[Baca juga] : Resepi Sotong
Fakta Mengenai Ikan Sardin
Walaupun badan ikan sardin kecil tetapi memberi manfaat yang besar dalam dunia pemakanan dan kesihatan. Fakta menarik tentang ikan sardin :
Kecil Tetapi Besar dalam Nutrisi
Ikan sardin, walaupun kecil, adalah sumber nutrisi yang hebat. Ia mengandungi omega-3, protein, kalsium dan zat besi yang baik untuk kesihatan tubuh.
Terdapat dalam Tin
Ikan sardin biasanya dijual dalam tin dengan minyak atau sos tomat untuk memanjangkan tempoh simpanannya. Ini menjadikannya makanan segera yang praktikal.
Makanan Global
Ikan sardin dimakan di seluruh dunia dan menjadi sebahagian daripada hidangan tradisional dalam banyak budaya.
Pilihan Hidangan Segera
Ikan sardin sering digunakan dalam hidangan segera seperti sandwich, salad atau hidangan pasta.
Khasiat Ikan Sardin
Ikan sardin adalah makanan yang padat dengan khasiat dan memberikan banyak manfaat kesihatan. Dengan memasukkan ikan sardin dalam diet korang dengan kerap, korang boleh meningkatkan kesihatan korang dan mencegah penyakit. Khasiat ikan sardin :
Omega-3
• Baik untuk kesihatan jantung dan saluran darah.
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
• Membantu mengurangkan keradangan dalam badan yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik.
• Kandungan Omega-3 dan vitamin E membantu mengekalkan kulit yang sihat dan berseri.
• Membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah.
• Membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Protein
Daging ikan sardin mengandungi protein berkualiti tinggi yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Kalsium
Sardin mengandungi kalsium yang baik untuk tulang yang sihat dan gigi yang kuat.
Zat Besi
Zat besi dalam sardin membantu mencegah anemia yang boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan.
Zink
Kandungan zink yang tinggi membantu menguatkan sistem imun badan dan menggalakkan penyembuhan luka yang lebih cepat.
Vitamin B
Sardin mengandungi pelbagai vitamin B yang penting untuk metabolisme yang sihat dan sistem saraf yang baik.
Menyokong Kesihatan Otak
Omega-3 dalam sardin berkait rapat dengan kesihatan otak dan perkembangan fungsi kognitif yang baik.
Menyokong Kesihatan Mata
Kandungan vitamin A dalam sardin adalah baik untuk penglihatan dan kesihatan mata.
Tips Memasak Ikan Sardin Agar Tak Hanyir
Tips memasak ikan sardin agar tidak hanyir :
Rendam dalam Air Sejuk
Sebelum memasak, rendam ikan sardin dalam air sejuk selama beberapa minit.
Tiris dan Bilas
Selepas rendam, tiris dan bilas ikan sardin dengan air bersih.
Tumis Bawang dan Bahan Tambahan
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang, bawang putih dan bahan tambahan seperti cili atau herba. Ini akan memberikan rasa tambahan kepada hidangan.
Masukkan Ikan Sardin
Selepas bahan-bahan tumisan sudah harum, masukkan ikan sardin yang telah ditiris tadi ke dalam kuali.
Perasa
Tambahkan perasa seperti garam, lada hitam atau gula secukup rasa. Cuba rasa hidangan dan sesuaikan perasa mengikut selera korang.
Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas
Disebabkan teringin nak makan ikan masak kicap pedas, makanya Marina masaklah menu ni. Ceritanya kawan Marina ada masak ikan masak kicap pedas ni, sampai teringat-ingat kesedapannya. Nak cari kat kedai makan memang susah nak dapat masakan kicap pedas ni. So kita trylah masak sendiri. Alhamdulillah jadilah resepi ikan sardin masak kicap versi Marina
Resepi ni dah lama masak sebenarnya, baru nak up kat sini. Hihi. Dulu tak aktif berblog, sekarang dah aktif kita up entri di Facebook ke blog plak.
Marina masak kuah kicap pedas ni yang tak pekat. Ada yang suka letak sos cili, kicap pekat. Ni antara resepi ikan yang paling simple yang boleh korang cuba selain resepi ikan rebus goreng je kan?
Bahan-bahan:
1. Ikan sardin
2. Cili boh 1 1/2 sudu makan
3. Cili padi 4biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 4 ulas
6. Halia sebesar ibu jari
7. Kicap manis kipas udang
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan sardin dengan garam dan kunyit. Goreng sampai garing. Toskan. Letak tepi.
2. Tumbuk bahan 3,4,5.
3. Masukkan minyak sikit je. Ngam ngam untuk menumis. Tumis bahan 3,4,5 sekejap dan masukkan cili boh. Tumis sampai cili boh warna merah pekat.
4. Masukkan air dan halia. Tunggu sampai mendidih. Masukkan kicap manis kipas udang.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Dah mendidih, masukkan ikan goreng sardin. Takyah masak ikan lama sebab dah goreng tadi. Balik-balik je dah boleh angkat.
Resepi ni dah lama masak sebenarnya, baru nak up kat sini. Hihi. Dulu tak aktif berblog, sekarang dah aktif kita up entri di Facebook ke blog plak.
Marina masak kuah kicap pedas ni yang tak pekat. Ada yang suka letak sos cili, kicap pekat. Ni antara resepi ikan yang paling simple yang boleh korang cuba selain resepi ikan rebus goreng je kan?
Hajat nak makan ikan sardin masak kicap pedas termakbul juga.
Bahan-bahan:
1. Ikan sardin
2. Cili boh 1 1/2 sudu makan
3. Cili padi 4biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 4 ulas
6. Halia sebesar ibu jari
7. Kicap manis kipas udang
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan sardin dengan garam dan kunyit. Goreng sampai garing. Toskan. Letak tepi.
2. Tumbuk bahan 3,4,5.
3. Masukkan minyak sikit je. Ngam ngam untuk menumis. Tumis bahan 3,4,5 sekejap dan masukkan cili boh. Tumis sampai cili boh warna merah pekat.
4. Masukkan air dan halia. Tunggu sampai mendidih. Masukkan kicap manis kipas udang.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Dah mendidih, masukkan ikan goreng sardin. Takyah masak ikan lama sebab dah goreng tadi. Balik-balik je dah boleh angkat.
0 Comments