Lokasinya terletak berhampiran Hotel Casuarina @ Meru.
Senibina restoran Labu Sayong Signature ini begitu unik dan cantik. Senibinanya bercirikan rumah tradisional iaitu Rumah Kutai yang merupakan rumah tradisional Perak. Terasa seperti berada di dalam rumah kampung. Di sini korang boleh pilih sama ada hendak duduk di dalam atau di luar restoran. Di dalam restoran Labu Sayong Signature ni berhawa dingin tau. Nak duduk di dalam restoran korang perlu bukak kasut. Ala macam masuk dalam rumahkan, kenalah bukak kasut. Masuk dalam restoran Labu Sayong Signature ni memang terpegun tengok hiasan di dalam restoran ni. Di setiap meja diletakkan Labu Sayong yang merupakan trademark di Perak ni.
Makan Malam di Labu Sayong Signature
Akhirnya dapat juga makan masakan Melayu pada waktu malam di Labu Sayong Signature, Meru, Ipoh. Susah nak jumpa masakan lauk Melayu waktu malam. Kadang-kadang teringin juga merasa air tangan orang lain jugakkan?
Labu Sayong Signature sedang buat promosi untuk set makan malam. Set promosi makan malam untuk 2 orang makan. Harga set makan malam ni RM45. Menu set promosi adalah merupakan Hidangan masakan Perak. Terasa nak merasa masakan Perak bolehlah cuba menu ni. Menunya termasuklah :
• Ayam Tepet Cili Berapi
• Daging Masak Lemak
• Fillet Ikan Masak Masam Manis
• Sayur Campur Goreng Udang Geragau
• Sago Gula Melaka
• Sirap Selasih
Untuk makan malam, waktu operasinya bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam.
Review Marina Mengenai Makan Malam di Labu Sayong Signature
Sesampai je di restoran Labu Sayong Signature, Marina tak lepaskan peluang bergambar dulu di restoran dia. Cantik. Ramai pasangan pengantin yang bergambar di sini tau. Nampak klasik je gambar kahwin korang nanti. Lagi best kalau datang malam. Hiasan lampu di luar restoran Labu Sayong Signature ni cantik sangat. Marina suka makan di sini sebab selesa, bersih dan servisnya cepat. Kat sini parking senang, parking tak perlu dibayar. Free je. Khas untuk pelanggan mereka.
Yang paling penting Marina nak cerita kat sini adalah masakan dia. Memang sangat berpuas hati. Marina paling suka Daging Salai Masak Lemak dia. Sedap, tak begitu pedas, sesuailah untuk budak-budak makan. Daging dia lembut dan tak liat. Ayam Tepet Cili Berapi walaupon nama Berapi, masih boleh terima lagi kepedasan dia. Serius Marina suka masakan ayam cili dia. Ayam tak keras, senang Marina nak makan sebab Marina pakai braces. Hanya yang pakai braces je tau betapa susahnya nak makan, tambah-tambah makanan yang keras. Anak-anak Marina pulak suka makan Fillet Ikan Masak Masam Manis. Bertambah-tambah nasi putih diorang makan. Portion dia banyak okay walaupon set ni untuk 2 orang makan. Set ini juga ada menyediakan dessert iaitu Sago Gula Melaka. Dah lama gila Marina craving Sago Gula Melaka. Sejuk je masuk tekak dan tak muak.
Marina sarankan korang pergilah cuba merasa sendiri kesedapan set promosi ni. Korang boleh makan di sini ataupun take away. Jom nikmati suasana di Labu Sayong Signature dalam video Marina ni.
Tempah Tempat di Labu Sayong Signature
Untuk makluman lanjut mengenai Labu Sayong Signature korang boleh contact di :
Bestnya! Senanglah kalau nak makan masakan lauk melayu malam hari, pergi sini je. Selalu memang jarang jumpa kalau lauk melayu malam². Selalu tengahari je kan sis. Bagus ni. Tempat pon cantik je
Wah macam suasana kampung restoran ni. Interior pun terasa macam makan dalam rumah je. Tak sangka ada menu masakan melayu sampai ke malam. Balik Perak nak makan sini. Boleh ke boleh?
Wah cantiknya tempat makan Labu Sayong Signature tu! No wonder nama dia Labu Sayong, memang betul2 ada display labu sayong kat situ ek, menarik! Makanan semua pon nampak sedap 😍
Walaupun Kitkat ni Chinese, tapi lauk2 yang atas meja tue semua kegemaran Kitkat ahhh!! Aduiii nak pergi skrg, tak boleh rentas negeri pulak... Lepas dah pulih sikit, sure akan g cuba try test makan kat sini....
wah.. kat meru raya ke ni? menarik.. adui.. kampung TB sendiri tapi banyak benor tempat makan dan tempat-tempat kat ipoh yang Tb tak pernah pergi lagi.. huaaa.. dah macam tercampak jauh dari kg sendiri dah ni.. huhu
Biasa malam ni masak goreng2 je. Susah nak cari lauk pauk yg fresh masak. Tomyam selalu lah dengar. Hehe. Kire untunglah marina senang ada port makan lauk pauk.
Lama betul dah tak ke Ipoh.. sejak balik Kelantan ni just explore negeri sendiri je. tu pon belum habis2 lagi. btw menarik ni. kalau ke IPOH nanti boleh la cuba.
