8 Menu Cadangan Juadah Hari Raya yang Simple dan Menarik Dari F&N Life

8 Menu Cadangan Juadah Hari Raya yang Simple dan Menarik Dari F&N Life | Seminggu je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tak dapat balik raya disebabkan tak boleh merentas negeri akibat Covid-19 ni, tak bermakna kita tak boleh wujudkan suasana raya tu kan? Kita masih boleh beraya dengan ahli keluarga yang terdekat dengan memasak juadah hari raya dan makan bersama-sama. Setiap tahun asyik menu raya yang sama je. Makan rendang, lemang dan ketupat je kan? Apa kata kita buat resepi masakan raya yang lain pulak yang mudah dan menarik yang dikongsikan di aplikasi F&N Life ni. 

Pelbagai resepi yang mudah dan menarik yang boleh korang dapatkan di aplikasi F&N Life ni seperti pencuci mulut, masakan nasi, panggang, masakan goreng, burger, udang, resepi sotong, ikan, minuman yang sejuk serta panas dan macam-macam lagi. Menerusi aplikasi ini, korang boleh filter untuk mencari menu jenis makanan, tempoh memasak dan masakan diet pon ada tau. 

Di sini Marina senaraikan resepi yang mudah dan menarik dari F&N Malaysia untuk rujukan korang. Terdapat banyak resepi yang menarik korang boleh dapati di aplikasi F&N Life. 


Baca juga : Roti Gardenia

 





Membeli Pakej Masak Masak Raya Bundle Di Aplikasi F&N Life

Sebelum ni, Marina ada share macam mana nak beli barang melalui aplikasi F&N life. Mudah dan menjimatkan masa guna aplikasi ni. Marina beli Masak Masak Raya Bundle dari aplikasi ini. Di dalam pakej ini, dengan harga RM35.00, korang akan dapat :
1 paket lemang Sri Nona 
1 paket Ketupat Sri Nona
4 tin F&N Evaporated Filled Milk
1 paket serbuk kari daging Babas
1 paket serbuk kari ikan Babas
1 paket serbuk Rendang Babas
1 paket serbuk kunyit Babas
1 paket jintan Babas
1 tiub Gula melaka Teapot SBC

*FREE 1 set Limited Edition F&N Raya Green Packet

Harganya lebih murah berbanding di pasaran. Penghantaran adalah percuma kalau korang beli barang RM100 dan ke atas melalui aplikasi ni. Dah beli Masak Masak Raya Bundle ni bolehlah masak juadah raya ikut resepi yang dikongsikan di aplikasi F&N Life pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Banyak resepi di kepala Marina ni antara soto ayam, nasi arab dan macam-macam jenis pencuci mulut yang menarik nak dibuat.  



Cadangan Menu Juadah Di Pagi Raya

Di sini Marina senaraikan 8 cadangan resepi juadah hari raya dari F&N Life yang menarik dan mudah dimasak.  

#1 Soto Ayam

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam, potong suku
4 hidangan mihun, direndam
250g Kentang, direbus & potong
2 biji Telur rebus, potong setengah
1 biji Tomato, potong suku
1 batang Daun bawang, dicincang
Bawang goreng secukupnya
3 biji Bawang merah (rempah dikisar)
2 ulas Bawang putih (rempah dikisar)
3 biji Buah keras (rempah dikisar)
1 inci Halia (rempah dikisar)
1 sudu kecil Serbuk kunyit (rempah dikisar)
1/4 cawan Minyak (rempah dikisar)
2 tin Krimer sejat F&N (bahan A)
700ml Air (bahan A)
1 batang Serai (bahan A)
1 inci Lengkuas (bahan A)
2 keping Daun bay (bahan A)
3 keping Daun limau purut (bahan A)
2 sudu kecil Garam (bahan A)
2 sudu kecil Gula (bahan A)
2 sudu kecil Serbuk lada putih (bahan A)
1 sudu besar Serbuk stok ayam (bahan A)

Cara-cara :
1. Tumiskan bahan rempah yang telah dikisar sehingga wangi, tambahkan bahan A.
2. Masak selama 30 minit, tambahkan ayam, dan teruskan reneh selama 30 minit. Keluar ayam dan cincangkan.
3. Sediakan satu mangkuk, masukkan mihun, tomato, kentang. Tuangkan sup dan ayam ke dalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan.


