Mungkin di antara korang yang mengambil supplement untuk kurus. Sejauh mana keberkesanan ubat kurus ini? Adakah korang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan supplement? Ada juga di antara korang yang takut nak amalkan ubat kurus yang dijual di pasaran. Bimbang akan memudaratkan kesihatan.
Menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Ianya adalah satu proses yang memerlukan kesabaran dan konsisten. Bukannya harini korang mula berdiet, sebulan kemudian dah kurus. Dah bertahun-tahun korang menternak lemak, korang mengharapkan berat badan turun dalam seminggu?
Kenapa perlu bersenam?
Majoriti antara kita yang bersenam hanya untuk menurunkan berat badan sahaja kan? Korang tahu tak, apabila kita bersenam, jantung kita bekerja dengan lebih cekap. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malahan jika kita bersenam tekanan darah tinggi dapat diturunkan, melambatkan proses penuaan dan mengawal paras glukosa darah. Jadi bersenam itu amatlah penting dalam kehidupan kita.Sumber : Pinterest |
Membakar lemak dengan melakukan kerja rumah?
Ini tipsnya! Korang tahu tak, kalau tidak bersenam pon, kalian boleh menurunkan berat badan. Aktiviti harian yang selalu dilakukan di rumah pon boleh menurunkan berat badan tau. Berapa banyak kalori yang boleh terbakar dengan kerja rumah yang kita lakukan seharian di rumah? Jom check senarai ini :#1 Berkebun
Sekarang musim PKP ni ramai mula melakukan hobi baru iaitu berkebun, kan? Jika korang meluangkan 15 minit berkebun, 100 kalori telah terbakar. Depends kepada jenis aktiviti yang korang lakukan. Sebagai contoh, aktiviti mengubah pasu adalah lebih berat berbanding menanam pokok.#2 Menghias rumah
Korang boleh membakar 100 kalori jika kalian mengambil masa 10 sehingga 30 minit mengecat dinding rumah.#3 Membasuh kereta
Dengan membasuh kereta pon korang boleh membakar lemak tau. Jika korang mengambil masa selama 15minit mencuci kereta, 100 kalori dah terbakar. Kalau 30 minit?#4 Kerja rumah harian
Marina percaya majoriti daripada kita mengemas rumah, mop lantai, basuh kain, sidai kain, lipat kain dan memasakkan? Aktiviti ini juga dapat membantu korang membakar sehingga 100 kalori tau.#5 Naik turun tangga
Rumah korang double story ke? Ada tangga kan dalam rumah? Kalau rumah single storey takde tangga, kalian gunakanlah tangga pejabat. Kalau pejabat pon takde tangga, korang gunalah mana-mana tangga di mall. Tahu tak kalau korang naik turun tangga selama 20minit, sebanyak 100 kalori akan terbakar.#6 Mengubah perabot di dalam rumah
Kalau dah namanya prempuan tak sah kalau nak ubah-ubah perabot di dalam rumahkan? Jika korang melakukan aktiviti ini selama 15minit, 100 kalori akan terbakar.#7 Membeli barang keperluan harian
Pernahkan pergi supermarket beli barang dapur? Setiap 30 minit yang diluangkan, korang boleh turunkan 150 kalori. Yelah, jalan sana sini cari barang, berdiri 10 minit membaca label produk, menolak troli lagi kan? Sambil shopping pon kalori terbakar. Bahagiakan?Haaa mudahkan nak membakar kalori? Banyak aktiviti di rumah yang boleh korang lakukan untuk membakar lemak. Bukan kata bersenam tu tak penting. Penting. Tapi kalau korang memang betul-betul tiada masa untuk bersenam, at least pergerakan fizikal tu ada dengan mengemas rumah. Dapat juga membantu membakar lemakkan? Korang dah tak perlu rasa bersalah pada badan korang jika tidak pergi ke gym, zumba atau yoga untuk menurunkan berat badan. Siapa sangka dengan melakukan kerja rumah pon boleh membakar lemak. Percaya tak, sambil dukung anak, sambil tidur pon kalori boleh terbakar. Haaa sekarang cuba kira, sehari berapa yang korang dah membakar lemak dengan melakukan kerja di rumah?
Korang tidak perlu terlalu stress apabila melihat nombor pada penimbang tak turun-turun atau makin menaik. Apa yang penting, fokus pada gaya hidup korang. Jaga pemakanan, minum air suam banyak, kurangkan ais, kurangkan manis dan amalkan aktiviti fizikal untuk kekal sihat.
[Entri berkaitan]: Boleh ke Makan Durian Semasa Berdiet?
9 Comments
terbaek tips ni..
ReplyDeletefollow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com
No 1-5 tu kira bersenam jugak tu. Penat badan bila buat aktiviti tu
ReplyDeletehi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Aktiviti tu mmg nad buat sellau.. Heheh
ReplyDeleteAi rajin naik turun tangga. Tak lah kurus tapi terkawal lah juga saiz badan.
ReplyDeletehehehe
ReplyDeletenak kena cuba buat lah
mana tau memang kurus betul nanti
naik turun tangga lepas habistu pekena dalgona coffee hahaha melingkup plan nak kurus tu
ReplyDeletecakap pasal berkebun alahai, rindu dengan pokok bunga dekat kampung.
ReplyDeleteKalau kita yg mak2, lagi pula suri rumah mmg buat hari2 kot..
ReplyDelete