Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitality Seven Berries

Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitality Seven Berries | Tahu tak khasiat buah berry dapat membantu mengatasi penyakit 3 serangkai iaitu tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan juga kencing manis? Orang Malaysia ni selagi tak kena, selagi tu lah tak ambil pencegahan awal untuk mengatasi daripada diserang penyakit kan? Dah jatuh sakit barulah nak cari supplement. Orang Malaysia ke atau Marina je yang macam ni? Hehehe. Ye memang diakui, apabila sesuatu terjadi pada orang yang terdekat dengan Marina, barulah ada kesedaran nak amalkan vitamin atau supplement. Sekarang ni Marina tengah mencuba Vitality Seven Berries dari Formulab dalam diet seharian Marina. Fungsi meal replacement Seven Berries yang tinggi dengan serat ini dapat membantu korang mencegah, mengawal dan mengurangkan gejala daripada penyakit 3 serangkai ni tau. 

Nak dijadikan cerita, arwah ayah Marina merupakan pesakit bagi penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi dan juga menghidap kencing manis. Setiap bulan, Marina dan adik-beradik lain akan bergilir ke klinik dan hospital mengambil ubat arwah ayah dan teman ayah pergi check up. Setiap bulan tu memang bermacam-macam ubat yang arwah ayah kena telan. Penyakit kencing manis arwah ayah sehingga tahap kena cucuk insulin sendiri. Arwah ayah kena jaga dan kawal pemakanan dia, tak boleh silap makan, terlebih atau terkurang makan. Akibatnya, bacaan gula dalam darah naik, begitu juga bacaan darah tinggi. Kat rumah arwah ayah tu penuh dengan pelbagai "gajet" untuk pantau bacaan gula dan tekanan darah tinggi. 

Di sini Marina kongsikan fungsi Vitality Seven Berries dalam membantu mencegah, mengawal dan mengatasi masalah penyakit 3 serangkai ini. Korang kena baca sampai habis apa yang Marina nak sampaikan ni. 


Tanda-tanda Menghidap Darah Tinggi 

Cuba korang tengok kat diri sendiri, ada tak tanda-tanda menghidap penyakit tekanan darah tinggi pada korang. Jika ada tanda-tanda awal ini, pergilah buat check up di klinik atau hospital. 
• Sakit kepala yang kerap
• Pening
• Loya dan muntah
• Jantung berdebar
• Sesak nafas


Punca-punca dan Risiko Menghidapi Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung pada masa kini dah tak mengenal usia. Remaja berumur 20-an pon berisiko untuk menghidap penyakit 3 serangkai ini. Cuba baca punca-punca di bawah ni. Mungkin salah satunya penyebab korang menghidap tekanan darah tinggi :
• Persekitaran tidak sihat
• Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat
• Kurang bersenam dan tidak aktif
• Merokok
• Tidak menguruskan stress dengan baik
• Genetik
• Praeklampsia iaitu biasanya berlaku pada ibu yang sedang hamil
• Paras kolestrol tinggi
• Pengambilan alkohol berlebihan
• Pengambilan garam berlebihan


Berapakah Bacaan Tekanan Darah Normal dan Hipertensi?

Menurut dari sumber yang Marina baca, bacaan tekanan darah adalah seperti berikut :

Bacaan Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

BP Sistolik (mmHG) : < 90
BP Diastolik : < 60

Bacaan Tekanan Darah Normal

BP Sistolik (mmHG) : 90-120
BP Diastolik : 60-80

Bacaan Tekanan Darah Tinggi

• Pre-Hipertensi
BP Sistolik (mmHG) : 120-139
BP Diastolik : 80-89

• Hipertensi Tahap 1
BP Sistolik (mmHG) : 140-159
BP Diastolik : 90-99

• Hipertensi Tahap 2
BP Sistolik (mmHG) : > 160
BP Diastolik : > 100

• Hipertensi Tahap 3 (perlukan rawatan kecemasan)
BP Sistolik (mmHG) : > 180
BP Diastolik : > 110


