Cara Penjagaan Kulit Muka untuk Merawat Jeragat dan Sunburn

Cara Penjagaan Kulit Muka untuk Merawat Jeragat dan Sunburn | Betul ke jeragat tak boleh hilang? Orang kata kalau guna ubat jeragat yang dijual di Watson, Guardian atau drugstore yang lain hanya boleh pudarkan jeragat sahaja. Jeragat hanya boleh dirawat dengan rawatan laser jeragat sahaja. Betul ke? 

Sebelum Marina share macam mana cara nak menghilangkan jeragat dan sunburn, kita perlu tahu punca-punca jeragat berlaku. Marina tahu, korang nak hilangkan jeragat dengan cepat. Sapu-sapu je terus hilang kan? Tak menyabo. Salah cara tu sebenarnya. Nak cantikkan kulit kena melalui proses dia. Bukan pakai krim jeragat harini, esok jeragat dah hilang dari radar. Penjagaan kulit muka kena berterusan. Walaupun jeragat tu dah hilang sekalipun tapi muka tak berjaga, jeragat tu boleh datang balik. Betul tak? 



Punca Jeragat Terjadi

Jeragat biasanya disebabkan oleh melanin pada kulit kita. Melanin adalah sejenis pigmen dalam tubuh manusia yang memberikan warna. Sejenis sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita akan menghasilkan melanin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jeragat salah satunya adalah disebabkan oleh sinaran UV. Apabila kulit korang terdedah terus kepada sinaran UV, semakin banyak melanin akan terhasil dan akan menyebabkan terjadinya jeragat. Tambahan, cuaca di Malaysia boleh dikatakan panas sepanjang tahun.

Selain daripada sinaran UV, suhu yang tinggi pada kulit muka kita juga akan menyebabkan peningkatan melanin. Suhu yang tinggi ini bermaksud, keadaan persekitaran di sekeliling korang yang panas atau melakukan sesuatu yang membuatkan kulit korang terasa panas akan menyebabkan jeragat semakin banyak. Contohnya seperti korang memasak atau duduk di bilik yang panas dan bersuhu tinggi akan menyebabkan kulit korang menghasilkan lebih banyak melanin.

Pemilihan produk penjagaan kulit dan alat kosmetik yang salah juga akan menyebabkan berlakunya jeragat. Penggunaan produk yang salah yang mengandungi bahan kimia berbahaya memburukkan lagi jeragat di muka. 

Tips 1 : Elakkan Kulit Muka Terkena Sinaran UV dan Sunburn

Apa yang perlu korang lakukan untuk mengelakkan kulit muka korang terkena sinaran UV dan sunburn? Mudah je. Seeloknya kurangkan aktiviti luar yang akan menyebabkan kulit korang terdedah kepada cahaya matahari. Jika kerja atau aktiviti korang banyak terdedah pada cahaya matahari dan persekitaran yang panas, pakailah pakaian daripada fabrik cotton dan yang menutup seluruh kulit korang. 

Selain itu, gunakan sunscreen terbaik yang mengandungi SPF untuk melindungi daripada terkena cahaya matahari terus pada kulit korang. Pilih sunscreen yang mempunyai SPF yang tinggi. 

Tips 2 : Kenalpasti Condition Kulit Wajah

Sebelum kita nak merawat kulit muka, kita kena tahu keadaan kulit kita macam mana. Takkan sebab jeragat, kita buat cara penjagaan seperti kulit wajah kita ada masalah jerawat? Betul tak? Orang kata matlamat asal kepada masalah yang dihadapi tak tercapai. Inilah sebabnya kita kena kenalpasti dulu keadaan kulit muka dan cara mengatasi kepada masalah tersebut. 

Seperti yang Marina ceritakan di atas tentang kenapa jeragat timbul, so cara untuk merawat jeragat adalah dengan "Control" dan "Protect". Selanjutnya bagaimana cara dan apa maksud "Control" dan "Protect" untuk menghalang jeragat, Marina kongsikan kat bawah.

