Bermain Salji di Snowalk I-City, Shah Alam | Dah lama Marina nak bawak anak-anak pergi tempat salji. Nak ke luar negara yang ada salji belum berkesempatan lagi. Doakan Marina satu masa nanti dapat ke luar negara yang bersalji eh. Asalnya nak main salji di Genting Highlands bersama family sebelah husband. Sesampai di sana, tutup rupanya tempat snow tu. Tanya staff di situ temporary closed sebab Covid ke? Katanya tutup terus kot. Takde rezeki anak-anak nak main salji. Semasa di Genting Highland kiteorang hanya main indoor game dan berjalan di shopping mall sahaja memandangkan outdoor belum siap dibina lagi. Selepas balik dari Genting Highland, nak dijadikan cerita, iklan di Instagram lalu berkenaan Snowalk di I-City, Shah Alam. Menarik jugak tempatnya. Dapatlah jugak bawak anak-anak merasa main salji. Sebenarnya ibu diorang pon excited nak main salji. Dulu hanya pernah pergi rumah empat musim di Bukit Cerakah di Shah Alam. Selepas duk survey apa yang ada di I-City, rupanya I-City ada buat pakej untuk theme park dia termasuklah Snowalk ni. Selepas berbincang dengan husband, plan untuk main salji di Snowalk on.
Harga tiket terkini korang boleh pergi ke website diorang. Harga dia berubah-rubah. Ceritanye, Marina beli tiket I-City theme park ni kat dia punya apps. Diorang ada buat harga by pakej. Mudah beli siap-siap. Tak perlu beratur dah untuk beli tiket. Hanya scan je di phone Marina ni untuk main atau masuk ke tempat yang di dalam pakej ni. Kalau hanya nak beli tiket Snowalk sahaja agak mahal la jugak. Untuk harga tiket Snowalk sahaja harganya RM65 dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak. Makanya Marina ambil keputusan untuk beli pakej yang ditawarkan. Harga tiket pakej I-City masa Marina beli tu RM65/person. Tak kira dewasa atau kanak-kanak harga dia sama je. Nama pon pakej kan. Semua ride yang ada kat tempat yang Marina list ni korang boleh naik. Berbaloi kan dari pagi sampai ke malam korang boleh main. Setiap park ni adalah waktu operasi dia. Pandai-pandailah korang arrange masa dan tempat yang mana korang nak pergi dulu. Pakej ni termasuklah :
• Waterpark
Banyak jenis kolam yang disediakan di sini. Antaranya kolam dengan playground untuk kanak-kanak, kolam yang mempunyai ombak dan kolam with giant slide untuk dewasa.
• Snowalk
Di sini korang boleh bermain salji, menaiki gelongsor dan bergambar di rumah-rumah salji.
• Trick Art Museum
Muzium ini terletak di lot-lot kedai. Pelbagai lukisan yang ada di dinding-dinding dan apabila korang bergambar di sini, gambar korang akan menjadi unik dan menarik.
• House of Horror
Rumah hantu ini terletak di lot-lot kedai. Macam biasalah ada koleksi-koleksi hantu dalam ni.
• Itsy Bitsy
Tempat permainan kanak-kanak yang digemari oleh anak-anak Marina. Dia macam fun fair lah kat sini.
• City of Digital Light
Di sini penuh dengan hiasan lampu-lampu. Bunga-bungaan dan, ada kuda berpusing dan beberapa mainan yang lain di sini.
• Theme Park B - Ferris Wheel, Bumper car, Time travel
Di sini kebanyakan mainannya untuk orang dewasa, tetapi ferris wheel tu boleh je kanak-kanak naik.
• Centralwalk
Kawasan ni dia di seberang shopping mall SOGO. Dia macam kawasan taman yang terletak di salah satu tingkat di kawasan apartment. Marina tak sempat ke sana. Di sini banyak replika haiwan yang berlampu dan taman yang dihiasi lampu-lampu. Cantik tempat dia. Korang boleh OOTD di sini.
Snowalk I-City, Shah Alam
Sebelum ke Snowalk, kiteorang ke I-City Waterpark terlebih dahulu sebab Snowalk buka pukul 3 petang. Kiteorang sampai di I-City pukul 10.30 pagi. Dari pagi sampai pukul 3 petanglah anak-anak duk berendam dalam air. Kat sini pon ada Vuvuzela tau, tapi Marina tak main pon sebab anak-anak takleh naik sekali.
