Masalah Kulit Gatal Berkerak Semakin Pulih dengan Azyma Care - Clay Body Wash

Masalah Kulit Gatal Berkerak Semakin Pulih dengan Azyma Care - Clay Body Wash | Pernah dengar Azyma Care Clay Bodywash? Azyma Care Clay Bodywash ini diperbuat daripada tanah liat. Nama pon clay kan. Orang kata tanah liat ni elok digunakan untuk merawat kulit bermasalah. Sekarang dah ada sabun daripada tanah liat ni, tak payahlah korang bersusah payah mencari tanah liat. Kalau nak tahu Azyma Care ni elok untuk orang yang ada masalah bau badan dan sesuai untuk orang yang berkulit sensitif terutamanya ekzema. Susahkan nak mencari sabun yang serasi dengan kulit? Rasa macam trauma nak cuba-cuba produk kan? Siapa yang mengalami ekzema je la tahu bagaimana peritnya kan? Salah pakai produk, merana badan. Bila sabun Azyma Care ni sampai pada Marina, Marina dah rasa tertarik. Tertarik dengan packaging dia. Azyma Care ni didatangkan dalam bentuk shower gel di dalam botol. Bila bukak packaging, bau sabun dia, amboi wanginya. Tak sabar nak guna Azyma Care ni. Baca testimoni Azyma care Clay Body Wash ni. "Kulit gatal-gatal berkerak dah makin ok ." Ok nak cuba!

Kita tengok orang yang ada masalah kulit gatal-gatal sampai berkerak ni, kita pon turut terasa peritnya kan? Apatah lagi yang menanggungnya. Silap sikit je, datanglah gatal-gatal. Semua kena berjaga-jaga. Semua kena bersih. Rumah, tempat tidur, pemakanan, baju sampailah penggunaan produk pon kena berjaga-jaga.

Marina tahu, Marina tak berada di tempat mereka yang ada masalah kulit kronik, tapi kalau Marina share dengan korang di luar sana yang dah macam-macam ikhtiar tapi menemui jalan buntu tak salah kan? Mana tau Azyma care Clay Body Wash ni boleh bantu korang. Marina tak jual tapi korang boleh refer kat website di bawah ni.





Azyma Care

▶ Produk Azyma Care Clay Body Wash berdaftar dengan NPRA, badan kawal selia kosmetik di bawah Kementerian Kesihatan.

▶ Produk Azyma Care dikilangkan oleh pengilang yang mempunyai international certificate dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa.

▶ Azyma care mempunyai taraf GMP, pengiktirafan Halal JAKIM dan ISO 9001 dan U.S Food And Drug Administration yang ketat. Setaraf dengan produk-produk terkenal yang lain yang dieksport ke luar negara.

▶Azyma care mengandungi tanah liat kaolin asli yg bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit. Di samping itu bahan bahan utama lain seperti extract Aloe Vera, Chamomile, cucumber dan lavender oil adalah semuanya natural.

▶ Azyma clay body wash juga tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti paraben, diethanolamin, pewarna tiruan dan lyral.

▶ Paling penting ianya disahkan halal Jakim, dan didaftarkan dengan KKM (NPRA).

▶ Azyma Care Clay body wash boleh dipakai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit super sensitif, termasuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas. Ianya lembut dan PHnya adalah neutral.

▶ Mandian Tanah Liat sudah mendapat pengiktirafan pakar kulit dan mendapat " Dermatologist Tested" , "Mild and Gentle" dan " Suitable For Sensitive Skin".


Kandungan dan Fungsi Azyma Care

Kaolin Clay : Bahan penyerapan semulajadi yang mengurangkan kulit berminyak.

Chamomile : Menjadikan kulit lembut, bersih dan sihat dan boleh mengurangkan pada kulit.

Lavender : Bau lavendar yang menyegarkan, menjadikan kulit berbau segar dan dapat releasekan stress secara semulajadi.

Cucumber : Mengekalkan kelembapan dalam kulit dan membantu mengeluarkan  toksin dari badan secara semulajadi dan mengekalkan kulit yang sihat.

Aloe Vera : Beta Carotene, Vitamin C dan E yang membantu mengekalkan kelembutan kulit secara semulajadi dan mengekalkan kelembapan kulit.

Body Odour Removal : Azymacare Clay Body Wash menyingkirkan bau badan dan kulit berminyak tanpa menyental secara kasar


Info mengenai SLES dan SLES

Ramai pengguna yang masih keliru dengan penggunaan bahan SLES/ SLS yang terdapat dalam semua skincare produk spt shower gel, shampoo, facial wash dan sebagainya.

