Actually setiap tahun Marina suka datang ke Selangor untuk shopping baju raya. Tapi tahun sebelum ni kan PKP, makanya Marina shopping kat Ipoh je. Biasa kalau shopping kat Selangor ni, kiteorang akan bermalam di hotel dan berbuka puasa di hotel buffet. Bulan puasa kalini kiteorang menginap kat Sama-Sama Hotel KLIA.
Sebelum Marina cerita lebih lanjut mengenai Sama-Sama Hotel KLIA ni, yang mana pada Marina hotelnya sangat unik, Marina cerita bab makanan dulu ye. Next entri Marina share pasal hotel ni plak okey. I is tak sabar dan teruja nak share pengalaman menginap di sini.
Entri berkaitan : Hotel Room Tour Sama-Sama Hotel KLIA, Sepang, Selangor
Kenapa Memilih untuk Berbuka Puasa di Sama-Sama Hotel KLIA, Sepang, Selangor?
#1 Makanan dia sedap-sedap dan banyak pilihan. Sampai korang pun tak mampu nak merasa semua sebab kekenyangan. Terasa rugi pulak tak dapat cuba semua. Tips Marina, setiap menu yang ada, korang ambil portion yang kecil je untuk setiap menu.
#2 Pelbagai resepi dan menu berbuka puasa yang korang tak pernah cuba, korang boleh rasa dan makan di sini. Bermacam-macam juadah dari pelbagai negara seperti Jepun, Indian, Italy dan lain-lain negara serta tidak ketinggalan juga local food dari Malaysia.
#3 Tempat dia selesa, luas dan cantik. Marina diberitahu Restoran The Continents di Sama-Sama Hotel KLIA ini boleh memuatkan sehingga 240 orang pada satu masa. Tak termasuk di bahagian luar Restoran yang mengadap kolam dan garden serta di bahagian private area. Private area ni bolehlah kalau nak buat company atau family buka puasa dikhaskan satu tempat. Terdapat juga satu bilik khas di mana chef memasak di hadapan mata korang. Curlas kan?
#4 Restoran The Continents ini telah memenangi beberapa anugerah kategori individu dan juga pasukan :
• Pasukan
- Best Culinary Experience in Asia 2021 under the Haute Grandeur Award
- Iron Butcher Chef MLA Award 2019
- Silver Medalist on Cocktail by SSH bar Tender at Food & Hotel Malaysia Exhibition 2019
• Individu
- Chef Hasri yang merupakan Chief Baker telah memenangi pingat emas dan gangsa untuk Bakery Showpiece Silver Medal at Fonterra Pizza Challenge 2015.
- Chef Tarmizi yang merupakan chef pastri telah memenangi pingat emas di Culinary World Cup, Olympic/German 2014 for Plated Dessert
Private Area Section |
Bilik private |
Iftar Ramadan 2022 di Sama-Sama Hotel KLIA Bertemakan Sajian Antara Benua!
Dengan harga bufet Ramadan RM156 sahaja untuk dewasa, korang boleh menikmati makanan dari pelbagai benua!
Buffet Ramadhan di Sama-sama Hotel KLIA merupakan antara top senarai buffet Ramadhan di Selangor pilihan Marina sebab jujur cakap makanan dia sedap terutamanya Mee Kari di section Qilin Chengjiu. Korang kena cuba! Buffet Ramadhan pada tahun 2022 ni, Sama-Sama Hotel KLIA menyajikan pelbagai jenis makanan dari pelbagai benua, sesuailah dengan temanya iaitu Sajian Antara Benua.
Di sini terdapat 7 section yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa yang pasti membuka selera korang dan membuatkan korang rambang mata! Section yang ada di sini ialah Mediterranean Cuisine, Kyodo Ryori Seikatsu, Kupi Kopitiam, Archipelago Tumisan, Qilin Chengjiu, Spice Road Devine dan The Liquid Beverages.
Pada awalnya Marina ingatkan bufet Ramadan di sini hanya ada satu section sahaja iaitu Mediterranean Cuisine, rupanya ada banyak lagi pilihan di bahagian belakang sebelah kanan yang dikenali sebagai Asian Walk yang menyediakan makanan Melayu, Cina, India dan Jepun serta kopitiam.
Tidak seperti bufet Ramadan lain yang Marina pernah pergi, di mana hanya terdapat satu bahagian untuk appertizer dan satu bahagian pencuci mulut je kan? Di bufet Ramadan di Sama-Sama Hotel KLIA ni, setiap section di Mediterranean Cuisine, Kyodo Ryori Seikatsu, Kupi Kopitiam, Archipelago Tumisan, Qilin Chengjiu dan Spice Road Devine mempunyai pembuka selera, main course dan dessert nya yang tersendiri! Yang menariknya live station untuk setiap section pun ada! Marina pun apalagi, makanan yang Marina tak pernah cuba, Marina cuba!
