Tempat Makan Best di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu : Mr Celup Tepung Station

Tempat Makan Best di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu : Mr Celup Tepung Station | Haritu masa bulan 4 pergi ke Terengganu, tak tahu pon sini tempat viral, pengunjung duk makan celup tepung. Tak tahu kawasan ni namanya Pantai Penarik pon. Yang tahu nama tempat dia Setiu. Selepas kawan cakap singgahlah makan kat Pantai Penarik. Barulah tahu sini rupanya Pantai Penarik. Masa bulan 4 tu tak singgah sini sebab masa agak terhad dan time tu anak-anak tengah tidur. Di sini rupanya salah satu tempat makan menarik di Terengganu.

Kalau dari Kuala Terengganu nak ke Kelantan akan lalu Pantai Penarik. Di sepanjang Pantai Penarik ni, banyak sangat warung-warung celup tepung. Harga pon berlawan-lawan antara warung-warung di sini. Ada 45 ekor RM15, RM60 ekor RM15, pilih je warung mana yang korang nak. 

Dari Kuala Terengganu ke Pantai Penarik ni agak jauhlah juga. Lebih kurang satu jam perjalanan. Bagi korang yang bercuti di Kuala Terengganu dan datang menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas dan teringin nak ke Pantai Penarik tetapi susah nak mencari pengangkutan awam, korang boleh cari kereta sewa Terengganu. Bolehlah korang memandu sendiri ke Pantai Penarik dan menikmati celup tepung di sini.

Marina pilih makan di kedai Mr Celup Tepung Station. Kedai paling hujung sekali kalau dari Kuala Terengganu. Masa sampai, hujan renyai-renyai tapi kiteorang teruskan juga misi makan celup tepung di sini. Kedai viral kan. Rugi tak singgah. Marina sampai di sini dalam pukul 11 pagi. Kat Mr Celup Tepung Station ni kiteorang tak makan banyak sebab lepas check out di Duyong Marina, kiteorang dah balun Nasi Dagang di Kuala Terengganu.


[Baca] : Gunung Banang


Mr Celup Tepung Station

Kedai Mr Celup Tepung Station terletak di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Nak parking kat sini tak susah pon. Parking dia banyak dan korang bebas nak parking kat mana-mana. Jangan tengah jalan sudahlah. Kedai dia tersangatlah luas. Bawak family, anak-anak, makan di sini memang selesa, tenang dan bersih. Korang boleh pilih meja di bawah bumbung atau meja di luar bersebelahan pantai. Marina ingat nak duduk luar ambik angin pantai tapi hujan tak boleh bawak bincang, kiteorang makan kat bawah bumbung je.




Menu Mr Celup Tepung Station

Di Mr Celup Tepung Station ni pelbagai celup tepung ada jual di sini. Antaranya yang paling famous udang celup tepung. Udang celup tepung ada pelbagai saiz. Saiz sederhana RM10 sepinggan, yang besar sikit dia timbang ikut kilo. Selain udang, sotong juga menjadi 'a must list' kepada para pengunjung. Ikan celup tepung juga ada dijual di sini. Menu celup tepung telah tersedia bersusun di para, korang pilih je apa yang korang nak. Korang nak tambah cheese pon boleh. Aritu Marina tak makan celup tepung cheese. Rugi pulak rasanye tak makan yang cheese punya.

Selain menu celup tepung, Mr Celup Tepung Station juga ada menjual keropok lekor, nasi ayam, mee sup dan macam-macam lagi.

Aiskrim juga ada dijual di sini. Kalau ada aiskrim, tak sah kalau tak beli. Anak-anak Marina kalau nampak aiskrim mesti nak beli.









OOTD Di Mr Celup Tepung Station

Kalau korang makan kat Mr Celup Tepung Station, jangan lupa ber OOTD kat sini. Landscape di belakang kedai yang berlatar belakangkan pantai, cantik sangat.  Pantai dia bersih. Kalau tak hujan, Marina dah lepak kat pantai dia lama-lama. Ombak dia tak besar. Tengok kat Dungun dan Kuala Terengganu, besar ombaknya, takut tengok.

Bagi yang tak pernah sampai sini lagi, Mr Celup Tepung Station ni ada menyediakan banyak port-port menarik yang korang boleh ambil gambar. Di sini ada buaian. Merasa la kejap anak-anak main buaian kat sini. Disebabkan hujan dapat main buaian kejap je. Nasib baiklah anak tak mengamuk taknak balik. Tapi walaupon hujan renyai-renyai, Marina tak lepaskan peluang ambil gambar kat sini. Tempat dah cantik, rugilah datang sini tak ambil gambar kan buat kenangan.