▶ Sodium laureth sulfate = SLES
Sodium lauryl sulfate = SLS

SLS dan SLES adalah berbeza walaupun kedua2nya berfungsi sebagai bahan surfactent atau bahan yg dimasukkan sebagai ejen pemekat, penstabil dan bahan awet utk ketahanan sesuatu produk tersebut. Semua produk ini akan ada SLES atau SLS ini untuk tujuan yg disebutkan tadi.

▶ SLES lebih lembut, tidak pedihkan mata, less impact pada kulit dan tidak disenaraikan sebagai bahan larangan. Harganya lebih mahal dari SLS. Kesemua produk termasuk produk bayi ada campuran SLE ini. Termasuklah produk Azyma Care Clay Body Wash.

▶ SLS pula biasanya akan dimasukkan dalam kebanyakan produk skincare tadi. Ianya lebih kuat kesan, lebih banyak buih dan harganya lebih murah. Boleh juga digunakan, tetapi dalam kuantiti yang betul. Harganya lebih murah. Azyma Care produk tidak ada bahan ini.

▶ Untuk rujukan, pengguna boleh rujuk produk-produk mandian bayi sekali pon akan ada SLES ini tapi bukan SLS.


Testimoni Azymacare Clay Body Wash

Testimoni pengguna adalah ianya dapat hilangkan bau badan walaupun berpeluh sepanjang hari. Untuk yg bekerja di dalam pejabat aircond, kulit tidak kering, malah lembab semulajadi sepanjang hari.

Untuk yang ada masalah kulit seperti ekzema, ruam, jerawat badan dan gatal-gatal, ramai yang telah mencuba dan memberikan feedback yang positif. Dengan menggunakan Azymacare Clay Body Wash dapat mengurangkan masalah tersebut.




Gatal berkerak settle dengan Azymacare


Kulit licin dan lembut macam spa



Azyma Group

● Syarikat 100% bumiputra Islam.
● Mempunyai Ahli Penasihat Syariah yang memantau perjalanan dan produk syarikat kami berlandaskan syarak dan halal.
● Syarikat didaftarkan dengan SSM sebagai Azyma Group Sdn Bhd (1260884-K).


Pengalaman Marina Menggunakan Azyma Care

First time Marina nak guna Azyma care ni rasa berdebar-debar la pulak. Baca dekat botol Clay Body Wash dah terbayang bau tanah liat. Bila dah pump, apply kat kulit, memang wangi dan segar sangat. Serius baunya macam sabun kat hotel. 

Tekstur sabun dia likat. Tak berbuih. After dah bilas tu, rasa selesa je kulit ni. Kalau ada masalah, masalah tu flush macam tu je kalau guna sabun Azyma care ni. Haa camtu sekali.

Marina dah guna Azyma care ni seminggu. Kulit Marina ni nampak makin tegang. Macam ada anti aging plak sabun Azyma care ni. Anak-anak Marina pon guna Azyma care ni. Dalam bathroom Marina ni ada dua jenama Body Wash tau. Anak-anak Marina pilih Azyma ni berbanding yang lagi satu sebab Azyma care ni wangi.

Satu lagi nak share dengan korang, haritu masa balik dari bercuti dari pantai timur, kulit Marina naik gatal-gatal. Macam kena kutu kucing. Lepas mandi guna Azymacare ni gatal-gatal tu dah lega. Kalau guna tiap-tiap hari mesti baik terus agaknya kan?

Tu je nak share pengalaman Marina menggunakan Azymacare dengan korang. Semoga Azyma Care dapat membantu masalah kulit korang jugak. 



Produk Azyma Care adalah yang terbaik dengan mengutamakan kualiti dan kesucian. Azyma Care, Gel mandian tanah liat premium untuk korang sekeluarga.

"Kind To Your Skin, Kind To The World"


Nak dapatkan Azyma Care boleh cari Associate diorang atau terus pergi ke website Azyma Care. Dengar kata tengah on promosi.

