Mengajar Cara Memegang Pensel Dengan Betul dan Menguasai Bacaan Bahasa Malaysia untuk Anak-Anak Taska dan Tadika

Mengajar Cara Memegang Pensel Dengan Betul dan Menguasai Bacaan Bahasa Malaysia untuk Anak-Anak Taska dan Tadika | Korang pernah dengar tentang buku 125 Latihan Kawalan Pensel dan Ekspress Bacaan Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam? Macam mana rupa bentuk buku ni? Apa yang bestnye buku ni? Marina kongsikan info tentang buku ini dengan korang di sini untuk tatapan korang. Dengan ada buku-buku ini, dapatlah korang membimbing anak-anak yang berumur antara 2 sehingga 4 tahun melakukan aktiviti pembelajaran di rumah. 


Masa PKP ni lah kita mengeratkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak-anak. Selalu time kita bekerja, kita serah bulat-bulat pada taska atau tadika tentang pembelajaran anak-anak. Tau tau je anak dah pandai menulis, membaca dan mengira. Apakata masa kita bekerja dari rumah ni, kita luangkan masa dengan anak-anak dan melihat perkembangan mereka di depan mata kita sendiri. 

Kepentingan Melatih Anak-Anak Berumur 2 Sehingga 4 tahun Cara untuk Memegang Pensel

Kanak-kanak perlu mempunyai kawalan pensel yang baik supaya kerja menulis menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Melalui aktiviti kawalan pensel, kanak-kanak mampu mempunyai keupayaan memegang pensel dengan betul semasa menulis dengan kelajuan biasa atau laju. Aktiviti kawalan pensel perlu diberikan kepada kanak-kanak sebelum kanak-kanak mula diajar menulis kerana aktiviti menulis adalah aktiviti yang sangat memerlukan kemahiran memegang pensel dengan betul. Kegagalan memegang pensel dengan betul akan menyebabkan kanak-kanak tidak suka menulis, mengelak daripada aktiviti menulis dan adakalanya menimbulkan tekanan apabila diminta menulis.


Semarakkan Penggunaan Bahasa Malaysia

Di Malaysia, Bahasa Malaysia digunakan sebagai medium bahasa perantaraan. Bahasa Malaysia selain dilihat sebagai bahasa perantaraan untuk menyatupadukan rakyat dan menjalin persefahaman, ianya juga perlu menjurus ke peringkat penggunaan yang lebih menyeluruh dan memartabatkannya sebagai bahasa utama pada peringkat bahasa antarabangsa. 


Kebolehan ini dapat direalisasikan melalui program-program galak membaca dan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan rakyat Malaysia, kita perlu menanamkan rasa cinta terhadap Bahasa Malaysia kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.




Mengajar Anak-Anak Cara Memegang Pensel Yang Betul Dengan Membuat Aktiviti Di Dalam Buku 125 Latihan Kawalan Pensel

Buku Latihan Kawalan Pensel ini diterbitkan oleh Syarikat Mommy Happy Group Sdn. Bhd. Manakala idea buku ini diilhamkan daripada Prof. Dr. Mahani Razali yang merupakan seorang pendidik yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun mengajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Buku Latihan Kawalan Pensel ini mempunyai 125 latihan mukasurat yang bercetak untuk anak-anak berlatih menulis. Setiap helaian yang berwarna dapat membantu menarik minat anak-anak untuk membuat latihan. Buku ini disusun secara teratur, iaitu bermula dengan aktiviti yang lebih sukar. Buku Latihan Kawalan Pensel ini diterbitkan bertujuan untuk :

• Membantu kanak-kanak mempunyai kemahiran mengawal pegangan pensel. 

• Memudahkan aktiviti menulis dengan memegang pensel dengan cara yang betul. 

• Membolehkan kanak-kanak menulis secara konsisten. 






