Pada hari kejadian, sampai je di depan Hotel De Art USJ 21 ni, Marina terkaku seketika. Hotel ke muzium art ni? Gitulah. Memang cantik. Masuk je kat lobby, bau harum semerbak menusuk hidung Marina. Hotel dia wangi, bau lavendar. Sesuailah dengan hiasan hotel ini yang berkonsepkan English Garden. Terasa seperti berada dalam cerita fairy tale seketika semasa berada di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya ni. Serius cakap, kita tengok dalam gambar pon dah cantik, apatah lagi depan mata.
Hotel De Art di USJ ini berkonsepkan English Garden. Sepanjang di dinding-dinding hotel ini dihiasi dengan lukisan ilham daripada flora dan fauna.
Lokasi Hotel De Art USJ 21
Hotel De Art USJ 21 terletak di Jalan USJ 21/6, USJ 21, Subang Jaya. Pada yang ada urusan di Subang Jaya, jangan silap pilih Hotel De Art pulak, sebab Hotel De Art ni ada banyak cawangan dan semuanya cantik-cantik. Pilihlah Hotel De Art dekat dengan tempat urusan korang.Apa Kemudahan yang Terdapat Di Hotel De Art USJ 21?
Kemudahan di dalam hotel
Di dalam Hotel De Art USJ ini ada disediakan :• Pantry di lobby. Di sini ada peti sejuk, microwave dan penapis air.
• Surau di lobby.
• Tandas untuk OKU di lobby.
• Di satu sudut di lobby terdapat kedai mini yang menjual makanan seperti maggi dan biskut.
• Lif
• Seterika di luar bilik
• Free parking
Kemudahan di sekitar hotel
Suka sangat duduk di Hotel De Art USJ 21 ni sebab banyak kemudahan di sini. Hotel ini berdekatan dengan:• Shopping Mall Main Place. Antara kedai yang ada di dalam shopping mall ini ialah Texas Chicken, Mr. DIY, ToyRUs, Caring Pharmacy, Uniqlo, Starbuck dan McDonald. Dari hotel, jalan kaki 2 minit je.
• Stesen LRT USJ. Jalan kaki dalam 9 minit.
• Deretan kedai seperti courier service, kedai makan, 24 hours mart. Banyak sangat kedai makan kat sini seperti Ayam Gepuk Pak Gembus, kedai mamak dan kedai Pasembor Penang.
Jenis Bilik
Memandangkan anak-anak dah besar, Marina pilih untuk menginap di family room. Biliknya besar, selesalah untuk kami berlima. Bilik Marina di tingkat 2. Facilities yang terdapat dalam family room ni :
• 2 katil Queen
• TV LCD
• Jug elektrik, cawan
• Water heater
• Sofa
Promosi yang ditawarkan Di Hotel De Art
Bagi yang selalu travel dan menginap di hotel mesti suka grab promosi yang ditawarkan kan?Last Minute Super Saver
Untuk promosi last minute super saver ni, perlu booking 3 hari sebelum nak check in dan korang akan menikmati diskaun sebanyak 7%. Promosi ni :• Harga bermula RM98.00/malam
• Ada Wi-fi access
• Tempat letak kereta percuma
• Non refundable booking
• Boleh upgrade bilik dan check out lambat sehingga jam 3.00 petang jika ada kekosongan
• Free stay untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Review Marina Mengenai Hotel De Art USJ 21, Subang Jaya.
