Resepi : Sambal Daging Kicap

Resepi : Sambal Daging Kicap | Korang pernah rasa masakan sambal daging kicap? Nama menu pon tak tahu yang sebetulnya apa sebab ni resepi daging ni resepi arwah mak Marina. Namanya letak gitu sebab resepinya dimasak seperti memasak sambal. Cumanya yang membezakan dengan sambal lain yang biasa dimasak adalah menggunakan kicap dan cuka. 


Dapat Daging Korban

Pada Hari Raya Korban yang lalu, Mak mertua Marina berikan pada kiteorang dapat daging korban. Pada tahun ni, Mak mertua join korban bersama saudara mara sebelah husband Marina. Kalau sebelah husband mengadakan apa jua jenis kenduri, hari raya atau majlis harijadi mesti meriah dengan sanak saudara. Korban dilakukan di rumah pakcik husband. Di situ, kiteorang tengok bagaimana korban dilaksanakan, dari proses menyembelih lembu sampai melapah daging.

Setelah selesai proses korban, makcik-makcik, pakcik-pakcik, saudara mara serta yang hadir di situ bergotong-royong memasak menu untuk juadah hari raya korban. Pelbagai menu sampingan yang dibawa oleh keluarga masing-masing. Selepas habis makan, kiteorang pon balik dengan membawa daging korban yang diberikan. 


Masak Menu Hari Raya Puasa Pada Hari Raya Korban

Pada keesokannya, Marina bercadang hendak memasak daging korban tersebut. Tengah rajin nak masak, kalau tak masak awal, sampai kesudahlah daging tu terbiar lama dalam peti ais. Macam-macam menu dalam kepala ni nak masak apa. Antara cadangan menu yang Marina nak masak adalah sup, kari dan masak halia. Tapi Marina rasa menu ini adalah menu yang sangat biasa. Akhirnya, Marina buat keputusan untuk masak menu turun-temurun iaitu resepi dari arwah mak Marina. Setiap kali nak raya mesti Marina masak menu ni. Resepi ni mudah dan tak menggunakan santan pon. Kalau time raya, menu raya korang mesti masak rendang kan? 


resepi daging

Resepi Sambal Daging Kicap

Di sini Marina kongsikan resepi Sambal Daging Kicap. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak menu ni sikit je. Cara-cara nak memasak resepi ini pon mudah sangat. 


Bahan-bahan

1. Cili boh 4 sudu besar. Kalau nak guna cili kering guna 30 biji.
2. Cuka
3. Kicap manis kipas udang. Marina biasa guna kicap ni. Kalau kicap lain tak tau jadi ke tak.
4. Bawang merah besar 5-6 biji.
5. Garam dan gula.
6. Daging 1kg.


Cara-cara

1. Perap daging dengan cuka, kicap manis kipas udang dan gula. Sukatan agak-agak je. Cuka 5-6 sudu besar. Kicap 7-8 sudu besar. Gula 2 sudu besar. Kalau rasa tak cukup tambah lagi sukatan.
2. Sementara tunggu daging perap, masak sambal dia. *daging tu kalau diperap lagi lama lagi sedap. 
3. Blend dan tumis bawang merah sampai naik bau.
4. Bila bawang dah naik bau dan air dah kering sikit, masukkan cili boh.
5. Dah pecah minyak, masukkan daging yang dah diperap tadi. Tak perlu tambah air.
6. Kacau sampai sebati. Masukkan garam. Kalau tak cukup rasa tambah lagi kicap manis.
7. Keringkan air sikit. Dah siap.

Amacam? Mudah dan simplekan resepi Sambal Daging kicap ni? Lepas ni raya bolehlah korang tukar menu yang biasa kepada yang lain daripada biasa. Selalu menu yang biasa buat time raya bosan jugakkan? Selamat mencuba.

Bahan-bahan

Daging yang diperap

Post a Comment

20 Comments

  1. Lah, senang je nak buat, bahan dah ada boleh buat ni. Mesti sedap terangkat.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Saya mmg suka musim raya aidiladha sbb dapat makan banyak daging. Haha terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share resipi, maklumlah raya ini dapat daging banyak boleh try buat. Semoga ia sedap lah kalau Naim masak haha

    ReplyDelete
  4. Wahh hari ni dapat belajar resepi baru daging masak kicap....boleh laa lepas ni cuba resepi ni...thanks sharing yaa..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Dah dpt idea nk masak apa daging yg byk2 ni.. Tq for d recipe

    ReplyDelete
  6. Alahhh sedapnyaaaa. Menyesal kita tolak daging korban hari tu. Huhu~

    Rasa nak beli daging try recipe ni sbb kita pun suka perap daging lelama and masak 'simple' gini tapi yang begini lah terbaikkkkkkk! Makan tak cukup dua round i boleh gerenti!

    ReplyDelete
  7. Kita suka makan daging kalau orang potong macam ni nampak petak-petak dan rasa macam sedap jer makan saiz sama jer hehehe nanti nak cuba resipi ni lah best ni mudah jer...

    ReplyDelete
  8. Lately ni ramai yg tunjuk masak daging ya..termasuklah sis..hehehe. semalam sis buat daging goreng kunyit. Nanti nak buat yg ni pulak lah

    ReplyDelete
  9. Huhu musim raya korban ni, menu tak lepas dengan daging hehe. Siang tadi suami bawak balik daging korban dari tempat kerja dia. Dah alang-alang kat dapur ada semua bahan, esok siang boleh try masak daging ni guna resepi ni. Sedapnyeee. Thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Sambal Daging Kicap… one of my favourite local dishes… it looks easy to prepare with simple ingredients, will definitely try it one day

    ReplyDelete
  11. Sellau kalau sambal daging just gun asmabal cili kering tu..hehee..nak try la cara ni..tak pernha masak guna cuka..hehe..alamk kene cari bahan dulu la..ada bhana takde ni

    ReplyDelete
  12. Banyak daging korban dalam peti ais tu. Boleh cuba menu sambal daging kicap ni nanti hee thanks sharing!

    ReplyDelete
  13. senang bunyinye, tapi goreng daging ni ambik mase btoi. hahahha. sebab dia kena tunggu empuk jugak. btw, resepi mcm resepi mummy mek juga. mek boleh jamin ianya sedap.

    ReplyDelete
  14. yes dah ada satu respi untuk daging, Memang banyak bawa balk daging dari kampung. dah xtau nak masak apa dah.

    ReplyDelete
  15. Sedap tu sambal daging kicap, blhlah tray selalu msk Kari jer

    ReplyDelete
  16. I tried the similar recipe before using chicken. Menu yang simple macam ni la sedap kalau makan dengan nasi.

    ReplyDelete