Percutian di Pulau Langkawi : Itinerary dan Tempat Makan - Makan Beronok?

Percutian di Pulau Langkawi : Itinerary dan Tempat Makan - Makan Beronok? | Banyak nak bercerita pasal percutian ke Pulau Langkawi ni. Marina masuk ni dah 4 kali ke sini. Semua Marina melalui pengalaman yang berlainan.

Pengalaman yang pertama pergi rombongan bersama makcik. Tak banyak yang Marina ingat. Lama dah pergi ke sana.

Pengalaman yang kedua mengikuti aktiviti berkhemah di tempat Marina belajar dulu. 5 hari duduk di Pulau Langkawi. Tapi bukan pergi shopping ye. 5 hari tu macam-macam aktiviti Marina buat. Berkhemah, berkayak, meredah hutan. Bawak air botol 500ml 4 botol dalam bag camping. Tak mandi 5 hari, mandi air laut je. Nak melepaskan hajat pon, guna air botol yang masing-masing bawak. Kalau abis-abis la. Itulah air untuk minum jugak.

Pengalaman yang ketiga, mengikuti rombongan tempat kerja arwah ibu Marina. Naik bas. Time ni rasanya takde mandi laut pon. Hanya pergi shopping sahaja, menaiki kabel car, melawat makam Mahsuri dan menaiki bot tengok helang makan dan tengok ikan di rumah sangkar.

Kalini yang keempat bersama husband, anak-anak dan mak mertua. Mak mertua Marina baru first time jejak Pulau Langkawi ni. Ini itinerary Marina sepanjang bercuti di Pulau Langkawi.

tempat makan di Langkawi



Itinerary Di Langkawi

Di sini Marina kongsikan itinerary sepanjang Marina berada di Langkawi


Day 1 (23/01/2020)

10.00 pagi : Naik feri Langkawi Auto Ekspress dan turun di Tanjung Lembung
12.00 tengahari : Lunch di Kak Yan Nasi Campur
1.30 tengahari : Menaiki SkyCab
3.30 petang : Check in di Malibest Resort, Pantai Chenang
6.30 petang : Patah balik area SkyCab. Masuk SkyRex. Tak sempat nak masuk SkyDome dan 3D Art Museum sebab tutup pukul 7.30 malam. Tiket dah beli pakej. Rugi kalau tak pergi. Marina ada story macam mana nak buat verification if tak sempat nak pergi dalam satu hari. Korang boleh sambung esoknya. Marina share kat SINI macam mana nak buat verification.
7.40 malam : Beli laksa di Lapangan Terbang. Makan di bilik.

■ Laksa Lapangan Terbang
Laksa RM5. Ada jual laksa ikan sekor jugak. Tapi time pergi tu ikannya dah abih. Tak silap Marina yang ikan sekor punya harganya RM7. Kuah laksanya dah sedap dah. Tapi dia duk letak daun pelam pulak dalam laksa. Spoil nak makan laksa dengan tenang.

Malam tak ke mana-mana sebab baru sampai Pulau Langkawi. Berehat di bilik je.


Day 2 (24/01/2020)

8.00 pagi : Breakfast kedai mamak
9.30 pagi : Island Hopping [Baca SINI]
10.30 pagi : Tasik Dayang Bunting, tengok helang makan
11.40 pagi : Mandi di Beras basah
2.00 petang : Lunch di Kak Yan Nasi Campur
3.30 petang : Ke SkyDome dan 3D Art Museum 
6.00 petang : Mandi kolam dan main tepi
Pantai Chenang di Malibest
8.30 malam : Melepak tepi Pantai Chenang. Tengok persembahan api sampai pukul 10.00 malam

Pasir di Pantai Chenang lembut yakmattt. Suka pijak pasir kat Pantai Chenang. Pantainya lebar.


Day 3 (25/01/2020)

8.00 pagi : Breakfast. Husband beli breakfast. Makan di bilik.
9.30 pagi : Ke Under Water world 
11.40 pagi : Pergi melawat Makam Mahsuri
12.40 tengahari : Ke Beras Terbakar, Padang Mat Sirat
1.30 tengahari : Melawat kedai Nusantara Gamat Langkawi
2.30 tengahari : Lunch kat warung tepi jalan
3.30 petang : Check in Hotel De Baron, Pekan Kuah
3.30 petang : Shopping di Idaman Suri, Kompleks Haji Ismail Group dan RAMS Deco. Banyak Marina borong coklat kat sini. Mak mertua siap beli melamin.
5.30 petang : Pergi ke Dataran Lang. Datang Pulau Langkawi wajib ke sini kan?
8.00 malam : Beli makanan warung tepi jalan. Makan di bilik.

