Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitality Seven Berries | Tahu tak khasiat buah berry dapat membantu mengatasi penyakit 3 serangkai iaitu tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan juga kencing manis? Orang Malaysia ni selagi tak kena, selagi tu lah tak ambil pencegahan awal untuk mengatasi daripada diserang penyakit kan? Dah jatuh sakit barulah nak cari supplement. Orang Malaysia ke atau Marina je yang macam ni? Hehehe. Ye memang diakui, apabila sesuatu terjadi pada orang yang terdekat dengan Marina, barulah ada kesedaran nak amalkan vitamin atau supplement. Sekarang ni Marina tengah mencuba Vitality Seven Berries dari Formulab dalam diet seharian Marina. Fungsi meal replacement Seven Berries yang tinggi dengan serat ini dapat membantu korang mencegah, mengawal dan mengurangkan gejala daripada penyakit 3 serangkai ni tau.
Nak dijadikan cerita, arwah ayah Marina merupakan pesakit bagi penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi dan juga menghidap kencing manis. Setiap bulan, Marina dan adik-beradik lain akan bergilir ke klinik dan hospital mengambil ubat arwah ayah dan teman ayah pergi check up. Setiap bulan tu memang bermacam-macam ubat yang arwah ayah kena telan. Penyakit kencing manis arwah ayah sehingga tahap kena cucuk insulin sendiri. Arwah ayah kena jaga dan kawal pemakanan dia, tak boleh silap makan, terlebih atau terkurang makan. Akibatnya, bacaan gula dalam darah naik, begitu juga bacaan darah tinggi. Kat rumah arwah ayah tu penuh dengan pelbagai "gajet" untuk pantau bacaan gula dan tekanan darah tinggi.
Di sini Marina kongsikan fungsi Vitality Seven Berries dalam membantu mencegah, mengawal dan mengatasi masalah penyakit 3 serangkai ini. Korang kena baca sampai habis apa yang Marina nak sampaikan ni.
Tanda-tanda Menghidap Darah Tinggi
Cuba korang tengok kat diri sendiri, ada tak tanda-tanda menghidap penyakit tekanan darah tinggi pada korang. Jika ada tanda-tanda awal ini, pergilah buat check up di klinik atau hospital.
• Sakit kepala yang kerap
• Pening
• Loya dan muntah
• Jantung berdebar
• Sesak nafas
Punca-punca dan Risiko Menghidapi Tekanan Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung pada masa kini dah tak mengenal usia. Remaja berumur 20-an pon berisiko untuk menghidap penyakit 3 serangkai ini. Cuba baca punca-punca di bawah ni. Mungkin salah satunya penyebab korang menghidap tekanan darah tinggi :
• Persekitaran tidak sihat
• Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat
• Kurang bersenam dan tidak aktif
• Merokok
• Tidak menguruskan stress dengan baik
• Genetik
• Praeklampsia iaitu biasanya berlaku pada ibu yang sedang hamil
• Paras kolestrol tinggi
• Pengambilan alkohol berlebihan
• Pengambilan garam berlebihan
Berapakah Bacaan Tekanan Darah Normal dan Hipertensi?
