BUAT COME BACK Menulis Di Blog : Tips Buat Side Income Melalui Blog

BUAT COME BACK Menulis Di Blog : Tips Buat Side Income Melalui Blog | Marina dah lama berblog since year 2010. Time tu baru nak kawen. Excited nak cerita kat blog tentang persiapan perkahwinan. Dah 8 years back. Masa tu instagram, twitter dan media sosial yang lain belum berleluasa seperti blog. Masa Marina berblog tu tak terfikir pun untuk menjana pendapatan dengan blog. 

Adalah 2 tahun kot Marina rajin duk update blog. Masa tu guna portable internet. Mudah nak bawak dan berblog menggunakan laptop. Sekarang portable internet dah terminate, unifi pon takde. Makanye guna mobile data je sebab mudah through fon. 
Sekarang bila ada instagram, orang prefer instagram kot. Prefer tengok picture than reading blog kot.

Bila marina dah kawen ni dan dah ada anak, tambah Marina bekerja pulak, masa nak berblog pon dah kurang. Masa terhad. Idea pon tak sempat nak singgah. Makanya blog bersawang sampai la ke sudah.


Sekarang after 8 years, anak yang first masuk darjah satu, masa tu ada la sikit. Time menunggu anak balik dari sekolah agama, tengah duk menung, idea datang dan Marina banyak buat observation time menunggu anak.


Kenapa Berblog? 

Pada awalnya Marina berblog hanya untuk berkongsi life Marina. Tapi siapa Marina? Ada ke yang nak baca life Marina? Menarik ke life Marina sampai orang nak follow perkembangan Marina. Dengan blog korang bukan boleh terus famous ye. Jika ramai di kalangan pembaca yang meminati kisah hidup korang, memang satu bonus pada korang untuk famous melalui blog. Menyedari kenyataan yang Marina ni bukan siapa-siapa. Jiran sebelah rumah pun tak tahu Marina ni blogger, Marina ubah sikit cara Marina menulis. Berblog melalui pengalaman yang boleh dikongsikan dengan pembaca yang bakal menghadapi situasi yang sama dengan Marina.   

Pada yang baru nak berblog, tanya pada diri sendiri,  kenapa nak berblog? Kalau hanya untuk menjana pendapatan, ye memang semua nak buat duit kan? Banyak cara untuk buat duit, tapi kenapa berblog? Nak menjadi seorang blogger perlulah ada minat, kesabaran, mempunyai idea dan ada hala tuju blog. 



Blog Masih Releven

Setelah Marina masuk kelas blog, baru Marina tahu bahawa blog masih releven. Masih ada pembaca yang membaca blog dan mencari informasi di blog. Bila ada yang membaca blog Marina sebagai rujukan, Marina sendiri teruja. Sedikit sebanyak apa yang Marina sharing di blog dibaca oleh pembaca. 

Yang paling bestnya bila entri blog Marina berada di first page google. Ini adalah idaman bagi setiap blogger kan? 


Cara menjana pendapatan dengan blog

Ramai di luar sana yang Marina dapati suka menulis, tetapi tak ramai yang tahu dengan menulis mereka boleh menjana pendapatan. Banyak cara untuk menambah pendapatan dengan blog ni. Cara-cara menjana pendapatan dengan blog :

#1 Membuat review produk dari klien

Ramai peniaga yang sedar, blog dapat membantu produk mereka dikenali. Keyword dan SEO yang digunakan di blog membantu produk mereka muncul di carian google. Macam mana nak dapatkan klien? Salah satu cara adalah meramaikan rakan-rakan dan personal branding kan diri kita. 

#2 Memasang Adsense 

Salah satu cara untuk menjana pendapatan adalah dengan memasang adsense di blog. Bukan senang nak jana pendapatan dengan adsense, ada cara-caranya untuk meningkatkan pendapatan melalui adsense ni. Kunci utama untuk menaikkan income melalui adsense ini adalah rajin. 




Buat Come Back Dengan Menulis Blog untuk Jana Pendapatan? 

Marina mula serius berblog balik pada tahun 2019. Marina mula dari zero balik. Semua entri yang lama dah delete. Cam segan cerita zaman muda remaja dulu. Blog dulu ada 1000 follower je tapi dah delete blog tu. Sayang juga blog tu. Dulu buta blog. Orang ada blog, kita pon nak ada blog jugak. Sekarang ini, harap Marina istiqomahla update blog ni sampai bila-bila. Bila dah masuk kelas, dah nampak sikit hala tuju blog tu. Walaupun berblog hanya untuk syok sendiri dan sharing, tetapi dalam masa yang sama apa yang kita sharing tu, kita dapat menjana pendapatan. Why not kan? 

Inilah antara sebab-sebab Marina mula berblog balik di samping dapat menjana income dengan berblog. Ada pembaca yang sudi baca blog Marina. Ada yang email Marina untuk dapatkan penjelasan mengenai maklumat yang Marina tulis. 


Sampai sini saja cerita come back Marina ke dunia blog. Entah berapa banyak dah Marina create blog. Semua orang boleh create blog. Tapi tak semua tahu nak berblog dengan cara yang betul. Apa yang perlu ada di dalam blog kan? Semoga apa yang Marina kongsi ni membantu blogger baru yang baru nak create blog, yang belum ada akaun blog, berfikir sedalamnya, adakah korang hendak menjadi seorang blogger?  


Post a Comment

0 Comments