Nak ke Pulau Langkawi ada 3 cara. Rasanyela. Yang pertama, naik feri kereta tinggal di Kuala Perlis. Yang kedua, naik roro, bawak kereta sekali naik feri. Yang ketiga, naik flight.
Marina pergi Pulau Langkawi naik roro. Korang tahu tak pergi Pulau Langkawi boleh naik roro? Tau tak roro tu apebende? Roro ni merupakan feri yang boleh dinaiki oleh kenderaan. Alah macam kat Pulau Pinang tu.
Marina dah buat preparation seawal 3 minggu untuk ke Pulau Langkawi. Dari tiket feri, hotel dan tiket ke under water world, kabel car dan sebagainya. Sebabnya, Marina pergi time Chinese New Year. Musim cuti sekolah. Paham-paham je la. Marina pergi Pulau Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Berbaloi lah guna perkhidmatan ni.
Marina keluar rumah pukul 3 pagi. Ambil mak mertua then terus memulakan perjalanan. Sesampai je di jeti Kuala Perlis, selepas mendaftar, sementara nak tunggu masuk feri, kami singgah di masjid terlebih dahulu untuk sarapan. Mak mertua masak bihun goreng.
Langkawi Auto Express (Roro)
Marina booking tiket di website Langkawi Auto Express. Kat situ kena isi details apa yang diminta seperti jenis kereta, IC pemandu, nama penumpang dan sebagainya. Koramg kena email sekali IC pemandu dan geran kereta pada diorang.
Bila dah isi semua details, tarikh korang nak pergi tu, korang perlu mendaftar di kaunter Langkawi Auto Express terlebih dahulu. Kaunternya bersebelahan Masjid. Korang perlu mendaftar sejam setengah awal dari masa korang nak bertolak. Bila dah daftar, diorang akan bagi macam tiket untuk display di dash board.
Tiket Marina pukul 10 pagi. So kena daftar pukul 8.30 pagi. Punyalah rushing nak cepat sampai. Tengok-tengok kaunter pon tak bukak lagi. Staff di situ kata, kereta boleh masuk feri pukul 9.30 pagi.
Sebelum masuk roro, ada staff di situ yang akan collect balik tiket tersebut. Marina naik roro di jeti Kuala Perlis. Di Pulau Langkawi nanti, akan turun di Jeti Lembung.
Feri ni ada 3 tingkat :
Tingkat bawah - tempat park kereta,
Tingkat satu - Tempat duduk berhawa dingin dan boleh lepak ambik angin laut di luar,
Tingkat atas - Tempat duduk berhawa dingin
Di setiap bawah kerusi penumpang, disediakan jaket keselamatan.
Feri ni tersangatlah luas, selesa. Tempat duduk yang banyak. Ada tempat duduk yang ada meja. Bolehlah korang makan kat meja ni. Feri ni juga ada menyediakan tandas. So takyah risau kalau korang sakit perut dalam feri.
Dalam feri ni jugak ada kedai. Jual roti bakar, keropok, air dan macam-macam lagi.
Sementara nak menunggu sampai ke destinasi, korang boleh menonton movies dalam feri. Taklah rasa bosan.
Percaya tak feri ni bas ekspres pon boleh naik tau. Serius kagum. Yang nak menghantar roti ke kedai-kedai di Pulau Langkawi pon naik feri ni.
Sebab Naik Roro (Kereta Naik Feri)
Ni antara sebab-sebab yang Marina pilih untuk naik roro berbanding pengangkutan lain:1. Murah. Mengikut perkiraan Marina, bawak kereta menaiki roro berbanding parking kereta di Kuala Perlis adalah lebih murah. Kalau parking di Kuala Perlis, satu malam RM10. Kalau 3 hari dah RM30. Sewa kereta yang Marina tanya di Langkawi RM330 (kereta sedan manual) untuk 4 hari. Kalau menaiki roro, pemandu tak dikenakan tiket feri.
2. Tak perlu berangkut beg pakaian, selipar, kasut, bekas susu anak, masuk ke feri. Biar je dalam bonet kereta.
3. Nak shopping senang. Masuk je barang shopping dalam bonet kereta. Takdelah penat, berat berangkut barang shopping time balik.
4. Tak perlu susah payah mencari parking kereta di Kuala Perlis. Marina tengok parking kereta kat sini punyalah penuh dengan kereta. Susah nak cari parking. Siap ada parking jauh sangat dari jeti. Ada 5km kot kena berjalan kaki.
Harga naik roro:
Kereta 1500cc
6 penumpang
Total RM452.00
Pengalaman Marina Naik Langkawi Auto Ekspress
Serius tak sangka dalam roro selesa macam ni sekali. Berhawa dingin. Feri bergerak pon tak terasa. Masa perjalanan hampir dua jam jugak dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Sama macam naik feri biasa.Mujur anak-anak Marina tak mabuk laut. Tak diam deme dalam feri. Keluar masuk keluar masuk. Husband Marina berpeluang tengok dolphin lompat-lompat dalam air. Ruginya tak dapat tengok sebab duk ngisahkan anak keluar masuk keluar masuk feri. Lagipon kat luar panas dan takde tempat duduk, tak larat nak berdiri lama.
