Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Datuk Wira Datuk Azizan Osman

Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Datuk Wira Dr Azizan Osman | Sebelum ini Marina ada kongsikan cerita di sebalik kisah kejayaan Asyraf Khalid dan Tya Arifin dalam menaikkan bisnes mereka. Walaupun Asyraf anak kepada Datuk K, namun beliau tidak pernah menggunakan tiket bapanya atau ibu tirinya Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memajukan bisnes mereka. 

Ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menzahirkan penghargaan kepada Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana berjaya transform anaknya, Asyraf Khalid menjadi usahawan berjaya. Menurut suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu banyak perubahan diri yang lebih positif terhadap Asyraf setelah dibimbing Dr Azizan dan RichWorks.




Datuk K Bongkar Kejayaan Asyraf

Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dedah bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K baru-baru ini. 

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


Tiada Guru yang boleh Mengajar Asyraf - Datuk K

“Dr Azizan membina attitude dan principal Asyraf, sikap terhadap kehidupan bukan hanya kepada bisnes. Sekarang dia ada perspektif yang berbeza selepas jumpa Dr Azizan,” jelasnya.

Tambah Datuk K, sebelum ini beliau telah menghantar anak lelakinya itu ke pelbagai institusi pendidikan di dalam dan luar negara.

“Saya hantar Asyraf ke sekolah antarabangsa, pondok, Melbourne tetapi tiada guru yang boleh ‘mengajarnya’.

“Asyraf jadi insan yang berbeza, saya kagum apabila dia menceburi bidang peniagaan, lebih berdisiplin, lebih teratur, lebih organise dalam perniagaan tetapi lebih daripada itu, Asyraf juga lebih mendekati diri dengan Tuhan,” jelasnya lagi.


Asyraf Kata Cikgu-Cikgu Semua Tak Pandai - Datuk K

Dalam pada itu, Datuk K turut menepis tanggapan klise bahawa kejayaan Asyraf hari ini kerana pengaruh bapanya.

“Kalau orang tak tahu, orang ingat anak Datuk K, modal dia boleh dapat, tapi tak, saya tak lakukan macam itu, sebenarnya mereka juga melalui cabaran dan kesukaran untuk capai sesuatu kejayaan.

“Izin Allah Taala, mungkin dengan berkat doa ibunya Tengku Zawiyah juga. Bagi mereka saya ayah yang tegas, macam Siti pernah kata saya antara orang yang paling garang dia pernah jumpa dan saya juga antara orang yang penyayang yang dia kenali,” ujarnya.

Datuk K, turut mengimbau detik-detik Asyraf mahu berguru dengan Dr Azizan dan mengikuti program anjuran RichWorks.

“Masa dia nak masuk kelas dulu, saya bukan tak encourage, tetapi kerana kegagalan sebelum ini, dia kata cikgu-cikgu semua tak pandai.  


Asyraf Pinjam Duit Tya Gara-Gara Nak Masuk Kelas Dr Azizan

“Bila dia nak masuk Dr Azizan, dia takut nak minta duit dengan saya, but he so lucky, dia tak minta dengan mak dia pun, tapi dia minta daripada isterinya Tya (Tya Arifin), Tya tolong untuk Asyraf sertai kelas Dr Azizan.

“Tya begitu menyokong Asyraf, kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha kegigihan mereka untuk belajar. Dan Dr Azizan dah beri satu ilmu, yang mana saya rasa ilmu tu memang sukar untuk dicari di sebarang tempat. Memang sukar,” katanya.




Asyraf Selalu Kecewakan Datuk K

Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan dirinya sangat tak berjaya. Beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 


Dr Azizan Mentor Terbaik - Asyraf

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


Kenapa Datuk K Cemburu Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.


Usahawan Berjaya Be Humble, More Humble and More Humble - Datuk K

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya. 








Sertai Telegram Dr Azizan Osman untuk Ilmu Bisnes PERCUMA!

Pada korang yang ingin meningkatkan bisnes atau ingin memulakan bisnes, korang boleh klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!



Post a Comment

0 Comments