First time merasa risau juga kot takleh terima tekak. Bila dah merasa, tersukalah pulak. Sampai mintak husband orderkan lagi. Air tangan orang yang dah biasa buat lagi sedap. Haha.
Bila datang mood rajin, Marina nak cuba pulak buat ketupat sotong sendiri. Ada yang suka kuah putih. Yang kuah putih tu dia buang kulit sotong yang merah tu. Tapi ada yang cakap kulit merah ni ada khasiatnye. Makanya jadilah kuah merah. First time buat alhamdulillah menjadi walaupon pulut ada terkeluar sikit dari sotong. Rasa tu boleh diterimalah. Hehe.
Resepi Ketupat Sotong
Bahan-bahan
1. Sotong 6 ekor yang besar2. Beras pulut 2/3 cupak
3. Santan pekat secupak
4. Halba satu sudu kecil
5. Bawang merah sebiji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Halia
8. Gula
9. Garam
Cara-cara
1. Rendam beras pulut dalam sejam. Lagi lama lagi bagus.2. Siang sotong bersih-bersih.
3. Masukkan beras pulut dalam sotong. 2/3 daripada sotong. Cucuk dengan pencungkil gigi supaya pulut tak keluar dari sotong.
4. Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Tunggu sampai mendidih.
5. Masukkan sotong. Masak dalam 30minit. Sampai beras pulut dah masak.
Tips Memasak Ketupat Sotong
1. Tambah air sampai sotong tenggelam.
2. Kalau suka kuah pekat tambah lagi santan.
3. Buang kulit sotong yang merah jika taknak kuahnya berwarna merah.
3 Comments
teringin nak rasa
ReplyDeleteMeh datang ipoh. Akak masak :)
DeleteTak pernah makan. Pernah buat dan makan sotong sumbat je.
ReplyDelete