Sempat Marina buat entri ni semasa berada di dalam roro. Gigih tak?
Sampai sini je sharing Marina. Korang dah pernah naik roro ke?
Website :
Contact :
(Resv) 604-966 1600, (Ticketing office) 604-969 2888/2880, (Kuala Perlis office) 604-985 1584/1901
27 Comments
saya dah 12 tahun tak pi pulau langkawi. haha. dahsyat sangat padahal dok dalam kedah ja :D
ReplyDeleteBiasa kalau tempat dekat, akan bertangguh ke sana. Hehe
Deletewahh baru tahu. bulan 2 ni nak pergi langkawi, tapi kalini naik flight beli masa sale airasia haritu. lepasni buat itinerary kat langkawi pulak hehe :)
ReplyDeleteWorait. Nanti marina buat itinerary
Deleteowner Roro ni awa kenal sbb ada sangkut keluarga. tp awa sndiri x naik lagi roro
ReplyDeleteYe ke awa. Melayu punya la ye
DeleteWahhh ni pertama kali tahu feri jenis bawa sekali kenderaan. Kalau kat Pulau Pinang memang tahu. Boleh la kalau nak ke Langkawi naik roro ni.
ReplyDeleteNaik roro tak pernah tapi suka gila naik feri pergi balik Langkawi - perkhidmatan feri dia dah selesa sangat dah sekarang.
ReplyDeleteLast ke Langkawi 5 tahun lepas.. Dan belum test naik RORO lagi. Okay...next..boleh try drive kereta dan gunakan perkhidmatan RORO ni. Takpayah nak sewa kereta lagi kan.. Bestnye...
ReplyDeleteSejujurnya dah berapa kali ke Langkwi ni, belum pernah lagi ke sana naik Ferry..semua naik flight aje, sampai sana sewa kereta.
ReplyDeleteOne day nak gak laa cuba, thanks Marina for info, boleh save ni..
Bestnya dapat tengok dolphin! Dulu naik roro dekat Labuan muntah jugak la sebab pening. Roro dia tak macam yang ni. Doa cepat sampai je sebab panas & pening
ReplyDeletetak pernah naik roro lagi sebab jarak rumah ke jety dekat je. selalu family yg hantar jimat part parking hehe.
ReplyDeleteSaya pun dah lame x visit Langkawi. Rasa nak ke sane naik roro juga la. Hehehe.
ReplyDeleteSeriously baru tau pasal roro ni hehe..bagus la artikel ni so sy pun buka mata caranya nak berjimat di Langkawi
ReplyDeletetak pernah lagi pergi langkawi guna Kereta Naik Feri. btw thank you for sharing. boleh jadi rujukan bila2 nanti kan.
ReplyDeleteBaru tahu roro tu ferry..hehehe. tak pernah lagi ke langlawi naik ferry..selalu naik kapalterbang je. Satu hari nak cuba jugak lah
ReplyDeletelamanya tak pergi langkawi. dulu pegi dengan rombongan sekolah je. dgn family tak lagi. in shaa Allah boleh guna roro ni nnti.
ReplyDeleteHari tu pergi langkawi sewa kereta, so for the next maybe boleh try roro. Thanks for the suggestion. Mcm best pula tgok naik roro ni
ReplyDeleteLepas ni pergi Langkawi bolehlah guna tips jimat yang akak share kan ni. Dulu kalau nak pergi main redah je
ReplyDeleteDulu pernah plan nak pergi naik roro jugak ke langkawi. Tapi full. Memang kena book awal awal kalau nak bawak kereta naik roro ni.
ReplyDeleteDah lama nya kita tak jengjalan Langkawi. Seronok baca , terus rasa nak buat family trip ke Langkawi
ReplyDeleteBaru tau pasal roro ni..harga dia murah juga ye..sennag bawak keret sekali..tak yah angkut beg semua..siap bas pun boleh masuk..perghh
ReplyDeleteOk nice sharing psal roro ni.. Kalau pi byk hari mmg berbaloi la sewa roro.. Kalau mcm kami org dekat ni... Mcm tak berbaloi gak.. Tpi kalau byk hari jadi berbaloi.. Biasa kadang2 pi langkawk 1 mlm ja... Tpi dah lama gak takpi langkawi
ReplyDeleteHa'a betul. Kalau pergi banyak hari jimat
DeleteTak pernah dengar pun pasal roro harini baru tau apa itu roro.. Hehehe.. Tips bagus ni nak travel ke sana.. Wawa dh lama xpi langkawi
ReplyDeleteBestnya kita pun lama tak pergi Langkawi ni hehehe rindu nak pergi sana.. Pergi bawa kereta lagi murah lah kalau naik flight hehehehe bagus tips ni kita nak pergi bulan depan...
ReplyDeletethanks for sharing. bagus tips ni, kadang kat langkawi mahal2 juga especially makanan dia.
ReplyDelete