Senarai Associate Azyma :

• Azyma Lembah Kelang/ Wilayah Persekutuan

1. Associate Azyma (AA - Putrajaya) Norshidawati

2. EA Putrajaya Syikin

3. Associate Azyma (AA - Setapak KL) Salasiyah Hassim. 

4. Associate Azyma (AA - Kuala Lumpur) Fitrah Al Hajj. 

5. Associate Azyma (AA - Ampang) Khairi

• Azyma Associates Lembah Kelang (Selangor)*

6. Associate Azyma (AA - Subang, Selangor) Ariffin Hijjaz. 

7. Associate Azyma (AA Rawang, Selangor) - Faris

8. EA Semenyih Ishak

9. Associate Azyma (AA Shah Alam, Selangor) - Sasana Gateaway

•Azyma Negeri Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

10. Stokis Azyma (SA - Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Rauhaz Global. 

• Azyma Negeri Perak

11. Stokis Azyma (SA - Negeri Perak) Feiza. 

12. EA Kamunting Azah

• Azyma Negeri Kelantan

13. Associate Azyma (AA - Kota Bharu Kelantan) NoorulAklima. 

14. Associate Azyma (AA Pengkalan Chepa, Kelantan) - Haminah

• Azyma Negeri Terengganu

15. Associate Azyma (AA Besut, Terengganu) - Mohd Noor Muda

• Azyma Negeri Johor

16. Associate Azyma (AA Johor Bahru) Syamsul

• Azyma Negeri Sabah

17. Associate Azyma (AA Kota Kinabalu) Muhashibi

Website :

Instagram:

Hubungi atau whatsapp terus:
 +6019 776 0647/ +603 6732 0647 


[Baca juga] : Bercuti di Ulek Beach Resort, Dungun

Post a Comment

17 Comments

  1. Body wash baru ye? Tak pernah lagi guna clay shower gel. I memang tau clay memang good for skin. Nak cuba juga la.

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try bodywash ni jugak la, good for dryskin too, kan!!!

    ReplyDelete
  3. Anak yang bongsu pun ada masalah yang sama.. So agak berhati2 juga memilih sabun yang betul2 sesuai dengan kulit dia..

    ReplyDelete
  4. Bahan-bahan seperti chamomile dan lavender memang bagi pengaruh kuat untuk saya cuba produk ini :)

    ReplyDelete
  5. mek dah nampak real testimoni di depan mata mek. memang keyakinan mek terhadap produk ni meningkat. lagi lagi ada anak yang mild eczema, memang elok ada di rumah juga.

    ReplyDelete
  6. Produk ni tak jual kat kedai ke? Beli online je? Berapa harga? Macam menarik nak rekomen pd mrk yang ada masalah gatal2.

    ReplyDelete
  7. Body wash tanah liat? Macam best plak bunyi sebab selalunya dengar tanah liat untuk muka kan. Kalau boleh pakai untuk sekeluarga, boleh la nak beli untuk famili Rawlins.

    ReplyDelete
  8. sesuai utk kanak2 ke ?
    ijat kulit nyer sensitif. even kakak-kakak ijat pun, kulit sensitif sgt!
    mereka ada guna bodywash utk sensitive skin. prescribe by doktor la.
    mahal!
    guna 3-4 kali seminggu jer. alhamdulillah ok. tapi mahal!!!

    ReplyDelete
  9. Nampak bagus je clay wash ni. Untuk gatal gatal kulit kan. Kalau budak budak sesuai tak
    Saya ingat nak beli juga. Untuk pakai satu family

    ReplyDelete
  10. berapa harga sebotol? baca macam menarik je. dah la banyak benefit untuk kulit.. lagi-lagi kalu ada masalah kulit gatal tu

    ReplyDelete
  11. Kak nina pun dah cuba. Dan memang best pakai Azyma clay body wash ni. Lembut moist pada kulit dan memang betul hilang bau badan!

    ReplyDelete
  12. Masalah kulit tiada lagi dgn produk azyma. Byk tgk testimoni dari azyma yg berkesan

    ReplyDelete
  13. First time dgr brand ni and pakai clay utk bodywash macam menarik je kalau try ni. Nnti blh try cari la

    ReplyDelete
  14. Pertama kali dengar jenama. tapi khasiat tanah liat oversea ni memang bagus. mereka punya mineral lain skit. harga rm berapa?

    ReplyDelete
  15. yanie pun dah try..best sangat.. wangi lak tu

    ReplyDelete
  16. Akak dah guna juga sabun ni. Memang best. Especially part hilangkan bau badan dan ruam2 gatal tu. Tidur pun lebih lena lepas mandi dengan sabun ni. Bau dia wangi dan menenangkan.

    ReplyDelete
  17. let our skin breathe in this scorchy weather. BLACKWOOD FOR MEN

    ReplyDelete