Pengalaman Di Tok Aman Bali, Kelantan : Singgah di Masjid 8 Kubah, Kuala Besut | Percutian Marina ke sebelah pantai timur diteruskan lagi, dari Kuala Terengganu ke Tok Bali pulak. Masa bulan 4 haritu tak berkesempatan tidur di Tok Aman Bali sebab resortnya full.
Sebelum sampai ke Tok Aman Bali, kiteorang singgah dulu ke Mr. Celup Tepung Station di Pantai Penarik, Setiu. Menikmati udang celup tepung di sini. Tempat viral kan, haruslah singgah. Baca SINI.
Masjid 8 Kubah (Masjid Moscow), Kuala Besut, Terengganu
Selepas dah menikmati udang celup tepung, kiteorang meneruskan perjalanan, dan singgah di Masjid 8 kubah di Kuala Besut, Terengganu. Memang cantiklah masjidnye. Kubah berwarna-warni, betul-betul seperti di Moscow. Sampai di sini, husband Marina solat sunat sebentar di masjid ini. Masjidnya tak besar tapi kawasan sekitarnya luas. Tak pasti sama ada masjid ni dah siap sepenuhnya atau belum sebab jalannya berpasir, tidak bertar.Masjidnya jauh ke dalam. Di dalam kawasan perkampungan. Betul- betul di depan rumah penduduk. Kalau lalu jalan biasa dari Terengganu ke Kelantan memang takkan nampak masjid ni. Masjid ni terletak dalam 15minit dari Tok Bali, Kelantan.
Tok Aman Bali
Terletak di Tok Bali, dah hampir-hampir sempadan Terengganu. Nak ke resort Tok Aman Bali ni kena masuk keluar dari jalan utama. Pintu masuk ke Tok Aman Bali tak nampak dari jalan utama. Kena masuk ke dalam. Belakang Tok Aman Bali ini dikelilingi oleh muara. Berhadapan Tok Aman Bali ni terdapat pantai. Pantainya agak kotor, takde siapa mandi di sini sebab ombak nye agak kuat. Kawasan persekitaran di Tok Aman Bali hanya perkampungan sahaja. Adalah beberapa kedai makan di situ tapi nak ke kedai makan kena keluar ke jalan utama balik. Ada jugak kedai runcit di situ, kot kot ada emergency, pampers atau susu anak dah habis bolehlah beli di kedai runcit di situ.Facilities
Tengok dari luar, resort Tok Aman Bali nampak tak impressive sangat. Bila dah masuk lobi, Marina rasa impressive giler dengan lobi dia. Masuk ke lobi Tok Aman Bali bau wangi sangat. Suka bau dia. Best je masuk lobi Tok Aman Bali ni. Welcome drink pon ada disediakan tapi ambil sendiri je. Kiteorang duduk di lobi dulu sebab sampai awal. Staff situ kata kalau pukul 2 petang ada kosong boleh check in. Sementara tu kiteorang berjalan-jalan di kawasan resort Tok Aman Bali. Di situ ada menara pemerhati. Boleh tengok persekitaran Tok Aman Bali resort.Apa yang Marina nampak di Tok Aman Bali ni terdapat 2 blok bangunan 2 tingkat bilik-bilik untuk pengunjung. Di sini ada disediakan dewan, spa, gimnasium, taman herba dan kolam renang. Di sini pon ada disediakan aktiviti air seperti berkayak.
Pengalaman di Tok Aman Bali
Bilik di Tok Aman Bali ni cantik sangat. Marina dapat bilik di ground floor. Nasib baik bawah, takdela penat nak naik tangga tingkat satu. Bilik yang Marina menginap ni katil king. Paling suka lantai dia. Lantai kayu. Bilik boleh tahan besar jugak. Balconi pon ada. Balconi nya mengadap muara. Ada disediakan kerusi dan meja di luar. Bilik airnya ada bath tub dan shower di bilik berasingan.Kolam renang di Tok Aman Bali best jugak. Terletak di tengah-tengah antara bilik-bilik pengunjung. Ada slide. Anak Marina cukup suka kalau kolam renangnya ada slide. Kolam renang budak-budak dan dewasa di satu kolam yang sama. Tapi diasingkan dengan partition.
