Pengalaman Menginap Di Cinta Abadi Resort, Bidor, Perak | Lama dah Marina tak share pasal pergi bercuti dan pengalaman menginap di hotel, resort atau homestay kan? Actually sebelum PKP ada je bercuti dan menginap di hotel, tapi cam tak terpanggil plak nak share. Kalini Marina nak share tempat percutian yang pada Marina menarik di Perak ni iaitu Cinta Abadi Resort, Bidor, Perak (CAR). Marina terasa nak share pulak sebab pengalaman di sana berbeza dengan penginapan Marina sebelum sebelum ni.
Masa sebelum negara kita dilanda Covid 19, jujur Marina cakap kalau pergi bercuti, Perak bukanlah dalam list Marina. Terukkan Marina ni? Hahaha. Tak sedor diri nombor IC Perak. Itulah, dah bila namanya duduk di Perak, jadinya Marina lebih suka explore negeri selain Perak, sebab pada Marina Daerah dalam Perak ni dekat dengan Ipoh dan bila-bila masa boleh pergi. Tambahan nak menginap kat hotel terasa macam rugi, padahal boleh je balik hari. Tu lah sebabnya, Marina prefer bercuti luar dari Perak.
Disebabkan waktu pandemik ni belum boleh lagi rentas negeri, hanya boleh rentas daerah, gigihlah mencari tempat best kat dalam Perak ni untuk pergi tenangkan fikiran. Duduk kat hotel di Perak ni rasa macam tak berbaloi pulak sebab selalu dah biasa tidur hotel. Makanya plan dengan husband cari resort atau homestay di Perak ni yang provide aktiviti menarik selain mandi swimming pool.
Ternyata rupanya banyak resort dan chalet kat Perak ni. Anak-anak dah besar, syiok sikit nak layan sungai dengan diorang. Yang paling Marina tak sangka resort dan chalet seperti ni sentiasa fully booked!
Baca juga : IKEA Damansara
Cinta Abadi Resort, Bidor
Lokasi Cinta Abadi Resort terletak di Bidor, Perak. Dari tol Bidor mengambil masa 7 minit untuk sampai ke resort ini. Resort ini terletak di kawasan perkampungan. Dia terletak tepi jalan je tapi tak perasan sebab dia kat belakang rumah penduduk kampung. Marina terlepas simpang nak masuk ke resort ni haritu.
Ada 2 jenis bilik yang disediakan di sini iaitu bilik biasa dan Rumah Ibu. Rumah ibu ni macam homestay, ada 3 bilik dan ruang tamu. Marina ambil bilik biasa je. Satu malam RM280. Bilik yang Marina ambil ni disediakan 1 katil queen, sinki, fridge, tandas, water heater, flat screen dan sofa. Towel juga ada disediakan. Di sini juga ada disediakan wifi. Mana yang line internet telconya kurang coverage bolehlah guna wifi resort ni.
Apa yang Menarik di Cinta Abadi Resort, Bidor?
Mungkin faktor umur kot mencari tempat-tempat percutian yang more to nature. Haha. Resort atau chalet yang ada sungai, suasana kampung yang tenang. Ajak anak-anak bertukar haluan dari swimming pool ke sungai.
Apa yang menarik di Cinta Abadi Resort ni, korang boleh turun ke sungai untuk mandi. Air sungainya jernih, tak deras dan batu pon tak banyak. Marina tak jumpa sampah pon yang lalu kat sungai ni, yang ada hanya daun-daun. Owner Cinta Abadi Resort ni dah buat access untuk turun ke sungai.
Selain Sungai, CAR ada juga swimming pool, kawasan unggun api yang terletak di tepi sungai dan tempat BBQ. Korang boleh sewa dapur BBQ di sini. Di sini juga ada perigi dan tempayan yang bertujuan untuk memperkenalkan pada adik-adik yang tak pernah tengok. Pihak CAR juga ada bercucuk tanam sayur-sayuran seperti bendi. Bolehlah tunjuk kat anak-anak macam mana rupa bentuk pokok bendi.
