7 Tips yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

7 Tips yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan | Ramai yang menyimpan hasrat untuk turunkan berat badan. Tetapi berapa ramai yang berjaya melaksanakannya? Ada di antara korang yang belum melaksanakan misi kuruskan badan dan ada juga yang buat separuh jalan. Kenapa masalah ini timbul pada korang? Macam mana nak berjaya turunkan berat badan dengan berkesan? Macam mana nak terus istiqomah untuk berdiet?

Di sini, Marina kongsikan beberapa tips untuk korang melaksanakan misi kurus kalian. Sebelum korang memulakan misi menurunkan berat badan, korang perlu melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu supaya korang sentiasa istiqomah dalam mencapai matlamat korang.


7 Tips Sebelum Turunkan Berat Badan

7 tips sebelum korang nekad untuk turunkan berat badan :

#1 Bersedia ubah cara hidup
#2 Tetapkan matlamat
#3 Big Why
#4 Jangan Bertangguh
#5 Tukar mindset
#6 Lakukan secara berkumpulan
#7 Sediakan kelengkapan

turunkan berat badan


#1 Bersedia ubah cara hidup

Korang perlu bersedia untuk ubah cara hidup. Korang perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Fizikal dan mental korang perlulah kuat untuk menerima perubahan cara hidup yang baru.


#2 Tetapkan matlamat

Setiap apa yang kita hendak capai, kita perlulah tetapkan matlamat kita. Sejauh mana kita nak capai matlamat itu. Sebagai contoh, korang mahu turunkan berat badan 1kg seminggu. Target yang kecil-kecil dulu, dah berjaya capai yang kecil, baru korang setkan target yang besar.


#3 Big Why 

Apa yang dimaksudkan dengan Big Why? Big Why ini adalah sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Sesuatu perkara yang buat kita menangis apabila kita teringatkan Big Why kita. Kita seperti dah tidak ada pilihan jika kita tak turunkan berat. Kalau tak menangis, tak cukup kuatlah Big Why kita. Jangan sengaja buat-buat nangis pulak. Hehehe. Big Why tu seperti contoh ibu bapa kita, adik beradik atau anak-anak. Seperti contoh, 'Doktor suruh aku turunkan berat badan, kalau aku tak buat, aku akan jatuh sakit. Aku tak boleh bekerja, macam mana anak-anak aku?' Di sini, anak-anak lah Big Why korang. Big Why lah yang menjadikan korang kuat untuk mencapai matlamat. Faham ke faham?


#4 Jangan Bertangguh

Apabila dah nekad nak turunkan berat badan, korang janganlah bertangguh. Buat terus. Sikap bertangguhlah usaha korang untuk kurus hanyalah sia-sia. Mempunyai azam dah bagus, mendapatkan ilmu tersangatlah bagus, tetapi korang masih berada di takuk lama, tidak bergerak dan tidak mengambil tindakan untuk ke arah menurunkan berat badan. Ilmu berdiet yang korang ada tu nak digunakan bila?


#5 Tukar mindset

Salah satu sebab yang membuatkan korang tidak berjaya menurunkan berat badan atau melakukan separuh jalan sahaja adalah disebabkan mindset korang. Cuba korang tanya pada rakan-rakan, berapa ramai yang nak turunkan berat? Marina pasti majoriti semua nak turunkan berat. Cuba korang tanya pulak pada rakan-rakan korang, sebab apa mereka nak turunkan berat? Sebab nak kurus? Marina pasti semua nak kurus, cantik dan kelihatan segak. Mulai sekarang, cuba korang tukar mindset. Daripada nak kurus, korang tukar kepada hendak menjalani kehidupan SIHAT, taknak jatuh sakit. Lama kelamaan korang akan terbiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat.


#6 Lakukan secara berkumpulan

Mungkin di antara korang lagi bersemangat untuk menurunkan berat badan jika berada dalam circle rakan-rakan yang nak turunkan berat badan. Kita akan rasa seronok apabila rakan-rakan lain kongsi cerita perjalanan mereka dan pelbagai tips untuk kurus. Korang pula jangan hanya seronok baca, kita sama-sama buat sekali. Banyak group di telegram atau facebook yang boleh korang join untuk menaikkan semangat korang untuk kurus. Ada juga yang suka bergerak sendiri. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Yang penting semangat korang untuk kurus berkobar-kobar dalam diri korang. 


