Cara Panaskan Susu Ibu Menggunakan Warmer : Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer

Cara Panaskan Susu Ibu Menggunakan Warmer : Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer | Penting untuk kita tahu cara nak panaskan susu ibu (EBM) dengan betul. Sia-sia je panaskan susu ibu ikut suka kita tanpa panduan yang betul. Tahu tak, bayi kita tak dapat khasiat pon dari susu ibu kalau cara panaskan susu tu salah? Tambah-tambah guna periuk, kena buat double boil, nak dapatkan suhu 40°c agak susah juga. Perlu termometer untuk sukat suhu, kan?

Zaman sekarang dah mudah. Terdapat banyak warmer di pasaran yang boleh ibu-ibu pilih untuk memanaskan susu ibu. Ibu-ibu dah tak perlu double boil atau termometer untuk pantau suhu air bagi memanaskan susu.


[Baca juga] : Doa Mustajab Depan Kaabah


Cara Memanaskan Susu Ibu (EBM) menggunakan Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer

1. Susu Ibu (EBM) beku yang hendak digunakan pada esoknya dikeluarkan dari freezer sehari sebelum.
2. Rendamkan susu EBM di dalam mangkuk berisi air paip.
3. Masukkan ke dalam chiller (tray paling atas) untuk semalaman.
4. Keesokannya, check EBM sama ada dah cair belum.
5. Bila susu ibu dah cair, if simpan dalam storage bag, salinkan susu ke dalam botol terlebih dahulu.
6. Masukkan 100ml air ke dalam Lunavie warmer.
7. Masukkan botol susu di dalam warmer.
8. On kan warmer di button warm milk (40°c). Biarkan sehingga 10minit.
9. Sebelum berikan pada bayi, rasa dulu di tangan ibu.

* Susu yang telah dipanaskan, hanya boleh digunakan untuk masa sejam sahaja.


Fungsi Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer yang korang patut tahu!

Terdapat 3 jenis suhu pada Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer ni. Fungsi-fungsinya adalah untuk:

#1 Panaskan susu EBM 

Lunavie bukan untuk panaskan susu EBM sahaja tau. Nak panaskan susu FM pon boleh. Untuk memastikan nutrisi susu EBM tidak hilang akibat terlebih suhu, penggunaan warmer adalah terbaik untuk mengekalkan suhu yang sepatutnya. Setkan Lunavie Electric Bottle and Baby Food Warmer kepada "Warm Milk" (40°c) untuk memanaskan susu EBM. Untuk memanaskan susu EBM, masukkan air di dalam warmer terlebih dahulu sebanyak 100ml.


#2 Memanaskan makanan bayi 6 bulan ke atas. 

Marina percaya, ibu-ibu yang bekerjaya, gigih buat makanan bayi mereka sendiri yang sudah berumur 6 bulan seperti puri dan bubur untuk memastikan bayi dapat khasiat yang secukupnya. Puri ini akan disimpan di dalam freezer dan bila hendak digunakan, hanya keluarkan dari freezer, panaskan dan terus boleh diberikan pada bayi terus. Tak perlu dah penat-penat balik dari kerja, baru nak potong sayur bagai. Untuk memanaskan makanan bayi, setkan warmer pada button "Heating Food" (70°c). Untuk memanaskan makanan bayi, masukkan air di dalam warmer terlebih dahulu sebanyak 230ml.


#3 Steril Perkakas Bayi

Lunavie Electric Bottle and Baby Food juga boleh digunakan untuk steril perkakas bayi seperti puting, teats, sudu, botol susu. Tak perlu guna periuk dah guna periuk. Tengok-tengok dah cair sebab terkena dinding periuk. Hihi. Setkan di button "Sterilize" (100°c) jika korang nak steril perkakas bayi. Untuk sterilkan perkakas bayi, masukkan air di dalam warmer terlebih dahulu sebanyak 60ml.

* Air perlu dimasukkan di dalam Lunavie warmer untuk ia berfungsi.



Kenapa Gunakan Lunavie Electric Bottle dan Baby Food Warmer?

■ Kontrol Panel mudah digunakan.

■ Mangkuk untuk panaskan makanan bayi, plug dan plug untuk kereta disediakan. Korang tak perlu dah beli mangkuk BPA Free untuk panaskan makanan bayi korang sebab Lunavie bagi sekali mangkuk untuk panaskan makanan bayi.

■ Boleh digunakan di rumah atau di dalam kereta. Dengan saiznya yang kecil dan ringan, Lunavie Electric Bottle dan Baby Food Warmer boleh dibawa travel bersama. Nak bawa Lunavie ni senang sebab ia tak ambil ruang yang besar. So korang yang selalu travel, bolehlah bawa Lunavie ni sekali. Memudahkan korang nak panaskan susu atau makanan bayi korang.

■ Memanas dengan sekata dan selamat. Jika korang memanaskan susu EBM dengan suhu yang tidak tepat, nutrien susu ibu (EBM) akan hilang. Kan dah rugi. Bayi korang tak dapat khasiat dari susu ibu.

■ Jimat elektrik. Takyah risau bil elektrik melambung-lambung kalau guna Lunavie warmer ni. Gas pon jimat. Tak perlu panaskan susu ibu guna dapur.