Cara untuk Merawat Kulit Berjeragat

Bila umur dah hampir masuk 4 series ni, macam-macam masalah kulit wajah yang timbul. HONESTLY Marina bukanlah sejenis manusia yang rajin menjaga muka. Kalau boleh, Marina hanya nak cuci muka sahaja, tak perlu krim dan pelembap untuk mendapatkan kulit muka tanpa menghadapi masalah. Tapi tak boleh. 

Di sini Marina kongsikan rutin penjagaan kulit muka yang mudah untuk menghindarkan kulit muka daripada rosak akibat cahaya matahari dan radikal bebas dengan menggunakan 2 produk skincare yang dapat mencegah jeragat iaitu produk daripada Hansaegee Nature. Skincare yang Marina guna ialah moisturizer tanpa minyak Aqua Whitening Cream dan sunscreen Gold Nano CC Cream. 


Ok macam biasalah, walaupun tak ber make up, Marina akan pastikan at least Marina cuci muka dengan pencuci muka. Disebabkan muka Marina ni jenis yang agak berminyak sedikit, Marina guna pencuci muka yang berasaskan air. Selepas dah cuci muka, di sinilah proses "control" dan "protect" untuk merawat jeragat. Tips Merawat Jeragat :

Langkah 1 - "Control" Kulit Muka Dengan Moisturizer Tak Berminyak Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Pelembap Aqua Whitening Cream ini merupakan pelembap berasaskan air. Ia dapat memberikan kesegaran pada kulit, menjadikan kulit terasa sejuk dan lembap. Moisturizer ini dapat menurunkan suhu kulit muka kita yang disebabkan oleh aktiviti harian yang menyebabkan kulit terdedah kepada panas. Seperti yang Marina cerita tadi, suhu yang tinggi terhadap kulit akan menyebabkan melanin terhasil. Makanya, kita selalu perlu membuatkan kulit sentiasa sejuk dan lembap. 

Aqua Whitening Cream ini mengandungi "Niacinamide" juga dikenali sebagai Vitamin B3 yang dapat meningkatkan kelembutan kulit dan mencerahkan kulit. Jadi penggunaan Aqua Whitening Cream adalah langkah yang perlu dilakukan dalam rutin penjagaan kulit wajah untuk mengawal melanin. 

Krim Aqua Whitening ni wangi, tak rasa berminyak, tidak melekit dan ianya cepat meresap dalam kulit. Muka Marina tak berminyak dan rasa segar walaupon kena cahaya matahari. 

Jadinya, untuk "control" daripada kulit muka menjadi panas dan seterusnya berlakunya jeragat, Marina sejukkan muka dengan menggunakan Aqua Whitening Cream ni 2 kali sehari. Sekali pada waktu siang sebelum memakai gold nano cc cream dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. 


Water drop



Langkah 2 - "Protect" Kulit Muka Dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Penggunaan Gold Nano CC Cream adalah penting untuk mengelakkan kulit daripada timbulnya jeragat. Ia digunakan sebagai pelindung matahari kerana krim ini mempunyai SPF 50+ PA +++ yang melindungi kulit daripada UVA dan UVB yang menyebabkan melanin meningkat seperti yang Marina sebut sebelum ini di atas. 

Selain daripada mengawal kulit daripada panas, kita juga perlu melindungi kulit daripada melanin yang menyebabkan jeragat. Jadi Sunscreen (Gold Nano CC Cream) wajib digunakan setiap hari walaupun korang duduk di dalam rumah atau bangunan kerana UVB dapat masuk melalui pintu atau tingkap. Korang perlu gunakan krim pelindung matahari setiap hari, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Krim Gold Nano CC dari Hansaegee Nature ini merupakan krim yang boleh mengawal warna dan mencerahkan kulit, maknanya krim ini warnanya putih, apabila korang pakai pada kulit, krim ini akan bertukar warna mengikut tona kulit korang. Krim ini tidak melekit, tidak berminyak dan terasa krimnya terasa ringan di muka.

Untuk "protect" kulit muka daripada sinaran UV Marina gunakan Gold Nano CC cream ni 2 kali sehari pada waktu siang sahaja iaitu sekali sebelum pergi kerja dan sekali selepas waktu lunch.





Inilah dia rutin penjagaan kulit muka, "Control" dan "Protect" yang Marina buat untuk mengurangkan gejala jeragat. 