#2 Nasi Arab Kambing Home

Bahan-bahan :
1kg Kambing yang dipotong bersama tulang
1 sudu besar Serbuk kunyit
2 sudu kecil Serbuk jintan manis
2 sudu kecil Serbuk ketumbar
1 sudu kecil Garam
1/4 cawan Minyak sayur
2 sudu besar Pes bawang putih dan halia
2 biji Bawang merah, dicincang
2 sudu besar Pes tomato
2 batang Cili hijau
1 sudu kecil Cengkih
2 batang Kulit kayu manis
3 keping Daun salam
1 sudu kecil Buah pelaga
1 sudu kecil Lada hitam
1 biji lemon/limau kering (pilihan)
6 cawan Air
3 cawan Beras
1 sudu kecil Garam

Cara-cara :
1. Perap kambing bersama rempah kering selama 1 jam.
2. Panaskan periuk besar, masak daging yang telah diperap hingga kekuningan, masukkan kesemua rempah, tumis sehingga naik bau. Tambahkan air dan renehkan selama 30 minit - 1 jam.
3. Bila kambing sudah empuk, masukkan beras, garam dan Susu Isian Sejat F&N ke dalam periuk dan kacaukan. Biarkan masak selama 10-20 minit dengan api yang perlahan. Angkat dan hidang.


#3 Gado-Gado

Bahan-bahan :
100g Kacang tanah, hancur kasar
2 keping Daun limau purut
500ml Air
1 tin Krimer Sejat F&N
120g Gula melaka
2 sudu besar Kicap manis
1 sudu kecil pes asam
2 sudu kecil Garam
4 sudu besar Minyak masak
6  ulas Bawang putih (rempah)
1/4 sudu kecil Belacan, dibakar (rempah)
100g Tempe, potong keping dan goreng (ulam-ulam)
2 keping tauhu, goreng dan dipotong kiub (ulam-ulam)
100g Kangkung, rebus (ulam-ulam)
30g Tauge, direbus (ulam-ulam)
1/2 biji Kubis, direbus (ulam-ulam)
1/2 batang Timun, dipotong kiub (ulam-ulam)
200g Nasi impit, dipotong liub (ulam-ulam)
Keropok udang (ulam-ulam) secukupnya
4 keping Cili merah (rempah)

Cara-cara :
1. Kisarkan semua rempah, panaskan periuk dengan minyak. Tumiskan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan kacang dan daun limau purut. Kacau.
3. Masukkan air, Krimer Sejat F&N, gula melaka, kicap manis, pes asam dan garam. Biarkan mendidih selama 30 minit.
4. Keluarkan dari api dan ketepikan.
5. Susunkan ulam-ulam di pinggan, tuangkan sos secukupnya di atas ulam-ulam. Akhirnya hidangkan dengan keropok.


#4 Satay Ayam

Bahan-bahan :
1kg Peha / dada ayam
80g Gula melaka
100g Gula pasir
1 1/2 sudu kecil Garam
1/2 tin Susu Isian Sejat F&N
4 sudu besar Minyak masak, untuk goreng rempah
1 biji Bawang putih
2 biji Bawang besar
2 inci Halia
3 batang Serai
2 inci Lengkuas
5g Serbuk ketumbar Babas
25g Serbuk jintan manis Babas
10g Serbuk jintan putih Babas
30g Serbuk kunyit Babas
3 inci Kunyit segera

Cara-cara :
1. Kisar rempah menjadi pes dengan Susu Isian Sejat F&N.
2. Potong ayam menjadi ketulan kecil.
3. Perapkan ayam dengan semua rempah, dan bahan-bahan lain.
4. Biarkan di dalam peti sejuk semalaman.
5. Siapkan rendam kayu lidi dengan air, cucuk ayam ke dalam lidi.
6. Goreng satay dengan minyak masak di dalam kuali sehingga kuning keemasan.
7. Nikmati satay ayam dengan kuah kacang.


#5 Syawal Prawn

Bahan-bahan :
1 tin krimer sejat F&N
12 ekor udang (dibelah belakang dan dibersihkan) 
6 biji bawang merah (dikisar) 
5 ulas bawang putih (dikisar) 
4 batang serai (dikisar) 
2 inci halia (dikisar) 
8 sudu besar cili boh
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa
12 batang kayu lidi (direndam dalam air) 

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili boh dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. 
2. Kemudian masukkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa serta krimer sejat F&N dan biarkan.
3. Cucukkan udang pada kayu lidi dan panggangkan di atas arang atau pan grill sehingga udang separa masak. 
4. Tuangkan sebahagian kuah percik ke atas udang dan panggangkan sekali lagi sehingga masak. Tuangkan baki kuah percik ke atas udang sebelum dihidangkan. 


