Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, Vit's telah ke Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang untuk membantu gelandangan di sana. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban bagi masyarakat yang memerlukan.
Program CSR: Vits Dekat Di Hati
Program ini dilaksanakan adalah merupakan tanda terima kasih dari pihak Vit's kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong produk Vits selama 45 tahun sejak penubuhannya.
Di program ini, Vits telah memberikan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan produk Vits bagi meringakan beban mereka.
Sumbangan itu telah disampaikan kepada setiap penghuni oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit's, Encik Lai Yaeh Tat.
"Alhamdulillah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat diteruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penghuni di Pusat Transit ini" ulas Encik Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.
Vits (Vit Makanan KL Sdn. Bhd.)
Vits merupakan sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal dan Mee Udon Halal.
Produk Vits telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu.
Produk Baru Vits
Kini Vits didatangkan dengan 2 produk baru iaitu Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Vits Bihun Segera Perisa Sayuran.
Vits Bihun Segera:
▪Diperbuat 100% daripada beras
▪Tiada bahan pengawet
▪Tidak digoreng
▪Halal
▪Bebas Gluten
Produk ini boleh didapati secara online di Shopee, Lazada, Lelong.my, pgmall dan Superbuy.
Boleh juga didapati secara offline di Giant Hypermarket, Heromarket, Pasaraya CS danTF Valuemart.
Harga bagi Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran:
Cawan: RM3.50 (55gm × 1 cup)
Paket: RM7.00 (55gm x 5 packs)
Marina dah rasa kedua-dua produk baru ni. Ini pendapat personal Marina untuk Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran.
● Vits Bihun Segera Perisa Ketam
Marina suka perisa ketam ni. Sup dia rasa pedas-pedas manis. Tapi tak pedas sangat. Sedap sangat sampai duk teringat-ingat. Nak kena masak dan makan lagi ni. Hehe. Manis dia datang dari ketam. Perisa dia tak rasa kuat sangat. Ada sesetengah bihun segera ni rempah dia sangat kuat macam sup tulang tapi Vits Bihun Segera ni tak. Just nice. Tak berat. Vits Bihun Segera Perisa Ketam ni dia ada bagi perencah ketam, serbuk cili, minyak dan ketulan ketam rasanya. Meriah kandungan bihun ni which is I like. Hehe. Rating 10/10
Bihun Perisa Ketam |
● Vits Bihun Segera Perisa Sayuran
Sup dia pedas-pedas jugak sebab kat packaging dia memang bihun sup pedas. Tapi pedas dia tak melampau. Kalau bagi anak Marina makan pon diorang boleh tahan pedasnya. Sama seperti Bihun perisa ketam dia ada bagi minyak dan serbuk cili. Bihun Sayuran ni ada juga bagi perencah dan cendawan serta lobak merah. Sup dia ada sedikit rasa cendawan. Cendawan yang digunakan seperti cendawan yang digunakan untuk buat sup cendawan. Bihun perisa sayuran ni rasa sup dia ringan lagi daripada perisa ketam. Rempah dia hampir tak rasa. Rating 8/10 sebab Marina suka rasa sup yang medium, rasa rempah yang tak berapa kuat.
Bihun Perisa Sayuran |
Website: www.vit.com.my
Youtube: https://www.youtube.com/VitsNoodle
Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles
22 Comments
Berjaya follow blog anda ya
ReplyDeleteThank you follow. Tak jumpa button nak follow balik
Deleteuiii...bihun perisa ketam. baru ni..terbayang makan lauk ketam.mesti sedap bihun ni.
ReplyDeleteDah start jual yer?nanti boleh cari, nk try
Red Linda ~ https://anakperak.com
Bagusnya usaha sebegini. Moga lebih banyak syarikat yang akan tampil memberikan bantuan kepada yang memerlukan dan semoga semuanya dirahmatiNya serta dipermudahkanNya.
ReplyDeleteBelum pernah try produk Vits tapi usaha CSR mrk ini terbaik... membantu gelandangan.
ReplyDeleteThanks for sharing! Nampak sedapnya! Nak try juga hehehe!! Thanks for sharing!
ReplyDeletewahhhh nampak macam menarik je bihun tu... tapi suka program csr macam ni diwujudkan dapat bantu mereka yang tak senasib.. semoga ada sinar untuk mereka.. :)
ReplyDeleteI haven’t heard about Vits. But the instant noodles looks delicious. Thank you for sharing and open up my world.
ReplyDeleteWahh brand Vits ni memang dah lama di pasaran! Dulu selalu jugak beli mee Vits ni masa sekolah. best nya dapat join aktiviti macam ni. kalau ada lagi, nak join juga!
ReplyDeleteNampak macam menarik je. Nanti nak cuba carilah. Hope senang la dapat stok. Perisa ketam tu macam memangil2 je 😂 terliur tengok
ReplyDeleteSedap pulak nampak vits ni. And satu program terpuji. Semoga vits lebih maju di masa hadapan.
ReplyDeletefirst time tau ada produk vits ni. tahniah kerana menjayakan progran yang sangat bermanfaat ini.semoga usaha diteruskan lagi.
ReplyDeletebaru tau produk ni. yang bihun tu berkenan nak cuba hehe.
ReplyDeletedone follow blog ni :)
bagusnya program csr Vit ni bantu orang gelangan. erm nampak sedap mee segera tu. dah la hujan ni.. terus lapar BBL
ReplyDeleteGood to hear that the famous brand VITs doing their part in the CSR program to donate some of their delicious noodles.
ReplyDeleteBaru tau pasl vit ni... Ingat ape benda vut rupanya keluarkan produk mkanan seperti mihun tu.. Bgus juga ada dalam bekas cawan tu erk.. Bgus program yang dilakukan vit ni.. Sekali sekala tengok gelndangan..
ReplyDeleteTak pernah cuba brand Vit's ni. Memang selalu nampak dipasaraya. Bagus inisiatif Vitz untuk bantu mereka yang memerlukan. Bantuan darinpihak korporat memang sangat dialu alukan
ReplyDeleteBagus juga prog csr dari vits ni Punyai inisiatif untuk membantu orang lain. Dan sy beli stok vits ni kat rumah. Senang kalau nak masak mee goreng kegemaran anak boleh terus jer buat
ReplyDeleteBagus usaha Vits bantu golongan gelandangan ni dn mereka yg memerlurkan. Bertuah tau dpt join event mcm ni
ReplyDeleteWahh .. saya tak pernah dengar lagi jenama mee Vits ni. Berminat juga nak try! Company pun baik hati bantu orang yg susah.. sangat bagus usaha mereka ni.
ReplyDeletedone follow blog ni
ReplyDeleteada perisa ketam. menarik ni. selalu nampak brand vit's ni mee keping2 tu je. tak tahu pun ada macam ni.
ReplyDelete