Tips Pilih Bilik / Rumah Sewa

Tips Pilih Bilik / Rumah Sewa | Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk mencari bilik atau rumah sewa. Perkara ini perlu dititikberatkan untuk mendapatkan bilik atau rumah sewa yang sesuai, selesa dan yang penting kena dengan bajet dengan kita. 

Di Ipoh, pada Marina agak susah hendak mencari rumah atau bilik untuk disewa. Ini berdasarkan pengalaman Marina beberapa tahun yang lepas semasa Marina memerlukan rumah sewa sementara menunggu rumah yang dibeli siap dibina. Merata Marina mencari rumah sewa, bermula dari Bercham sehinggalah ke Gunung Rapat, Pengkalan ke Simpang Pulai masih gagal mencari. Semasa mencari, ada juga Marina jumpa rumah yang kosong tetapi tiada iklan di rumah tersebut. Marina bertanya pada jiran sebelah rumah yang kosong, jirannya juga tiada maklumat berkenaan rumah tersebut. 



Apa perkara yang dipertimbangkan untuk memilih bilik / rumah sewa?

Sebelum bersetuju untuk duduk di bilik / rumah sewa, perkara ini yang Marina pertimbangkan dulu.

1. Dekat dengan tempat kerja

Yang ni paling penting. Marina akan survey rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja Marina. Jimat duit minyak.

2. Kawasan perumahan

Marina akan tengok kawasan perumahan. Sunyi ke tidak. Tengok kawasan kejiranan ok ke tidak. Kalau jumpa jiran-jiran, cuba tanya ok ke tidak rumah yang nak disewa tu. Mana tau ada sejarah rumah yang korang nak sewa tu kan.

3. Budget

Yang ketiga barulah Marina tengok budget. Sewa bulanan berapa, kena tak dengan budget kita. Wang pendahuluan macam mana. Kadang ada owner rumah yang mintak 2 bulan deposit tak termasuk lagi deposit air dan elektrik. Mau dekat RM3ribu kot depositnya.

4. Hitam Putih

Buat perjanjian bertulis dengan owner dan penyewa supaya apa-apa jadi takdelah dua-dua pihak susah di kemudian hari.

5. Keluasan

Kalau untuk bilik, tengoklah luas bilik dulu. Sesuai tak dengan korang. Barang banyak kang takut tak muat pulak nak letak dalam bilik.

6. Housemate / Roomate

Tengoklah housemate / roomate korang macam mana. Ok ke tidak. Ramah ke tidak. Mungkin korang boleh tanya background mereka serba sedikit. Kerja apa dan berkaitan.


Setakat ini sahaja tips daripada Marina. Apa-apa pun pilihan yang korang buat, pilihlah yang terbaik untuk korang. Kita menyewa ni bukan untuk sehari dua. Kalau tiba-tiba tak serasi, dah nak kena pindah rumah lain. Bukan senang urusan pindah-memindah ini. Agak renyah da semua menggunakan duit. Korang perlu memikirkan hendak bayar sewa pengangkutan, deposit rumah dan sebagainya.



[Baca juga] : Zakat@Family Inisiatif Lembaga Zakat Selangor Hebahkan Zakat Harta

Post a Comment

2 Comments

  1. Senang ni marina. Nak cari umah sewa terus refer post Marina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Nak memudahkan yg tgh mencari rumah sewa area ipoh

      Delete