Kesan Daripada Penyakit Darah Tinggi

Hipertensi merupakan penyakit yang kronik dan korang perlu mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini. Bacaan tekanan darah tinggi 
• Komplikasi pada buah pinggang
• Komplikasi pada mata
• Serangan stroke
• Sakit jantung 


Vitality Seven Berries



Ciri-Ciri Vitality Seven Berries dari Formulab

Vitality Seven Berries merupakan meal replacement yang tinggi dengan serat berbentuk serbuk yang berfungsi untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi,  menurunkan paras gula dalam darah dan menurunkan risiko sakit jantung. Antara ciri-ciri yang perlu korang tahu tentang Vitality Seven Berries ini adalah : 
• Produk Muslim
• Mempunyai kelulusan KKM 
• Mempunyai sijil HALAL dan GMP
• Gluten Free
• Tiada gula tambahan


Cara Pengambilan Seven Berries

Cara minum Seven Berries :
• 1 kotak sachet 15 sachet
• 1 sachet 20gram
• Ambil 1 sachet 1 hari sekali sebelum sarapan
• Bancuh 1 sachet Vitality Seven Berries bersama 250ml-300ml air sejuk/air suam
• Goncang/kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum


Fungsi Dan Khasiat Buah Berry Di Dalam Seven Berries 

Vitality Seven Berries mempunyai 7 jenis buah berry yang mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu korang untuk mengatasi masalah penyakit tiga serangkai iaitu :

Strawberry

• Kaya dengan vitamin C
• Anti-Oksidan
• Kulit cantik dan cerah
• Melembapkan kulit

Gojiberry

• Menurunkan berat badan
• Mengurangkan kolestrol
• Mengawal gula dan garam dalam darah

Cranberry

• Melancarkan penghadaman
• Menguatkan antibodi
• Membuang toksin

Blackberry

• Melancarkan pencernaan
• Mencegah diabetes
• Menjaga kesihatan kulit

Raspberry

• Lebih bertenaga
• Membakar lemak
• Menjaga kesihatan mata

Elderberry

• Baik untuk 'Immune System'
• Kaya dengan Antioksidan
• Menjaga kesihatan mata dan kuku

Gooseberry

• Membersihkan usus
• Mengawal nafsu makan
• Meningkatkan metabolisme badan


Kebaikan dan Kelebihan Vitality Seven Berries sebagai Produk Kurus

Kelebihan Vitality Seven Berries :

• Mengawal tekanan darah tinggi
• Mengawal gula dalam darah
• Melancarkan peredaran darah
• Menyihatkan kulit, mata dan jantung
• Menyihatkan sistem penghadaman
• Memberi lebih tenaga
• Melindungi tulang dan sendi
• Mengawal berat badan berlebihan
• Memberi rasa kenyang lama
• Membersihkan usus
• Mencegah dan melawan kanser
• Mencegah sembelit
• Buang toksin dan kolestrol




Siapa yang Perlu Mengamalkan Seven Berries? 

Vitality Seven Berries sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah di bawah :

• Penyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, darah tinggi)
• Berat badan berlebihan
• Letih dan lesu



Seven Berries Produk Testimoni : Pengalaman Marina Selepas Mengamalkan Seven Berries

Marina tertarik Seven Berries ni dan mengambil keputusan hendak mencuba sebab Seven Berries ni ada fungsi untuk mencegah penyakit 3 serangkai ni. Bila umur dah nak masuk 4 series tapi belum lagi ye hehehe, pelbagai penyakit senang menyinggah sebab antibodi kita semakin lama semakin menurun apabila umur meningkat. Macam yang Marina cerita kat atas tadi, salah satu punca menghidap tekanan darah tinggi adalah disebabkan genetik/keturunan. Marina juga berpotensi untuk menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis sebab arwah ayah penghidap penyakit tersebut. Marina dah melalui pengalaman sendiri, bagaimana rutin pesakit darah tinggi dan kencing manis. Mana yang boleh kita elakkan, kita elakkan dari awal seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga supplement untuk mencegah dari serangan penyakit. 