Menurut dari sumber yang Marina baca, bacaan tekanan darah adalah seperti berikut :
Bacaan Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
BP Sistolik (mmHG) : < 90
BP Diastolik : < 60
Bacaan Tekanan Darah Normal
BP Sistolik (mmHG) : 90-120
BP Diastolik : 60-80
Bacaan Tekanan Darah Tinggi
• Pre-Hipertensi
BP Sistolik (mmHG) : 120-139
BP Diastolik : 80-89
• Hipertensi Tahap 1
BP Sistolik (mmHG) : 140-159
BP Diastolik : 90-99
• Hipertensi Tahap 2
BP Sistolik (mmHG) : > 160
BP Diastolik : > 100
• Hipertensi Tahap 3 (perlukan rawatan kecemasan)
BP Sistolik (mmHG) : > 180
BP Diastolik : > 110
Kesan Daripada Penyakit Darah Tinggi
Hipertensi merupakan penyakit yang kronik dan korang perlu mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini. Bacaan tekanan darah tinggi
• Komplikasi pada buah pinggang
• Komplikasi pada mata
• Serangan stroke
• Sakit jantung
Ciri-Ciri Vitality Seven Berries dari Formulab
Vitality Seven Berries merupakan meal replacement yang tinggi dengan serat berbentuk serbuk yang berfungsi untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi, menurunkan paras gula dalam darah dan menurunkan risiko sakit jantung. Antara ciri-ciri yang perlu korang tahu tentang Vitality Seven Berries ini adalah :
• Produk Muslim
• Mempunyai kelulusan KKM
• Mempunyai sijil HALAL dan GMP
• Gluten Free
• Tiada gula tambahan
Cara Pengambilan Seven Berries
Cara minum Seven Berries :
• 1 kotak sachet 15 sachet
• 1 sachet 20gram
• Ambil 1 sachet 1 hari sekali sebelum sarapan
• Bancuh 1 sachet Vitality Seven Berries bersama 250ml-300ml air sejuk/air suam
• Goncang/kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum
Fungsi Dan Khasiat Buah Berry Di Dalam Seven Berries
Vitality Seven Berries mempunyai 7 jenis buah berry yang mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu korang untuk mengatasi masalah penyakit tiga serangkai iaitu :
Strawberry
• Kaya dengan vitamin C
• Anti-Oksidan
• Kulit cantik dan cerah
• Melembapkan kulit
Gojiberry
• Menurunkan berat badan
• Mengurangkan kolestrol
• Mengawal gula dan garam dalam darah
Cranberry
• Melancarkan penghadaman
• Menguatkan antibodi
• Menguatkan antibodi
• Membuang toksin
Blackberry
• Melancarkan pencernaan
• Mencegah diabetes
• Menjaga kesihatan kulit
Raspberry
• Lebih bertenaga
• Membakar lemak
• Menjaga kesihatan mata
Elderberry
• Baik untuk 'Immune System'
• Kaya dengan Antioksidan
• Menjaga kesihatan mata dan kuku
Gooseberry
• Membersihkan usus
• Mengawal nafsu makan
• Meningkatkan metabolisme badan
Kebaikan dan Kelebihan Vitality Seven Berries sebagai Produk Kurus
Kelebihan Vitality Seven Berries :
• Mengawal tekanan darah tinggi
• Mengawal gula dalam darah
• Melancarkan peredaran darah
• Menyihatkan kulit, mata dan jantung
• Menyihatkan sistem penghadaman
• Memberi lebih tenaga
• Melindungi tulang dan sendi
• Mengawal berat badan berlebihan
• Memberi rasa kenyang lama
• Membersihkan usus
• Mencegah dan melawan kanser
• Mencegah sembelit
• Buang toksin dan kolestrol
Siapa yang Perlu Mengamalkan Seven Berries?
Vitality Seven Berries sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah di bawah :
• Penyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, darah tinggi)
• Berat badan berlebihan
• Letih dan lesu
Seven Berries Produk Testimoni : Pengalaman Marina Selepas Mengamalkan Seven Berries
Marina tertarik Seven Berries ni dan mengambil keputusan hendak mencuba sebab Seven Berries ni ada fungsi untuk mencegah penyakit 3 serangkai ni. Bila umur dah nak masuk 4 series tapi belum lagi ye hehehe, pelbagai penyakit senang menyinggah sebab antibodi kita semakin lama semakin menurun apabila umur meningkat. Macam yang Marina cerita kat atas tadi, salah satu punca menghidap tekanan darah tinggi adalah disebabkan genetik/keturunan. Marina juga berpotensi untuk menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis sebab arwah ayah penghidap penyakit tersebut. Marina dah melalui pengalaman sendiri, bagaimana rutin pesakit darah tinggi dan kencing manis. Mana yang boleh kita elakkan, kita elakkan dari awal seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga supplement untuk mencegah dari serangan penyakit.