Kemudahan di Mr Celup Tepung Station

Di sini, tandas ada disediakan untuk para pengunjung. Tandasnya bersih dan tandas untuk lelaki dan wanita berasingan. Surau juga disediakan untuk para pengunjung. Memudahkan para pengunjung untuk bersolat.


Review Marina 

Pada Marina celup tepung di Mr Celup Tepung Station oklah, biasa-biasa je. Harga pon oklah. Menu yang lain Marina tak cuba. Air pon Marina order yang biasa-biasa punya.

Marina suka di sini sebab dekorasi di luar kedai dia cantik-cantik. Tak rugi datang sini.

Sorry pada tuan kedai kalau Marina tulis ni. Staff di sana tak murah dengan senyuman. At least ada customer depan mata, berilah senyuman manis sikit. Muka ketat je Marina tengok.

Yang lain ok. Servis pon ok je. Tak lambat, tak cepat. Sederhana. Tapi so far makan kat sini ok je. Marina dan family enjoy makan kat sini.

Ok sampai sini je sharing Marina. Next entri Marina cerita bercuti di Tok Aman Bali pulak.



Yang ada plan nak bercuti ke Terengganu, jangan lepaskan peluang singgah di Mr Celup Tepung Station ni. Nak cari lokasi dia boleh ke Facebook :
https://m.facebook.com/celuptepungstation/

Post a Comment

16 Comments

  1. Kelmarin ada jalan-jalan di sini. Macam-macam celup tepung kami rasa - ikan, sotong, udang... Ya Allah memang heaven sangat dan memang puas hati. Next time nak bawa keluarga datang bercuti ke Setiu lah. Tempatnya pun cantik dan nyaman, kan. :)

    ReplyDelete
  2. Ha..saya pernah singgah sini memang sedap makanan kat sini tambahan yang celup2 tepung tu..adoiiii memang sedap sgt.

    ReplyDelete
  3. bab celup2 tepung ni memang famous la kat sana.sedap tu..dah lama tak makan

    ReplyDelete
  4. Lama sangat tak bercuti ke Terengganu maklumlah jauh sangat huhu jadi mana lah pernah singgah ke tempat yg disyorkan ini...entah bila la dpt makan kat restoren celup celup ini...

    ReplyDelete
  5. Best ni makan tepi pantai..tak pernah la datang terengganu..Moga ada rezeki jalan ke sini..best ni..makan seafood celup ni..

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya. Rindu nak pergi Terengganu. Kalau g sana pekena celup tepung sedap tu. thanks for suggestion

    ReplyDelete
  7. Kat pantai Terengganu ni memang popular dengan ICT ni hehehehe kita kalau pergi sana pun memang akan cari tapi bila tahu pasal tempat ni kena cuba menarik dan best juga hehehehe nak buat kat rumah tak pandai...

    ReplyDelete
  8. Uwaaaa ! Nie yang buat rasa nak datang ke Terengganu. Lamanya dh xpergi ke sana. Last dtg sana mmg ada singgah tmpt nie.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. Lama xpi ke ganu.. Dpt makan celup2 tepung ni sedap gak kan... Aduhhh terliur nya

    ReplyDelete
  10. sedapnya makan celup tepung. itulah trademark Terengganu kan? teringin pulak nak pi

    ReplyDelete
  11. kalau pergi sana, memang selalu singgah sini! makanan semua rangup dan garing macam baru lepas masak.

    ReplyDelete
  12. thank u so much for the intro, bestnya dpt layan mknn melayu kt pantai! can't wait to try it one day

    ReplyDelete
  13. Emi kalau nak balik Kelantan dari KL, dan tak rushing memang suka lalu ikut Terengganu. Benda2 sebegini la yg buat hati ni suka nak menyinggah kat Terengganu. Masakan celup tepung dia, kerepok lekornya..

    ReplyDelete
  14. Leisure nya! Makan sedap2 kat tepi pantai dengan keluarga. Masakan celup2 tepung niu nampak sedaappp!

    ReplyDelete
  15. Hujung bulan ni nak ke setiu. Nanti kalau sempat nak kena cari ni. Dah lama x makan seafood celup tepung ni.

    ReplyDelete
  16. Cantik view nya..Memang berseleralah makan! Hehe.. Haritu pergi Kelantan dan Terengganu, tak tahu pulak kewujudan tempat ni..hehe

    ReplyDelete