Dulu masa Marina kecik-kecik, selalu berebut telur asin yang warna oren tu dengan adik-adik. Sedap kot. Siapa geng telur asin oren? Macam tak sangka pulak daripada telur asin ni boleh dijadikan perisa pada setiap jenis makanan kan? Jadinya Marina nak sampaikan berita gembira buat penggemar makanan yang bercirikan perisa telur asin ni!
Marina berpeluang ke Marrybrown untuk merasa 2 menu baru yang telah dikeluarkan oleh Marrybrown. Menu apakah itu? Egg-Cited sangat kan? Egg-Cited nak story kat kalian menu baru dari Marrybrown ni.
Pada awalnya takut juga nak rasa. Biasalah perasaan ni mesti akan terbit kalau nak mencuba sesuatu yang baru kan? Bila dah rasa, tersuka pulak.
Marrybrown Memperkenalkan Menu Baru
Marrybrown memperkenalkan menu baru yang berasaskan Salted Egg. Sebut je Salted Egg je teruih telan air liur. Kalian pernah merasa tak makanan yang bercirikan salted egg ni?Marrybrown kini telah berjaya mengilhamkan citarasa tempatan dengan gabungan resepi kegemaran rakyat Malaysia. Kini Marrybrown telah membuat kejutan kepada peminat Marrybrown dengan perisa yang baharu menggunakan Telur Masin yang sebenar!
"Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini," ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
"Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu dan penuh kelazatan. Pasti mengugat selera rakyat tempatan!" tambah Dato’ Joshua.
Menu Baru Berasaskan Telur Masin di Marrybrown
Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan citarasa tempatan. Menu ini boleh didapati pada harga dari RM15.00.• Salted Egg Ayam
Set Salted Egg Ayam dihidangkan bersama :- Vegetable Salad
- Mashed Potato
- Heaven & Earth Ice Lemon Tea yang
menyegarkan
• Salted Egg Burger
Set Salted Egg Burger dihidangkan bersama :- Fries
- Heaven & Earth Ice Lemon Tea yang
menyegarkan
“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.
[Baca juga] : Breakfast di Warung Eli
Review Marina : Marrybrown Salted Egg sedap ke?
Menu baharu Marrybrown iaitu Salted Ayam dan Salted Egg Burger ni, dua-dua Marina dah cuba. Memang Egg-stra Padu!> Salted Egg Ayam
Ayam disaluti dengan sos salted egg sangat pekat dan creamy. Terasa telur asinnya. Rasa telur masinnya tak kuat sangat. Just nice. Boleh terima tekak. Sos salted egg dimasak bersama daun kari meningkatkan lagi aroma Salted Egg.
> Salted Egg Burger
Daging ayam yang digoreng rangup di bahagian luarnya, disaluti sos Salted Egg dan serbuk cili membuatkan Salted Egg Burger terasa kepedasannya. Pedas bercampur dengan rasa telur asin, macam mana rasa dia agaknya? Yang suka makan pedas patut cuba rasa Salted Egg Burger ni!So kepada peminat tegar Salted Egg kunjungilah ke outlet Marrybrown yang berdekatan dengan tempat kalian untuk merasai sendiri 2 menu Salted Egg yang baharu ini daripada Marrybrown. Apa yang Marina boleh cakap pasal menu ni, kalian datanglah ke Marrybrown and please try this! Kalian patut rasa kedua-dua menu ini sebab ada sedikit kelainan pada sos dia. Rasa sos dia tak sama. Sekali dah cuba mesti kalian nak repeat lagi. Mesti kalian tak menyesal cuba menu baru dari Marrybrown ini.
Sampai bila menu ni ada di Marrybrown? Marina pon tak pasti. Marina dah habaq dah pada kalian, sekarang turn kalian pulak untuk menilai sendiri kesedapan Salted Egg daripada Marrybrown ni! Cepat gi serbu sebelum menu ini habis di Marrybrown! Ada yang cuba ke?