■ Mee Kari area Pekan Rabu
Malam tu dinner Mee Kari. Sebungkus RM8. Sedapnya ya ampunnn. Sedap yakmat. First time rasa Mee Kari sesedap ini. Ada ayam, fishball dan fishcake banyaklah jugak. Tepi jalan je warung dia. Ada deret-deret warung di situ. Bersebelahan warung jual western food. Area Pekan Rabu.

tempat menarik di Langkawi


Day 4 (26/01/2020)

7.30 pagi : Breakfast di bilik
8.30 pagi : Mandi kolam di De Baron
11.00 pagi : Shopping di Haji Ismail Group Bazar
12.00 tengahari : Lunch di Kak Yan Nasi Campur
1.30 tengahari : Check in di Langkawi Auto Ekspress
4.30 petang : Sampai di Jeti Kuala Perlis

■ Makan Beronok di Kak Yan Nasi Campur
Perasan tak dalam Itinerary ni? 3 kali Marina makan kat Kedai Kak Yan Nasi Campur. Memang best sangat makan kat sini. Jenis lauk tersangatlah banyak dan murah hokeyyy. Dia 30 minit dari Pekan Kuah. Ada satu menu yang menarik perhatian Marina. Beronok namanya. Rupanya macam kerang. Marina ni suka mencuba makanan. Marina ambik sikit je sebab nampak macam kerang. Marina haiwan cengkerang-cengkerang ni, tekak Marina takleh terima. Kembang tekak jadinya.

Baru tahu beronok ni haiwan eksotik macam gamat. Rasa dia macam kekacang. Diorang masak kerabu beronok. Kerabu beronok dia sedap sangat. Patutla nampak macam kerang, dia potong kecik-kecik.

pantai cenang



Review Marina

Actually area Pantai Chenang ni dah terlalu best. Macam-macam kedai berdekatan ada di resort sini. Pantai dia best. Pasir lembut tapi air lautnya tak sejernih di Beras Basah. Aktiviti di tepi-tepi Pantai Chenang ni pon best!

Yang tak bestnya nak parking area sini tersangatlah susah. Ada pembinaan hotel menjadikan parking agak terhad. Sepanjang ada di Pantai Chenang ni, agak buang masa di sini mencari parking.

Banyak jugak Marina save duit bila beli tiket kat SINI siap ada diskaun lagi. Tiket termasuklah Naik Skycab, SkyDome, SkyRex, 3D Art, Island Hopping dan Underwater World. Berbaloi-baloi booking siap kat situ.

Secara keseluruhannya percutian di Pulau Langkawi ni memang best. Rasa taknak balik je. Ada rezeki nak repeat sini lagi.




Post a Comment

16 Comments

  1. i love langkawi.
    makan best. byk tempat best nak bwk anak2.
    tapi tu la. bertahun dah tak jejak kaki ni dgn anak2.
    dok plan jer tiap tahun, marina, sampai nyer tak.
    hu hu hu hu anak2 semua exam besar. kelas tambahan la. tuisyen la.
    camne la ibu nyer nak plan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Anak-anak dah besar ada exam, plan nak berjalan agak terhad

      Delete
  2. Alamak baca ittenery ni baru ingat Sis pun belum siap nak update cerita Langkawi Sis, adik asyik tanya aje hahahaha...bestkan gi Langkawi..tapi buat masa ni kena stop jap ke sana, dek sebab virus ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. Nak juga repeat ke Langkawi kengkononnya cuti sekolah bulan 3 nanti lah tapi...bila nengokkan harga bilik hotel....boleh pengsan dibuatnya.....

    ReplyDelete
  4. Yes! Boleh la nak rujuk lokasi makan-makan untuk trip ke Langkawi hujung bulan ni kelak. Dahlah dapat kengkawan yang suka makan gak

    ReplyDelete
  5. Wah! Sronok nyer dpt cuti2 Langkawi. Saya Dah lama x turun Langkawi. Rasa rindu sgt. Good travel post btw.

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat jalan jalan di langkawi dengan family. tengok gmbar makan beronok tu terliur pulak kita malam malam ni. huhu

    ReplyDelete
  7. Seronoknya pergi langkawi dah lama tak pergi. Tahun ni harap ada rezeki la nak pergi

    ReplyDelete
  8. rasa cam 3 years back last pi Langkawi. syok kan? suka sangat especially the view dan food.

    ReplyDelete
  9. Wahhh good sharing kat sini kita memang plan nak pergi Langkawi hujung bulan ni kan Rawlins boleh lah buat sebagai rujukan hehehehe banyak tempat best dan sedap ni kena cuba buat review sekali wakakakaka..

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi langkawi, ahh rindu. Hari tu nak naik cable car, tapi disebabkan angin kuat, so cable car tak gerak, so terus tak jadi. Nanti one day pegi sana lagi. Nak pegi dengan langkawi dengan husband pula lepas ni.

    ReplyDelete
  11. sekali jer pernah sampai langkawi ...InsyaAllah ada rezeki nak pergi lagi sebab banyak lagi tempat tak jejak ...masa peegi tu langkawi ada LIMA ..syok jugaklah tengok jet naik turun

    ReplyDelete
  12. Lama tak pergi Langkawi.. Rindu la pulk.. Best dapat pergi dengan keluarga kan.. Banyk juga tempat menarik sekarang ye

    ReplyDelete
  13. LANGKAWIIII.... rindunya nk ke langkawi lagi,... awa asal utara so kalau balik kampung Langkawi antara tempat yg selalu pergi. cuma skrg ni dh makin mahal huhu

    ReplyDelete
  14. Haiii Kak Marina 🥰🥰

    Langkawi memang best..coklat pun best 😆

    ReplyDelete