Pagi tu, husband belikan breakfast. Breakfast di bilik sahaja. Memandangkan Underwater World bukak pukul 10 pagi, kiteorang berkemas bilik dulu. Loading barang dalam kereta sebab nak berpindah resort di Pekan Kuah pulak. Saje nak merasa resort lain-lain.
Pukul 9.30 pagi kiteorang check out dan terus bergerak ke Underwater World.
Harga tiket :
Dewasa : RM36
Kanak-kanak : RM26
Marina dah beli siap-siap dah tiketnya. Tapi still kena tunjuk tiket purchase di kaunter untuk ambil gelang masuk ke Underwater World.
Masuk-masuk je terpacak akuarium depan pintu. Dalam akuarium tu, ada ikan Arapaima, ikan air tawar yang terbesar di DUNIA tau. Kagum tak? 3 meter lebih panjangnya.
Mostly semua Marina suka dengan hidupan laut dalam ni. Cantik-cantik dan unik. Di sini terdapat udang kecil merah (maaflah tak baca satu-satu namanya, Marina suka baca informasi tapi pahamlah kalau bawak anak-anak, tak menyabor. Jalan laju je. Asal tengok. Kalau ada yang menarik perhatian barulah duk lama sikit). Warna merah pekat udang ni. Di sini juga ada belut halus, king crab dan obor-obor. Batu karang pon ada. Cantik-cantik.
Pukul 9.30 pagi kiteorang check out dan terus bergerak ke Underwater World.
Harga tiket :
Dewasa : RM36
Kanak-kanak : RM26
Marina dah beli siap-siap dah tiketnya. Tapi still kena tunjuk tiket purchase di kaunter untuk ambil gelang masuk ke Underwater World.
Masuk-masuk je terpacak akuarium depan pintu. Dalam akuarium tu, ada ikan Arapaima, ikan air tawar yang terbesar di DUNIA tau. Kagum tak? 3 meter lebih panjangnya.
Hidupan laut dalam
Banyak hidupan laut dalam yang tak pernah tengok ada di sini. Masuk sini terasa tenang dan kagum dengan hidupan-hidupan ni. Kalau nak menyelam laut dalam semata nak tengok hidupan laut dalam ni taklah kot.Mostly semua Marina suka dengan hidupan laut dalam ni. Cantik-cantik dan unik. Di sini terdapat udang kecil merah (maaflah tak baca satu-satu namanya, Marina suka baca informasi tapi pahamlah kalau bawak anak-anak, tak menyabor. Jalan laju je. Asal tengok. Kalau ada yang menarik perhatian barulah duk lama sikit). Warna merah pekat udang ni. Di sini juga ada belut halus, king crab dan obor-obor. Batu karang pon ada. Cantik-cantik.
Penguin
Di sini terdapat pelbagai jenis penguin antaranya African penguin dan Rockhopper penguin. Setiap jenisnya diasingkan tempatnya. Marina sempat tengok time African Penguin diberi makan oleh staff di sini. Staff yang menerangkan informasi pada kiteorang tu menyatakan, setiap penguin di sini telah di'tag' kan pada lengan penguin. Tag hitam penguin jantan, tag merah penguin betina dan penguin hijau belum diketahui jantinanya.Marina suka Rockhopper Penguin. Kenapa dipanggil Rockhopper? Agaknya ada bulu-bulu kuning di mata dia agaknya. Nampak Rockers. Kalau siapa tengok cerita Madagascar mesti perasan ada penguin Rockhopper ni. Unik dan nampak garang.
Persembahan Sea Lion
Kiteorang diberitahu oleh staff yang jaga di pintu masuk. Sea Lion akan diberi makan pukul 10.45 pagi. Tak sangka rupanya bukan sahaja diberi makan tetapi ada juga persembahan dari Sea Lion. Persembahan dari Sea Lion selama lebih kurang 10 minit ini berjaya mencuit hati para pengunjung.Tak sempat nak ambik gambar Sea Lion. Ambik video diorang buat aksi je. Terpegun dengan aksi diorang. Staff yang tengah bercerita semasa Sea Lion buat persembahan pon dengar tak dengar je sebab asyikkk sangat tengok Sea Lion.