#6 Meat Floss Cookie

Cara-cara :
250g Mentega
200g Susu Isian pekat manis F&N
180g Tepung gandum
200g Tepung Jagung
40g Tepung beras
120g Benang ayam / daging

Bahan-bahan :
1. Panaskan ketuhar hingga 170 darjah c. Letakkan kertas perkamen di pan. 
2. Dalam mangkuk percampuran, pukul mentega dan susu isian pekat pekat manis F&N sehingga sebati. 
3. Campurkan semua bahan-bahan yang tinggal. Perlahan-lahan pukul bahan sehingga adunan terbentuk. 
4. Bentukkan biskut menjadi bebola. Seterusnya gunakan garfu untuk meratakan adunan biskut. 
5. Bakar biskut pada suhu 170 darjah c selama 15 minit sehingga warna keemasan. 
6. Biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. 



#7 Stir Fry Seafood Curry Noodles

Bahan-bahan :
1/3 Hidangan ikan
3 sudu besar Minyak masak
100ml Air
4 sudu besar Susu Isian Sejat F&N
400g Mee kuning
1 sudu besar Bawang goreng
1 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
4 biji Limau kasturi
4 ulas bawang putih, dicincang
2 biji bawang kecil, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
2 ekor sotong, potong keping
8 ekor udang, buang kulit
12 biji kerang
1 paket kecil Rempah kari

Cara-cara :
1. Keluarkan tulang dari ikan dan pecahkan ikan menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan
2. Dalam kuali, tumis bawang putih, cili merah dan bawang merah sehingga wangi dengan minyak masak. Masukkan semua makanan laut, tumis sehingga masak.
3. Masukkan kari ikan, ikan, air dan susu isian sejat F&N. Didihkan selama 3-5 minit. Masukkan mee kuning, tumis sehingga mee kuning campur dengan kari.
4. Bahagikan mee kepada 4 hidangan, hidangkan limau kasturi dengan setiap mee kari.


#8  Kebab Koobideh

Bahan-bahan :
800g Daging ayam / kambing yang dicincang (kebab)
1 biji Bawang merah, diparut (kebab)
5 ulas Bawang putih, pes (kebab)
4 cm Halia, pes (kebab)
1/4 sudu kecil Serbuk kunyit (kebab)
1 sudu kecil Serbuk paprik / cili (kebab)
1-2 sudu besar Minyak masak (kebab)
100g Susu isian sejat F&N, satukan terlebih dahulu (kebab)
2 sudu besar Jus limau, satukan terlebih dahulu (kebab)
100g Susu isian sejat F&N (sos)
2 sudu besar Jus limau (sos)
2 sudu besar Mayonis (Sos)
3 ulas Bawang putih, dicincang halus(sos)

Cara-cara : 
1. Campurkan semua ramuan kebab ke dalam mangkuk adunan, kemudian perapkan di dalam peti sejuk semalaman.
2. Ambil segengam daging kemudian kepalkan di batang serai.
3. Dengan api yang sederhana, renjiskan sedikit minyak ke atas kuali pemanggang dan panggang kebab sehingga masak.
4. Kebab sedia dihidangkan jika hendak makan bersama nasi minyak atau apa jua nasi.
5. Untuk membuat sos, campurkan semua bahan sos ke dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
6. Sos sedia untuk dihidangkan bersama Kebab Koobideh.


Selamat mencuba. Nak lebih resepi boleh ke aplikasi F&N. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jaga diri. Jaga kesihatan. Paling penting jaga SOP semasa pergi beraya.

Post a Comment

7 Comments

  1. Assalamualaikum. Wah, tengok menu2 ni macam senang je nak buat... senang bila ada apps F&N Life ni kan.

    ReplyDelete
  2. wah banyak yer resepi dari F&N Life App. menarik

    ReplyDelete
  3. Beli bundle terus senang kan..takdela beli satu2..murah dan jimat

    ReplyDelete
  4. bagus f&n buat set2 cam tu ,berbaloi sangat,dah beli jugak and hantar kat kampung.

    ReplyDelete
  5. Wah best nyer apps ni, banyak recipe and sangat user friendly

    ReplyDelete