#7 Sediakan Kelengkapan

Ini adalah option. Terpulang kepada korang untuk sediakan kelengkapan ini atau pon tidak. Kelengkapan seperti alat penimbang, pita ukur, smart watch untuk track progress sepanjang misi menurunkan berat badan.

kuruskan badan


Berubah ke Fasa Baru!

Amacam? Korang dah bersedia ke untuk berubah dari fasa sekarang ke fasa yang baru? Marina ucapkan selamat berjaya kepada korang semua. Tanpa tindakan korang takkan ke mana. Marina akui memang sangat susah nak ubah cara hidup yang sekarang kepada yang baru, tapi percayalah, bila korang berjaya mencapai apa yang korang idamkan, kita akan berasa puas dan bangga dengan diri sendiri. Akhir kata, semuanya terletak pada korang, hanya korang sendiri yang boleh menggerakkan misi kurus sendiri. Tahniah kepada yang berjaya memulakan tindakan. 


Post a Comment

24 Comments

  1. Kena fokus gak.. mmg nak kurus ni perlukan fokus yg tinggi.

    ReplyDelete
  2. Bab turun berat badan ni, susah nak elak makan. Terus semua tips terkubur. Hurmmm

    ReplyDelete
  3. Nak kurus & sihat kenalah rajin kn..dlm tujuh ni ada la apply juga 3 4 tips di atas hehe

    ReplyDelete
  4. mental dan fizikal kena kuat. jangan terpengaruh dengan makanan yang org sekeliling makan.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this, am gonna check out & start some of the tips for my slimming plan :D
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Bagus Tips ni. Cuma tinggal nak buat atau tidak jer

    ReplyDelete
  7. Nak buat nk buat nak buat. Haha..adehh

    ReplyDelete
  8. Aishhh..macam tau ja tengah ke arah ittew..hehehe

    ReplyDelete
  9. masih berfikir2..hahaaa..seronok makan je..kalau turun pun sbb keje x henti

    ReplyDelete
  10. Nak fokus bkn main susah walau big why tu dah tau

    ReplyDelete
  11. Ya kena ada big why yg jelas. Setuju sangat

    ReplyDelete
  12. nak turunkan berat badan tu memang nak, tapi tak kesampaian2 lagi hehehe... Thanks for the tips!

    ReplyDelete
  13. Orng yang turunkan bert badn kene ada niat.. Kalau tak sekej je lepas tu tak buat.. Huhu.. Bgus tips ni

    ReplyDelete
  14. I desperately need this tips to lose weight. Thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  15. Kena follow tips nj lepas habis pantang nanti😂

    ReplyDelete
  16. Betul tu. Dan perlu juga sokongan dari org terdekat. Ni kalau yg terdekat asyik sabotaj je suruh makan la apa la.. Kita insan yg lemah... Hahahha

    ReplyDelete
  17. Betul lah semua tips yang diberikan perlu kepada kesungguhan untuk berubah kalau tidak memang tak akan capai matlamat kita untuk kurus hehehehe kita pun masih belum lagi kurus wakakakak..

    ReplyDelete
  18. Paling penting no1, kena istiqomah ..kalu no 1 tak boleh buat, lupakanlah nak kurus hahahaha...adeiii bilalah nak kurus ni..

    ReplyDelete
  19. Thanks for your tips, they are useful for us to reduce weight. I think everyone should follow your tips to achieve

    ReplyDelete
  20. Yes big why tu sangat penting..takde yang tu confirm kelaut

    ReplyDelete
  21. hahahaha setuju sangat part buat separuh jalan tu. Nampak dah turun sikit mula la hilang pedoman tersasar dari landasan

    ReplyDelete
  22. hehehe.. TB sekarang nak diet tapi entahlah.. asyik terbabas je.. tapi kalau diet terfikir pulak baby nak menyusu .. so tak jadi diet.. haha

    ReplyDelete