■ Arahan cara penggunaan yang mudah. Masukkan air dalam warmer dan tekan button je. Senangkan?

■ Sesuai untuk semua jenis botol bayi yang konvesional.

■ Lampu merah akan menyala dan berhenti berkelip bermakna suhu air telah mencapai suhu yang telah disetkan.

■ Warmer akan automatik kekal kepada satu suhu yang telah disetkan apabila ia mencapai suhu yang diperlukan. Makanya suhu takkan menaik dan akan terus kekal pada suhu yang telah disetkan.  Korang tak perlu risau susu atau makanan yang dipanaskan, overheat.






Spesifikasi Produk

》 Model L1060
Voltage : 220V ~ 50Hz
Power : 80W (Rumah) 50W (Kereta)
Warranty : 2 year Limited Warranty


Penggunaan Di Dalam Kereta

Untuk menggunakan Lunavie Electric Bottle dan Baby Food Warmer di dalam kereta korang perlu sambungkan plug dan DC-DC converter sebelum masukkan converter di pencucuh di dalam kereta.

Penjagaan & Penyelenggaraan

1. Sentiasa cabut plug selepas menggunakan Lunavie warmer.
2. Pastikan warmer dalam keadaan sejuk sebelun ia dicuci.
3. Buang air di dalam warmer apabila tidak digunakan.
4. Lap warmer dengan bersih menggunakan kain lap atau span lembut.
5. Jangan rendam warmer di dalam air atau apa-apa jenis cecair.
6. Pastikan warmer diisi dengan air sebelum suis dihidupkan.
7. Padam suis setelah digunakan untuk mengelakkan air di dalam warmer mengering.


Review Marina 

Lunavie Electric Bottle dan Baby Food Warmer ni memang sangat memudahkan dan mempercepatkan kerja Marina. Selamat guna Lunavie warmer ni, sebab kalau terpegang bahagian luarannya tak panas. Yang penting, Marina tak perlu nak pantau suhu air. Hanya tekan button di warmer dan terus boleh guna tanpa risau suhu air terlebih dari 40°c. Pada Marina harga Lunavie warmer ni affordable.

Harga : RM109.00

Selanjutnya korang boleh ke laman sosial Lunavie :
Website :
www.lunavie.com

Facebook :
https://m.facebook.com/mylunavie/

Instagram :
@mylunavie

Post a Comment

16 Comments

  1. Bagus ye Lunavie ni. Heheh..bagus la sekarang sebab org dah ada kesedaran tentang kebaikan susu ibu jadi macam2 produk yg memudahkan pun keluar..

    ReplyDelete
  2. bagusnya memudahkan para ibu untuk uruskan bayi. Mudah dibawa travel pulak tu, harga pun murah. A must have product for mothers

    ReplyDelete
  3. Bagusnya alatan ni. Memudahkan ibu ayah la. Zaman dulu tak banyak sangat benda2 canggih macam ni.

    ReplyDelete
  4. Wah. Menjadi mudah untuk parents nak travel kan. Just perlu ada port untuk plug in dan you are good to go.

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau ada alat ni kat rumah.wahh takdelah mahal sgt harga mampu milik.

    ReplyDelete
  6. Saya tertarik betul la dgn product ni! Masa anak kecik dulu xjumpa pulak! Insyaallah untuk anak next lah :p hihi... Size product ni pun agak kecik and portable. senang sangat!

    ReplyDelete
  7. Senang jugak guna produk Lunavie ni ye. Boleh suggest dkt wife untuk next birth ni . Tq for share

    ReplyDelete
  8. Bagus bila ada warmer macm ni..senang dan memudahkan bagi ibu-ibu, lagi ibu yang bekerja..Nad ada satu..memng nak panskan susu, nak panaskan makanan senang je

    ReplyDelete
  9. Bagus ada produk macam ni. Memudahkan kerja ibu2. Zaman sis dulu2 pun ada jugak mcm ni tapi lain brand. Now makin canggih tak macam dulu

    ReplyDelete
  10. Mudah dan praktikal. Memang menarik. Terutama buat ibu2 yg bekerja mmg sangat membantu

    ReplyDelete
  11. pernah juga guna warmer dulu2, memang memudahkan la, lagi cepat dan tak risau jika susu tu terlebih panas

    ReplyDelete
  12. Kena beli satu jugak ni untuk kegunaan baby nanti. Harga pun taklah mahal mana. Memang sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  13. Dah lama gila tinggalkan dunia ebm ni.. Dulu sampai penuh 1 deep freeser... Tpi bila da resigned memang jenuh nak ni...
    Deep freeser tu pun dah juai

    ReplyDelete
  14. bagus juga ada benda ni kan? sangat memudahkan urusan. harga pun okay dan design lawa. berbaloi kalau beli

    ReplyDelete
  15. baguslah ada produk panaskan susu ibu ni, boleh mudahkan kerja pengasuh untuk panaskan susu ibu yang disejuk beku.

    ReplyDelete
  16. Find out which refrigerator models have been given the best ratings.Best Portable Food Warmers

    ReplyDelete