Marina suka wei Seven Berries ni. Marina ni jenis yang malas nak amalkan supplement yang jenis bancuh-bancuh ni. Tapi, Seven Berries ni, buka je sachet, semerbak bau manis dia.  Memang suka sangat minum Seven Berries dari Formulab ni sebab seriusly sedap sangat, lagi-lagi bila bancuh dengan air sejuk. Sejuk je tekak ni. 

Seven Berries ni rasa berry yang sedap, rasa masam-masam manis, tak masam sangat. Ketagih pulak minum Seven Berries ni. Tak tipu. Yang penting, tak stress nak amalkan, bila ada meal replacement yang sedap macam ni.


Amalkan Seven Berries untuk Mengatasi Masalah Penyakit 3 Serangkai! 

Di sini Marina sertakan sekali review testimoni beberapa pengguna lain yang mengamalkan Seven Berries dalam diet seharian mereka. 

testimoni seven berries





Seven Berries 1 Sachet Melengkapkan Diet Harian Korang! 

Vitality Seven Berries ini diformulasikan secara unik dengan ramuan halal semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan gaya hidup moden harian korang. Korang bolehlah dapatkan makanan tambahan superfood Seven Berries di SINI 


Harga asal
• Semenanjung
RM120/kotak
• Sabah & Sarawak
RM130/kotak


Harga Promosi
• Semenanjung
RM109/kotak
• Sabah & Sarawak
RM119/kotak

Untuk maklumat lanjut mengenai Seven Berries, korang boleh hubungi Formulab melalui media sosial :

Website :

Facebook :


Instagram :


Post a Comment

13 Comments

  1. Siapa pun kita
    kena jaga tekanan darah
    wajib ambil tahu
    risiko tinggi jika tak jaga tekanan darah

    ReplyDelete
  2. Bolehlah dicuba ya.. kak net dan darah tinggi ni berpisah tiada. Betullah punca-punca tu.. kalau stress memang dia out of control terus.. kiki..

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan penting.
    Kalau yg ada genetik penyakit kencing manis, darah tinggi, misalnya kena awal2 check makanan yg korang selalu ambil.
    Biasanya makanan mempengaruhi penyakit2 ni.
    Once dah terkena penyakit sebegini, dapatkan nasihat doktor untuk sebarang makanan tambahan.
    Apapun semoga produk ni boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis , darah tinggi, etc ...

    ReplyDelete
  4. Info yang baik pasal darah tinggi
    Penting utk kita tahu cara kawal dia kan

    ReplyDelete
  5. bapa sy ada penyakit darah tinggi ... jaga pemakanan semua cuma susah nak kawal emosi kdg.. sebab ada panic attack

    ReplyDelete
  6. Baguslah ada produk nih selain kawal tekanan darah tinggi boleh buat detox juga, boleh sy cuba nnt

    ReplyDelete
  7. wah banyak betul jenis berry sampai 7. mesti rasanya masam² manis ni. sedap rasa berry ,

    ReplyDelete
  8. Mesti sedapkan banyak betul buah berries dalam dia. Buah berries memang terkenal dengan khasiatnya juga.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the recommendation. Nak offer kat kawan la sebab dia dah sedih bacaan kolesterol dia naik, tak cantik katanya.

    ReplyDelete
  10. Mesti rasa dia sedapkan, rasa berries.. nak cuba gak la, memang ada HB ni...

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing this valuable product. Such a good supplement to control blood pressure

    ReplyDelete
  12. Rasa macam nak cuba Vitality Seven Berries ni lah. Terbayang rasa berriesnya yang manis-manis buah tu. Setakat ni alhamdulillah takde HBP tapi better take care from now kan.

    ReplyDelete