Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia : Memilih Lampu Meja yang Sesuai untuk Monitor dan Belajar | Tahukah korang bagaimana hendak memilih lampu meja yang sesuai untuk monitor dan belajar? Mengapakah pencahayaan di meja belajar untuk korang membaca atau melakukan kerja di desktop sangat penting? Apakah ciri-ciri lampu meja yang sesuai digunakan dengan pencahayaan di persekitaran sesuatu ruang? Di sinilah Screenbar e-reading lamp dari BenQ Malaysia dapat membantu korang mendapatkan pencahayaan yang baik untuk membaca atau melakukan tugasan kerja yang memerlukan korang mengadap komputer!
Korang pelik tak, walaupun dah ada cahaya di sesuatu ruang sama ada di ruang tempat korang belajar atau di tempat kerja, korang masih perlukan lampu monitor atau lampu membaca? Ruang di sesuatu tempat yang kita berada adalah berbeza tahap pencahayaannya. Macam contoh, pencahayaan di ruang tamu dan di bilik tidur adalah berbeza.
Sebelum Marina ceritakan selanjutnya mengenai BenQ Screen e-reading lamp, Marina nak kongsikan tentang pencahayaan di sesuatu ruang dan kaitannya dengan mata kita.
Kenapa Kita Perlukan Lampu Monitor atau Lampu Belajar Walaupun Di Dalam Ruang yang Sudah Mempunyai Cahaya?
Apabila cahaya terang, pupil pada mata akan mengecil, manakala jika cahaya kurang terang, pupil akan mengembang. Pupil adalah bukaan pada iris. Pupil ini berfungsi seperti aperture kamera fotografi. Pupil akan mengecil ketika cahaya kuat dan membesar ketika cahaya lemah atau gelap.
Apabila kita bekerja berjam-jam dalam keadaan cahaya yang tidak sesuai, otot sirkular akan mengecut apabila kawasan pencahayaan cahaya rendah atau redup, manakala otot menjalar akan berkontraksi menyebabkan pupil mengembang ketika berada dalam keadaan cahaya terang. Sekiranya mata manusia tetap mengecut dan mengembang semasa bekerja di persekitaran pencahayaan yang buruk, mata manusia akan menjadi tegang dan mudah letih atau mungkin menyebabkan sakit kepala.
Sekarang dah tahukan kenapa pentingnya penggunaan lampu meja atau lampu monitor walaupun korang berada di tempat cerah sekalipun.
Untuk pengetahuan korang, BenQ Screenbar e-reading lamp telah direka khas untuk membantu mengurangkan ketegangan mata. Marina terangkan selanjutnya bagaimana Screenbar e-reading lamp ini berfungsi di bawah.
Ciri-ciri BenQ Screenbar e-Reading Lamp
• 14 level adjustable brightness and 8 level adjustable 2700K warmlight to 6500K cool light adjustable.
• Eye-care.Warm light adalah untuk pencahayaan yang santai, sesuai semasa korang hendak melakukan sesuatu dengan lebih relax. Manakala cool light adalah untuk membantu korang lebih fokus melakukan sesuatu kerja.
• Auto Dimmer. Lampu akan adjust secara automatik mengikut kesesuaian terhadap pencahayaan persekitaran.
• Clips fit 1cm - 3 cm monitor. Tidak perlu menggunakan sebarang pelekat atau skru yang boleh merosakkan komputer. Tidak seperti sesetengah klip lampu yang boleh menyebabkan kerosakan pada monitor korang.
• Using USB to function the lamp.
• Angle lampu boleh diubah.
Keistimewaan dan Kelebihan BenQ Screenbar e-Reading Lamp
• BenQ screenbar mempunyai warranty selama 2 tahun.
• Boleh digunakan untuk semua jenama monitor selain BenQ
• Lampu ini dilengkapkan dengan sensor cahaya persekitaran automatik bertukar ke pencahayaan 500 lux.Kenapa 500 lux? 500 lux adalah merupakan pencahayaan yang paling sesuai untuk korang membaca dan melakukan kerja yang berjam-jam di hadapan monitor.
• Jimat ruang kerana lampu ini hanya perlu klip di monitor sahaja. Tidak memerlukan ruang untuk meletakkan lampu meja.
• Mudah dipasang.
• Mata tidak penat sebab tidak perlu bekerja lebih apabila korang menggunakan lampu monitor dari BenQ ini kerana cahaya yang tepat dari lampu ini boleh disetkan kepada cahaya yang sesuai dengan keadaan cahaya persekitaran.
• Cahaya dari screenbar e-reading lamp tidak akan menyebabkan silau pada skrin monitor.