Ikan Jerung
Jenis ikan jerung yang ada di Underwater World, Langkawi ni adalah jenis Blacktip Reef Shark. Ikan jerung ni saiznya kecik je.Touch Section
Di sini terdapat satu section di mana korang boleh pegang hidupan-hidupan laut di sini. Antara hidupan yang ada di sini ialah tapak sulaiman, gamat dan ikan buntal. Yang ni jenis-jenis boleh pegang. Section lain jangan korang gi pegang pulak walaupon diorang dari suku sakat yang sama. Karang lain pulak jadinya.Hidupan lain
Di sini terdapat juga burung kakak tua, flamingo, ular dan katak.Kedai Souvenir
Tak sah kalau ke mana-mana tempat pelancongan tak jual souvenir kan? Sebelum keluar dari Underwater World korang akan lalu kedai souvenir terlebih dahulu. Harga barang di kedai souvenir ni takdelah mahal mana. Di sini lebih banyak pilihan berbanding tempat lain. Marina dah survey keychain area Pekan Kuah, harga lebih kurang je.Review Marina
Hidupan air di sini seperti ikan dan penyu semuanya besar-besar di sini. Terpana sekejap bila masuk Underwater World. Kat sini Marina spend dalam sejam lebih. Tu belum baca lagi informasi setiap hidupan di situ.Agak kecewa sikit sebab nak tengok kuda laut tapi tak tau yang jumpa ni kuda laut atau tak. Serius tersangat sangat sangat halus. Tapi so far datang sini best!
Marina suka bawak anak-anak tempat-tempat macam ni. At least diorang boleh tengok ikan, penyu, pemguin in real life. Ada rezeki nak bawak anak-anak pergi tempat lain seperti ini jugak nanti.
[BACA SINI JUGA : Island Hopping Pulau Langkawi]
23 Comments
Seronoknya jalan-jalan. Teringat masa pergi sana dulu, kami pegang gamat. Dalam air kembang, bila dipegang mengecil je jadinya. hehe
ReplyDeleteAtul ada tag Marina dalam segmen Beeha ya.
Orait arul. Hehe
Deletebest yer bawa anak-anak teroka hidupan laut di underwater world. teringin juga nak bawa anak2 datang sini nanti, sebab banyak binatang yang rare boleh tengok depan mata
ReplyDeleteScroll-scroll ternampak beluit tu terus meremang di buatnya...
ReplyDeleteDah dua kali ke Langkawi, tapi tak juga berkesempatan nak masuk sini...kena datang lagi gamaknya ek...
harga tiket dia murah dan berbaloi...kalau ke sini mmg akan bawa anak untuk explore
ReplyDeletebestnya dapat masuk tengok penguin! Comel semuanya. Coral reef dekat situ pun cantik warna warni. Tiket dia pun murah je, berbaloi dapat masuk tengok hidupan laut dekat sini
ReplyDeleteWow!!!!!!! Seronok dpt jln2 kat Water World. Musim panas NIe memang best kalo dpt visit water world macam NIe. Cool and tenang.
ReplyDeletekalau ke langkawi memang tak sah kalau tak singgah ke underwater world ni, suka tengok hidupan dalam laut depan mata. terasa dekat je ;)
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai sana. Hope nanti boleh pegi sana n masuk underwater world skali. Mesti ank happy.
ReplyDeletebest. kalau pergi langkawi mesti singgah sini.
ReplyDeleteHebatnya ciptaan Ilahi..
ReplyDeletezul nak masukkan dalam wishlist lah, macam best je pergi tempat ni sebab boleh tengok dan sentuh hidupan laut.
ReplyDeleteDulu dulu kalau ke Langkawi, mmg masuk tempat ni..dh berapa kali dah masuk..now anak dh besar..x masuk dah kalau kesana
ReplyDeletePernah dulu masuk ke Underwaterworld ni. Tapi masa tu tahun 2010. Sekarang dah 2020, mesti banyak tarikan terbaru kan. In shaa Allah nanti nak pergi :)
ReplyDeletesuka tengok hidupan laut ni. Kalau duk depan akuarium boleh ralit la duk merenung ikan tu berenang. Tapi yang dekat Langkawi ni tak pernah pi lagi. Kalau Aquaria pernah la
ReplyDeletelast BBL datang sini masa umur 7 tahun. tak sangka dah ada penguin sekarang. seronok kalu bawa family datang sini
ReplyDeletewow best & cantik tempat ni! Anak saya suka ni kalau dapat pergi aquarium besar mcm ni!
ReplyDeleteHarga kanak2 tu bermula dari umur berapa ya? Mana tahu bawah 3 tahun free ke. Macam best pulak bawak anak ke sini
ReplyDelete2 tahun ke bawah free. 3 tahun ke atas kena bayar
Deletepatut la ramai yang pegi underwater world ni. tiketnya murah. pastu banyak hidupan laut yang boleh kita lihat
ReplyDeleteLast pergi tahun 2001. Nak bawa family bercuti pula la lepas ni. Seronok dapat tengok hidupan laut yang ada. Tiket pun tak mahal sangat.
ReplyDeletepernah masuk ke sini beberapa tahun lepas. tapi x puas sebab mostly kawasan dlm tu tgh renovate. sekarang mesti makin best kan.
ReplyDeletePernah bawak anak ke sini. Time tu anak sorg lg... Fuhh tiket mahal gak kan.. Kalau anak lebih dri sorg mmg berpeluh jugak nak bayau dia..
ReplyDelete