5 Sebab Memilih Pusat Pakaian Hari-Hari : Tips Jimat Membeli Kelengkapan Sekolah

5 Sebab Memilih Pusat Pakaian Hari-Hari : Tips Jimat Membeli Kelengkapan Sekolah |Sebelum ni shopping kelengkapan sekolah menonong je. Tak kira budget pon. Masa tu yang bersekolah Marissa sorang je. Tahun 2020, dah 2 orang yang bersekolah. Tepuk dahi.

Sekarang dah start cuti sekolah. Misi mencari kelengkapan sekolah pon bermula.
Bulan Disember ni la ibu bapa duk sibuk nak beli segala kelengkapan sekolah anak-anak untuk tahun depan. Kalau sorang anak je yang bersekolah taklah terasa sangat. Tapi macam Marina ni, tahun depan, tahun 2020, 2 orang anak bersekolah. Yang pertama tu, Marissa nak masuk darjah 2 dan yang kedua, Miza darjah 1. Tak ke pening? Masa diorang tadika dulu, semua buku bacaan kena beli serba dua. Set buku yang sama, macam contoh buku "Bacalah Anakku" dan adalah beberapa buku bacaan yang lain lagi, sebab dua-dua anak Marina nak pakai di tadika. Dah macam anak kembar, semua kena beli 2 set.

Bukan setakat baju sekolah, kasut sekolah, tudung je yang nak kena beli. Yuran, buku latihan, buku aktiviti di koperasi sekolah pon nak kena standby duit. Mau RM400 seorang. Ni baru seorang tau. Kalau 2 orang dah RM800. Kalau bab buku aktiviti, yuran sekolah dah tak boleh nak jimat dah sebab Marissa darjah 2, Miza pulak darjah 1. Nak taknak memang kena beli jugak buku latihan dan bayar yuran. Ni semua harga standard. Carilah kat kedai buku mana sekalipon buku aktiviti harga semua sama. Buku latihan kosong pulak memang kena beli kat kedai buku sekolah sebab buku latihan kosongnya ada logo sekolah. Nasiblah baik buku teks dapat free.

Makanya Marina boleh berjimat kat baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah, beg sekolah. Nak tahu tak macam mana Marina jimat berbelanja membeli peralatan sekolah anak-anak Marina?




Tips Berjimat Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Tak semua mampu menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Mungkin ada yang tak dapat menyimpan duit dari awal pon. Ada je duit simpanan perlu dikeluarkan untuk kecemasan sebelum sempat membeli keperluan sekolah anak-anak.

Masa anak pertama, Marina main beli je mana-mana kedai yang terlintas di fikiran. Dah masuk 2 orang bersekolah, barulah beringat. Kena berjimat. Padan muko kan? Hihihi. Baru Marina tahu rupanya di Pusat Pakaian Hari-Hari Marina boleh jimat banyak. Rugi awal-awal dulu tak tahu.

Mungkin ada yang berkata jahit sendiri lagi jimat. Ye tau. Tapi tak semua ibu bapa mampu nak jahit sendiri. Marina mesin jahit pon takde kat rumah. Makan pon banyak makan kat luar, nak menjahit lagilah kurang masa.


Nak tahu tips macam mana Marina berjimat?

1. Di Pusat Pakaian Hari-Hari semua kelengkapan sekolah ada jual di sini. Baju sekolah, kasut sekolah, tali pinggang pon ada. Korang tak perlu ke lain-lain kedai dah untuk cari kasut sekolah, baju sekolah. Jimat minyak dan duit parking.




2. Sebelum ni Marina pergi kedai jual baju sekolah, nak beli baju anak pertama, Marina tak pernah jumpa pon baju sekolah yang jual set (pinafore dan kemeja putih). Anak-anak Marina ni gegirl, jadinya surveyla pinafore. Surprisingly kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada jual pinafore dan kemeja sekali, satu set. Satu set ni RM35.90 untuk saiz 24. Macam, ooo ok. First time jumpa jual yang set. Bukan pinafore je, baju kurung dan kain pon ada jual set. Kalau kat kedai lain, jual asing-asing. Pinafore RM24 dan kemeja putihnya RM25. Jadi totalnya RM49. Kalau dibandingkan, Marina dapat jimat RM13 bila beli di Pusat Pakaian Hari-Hari. Tak ke jauh beza tu?

Kalau korang bijak berbelanja kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni, korang boleh dapat full set baju sekolah, stoking dan kasut sekolah untuk yang saiz paling kecik dengan harga RM65 tau.

Set baju pinafore jenama Jony & Jeny saiz 24 : RM35.90

Kasut Jony & Jeny saiz 28 : RM22.00

Stoking Jony & Jeny (3 pair) : RM6.90

Total : RM64.80


Murah ke murah sangat?