Ini pengalaman Marina yang selalu travel dan tidur di hotel ye. Marina suka tidur di hotel sebab bila jejak je hotel, pastu masuk ke bilik dia, Marina terasa beban dan penat lelah bekerja tu hilang. Beban tu seolah-olah ditinggalkan di luar pintu hotel. Tambahan stay di Hotel De Art yang unik dengan lukisan dinding-dinding hotel dan biliknya, mostly tiada pada hotel lain, memang rare la. Serius Marina terpana dengan keindahan Hotel de Art di USJ 21 Subang Jaya ni. First time jumpa hotel yang sebegini indah. Anak-anak Marina lagilah suka Hotel De Art USJ 21 ni. Mulut diorang tak lekang bercakap, "Waaaa waaa waaa, cantiklah, cantiklah," dari pintu masuk hotel, ke lobby sampailah masuk ke bilik. Perasaan tengok gambar dan merasa pengalaman sendiri tu memang berbeza sangat.Marina pilih untuk merasai pengalaman di Hotel De Art USJ 21 ni sebab banyak facilities di sini. Senang Marina nak cari makan, berjalan di shopping mall dan of course nak bergambar kat Hotel De Art ni. Rugilah menginap kat sini kalau tak ambil gambar banyak-banyakkan? Nak buat cantik macam ni kat rumah sendiri, tak terbuat kot. Lapang dada tengok hotel yang cantik macam ni. Rasa tak mau balik rumah dah. Panjang pulak cerita Marina kan? Memang cantik, best dan selesa Hotel De Art USJ 21 ni. Lagi best korang sendiri yang pergi merasa. Sekali-sekala reward diri sendiri tidur hotel apa salahnya kan?
Jom tengok video Hotel De Art USJ 21 Tour kat sini :
Untuk reservation bilik atau nak buat event ke, korang boleh cari team Hotel De Art di :
Website :
www.hoteldeart.com.my
Facebook :
https://m.facebook.com/hoteldeart/
Instagram :
https://www.instagram.com/hoteldeart
Hotel De Art Usj
No. 21 Jalan Usj 21/6,
Usj 21,
47630 Subang Jaya Selangor
+603-5888 9099
#hoteldeart #hoteldeartshahalam #hoteldeartseksyen19 #hoteldearticity #boutiquehotel #themehotel #concepthotel #arthotel #itsallaboutart #functionroom #meetingroom #eventspaceshahalam #eventspace
[Baca juga] : Bawa Manfaat Produk Apotec Balik Raya Haji Untuk Kesihatan Mak Ayah di Kampung
15 Comments
cantik juga interior dia. ala english gitu. lokasi plak dekat dengan tempat menarik. best la kalau bajet sederhana.
ReplyDeletehabis baca tak jumpa pun apa yang tak best nya .hhahaahahah pendek kata semua best lah kan? hehee nanti nak cuba stay sini juga lah! tq for sharing
ReplyDeleteCantiknya Hotel nie ..Luar Dalam cantik..barulah selesa menginapkan sini, kemudahan pun banyak..ada peluang nak juga kak mid try menginap
ReplyDeletecantiknya hotellllll bila la nak sampai niiiiii jelesssss
ReplyDeletedah alam jugak perasan kewujudan hotel ni, selalu nampak rakan blogger review. memang cantik dekorasi dan seni dinding yang ada dkt hotel ni :)
ReplyDeleteMemang cantik dekorasi dalaman hotel nie. No wonder ramai recommend suruh menginap dekat sini kalau datang area Subang Jaya
ReplyDeleteHarga permulaan bilik tak mahal juga.. tapi puas hati bila nampak bilik cantik.. deco hotel pun menarik
ReplyDeleteKalau Rawlins stay sini, memang kerjanya OOTD je la sebab banyak betul lokasi yang menarik dan unik
ReplyDeleteSeriously cantik bethol hotel ni.. Kalau Kitkat staycation kat situ, rasanya dah tak explore sekeliling dah... Ambik gambar OOTD all day long kat hotel ni jer.
ReplyDeleteCantek bilik dia.. suka tgk..kalau tido sini.. mmg keje ootd jerlah hehe
ReplyDeleteNice staycation at Hotel De Art USJ! Enjoy family time ok
ReplyDeleteTak best ker hehehehe tapi tengok happy jer wakakaka tempat cantik dan menarik giler dalam hotel tu penuh dekorasi memang kita nak sangat time kerja banyak ni nak rest...
ReplyDeleteSuka tgk lukusan2 yg ada di Hotel De Art USJ mmg kreatif dan menarik, tgk bilik2 pun luas dan selesa
ReplyDeletecantiknya la lukisan mural dia semua.. za suka yang usj nih.. tak kesempatan lagi nak pegi....
ReplyDeleteCantik sngt hotel dia ni.. Memg aim hotel ni
ReplyDelete