#Marrybrown #SomethingDifferent #EggstraPadu #MBSaltedEggMeal
Instagram :
https://www.instagram.com/marrybrownmy
Youtube :
https://www.youtube.com/user/MarrybrownTV
Delivery:
http://mbdelivery.com.my
https://www.instagram.com/marrybrownmy
Youtube :
https://www.youtube.com/user/MarrybrownTV
Delivery:
http://mbdelivery.com.my
37 Comments
Menarik. Rasa die mcm ayam kfc salted egg
ReplyDeleteWahh ada menu baru Marrybrown ehh..kalau x baca sini mst xtahu huhu..nk kena p Marrybrown nt yeahhh
ReplyDeleteTry tau. Sedap
Deletetiba2 tiba macam nak cari Marry Brown tau. nampak salted egg tu menarik sangat .
ReplyDeleteMenu marry brown mmg selalu menarik.. alahai nk kne cari la nie..
ReplyDeleteWah nampak sedap. Nnt nak try lah
ReplyDeleteMemang sedp sangat.. Dh rapa.. Masin pedas gitu.. Nanti nak beli lagi
ReplyDeleteKann
DeleteAna suka burger dia. Sedap. Kena dgn selera ana.
ReplyDeleteSamaaa. Suka burger jugak
DeleteWahhh ada menu baru. Semua nampak sedap jer ni. Nak kena terjah jugak la nanti ..
ReplyDeleteNampak macam sedap
ReplyDeleteKinah memang giler dengan kuning telur masin ni..tambah pulak ada burger telur masin, sesuatu yang menarik untuk dicuba nyum nyum
ReplyDeleteNanti cuba tau
DeleteKena terjah Marry Brown juga nampak gayanya ni. Rugi kalau tak cuba menu baru Marry Brown ni
ReplyDeleteLama tak pekena MB. Dekat je ngan rumah, esok nak try la
ReplyDeletenakkkk lagi !
ReplyDeleteMarsha egg salted lover...memang kena cuba ni
ReplyDeleteQbal bukanlah big fan Marry Brown tapi saya big fan SalteD Egg. Sumpah sedap. Haritu dah try dia punya burger. Tapi rasa dia okeylah. Bagi Qbal ratah telur masin sedap lagi. Hahahaha
ReplyDeletefazroliqbal.blogpot.com
Aku tengok post ni terus order burger marrybrown tu. kebetulan area office ni tak de kedai makan yang buka dan tak bawa bekal arini. nak rasa juga sedap sangat ke salted egg burger ni
ReplyDeleteNampak berselera kak.. hehe
ReplyDeleteWahhh sedapnya salted egg.
ReplyDeleteNampak sedap ayam telur asin tu. Boleh lah cuba lepas ni.
ReplyDeleteNampak menarik betul kuah salted egg dia tu.. memang terliur tengok promo ni
ReplyDeletewahhhh terasa nak try sekarang jugak!memang suka sangat salted egg!!! yummeh!
ReplyDeleteakk dah try keduanya and memang sedap...plg best kalau sos dia banyak dan melimpah...mmg puas hati
ReplyDeleteKita nak cuba harini, tak leh tahan nengok semua orang dah makan, lagipun salted egg tu kesukaan kita..
ReplyDeleteAduhhh... Melting! Nak kena pi terjah MB dan nikmati menu baru salted egg ni
ReplyDeleteHari tu ada ajak HB pergi MB. Ha, boleh la try menu ni, nampak macam sedap je. Especially yang meleleh tu.. nampak yummy sangat
ReplyDeleteramai gak guna resepi salted egg kan. sedap kan. pernah rasa juga
ReplyDeletewahh sedapnya salted egg..iena memang suka..thanaks for sharing..nanti nak cuba :)
ReplyDeletehuish sedapnya... saya memang pantang nampak salted egg salted ni, nak merasa aje!
ReplyDeleteThis looks so delicious. I also want to order this for dinner. Thanks for sharing.
ReplyDeleteBlm pernah pg lg kat Marry Brown sbb area rumah mmg xde, nk gi tpt lain fhm2 ajerlah, tgk mmg sedap
ReplyDeleteburger dia sedap
ReplyDelete2 kali dah makan
nak repeat kali ketiga :)
nama ayah dah sama....haha
ReplyDeletekalau compare dgn Big MAc mana lagi sedap?
nampak sedap.. boleh try ni...
ReplyDelete