5 Sebab Memilih Pusat Pakaian Hari-Hari Membeli Kelengkapan Sekolah 

1. Dari Tudung Sekolah ke Kasut Sekolah, Lengkap di Pusat Pakaian Hari-Hari
Sebelum ni, Marina shopping baju sekolah Marissa kat kedai lain, kasut sekolah kat kedai lain sebab kedai baju sekolah tu tak jual kasut sekolah. Ini realiti bukan rekaan semata-mata. Anak first kan, tak tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ada jual kelengkapan sekolah. Sekarang Marina dah tau, korang pon dah tau kan?

Marina tak perlu dah mencari tudung sekolah kedai lain, kasut sekolah kedai lain, kat Pusat Pakaian Hari-Hari semua ada. Korang nak cari kelengkapan sekolah semua ada di sini. Baju sekolah, tudung sekolah, tali pinggang, pen, pensel, bekas air semua ada kat sini, spentot pon ada tau. Takyah pergi 2, 3 kedai untuk melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak korang.


2. Jenama yang berkualiti dan kemas
Ok yang ni paling Marina titik beratkan. Dulu zaman Marina sekolah, baju sekolah tak banyak pilihan. Tak banyak jenama baju sekolah yang ada. Pernah beli satu jenama tu, cutting dia serius tak cantik. Labuh ok tapi kat bahu jatuh. Bila bahu ok, labuh plak tak ok. Nak buat camno, balun je la apa yang ada.

Sekarang ni dah macam-macam jenama muncul. Kita je yang kena bijak pilih. Masa Marina pergi shopping baju sekolah anak-anak dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, Marina tengok ada 2 jenama iaitu Jony & Jeny dan No Problem. Marina pilih jenama Jony & Jeny. Bila fitting baju sekolah pada anak-anak, cutting baju dia serius cantik. Ngam dengan anak-anak. Takdelah susah hati nak kena alter, potong bagai. Tudung sekolah pon ngam. Tak perlu jahit atau tetaskan benang bahagian bawah dagu tu.

Bab keselesaan tu memang tak dinafikanlah. Baju sekolah Jony & Jeny ni jenis cotton. Kualiti jenis cottonnya setanding dengan jenama baju sekolah lain. Tebal dan tak panas. Anak-anak ni kan aktif. Bila pakai cotton, takdelah panas dan tak rimas. Yang Si Miza tu, kulit agak sensitif sikit. Pakai baju yang kainnya pelik sikit, mulalah kata gatal. Tapi bila test baju sekolah jenama Jony & Jeny ni, takde plak ngadu apa-apa. Legaaa.




3. Staff yang ramah dan penyabar
Marina paling salute staff yang bekerja di Pusat Pakaian Hari-Hari. Pengunjung masuk je, ringan je mulut cakap "Selamat Datang". Mungkin SOP agaknya. Meriah kedai sambut kedatangan pengunjung walaupon kedai tengah ramai dengan pengunjung tapi masih mampu menyambut pengunjung yang baru sampai.

Marina suka staff tak ikut belakang bila kita duk tawaf dalam kedai. Staff di Pusat Pakaian Hari-Hari cuma datang tegur "nak cari apa" which is Marina suka. Ada certain kedai tu sampai ke sudah ikut montot kita. Rimas. Sudahnya memang Marina tak shopping kat kedai tersebut, keluar terus.

Satu lagi yang Marina suka, staff Pusat Pakaian Hari-Hari ni sangat sangat sangat penyabar. Senyum je memanjang. Sabar melayan kerenah pengunjung. Mintak ampun ye kalau anak-anak Marina banyak pe'el sepanjang shopping kat sini. Hihihi.

4. Banyak pilihan 
Ok yang ni part beg sekolah dan alat tulis. Banyakkk sangat yang cantik dan comel-comel. Marina suka design beg sekolah dia. Anak-anak lagilah suka. Alat tulis pon sama. Banyak sangat pilihan sampai Miqaila yang 3 tahun tu pon sibok nak beli pensel box.



5. Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari
Kat Malaysia ni ada 86 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Seluruh Negeri di Malaysia ni ada. Macam Marina kat Ipoh ni siap ada 2 outlet lagi. Korang bolehlah pilih mana-mana outlet ikut keselesaan dan yang terdekat dengan korang.



Perkara yang perlu korang tahu bila beli di Pusat Pakaian Hari-Hari



● Dapat FREEGIFT untuk setiap pembelian kelengkapan sekolah RM30 dan ke atas

1. Setiap pembelian RM30 dan ke atas korang akan dapat kalender percuma.

2. Shopping RM120 dan ke atas dapat percuma stoking putih.

3. Shopping RM150 dan ke atas, korang boleh pilih antara 2 paket stoking putih atau sepasang kasut putih. Kalau korang taknak stoking boleh pilih kasut putih. Boleh buat jogging.