Dah hampir pukul 3 petang, siapkan anak-anak, salin baju untuk ke Snowalk pula. Actually Marina dan family dah siap pakai sweater dan kasut bertutup. Rupanya walaupon dah pakai sweater dan kasut, still kena pakai sweater dan kasut yang disediakan di situ. Tapi jangan risau, sweater dan kasut dah termasuk dalam pakej sekali, korang tak perlu bayar sewa dah. Korang hanya perlu sewa loker untuk letak kasut korang sahaja. Sarung tangan nak pakai boleh, tak payah pakai pon takpe tapi kalau anak-anak masih kecil tu disarankan untuk pakailah sebab memang sangat sejuk. Stoking memang wajib pakai. Samada pakai stoking siap-siap atau kalau terlupa nak bawak stoking, diorang ada jual stoking, RM1 rasanya. Anak Marina yang Miqaila tu pon masuk dalam 15minit je, dia dah nak keluar. Sejuk sangat.
Kawasan Snowalk ni taklah begitu besar. Masa Marina pergi bulan 5 haritu, ada section yang dia closed. Tempat ukiran ais tu tak dibuka. Di situ ada ice car. Tapi oklah jugak boleh menikmati salji dan bergambar. Section ni pon ada gelongsor jugak. Masuk Snowalk ni takde time limit. Korang nak duk dua jam pon ok je. Kalau tak tahan sejuk, boleh keluar masuk.
Berjalan di I-City Theme Park, Shah Alam
Dah puas menikmati salji di Snowalk I-City ni, anak-anak Marina nak main di Itsy Bitsy pulak. Marina cakap boleh, tapi kita ke Trick Art Museum dan House of Horror dulu. Tahu dah kalau ke Itsy Bitsy ni memang diorang takkan ke mana-mana dah. Selepas beberapa mainan diorang dah naik di Itsy Bitsy, setelah dipujuk, barulah diorang nak ikut ke Ferris Wheel. Nasib baik masa sampai di Ferris Wheel ni, tak ramai sangat orang. Lepas je kami turun dari Ferris Wheel, barisan dah panjang.
Destinasi terakhir kiteorang adalah City of Digital Light. Kat sini penuh dengan lampu-lampu pelbagai bentuk yang berkonsepkan flora dan fauna. Sempatlah kiteorang naik Spacewalk di situ. Spacewalk ni dia bawak keliling City of Digital Light. Kita dapat lihat City of Digital Light ni dari atas. Semasa naik Spacewalk ni, anak Marina nampak Marry Go Round dari atas. Sejurus je turun dari Spacewalk, diorang terus menuju ke Marry Go Round. Masa tengah berbaris tu, apps plak buat hal. Dia stuck, tak dapat nak bukak apps untuk scan. Area situ pon line tak berapa nak ok. Takde rezeki nak main Marry Go Round. Sian anak-anak tak dapat nak naik. Tapi overall Marina berpuas hatilah dapat berjalan di sini. Jom layan video semasa Marina ke I-City Theme Park.
Korang nak jana pendapatan sambil melancong? Maklumat lanjut boleh rujuk SINI
Dah lama tak pi i-city. Kalau dulu ke sana, kami menginap di Hotel De'Art dan buat semua aktiviti di i-city sana. Tunggu habis PKPB ni, ingat nak beli pas ke sana.
Hari tu nak pergi i-city Shah Alam jugak tapi sebab kes naik, wah bestnya. Tunggu keadaan reda sket dan habis PKPB. Nak sangat bawa babyfh main salji dekat iCity tu..
Pergh murah juga 65 utk semua.. Berbaloi ler.. Dh pernh masuk snowalk tu.. Best.. Sejuk dia sejuk betul la.. Dapat gakla rasa suasana salji tu walauoun tiruan.. Hehe
Sisyat yg dok dekat ngn icity ni pun belum sempat singgah lagi..hehe Sebabnya ceita2 yg kata harga tiket mahal 😅. Tapi kalo rm65/person dan boleh ke mana2 yg mcm list tu, mmg berbaloi sangat la.
Waaa seronoknyaa...last Sis pergi i-city masa anak-anak sekolah menengah lagi..pastu lama gile tak gi, kalau ada pun lalu ajaa.. seronok lagi kalau ada anak kecik gini...