Klip dipasang pada monitor |
Review Marina Mengenai BenQ Screenbar e-Reading Lamp
Marina sangat teruja apabila Screenbar e-Reading Lamp ni sampai pada Marina dan Marina nak kongsikan dengan korang pengalaman Marina menggunakan lampu monitor ni untuk melihat komputer.
Lampu ini ringan, anak-anak pon boleh angkat dengan mudah je. Paling Marina suka tentang lampu ini, ia menjimatkan ruang di atas meja. Lampu ini hanya klip sahaja di monitor komputer dan hanya gunakan kabel USB untuk berfungsi. Tak perlukan suis atau bateri untuk menyalakan Screenbar e-reading lamp ni. Rekabentuk lampunya kemas dan elegant.
Gambar di bawah ni Marina tunjukkan perbezaan lampu Auto Dimmer, Manual Dimmer dan Hue adjustment. Bila korang tekan button Auto Dimmer, cahaya dari lampu screenbar e-reading lamp ni akan adjust secara automatik mengikut cahaya persekitaran di sesuatu ruang. Button manual dimmer pulak, korang boleh adjust sendiri nak terang atau gelap dan hue adjustment ni untuk korang adjust nak color temperature sama ada nak adjust ke warmlight atau cool light. Kalau taknak susah-susah, korang guna je Auto Dimmer.
Elakkan Mata Penat Dengan Screenbar e-reading Lamp!
Kalau korang nak kurangkan ketegangan mata yang menyebabkan mata letih dan menjadikan korang pening kepala, boleh dapatkan Screenbar e-reading lamp ni di Lazada BenQ Flagship store atau boleh kunjungi website BenQ Malaysia atau Facebook BenQ.
Website :
Facebook :
17 Comments
Oo ingtkan pc tu.. Rupanya lampu monitor.. Menarik ni.. Bgus tak sakitkan mata sangat ye..
ReplyDeletefuyohhhh that looks so cool!
ReplyDeleteBoleh tahan jugak yer harganya , tapi memang nampak best dan bagus. Akak rasa memerlukan jugak sebab kadang tak suka nak pasang lampu ruang tamu. Kalau lampu gini kita nak buat kerja2 menulis waktu malam pun rasa tenang rasa lebih fokus dan rasa macam beri sumber ilham pun yer.
ReplyDeleteKalau kita letak tu. External web cam nak ltk mana
ReplyDeletemenarik reading lamp ni.. jadi mata kita terlalu dekat dengan skrin yg merbahayakan.. dia mcm ada satu layer.. bagus terutama buat anak2 yg sedang menjalani pdpr skrg ini
ReplyDeletebagusnya monitor ni. especially sekarang students banyak pdpr and parents pun wfh kan.
ReplyDeleteNak rekomen kat pejabat untuk beli la atas dasar keselamatan dan kesihatan mata gitew. Hehe. Doakan lulus proposal ye
ReplyDeleteWah, first time dengar lampu untuk monitor. Betul, kadang sakit mata kalau gelap dengan monitor, kena on lampu baru okay.
ReplyDeleteFirst time seeing this product. Interesting. Now so many cool products to make our lives easier.
ReplyDeleteMenarik ye first time tengok produk ereading lamp mcm ni... Boleh usha one for myself kat rumah ni...ni pun salah satu cara utk jaga mata ni..
ReplyDeleteBagus ni, memang niat nak beli desktop, so bila ada boleh laaa pilih BenQ lamp ni..
ReplyDeleteSelalu tengok screenbar ni di pasang di monitor pejabat doktor dan makmal. Baru ku tahu apa nama benda alah ni. Tq share!
ReplyDeleteLampu belajar memamng penting untuk mata sebenarnya. Ni kalau dah ada ni xperlu pakai kacamata bluelight dah.
ReplyDeleteThanks for sharing this, baru jer tau BenQ ada Screenbar e-Reading Lamp juga
ReplyDeletewow my first time knowing about a Screenbar e-reading Lamp! It looks so cool and useful to all of us
ReplyDeleteAwa ada juga satu set BenQ monitor eye care dan screenbar ni. memang best! berbaloi sangat dengan harganya. tak menyesal punya satu
ReplyDeleteYour post is very helpful, but today I found a site that are related with your topic and provide more information about the monitors. Here you can read whole information about which monitor is fine for your business, or work. It will provide you complete details about the product and its buying guide; you may also check these products and buy easily through this site from Amazon.
ReplyDeletehttps://bestpcadvisor.com/top-12-vertical-monitor-for-coding/