Mengajar Anak-Anak Menguasai Bahasa Malaysia Menggunakan Buku Ekspress Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam

Buku Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 Jam ini diterbitkan oleh Mind To Mind Sdn. Bhd. Ianya mempunyai 82 mukasurat yang bercetak dan berwarna-warni. Buku ini diterbitkan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran mengenai huruf, menyebut suku kata dan membaca dalam masa 50 jam atau kurang. Di dalam buku ini, menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dan diwarnakan mengikut suku kata bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak menyebut setiap perkataan dengan tepat dan lancar. 
 

Pengalaman Anak-Anak Menggunakan buku 125 Latihan Kawalan Pensel dan Ekspress Bacaan Asas Bahasa Malaysia Dalam 50 Jam

Anak Marina, Miqaila 4 tahun sangat teruja melakukan aktiviti menulis di dalam buku 125 Latihan Kawalan Pensel. Banyak sangat aktiviti dalam buku ni yang boleh dia buat. Ikut garisan tulis ABC dan 123. Ada juga ikut garisan lukis bentuk, haiwan dan lukisan. Anak Marina enjoy buat aktiviti ni sebab setiap helaiannya berwarna-warni dan lukisannya cantik-cantik. 

Bagi buku Ekspress Bacaan Bahasa Malaysia Dalam Masa 50 jam pula, pada Marina memudahkan untuk ajar anak membaca sebab setiap suku kata warnanya berbeza. Anak tahu kat mana nak stop untuk menyebut sesuatu perkataan. Tapi ibu bapa kenalah take part sekali untuk mengajar anak-anak membaca kalau tak siapa nak ajar, kan? 

Dengan melakukan aktiviti di buku ini bolehlah ibu bapa mengurangkan penggunaan gajet anak-anak.

Ibu bapa atau sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku-buku ini boleh hubungi Siti Rohaida. 

Facebook :

Instagram :


Post a Comment

14 Comments

  1. mudah dh aihh anak2 nk bljr skrg dgn ada buku mcm nie..lagi2 dgn taon 2020 yg cuti je memanjang

    ReplyDelete
  2. Memang baik buku-buku ini untuk membimbing si kecil untuk menulis dan membaca kan.

    ReplyDelete
  3. great books for kiddos to do up more exercise at home since not going to school during this pandemic period... great ones....

    ReplyDelete
  4. Wow.......these are good educational books for kids. I think my cousin should get one for his kids. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Sekarang yang ada masaalah ni anak saudara tu, Mama dia tengah cuba mengajar cara yang betul.. bolehlah Sis rekemen kat adik buku ni..

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak ajak kanak-kanak pegang pensil dan menulis. bagus buku ni untuk kanak2 :)

    ReplyDelete
  7. zaman sekarang ni macam2 bbm ada. nak dengan taknak je kan. bagus buku ni...parents la kena sabar sikit

    ReplyDelete
  8. Menarikla buku ni. Nanti boleh cari utk anak. Eso yg belajar menulis tu

    ReplyDelete
  9. ish ish rindu pulak nak ada anak kecik ajar membaca dan menulis , suka tengok tumbesaran dan progress pembelajaran diorang depan mata kita sebelum hantar ke tadika .....

    ReplyDelete
  10. Thank you sharing. Tak sabar nak tunggu waktu boleh ajar anak membaca. Sekarang baru nak ajar bercakap dengan ayat lebih sikit

    ReplyDelete
  11. Banyak betul manfaat buku2 ni untuk pembelajaran awal kanak2..sangat bagus untuk ibu2 yang memerlukannya untuk tingkatkan kemahiran menulis dan membaca anak2 di rumah..

    ReplyDelete
  12. Memang kena latih budak2 pegang pensel. Bukan apa, budak2 skrg lebih pandai menaip drp menulis. Org dewasa pun sama.

    ReplyDelete
  13. Bagus betul buku ni Marina. Baihaqi pun ada buku ni. Memang seronok dia

    ReplyDelete
  14. Senang budak budak zaman sekarang kan..segalanya mudah dah..wajib semua parents dptkan ni utk anak mereka

    ReplyDelete