Kedai Makan Western Food di Sungai Petani : Restoran Hotmas

Kedai Makan Western Food di Sungai Petani : Restoran Hotmas| Marina teruja nak kongsi tentang kedai makan ni kat korang. Lama dah makan kat sini. Baru berkesempatan nak tulis entri pasal ni. Kalau Marina pergi Kedah atau Perlis, sebelum balik ke Ipoh mesti singgah ke Restoran Hotmas ni. Dah 2 kali Marina makan di Restoran Hotmas ni.

Husband Marina yang perkenalkan restoran ni. Dia selalu kerja luar, merata kedai dia makan. So mana yang dia rasa kedai yang sedap dan best, dia akan share dengan Marina. Bila-bila kebetulan pergi ke tempat yang pernah dia bekerja tu, dia akan ajak try merasa makan di situ. Selalunya tempat yang husband suggest memang tak mengecewakanlah.

Ada satu masa tu, Marina stay area sini time Hotmas ni tutup plak. Takde rezeki nak makan kat sini.

Masa trip ke Pantai Timur-Utara haritu, sama juga. Jatuh pada hari Hotmas ni tutup. Disebabkan nak makan jugak kat Hotmas ni, Marina extend lagi satu malam stay di Sungai Petani ni. Anak-anak pon tak puas lagi bercuti. Takmo balik. Nak tido hotel lagi katanya.

Kalau restoran ni tutup, parking area situ memang lengang, selengang-lengangnya. Nampak tak, kuatnya tarikan Restoran Hotmas ni.

First time datang sini, Marina pergi awal.  Dalam pukul 6 petang. Pengunjung tak ramai lagi. Marina tak makan Western Food disebabkan si Miqaila nak makan Mee Sizzling. First day tu hanya makan Char Kueytiaw, Mee Sizzling dan Chicken Chop.

Second time datang, Marina sampai lewat sikit. Nak dekat pukul 7 malam macam tu.  Ramai sangat pengunjung. Kiteorang menunggu sekejap je untuk duduk. Tak lama sangat. Kalini kiteorang order lebih sikit. Teringin nak merasa makanan lain yang ada di Restoran Hotmas ni. Kiteorang order Nasi Goreng Kampung, Tomyam, Beef Burger, Hotdog Jumbo dan Fries. Tapi tak habis makan, kiteorang tapau, bawak balik Ipoh.


Restoran Hotmas

Lokasi Restoran Hotmas terletak di deretan lot kedai. Restoran ni ambik dua shoplot. Terletak di Taman Lagenda Indah, Sungai Petani, Kedah bersebelahan Sastria Hotel. Restoran ini dekat je dengan Hotel Swiss Inn, Sungai Petani, boleh jalan kaki je kalau nak ke Hotmas. Beroperasi setiap hari kecuali Hari Rabu bermula dari pukul 5 petang sehingga 12 malam.

Restoran yang berkonsepkan ala cafe ini,  menarik minat pengunjung bertandang. Pemilihan lampu dan meja kayu menampakkan seperti restoran hipster.


Menu apa yang ada di Restoran Hotmas? 

Bukan hanya western food sahaja ada di sini, terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh korang pilih. Kalau tak minat nak makan western food,  korang boleh cuba masakan Melayu dan masakan Hot Plate diorang.


Western Food

Antara menu western food yang ada di sini ialah chicken chop, Jumbo Hotdog, Burger, Fish & Chip dan macam-macam lagi. Marina dah pernah cuba chicken chop, Jumbo Hotdog dan Beef Burger. Saiznya besau-besau. Daging beef burger dia homemade tau. Juicy dagingnya. Chicken Chop dihidangkan bersama mashed potato,  coleslow dan fries. Mostly wester food dia memang best, sedap dan banyak. Sos dia memang tak kedekut. Western food dia memang tak mengecewakan. 