I'm Marina | Work As Planning Engineer at Sewerage Company | Part Time Blogger | Part time Content Creator | Part Time Creative Designer. For any review and collaboration kindly please email to : marinabashah@gmail.com
34 Comments
Bestnya! Senanglah kalau nak makan masakan lauk melayu malam hari, pergi sini je. Selalu memang jarang jumpa kalau lauk melayu malam². Selalu tengahari je kan sis. Bagus ni. Tempat pon cantik je
ReplyDeleteTu la. Tau dah tempat makan malam yg ada lauk Melayu kan.
DeleteSetnya menarik sebab ada desert.Harga pun ok.
ReplyDeleteMenariknya...mesti rasa mcm balik makan kat kampung kan
ReplyDeleteWahhh menariknya tempat dia. Makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteCantikkan
DeleteDuk lalu je tiap kali bawa anak² ke dataran tu.. next mmg kena teejah jugak la
ReplyDeleteLaaaa rumah kakak dekat area meru jugak. Idok laaa perasan restoran ini . next time nak balik nanti nak pi try lah
ReplyDeleteOoo ye ke. Baru tau
Deletewahhh nicenya tempat makan, rasa macam zaman dulu dulu la pula .. suka tengok tingkap design tradisional tu.
ReplyDeleteCantik tempatnya. Tapi sedih lah bila baca entri Ipoh. Sepatutnya next mont nak pergi honeymoon tapi PKPB pula. Takpe lah, safety first.
ReplyDeleteSambil menjamu selera, sambil menjamu mata. Seronok kalau dapat makan di tempat menarik, dengan hiasan serta dekorasi yang berbeza.
ReplyDeleteWah macam suasana kampung restoran ni. Interior pun terasa macam makan dalam rumah je. Tak sangka ada menu masakan melayu sampai ke malam. Balik Perak nak makan sini. Boleh ke boleh?
ReplyDeleteBoleh boleh
Deletecantik la tempat die. takpe sekali sekala nak makan luar..kala hari2 kopak jugak duit nnti..hehe
ReplyDeletecantik la tempat die. takpe sekali sekala nak makan luar..kala hari2 kopak jugak duit nnti..hehe
ReplyDeleteWah cantiknya tempat makan Labu Sayong Signature tu! No wonder nama dia Labu Sayong, memang betul2 ada display labu sayong kat situ ek, menarik! Makanan semua pon nampak sedap 😍
ReplyDeleteMenarik giler tempat ni dah la cam klasik habis. If ada rezeki Insyallah suatu hari nanti nak singgah sini la
ReplyDeleteOh yummy!!!!!! Traditional fine dining ek! I love it! Dah lama x makan masakan traditional. Thank you for sharing your review on this restaurant.
ReplyDeleteMemang betul, malam2 susah nak cari lauk2/nasi campur. Yg ada semua goreng2. Agaknya diorg takut lauk tak habis jual kot..
ReplyDeleteWalaupun Kitkat ni Chinese, tapi lauk2 yang atas meja tue semua kegemaran Kitkat ahhh!! Aduiii nak pergi skrg, tak boleh rentas negeri pulak... Lepas dah pulih sikit, sure akan g cuba try test makan kat sini....
ReplyDeleteAbih PKPB,datang sini cepat-cepat okeh
DeleteCantiknyaaa tempatnyaa...suka laaa nengok...macam makan di kampung sendiri plak kannn.. kalau ke sana nak singgah cari laaaa
ReplyDeleteDah macam makan dekat kampung. Sesuai dengan nama dia Labu Sayong. Konsep tradisional gitu
ReplyDeleteBestnya tempat macam ni. unik giler. Nampak macam menu pun menarik dengan masakan tempatan tu. Kalau ke Ipoh, nak kena cuba nanti
ReplyDeleteCabtiknya tempat ni. Unik pulak tu suka tengok. Kalau ke meeu boleh singgah nanti
ReplyDeletei also did a food review on this place. i love the traditional and rustic restaurant decor more than the food hehe
ReplyDeleteMenarik betul temoat dia.. Macam dekat kampung.. Makanna pun nampak sedap
ReplyDeletemenarik betul venue nya :)
ReplyDeleteKedai makannya menarik perhatian. Ada unsur klasik. Sago dia nampak sedap tu.
ReplyDeletewah.. kat meru raya ke ni? menarik.. adui.. kampung TB sendiri tapi banyak benor tempat makan dan tempat-tempat kat ipoh yang Tb tak pernah pergi lagi.. huaaa.. dah macam tercampak jauh dari kg sendiri dah ni.. huhu
ReplyDeleteBiasa malam ni masak goreng2 je. Susah nak cari lauk pauk yg fresh masak. Tomyam selalu lah dengar. Hehe. Kire untunglah marina senang ada port makan lauk pauk.
ReplyDeleteDh lama tak jalan2 pegi ipoh.. Nnt nak singgah sini juga lah.
ReplyDeleteLama betul dah tak ke Ipoh.. sejak balik Kelantan ni just explore negeri sendiri je. tu pon belum habis2 lagi. btw menarik ni. kalau ke IPOH nanti boleh la cuba.
ReplyDelete