Selanjutnya korang boleh ke website Hansaegee Nature untuk pertanyaan lanjut atau mendapatkan produk mereka:


Post a Comment

24 Comments

  1. lama dah tgk orang share pasal produk nih .. teringin lah pulak nak try

    ReplyDelete
  2. kulit muka mesti kena jaga, ekk. elak sunburn. merawat sunburn. jeragat. jerawat.
    mesti la guna skincare yg bersesuaian dan trusted! jgn main pakai je memana yg murah.
    a big NO la.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. ada juga sikit jeragat...kesan sun burn masa kerja site dulu agaknya

    ReplyDelete
  4. Memang perasan dah masuk 4 series ni, jeragat tu mula ada. Mungkin dulu kerap tukar produklah gamaknya. Kesannya baru nampak sekarang.

    ReplyDelete
  5. jangankan perempuan kadang laki pun cerewet bab muka ni especially kalau berminyak. macam khai memang tak selesa if muka berminyak or sunburn, memang nak je terus cari tisu or kain lap muka

    ReplyDelete
  6. Rawlins nak try Aqua Whitening Cream nie sebab my sis kata ianya memang sangat hydrating. Takzabar pula tunggy my order arrives

    ReplyDelete
  7. Kalau boleh nak sapu2 terus hilang jeragat nih huhu. Tapi tula betul kena mulakan step yang betul untuk pudarkan jeragat ni lagi2 bila dah dalam 3 series nih. Macam best pulak produk Hansaegee nih.

    ReplyDelete
  8. CC cream tu menarik ramai review bagus dan aqua whitening nih pun tgh oder tak sabar nak guna...

    ReplyDelete
  9. Produk ini selalu menjadi kegemaran ramai sebab bersesuaian dengan cuaca di Asia. Ruby pun suka. Senang nak guna dan tak renyah. Bila dah berusia ni, lebih kearah nak jaga skincare je. Mekap tipis je. Sunscreen aje dah cukup. ❤️

    ReplyDelete
  10. CC Cream tu belum cuba lagi. Tapi baca banyak review best CC Cream tu. Produk Hansaegee ni memang banyak review positif.

    ReplyDelete
  11. Menariknya Marina kongsi produk ni.
    CC cream sangatlah mudah nak guna dan match dengan kulit.
    Berbaloi sangat untuk dapatkan produk ni.

    ReplyDelete
  12. Patut muka makin flawless heheeh! rupanya ada rahsia. Cikza pernah guna memang best

    ReplyDelete
  13. Sunblock ni memang penting bukan stkt utk elak jerawat, tp juga mcm2 masalah kulit lain

    ReplyDelete
  14. Mmg suka dengan brand ni.. sebab dia x melekit dan bila pakai.. mmg cantik terus di wajah

    ReplyDelete
  15. Marsha kulit kombinasi kena juga produk yang berasaskan air baru selesa. Nampak menarik produk hansaegee ni

    ReplyDelete
  16. Memang bagus produk ni, Sis sampai sekarang guna CC Cream tu haa.. elok je walau duk rumah kann..

    ReplyDelete
  17. Produk hansaegee ni bagus laa.. Wawa dh try yg dua2 ni mmg berbaloi gabung....

    ReplyDelete
  18. saya pun pakai CC cream ni. mmg bagus untuk protect kulit from sunburn. tapi sunscreen tu jangan lupa ye

    ReplyDelete
  19. cc cream dia mmg dah jadi fav cream kalo nak keluar rumah. senang nak pakai.

    ReplyDelete
  20. mmg skincare hansaegee nie serasi dgn kulit kita juga.. paling suka guna aqua..

    ReplyDelete
  21. Teringin nak try product Hansaegee ni.. Sure good kan! Ramai yang bagi good reviews about it... 👍

    ReplyDelete
  22. Memang bagus produk ni. Kte pernah pakai dan memang berkesan pun

    ReplyDelete
  23. Thanks for the review and sharing, both cc cream and aqua moisturizer memang bagus for skin protection.

    ReplyDelete
  24. The combination of these two products are good to protect skin from sunburn.

    ReplyDelete