Boleh tahan jugak harga dia sekarang. Dulu masa i-city baru2 bukak rajin jugak pergi lepak2, tp sekarang bila dah ada anak ni tak sempat2 lagi nak pergi. Dah bertahun tak jejak kaki dekat sini.
I'm Marina | Work As Planning Engineer at Sewerage Company | Part Time Blogger | Part time Content Creator | Part Time Creative Designer. For any review and collaboration kindly please email to : marinabashah@gmail.com
26 Comments
Dah lama tak pi i-city. Kalau dulu ke sana, kami menginap di Hotel De'Art dan buat semua aktiviti di i-city sana. Tunggu habis PKPB ni, ingat nak beli pas ke sana.
ReplyDeletepernah masuk yg dkt Genting jer .. sini belum berkesempatan lagi
ReplyDeletetak pernah masuk mana-mana yang ada snow, IQ dah ler tak taha sejuk...huhu
ReplyDeletewhat a beautiful place. you have a beautiful family!
ReplyDeleteThank you :)
DeleteHari tu nak pergi i-city Shah Alam jugak tapi sebab kes naik, wah bestnya. Tunggu keadaan reda sket dan habis PKPB. Nak sangat bawa babyfh main salji dekat iCity tu..
ReplyDeleteAlahai. Seronok betul la main ais tu kan. Bebudak paling bahagia kan. Kalau dekat, Rawlins dah angkut anak saudara dari Sarawak main kat situ hehe
ReplyDeleteBetul. Budaklah paling excited
Deletebestnya. memang teringin masuk snow walk ni. haritu pu digital light je
ReplyDeletewah bestnya. saya dari dulu teringin na k masuk tempat salji tu. waktu study dulu kt shah alam selalu lepak2 je area i-city ni. :)
ReplyDeleteSuka la budak2 bila bawak ke sini. Lamanya tak gi icity, last sblm pkp dulu tu
ReplyDeleteBestnya! Kat I-city ni yg saya pernah masuk, trick art museum tu je.
ReplyDeletePergh murah juga 65 utk semua.. Berbaloi ler.. Dh pernh masuk snowalk tu.. Best.. Sejuk dia sejuk betul la.. Dapat gakla rasa suasana salji tu walauoun tiruan.. Hehe
ReplyDeleteKannn
DeleteSisyat yg dok dekat ngn icity ni pun belum sempat singgah lagi..hehe
ReplyDeleteSebabnya ceita2 yg kata harga tiket mahal 😅.
Tapi kalo rm65/person dan boleh ke mana2 yg mcm list tu, mmg berbaloi sangat la.
best last pergi disember 2019 ari tux sempat nak jalan semua tempat sbb unplan
ReplyDeleteWaaa seronoknyaa...last Sis pergi i-city masa anak-anak sekolah menengah lagi..pastu lama gile tak gi, kalau ada pun lalu ajaa.. seronok lagi kalau ada anak kecik gini...
ReplyDeleteLama x.ph sini. Walaupun rumah dekat heheheh.. cantik ganbar marina. Sangat sharp
ReplyDeleteSeronok juga bawa keluarga bercuti di sini. Lama dah tak ke icity. Masa study dulu je sempat kejap.
ReplyDeleteBestnya dpt bonding time dgn anak2.. nnti pas pkpb nie AM pun nak bawa anak2 AM jenjalan ke sini..
ReplyDeleteBest la icity ni, dah makin banyak attractions yang best.. Lama tak pergi dah lagi2 time mcm ni.. Nak repeat lagi la nanti... Best main snow...
ReplyDeleteBoleh tahan jugak harga dia sekarang. Dulu masa i-city baru2 bukak rajin jugak pergi lepak2, tp sekarang bila dah ada anak ni tak sempat2 lagi nak pergi. Dah bertahun tak jejak kaki dekat sini.
ReplyDeleteseronoknya! dapat tangkap gambar kenangan dengan family banyak2 :)
ReplyDeleteMemang best I-City ni. Ena pon bape kali pergi tak puas jugak. Hehe. Tunggu baby dah besar baru syok nak main snowalk tu
ReplyDeleteWah.. memang best dpt main salji, kak xpernah lg sampai kat Snowalk I-City, Shah Alam tu.. tp dah merasa bermain salji masa bercuti di Turkey
ReplyDeleteApe apps die? Boleh share?
ReplyDelete