Tempat Makan Area Cinta Abadi Resort
Jika menginap di resort, chalet atau homestay, sesetengah individu, ada yang suka membawa bahan memasak dan masak sendiri di resort, chalet atau homestay yang diorang tidur. Macam Marina kalau bercuti di mana-mana, Marina lebih prefer untuk cari makan di kawasan situ sebabnya boleh merasa makanan di kawasan itu. Satu lagi sebab Marina prefer untuk beli je sebab Marina bila pergi bercuti ni, Marina nak rehat betul-betul dan tak perlu buat keje seperti memasak. Memasak pada Marina agak penat juga. Lagipun anak-anak Marina makan tak banyak.
Ok, masa booking di CAR ni, diorang ada suggest tempat makan yang berhampiran. Sesampai je di CAR, after check in, kiteorang pegi lunch di Nasi Buluh Sungkai. 15minit jugaklah perjalanannya. Waktu malam pula, kiteorang beli makan di Along Burger Leleh. Menunya menarik dan mostly makanan di sini western food. Owner CAR tu bagitahu tempat makan ni orang dari KL pon ada datang makan di sini. Dia terletak dalam kawasan kampung tu jugak.
Keesokannya, kiteorang bersarapan di dining hall CAR. Harga bilik di sini include breakfast sekali. Sebelum balik tu, sebab mee kari dia sedap, Marina nak cerita kat sini jugak. Asalnya, husband nak makan cendol, tengok-tengok ada jual mee kari, bihun sup, nasi ayam dan banyak lagilah. Nama kedainya Cendol Sungkai. Memang lepas ni memang ingat nak repeat lagi makan kat sini. Kedainya beroperasi di rumah owner. Kawasan taman. Nasi ayam dia memang dapat sambutan yang hangat. Masa Marina makan di sini, ada customer order sampai 17 bungkus.
Pengalaman Menginap di Cinta Abadi Resort, Bidor
Semasa menginap di CAR, lagi beberapa hari je birthday Marina. Terkejut jugaklah husband buat surprise. Masa tengah duk melepak kat bilik, pintu bilik kiteorang diketuk. Rupanya surprise bouquet hantar ke bilik. Seperti biasa, anak-anaklah yang paling excited. Macam-macam soalan dari anak-anak. Macam mana dia tahu birthday ibu? Kawan ayah ke? Tak sempat bawak balik rumah, habis diorang kerjakan chocolate.
Marina tak dapat dilupakan pengalaman semasa menginap di CAR apabila kunci bilik hampir-hampir hilang. Cari punya cari, terjumpa kat dalam sungai. Mandi sungai tak ingat dunia. Mujur kunci bilik tu dia letak keychain yang berat dan besar sikit. Air sungai pun tak deras dan paras bawah lutut, jumpalah balik kunci tu. Cuak jugaklah time kunci hilang.
So far Marina puas hati menginap kat Cinta Abadi Resort. Bilik dia cantik. Walaupun agak mahal sikit, tetapi oklah dengan facility yang disediakan. Tapi korang jangan high expectation pulak facility macam kat hotel. Biliknya tak ada almari tetapi disediakan stand penyakut dan takde iron. Memang rate macam harga hotel tapi CAR ada keistimewaannya tersendiri yang tak dapat di hotel-hotel. Cumanya satu je Marina nak cakap, tak tau la bilik Marina je ke, atau bilik lain pon sama. Dalam toiletnya ada step antara jamban dan shower. Tak tau apa tujuan step tu dan memang tak perasan step tu. Bila tersalah pijak atau tersepak terasa sakit jugaklah.
Nanti in sha allah jika berkesempatan boleh repeat menginap di Cinta Abadi Resort ni lagi.
3 Comments
Wah..cantik resort..menarik
ReplyDeleteMcm2 ada kat bidor skg ye.. padahal ni kampung arwah ibu saya. Skg dah tak ada siapa, semua dah 'pergi'
ReplyDeleteCantik tempatnya. Boleh bekhemah tak kat situ? 😁
ReplyDeleteGeram tengok tempat yang sungai2 ni