4. Beli RM200 dan ke atas, korang akan dapat voucher daripada senheng.

● Berita Gembira buat pemegang kad debit/kredit CIMB

Jika korang pengguna kad debit/kredit CIMB, shopping menggunakan kad, korang boleh menikmati 15% diskaun bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2019.

● Pembelian Atas Talian
Untuk tahun ni pertama kalinya Pusat Pakaian Hari-Hari melancarkan pembelian atas talian. Kalau korang shopping barang kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari pada bulan Disember ni, korang akan dapat 15% diskaun. Korang beli RM50 dan ke atas dapat penghantaran PERCUMA! Berganda-ganda korang boleh jimat. Untung lahai badan kan?


Apa tunggu lagi? Shopping lekaih kelengkapan sekolah anak-anak sekarang sebelum FREEGIFT abih, saiz abih. Rugi tak rebut peluang!

Marina dah shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Korang dah belum?




Nak shopping online dan dapatkan 15% diskaun dan FREE postage boleh ke website diorang :

Maklumat Pusat Pakaian Hari-Hari :
Instagram : 

Post a Comment

26 Comments

  1. wow. da soping ekk?
    aida lom lagi ni.
    izzat baru sihat dari bersunat ari tu.
    takde aral, this coming sunday lah :)
    cepat beli, mudah nak dpt saiz yg kita nak, kan.

    ReplyDelete
  2. mesti anak2 marina seronokkan & tak sabar nak sekolah sebab persiapan sekolah dah siap. hehe
    tapi betul kata marina, beg sekolah kat hari2 ni menarik sangat. Hari tu masa cari untuk anak tadika, ada masuk hari-hari. tp disebabkan begnya besar2, tak jadilah beli. & yes, staf diorang ta ikut pun. just datang untuk tanya & bila kita panggil je. baru selesa nak shopping kan.

    ReplyDelete
  3. kat mana nak beli baju sekolah baru? mestilah kat kedai Hari-Hari. amboi seronok dapat baju sekolah baru ye.. kemain senyum sampai ke pipi

    ReplyDelete
  4. selamat bershopping mama. saya pun tengah shopping gak sbb anak dah masuk tahun satu tahun depan

    ReplyDelete
  5. AM pun selalu shopping kat Hari2.. Mmg puas hati dgn kualiti n harga berbaloi utk beli brg keperluan utk anak2 masuk sekolah.. Hope promosi masih ada sebab AM plan nak pegi hujung bulan nie

    ReplyDelete
  6. Hari-hari ni boleh consider murah lah and memang boleh berjimat.

    ReplyDelete
  7. Bagus akak. Shopping awal-awal. Sebab nanti lambat-lambat saiz takda. Hehe. Saya punya giliran tahun hadapan. Tak sabar nak shopping dekat Hari Hari.

    ReplyDelete
  8. Betul akak pusat pakaian Hari-Hari memang sangat menjimatkan dan juga bagus untuk golongan B40 untuk anak-anak nak mula sekolah nanti. Kita pun suka cari baju kat sini sebab ada saiz besar tapi bukan baju sekolah lah tshirt dan lain-lain uhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  9. Lega kalau sediakan kelengkapan sekolah awal-awal. Bukan sikit peruntykan tu. Tp pakaian sekolah kat Hari-Hari harga mampu milik. Seronok masuk Hari-Hari..semua ada.

    ReplyDelete
  10. Cepat la buka satu kat Sibu, Sarawak. Senang la adik-adik Rawlins bawa anak-anak saudara membeli kelengkapan sekolah kat situ. Nie ada 4 orang nie, memang akan save banyak kalau ke Hari-Hari kan

    ReplyDelete
  11. Hari2 mmg pilihan ibubapa pon tiap kali nak mempersiapkan anak2 ke sekolah. Dulu sy pon sering beli pakaian sekolah di Hari2. Murah dan berbaloi. Kualiti pon terbaik

    ReplyDelete
  12. Kak nina suka beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari sebab one stop center. Semua ada setempat. Lagipun kualiti superb dan harga mampu beli. Nak nak macam kak nina ni punya 4 orang anak yang bersekolah. Hari-Hari terbaik laaaa

    ReplyDelete
  13. Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian berkualiti.

    ReplyDelete
  14. baguslah pusat pakaian hari hari ni. dapat jimatkan perbelanjaan barangan sekolah selain memberikan kualiti yang setanding. seingat mek, mek pernah juga kunjungi pusat pakaian hari hari ni.

    ReplyDelete
  15. Hari2 mmg best .. shopping kat sini takde la mahal macam sesetengah tempat kat luar sana. Harga pakaian sekolah mmg mampu bayar dan berkualiti

    ReplyDelete