Beef Burger

Jumbo Hotdog

Chicken Chop



Hot Plate

Hot Plate yang ada di sini ialah mee sizzling dan claypot mee. Gara-gara anak tengok gambar, nampak carrot, terus nak order mee sizzling. Order jugakla mee sizzling. Makan 2,3 suap dah taknak. Jenuh nak perabihkan. Pada Marina mee sizzling dia macam kureng sikit. Kuah dia cair.

Mee Sizzling
Masakan Melayu
Untuk masakan Melayu mostly banyak yang goreng-goreng. Nasi goreng, mee goreng, char koeytiaw pon ada. Marina pernah try Nasi goreng kampung, char kueytiaw dan tomyam. Nasi dia banyak sangat. Kalau beli satu kongsi 2 orang pon boleh. Tomyam dia isi dia banyak. Tak macam sesetengah kedai tomyam, penuh dengan serai je.


Nasi Goreng Kampung


Review Marina Mengenai Restoran Hotmas

Serius talk, mostly makanan di sini memang Marina berpuas hati. Makanan dia sedap. Portion dia banyak. Servis laju walaupon kedai sentiasa penuh. Cepat je makanan sampai. Kedai dia walaupon tak luas tapi selesa dan bersih. Harga makanannya pon berpatutan.

Berbaloi lah Marina extend lagi satu malam kat Sungai Petani ni semata nak makan di Restoran Hotmas ni.

Pada korang yang datang sini, Marina suggest, better korang datang bukan pada waktu kemuncak time orang makan malam. Kalau tak, memang korang kena parking agak jauh dari kedai dan susah nak dapat meja makan. Sebaiknya korang booking terlebih dahulu kalau tak boleh bersabar menunggu giliran nak duduk.





[Baca juga] : Pilots Kitchen

Post a Comment

13 Comments

  1. wow. burger nyer tu = ohsem.
    semua nampak best. harga pun standard. tak overpriced, kan.
    nun jauh ke sg petani ye :) hi hi...
    anak2 aida memang no problem bila makan western gini, marina.
    semua diorang ngap!

    ReplyDelete
  2. Sedap nyer nampak chicken chop and mee clay pot tu. Tambahan pula now tengah lunch time. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Uish macam menarik je. menu pun nampak sedap. Harga pun not bad tak la mahal sangat. tapi jauh sangat ni nak pergi. heheh

    ReplyDelete
  4. ramai jugak eh orang dekat situ, memang terbukti la sedapnya. Untung orang sp dapat makan sedap. Terliur tengok burger dengan tomyam dia

    ReplyDelete
  5. Makanan semua nampak sedap tapi sungai petani jauh. Lima jam dari sini.

    ReplyDelete
  6. Kalau sis kesana nanti boleh le memyinggah..tapi bila tahunnya tak tahu le..hehehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya ciken chop tu. sekali sekala bawak anak-anak makan kat luar best jugak. tak payah pening nak masak apa. sosej tu boleh tahan besar ye

    ReplyDelete
  8. Kalau kedai tu servis cepat even ramai orang memang mesti repeat lgi. Hehe..rindu nak makan chicken chop. Lama lagi nk habis pantang 😂😂

    ReplyDelete
  9. banyaknya menu yg sedap2 dan membuka selera dgn harga yg berpatutan.. kena cuba nie bila cuti blk kg nnti

    ReplyDelete
  10. Bella peminat western dan sizzling mee. Sekali sekala makan western best jugak. Kalau ke sana nak singgah.

    ReplyDelete
  11. Baru pergi SP haritu. Tak tau pulak ada kedai ni. Siap Google lagi waktu dekat sana nak makan apa. Lepas ni boleh masuk list dah. Thank you!

    ReplyDelete
  12. Hah lepas ni kalay ada rezeki pergi SP boleh singgah makan di Hotmas ni. Dahlah Mimi ni peminat makanan western food. Rugi kalau tak cuba makan kat sini

    ReplyDelete
  13. Kalau pergi Sungai Petani bolehlah nak cari kedai makan ni. Saya suka menu sizzling tu...

    ReplyDelete