Lepas check in je, terus anak-anak request nak mandi pool. Sebelum mandi pool tu, kiteorang berjalan ke pantai yang terletak di hadapan Tok Aman Bali. Dah puas tengok pantai, kiteorang pergi berendam di pool dari pukul 3 sampailah pukul 6 petang.
Selepas tu, kiteorang pergi cari makan. Beli bungkus je dan makan dalam bilik. Tempat makan area Tok Bali ni macam takde yang menarik. Nak makan area situ macam tak selesa tapi makanan dia sedap.
Kat Tok Bali ni, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Nak jalan-jalan area sini pon takde apa-apa yang best.
Sepanjang jalan nak keluar ke jalan utama ni ada penjual menjual satar dan jagung bakar. Kat sini macam susah nak jumpa pisang goreng tapi satar memang ramai yang jual.
Review Marina mengenai Tok Aman Bali
Suka duduk di Tok Aman Bali. Bilik cantik, luas dan bersih. Pathway nak ke bilik-bilik tak berapa nak bersih. Ada jumpa lipas. Hehehe. Tu biasa la kot sebab resort kan open. Yang penting bilik selesa pon cukup dah.Siapa yang nak bercuti area Tok Bali, Tok Aman Bali ni bilik dia memang recomended.
Lepas bercuti di Pantai Timur, kiteorang naik ke utara teruih. Nanti Marina share percutian di utara pulak. Thank sudi baca.
12 Comments
Cantik nya bilik dia. Nampak selesa. Nanti airah bercuti di pantai timur nak try juga la stay sini
ReplyDeleteCantiknya masjid tu berwarna warni kubahnya. Kubah tu memang special la sebab macam kat Russia.
ReplyDeleteCantik kubah tu, memang menarik perhatian. Thanks sebab share pasal Tok Aman Bali nie - now dah ada idea dah jika nak bercuti ke Ganu
ReplyDeleteLama dh tak ke Kelantan, tgok dah mcm2 pembaharuan. Harap ada lah rezeki nak ke sana
ReplyDeletecantik tempat ni, pernah lalu tapi tak pernah singgah lagi. Mungkin blh buat short escape ke sini bila ke Kelantan nanti. insyaAllah.
ReplyDeleteSeronok tengok kawan-kawan bercuti . Lasy year memang tak berjalan sangat dengan anak-anak dan plan this year nak la berjalan . Tengah recce tempat gak ni dan dalam perancangan nak jugak ke Pantai Timur
ReplyDeleteEh cantiknya masjid tu. Kenapa saya tak tau kewujudan masjid tu. Serius cantik sangat design dengan color die. Unik
ReplyDeletebestnya tengok rumah dia..dapat jalan-jalan sini..masjid tu menarik warna dia..bila la dapat ke sini..lama sanagt tak jalan Kelantang , ganu ni
ReplyDeletebest yer marina cuti2 dari teganu ke Tok bali. pernah stay sana byk kali juga, mmg best selesa. anak2 suka
ReplyDeleteThis is a beautiful place take. I wanna go there for a short holiday too
ReplyDeletewuii cantiknya.. lisa tka pernah pergi lagi ke kelantan .. huhu nanti la cuba set time nak pergi sini pula
ReplyDeleteThis mosque is a marvel from constructional and compositional perspective. Other than this miracle, the first mosque was straightforward outside structure, which was worked with dates leaves and palm trunks. The building was amazingly basic; it was organized with mud-dividers. Afterward, the structure was decorated and engorged.
ReplyDeletelearn Quran