Marina suka wei Seven Berries ni. Marina ni jenis yang malas nak amalkan supplement yang jenis bancuh-bancuh ni. Tapi, Seven Berries ni, buka je sachet, semerbak bau manis dia. Memang suka sangat minum Seven Berries dari Formulab ni sebab seriusly sedap sangat, lagi-lagi bila bancuh dengan air sejuk. Sejuk je tekak ni.
Seven Berries ni rasa berry yang sedap, rasa masam-masam manis, tak masam sangat. Ketagih pulak minum Seven Berries ni. Tak tipu. Yang penting, tak stress nak amalkan, bila ada meal replacement yang sedap macam ni.
Amalkan Seven Berries untuk Mengatasi Masalah Penyakit 3 Serangkai!
Di sini Marina sertakan sekali review testimoni beberapa pengguna lain yang mengamalkan Seven Berries dalam diet seharian mereka.
Seven Berries 1 Sachet Melengkapkan Diet Harian Korang!
Vitality Seven Berries ini diformulasikan secara unik dengan ramuan halal semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan gaya hidup moden harian korang. Korang bolehlah dapatkan makanan tambahan superfood Seven Berries di SINI
Harga asal
• Semenanjung
RM120/kotak
• Sabah & Sarawak
RM130/kotak
Harga Promosi
• Semenanjung
RM109/kotak
• Sabah & Sarawak
RM119/kotak
Untuk maklumat lanjut mengenai Seven Berries, korang boleh hubungi Formulab melalui media sosial :
Website :
Facebook :
Instagram :
13 Comments
Siapa pun kita
ReplyDeletekena jaga tekanan darah
wajib ambil tahu
risiko tinggi jika tak jaga tekanan darah
Banyak berry ada
ReplyDeleteBolehlah dicuba ya.. kak net dan darah tinggi ni berpisah tiada. Betullah punca-punca tu.. kalau stress memang dia out of control terus.. kiki..
ReplyDeleteJaga kesihatan penting.
ReplyDeleteKalau yg ada genetik penyakit kencing manis, darah tinggi, misalnya kena awal2 check makanan yg korang selalu ambil.
Biasanya makanan mempengaruhi penyakit2 ni.
Once dah terkena penyakit sebegini, dapatkan nasihat doktor untuk sebarang makanan tambahan.
Apapun semoga produk ni boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis , darah tinggi, etc ...
Info yang baik pasal darah tinggi
ReplyDeletePenting utk kita tahu cara kawal dia kan
bapa sy ada penyakit darah tinggi ... jaga pemakanan semua cuma susah nak kawal emosi kdg.. sebab ada panic attack
ReplyDeleteBaguslah ada produk nih selain kawal tekanan darah tinggi boleh buat detox juga, boleh sy cuba nnt
ReplyDeletewah banyak betul jenis berry sampai 7. mesti rasanya masam² manis ni. sedap rasa berry ,
ReplyDeleteMesti sedapkan banyak betul buah berries dalam dia. Buah berries memang terkenal dengan khasiatnya juga.
ReplyDeleteThanks for the recommendation. Nak offer kat kawan la sebab dia dah sedih bacaan kolesterol dia naik, tak cantik katanya.
ReplyDeleteMesti rasa dia sedapkan, rasa berries.. nak cuba gak la, memang ada HB ni...
ReplyDeleteThank you for sharing this valuable product. Such a good supplement to control blood pressure
ReplyDeleteRasa macam nak cuba Vitality Seven Berries ni lah. Terbayang rasa berriesnya yang manis-manis buah tu. Setakat ni alhamdulillah takde HBP tapi better take care from now kan.
ReplyDelete