Mediterranean Cuisine
Di sini korang akan menikmati makanan daripada negara Eropah seperti Perancis dan Italy. Antara menu special yang ada di sini adalah seafood, pizza, spaghetti, roti, lamb serta chicken grill dan pelbagai lagi. Seafood dia seperti ketam dan oyster, semuanya segar-segar.
Yang menarik perhatian Marina adalah madu dia. Madu dia siap ada sarang lebah dan madunya menitis ke bawah. Fresh dari ladang gitu.
Begitu juga di live station dia, spaghetti dan pasta dia masak on the spot. Ada pelbagai jenis masakan yang boleh korang pilih seperti Tomato & Bolognese, Alio Olio, Pesto, Carbonara, Marinara dan Vongole.
Satu lagi yang menarik perhatian Marina adalah pizza dia. Marina diberitahu pizza dia dimasak menggunakan wood stove. Pizza dia lembut dan rasanya tak seperti pizza yang beli kat kedai pizza biasa.
Kyodo Ryori Seikatsu
Peminat makanan Jepun boleh datang ke section Kyodo Ryori Seikatsu ni. Korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan Jepun seperti Dobin Mushi Shiru, pelbagai sushi, fresh sashimi, popular Poke Adashi Bowl dan Teppanyaki. Di sini juga disediakan pelbagai condiments seperti Ponzu, Higashimaru, Tsukemono, Yamasashoyu dan Wasabi. Tak lengkap sesuatu hidangan kalau tak ada dessertkan? Section Kyodo Ryori Seikatsu juga ada menyediakan pencuci mulut dari negara matahari terbit ini. Antara pencuci mulut yang ada ialah Mochi, Osaka Roll Cake, Dorayaki, Anmitsu, Japanese Pudding dan banyak lagi.
Di Sushi Bar, korang boleh rasa pelbagai jenis sushi. Antaranya Spicy Tuna Rolls, Imari, Temaki Rolls, Rainbow Rolls, Tempura Rolls dan macam-macam lagi.
Selain itu, di Sashimi Bar, korang boleh pilih Salmon, Ahi Taro, Octopus dan Abura Banzu. Menurut chef di situ, ikan tuna seberat 43kg dihidangkan pada hari lauching Restoran The Continents 24 Mac yang lalu.
Bila tengok area desserts, anak-anak Marina duk cakap ada Mochi, ada Mochi. Tahu pulak Mochi diorang ni. Ini semua gara-gara TikTok. Ini first time Marina merasa desserts Jepun. Desserts dia memang sedap dan tak terlalu manis. Marina rasa sangat bertuah kerana dapat merasa makanan tradisi orang Jepun.
Kupi Kopitiam
Husband Marina ni suka kopi. Seronoklah dia dapat minum kopi kat sini. Rasa kopi dari kopitiam berbeza katanya dari kedai makan biasa. Korang boleh menikmati Ipoh White Coffee, Aik Cheong dan Caramel Coffee di section ni. Pada yang minat nak makan roti bakar atau roti telur goyang ke, korang bolehlah ke Kupi Kopitiam. Ada 6 jenis roti yang boleh korang pilih.
Di sini juga terdapat Dim Sum, Curry Puff dan Sardine Roll. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut seperti kuih lapis, mango puding, egg tart, Tambun Cookies, Snow Fungus Jelly dan banyak lagi.
Archipelago Tumisan
Korang yang nak berbuka puasa dengan makanan masakan Melayu boleh ke section Archipelago Tumisan ni. Untuk pembuka selera, di section ini menyediakan ulam-ulaman, kerabu dan rojak. Hidangan utamanya pula ada nasi putih, pelbagai jenis sambal seperti sambal tempoyak dan sambal belacan serta lauk pauk masakan Melayu seperti masakan minang. Selain itu, satay dan bakar-bakar seperti ayam dan ikan serta bermacam-macam jenis kuih tradisional Melayu juga ada disediakan di section ini.
Qilin Chenjiu
Main dishes yang dihidangkan di Qilin Chenjiu adalah Noodles. Terdapat 6 jenis noodles yang boleh korang pilih iaitu mee. Korang boleh merasa bermacam-macam makanan di sini seperti Herbal Chicken Soup, Hot and Sour Szechuan Soup, Penang Prawn Laksa, Mee Rebus, Mee Kari dan Laksa Utara.
Selain itu, section ini juga menyajikan Honey Roast Duck dengan Hoison Plum Sauce, Deep Fried Crispy Red Snapper dengan Sweet and Sour Sauce, Stir-Fried Tiger Prawn dan macam-macam lagi.
Di section Qilin Chenjiu juga korang boleh merasa Chinese desserts.
Spice Road Devine
Teringin makan Nasi Briyani di bufet Ramadan? Di Sama-Sama Hotel KLIA korang boleh menikmati Nasi Briyani, Prawn Masala, Dhall Makni, Jeera Pulao, Chicken Tandoori, Fish Tikka dan pelbagai lagi.
Korang juga boleh merasai desserts dari India iaitu Kaju Barfi, Rasgulla, Besan Laddu, Jalebi, Milk Pedda dan macam-macam lagi.
The Liquid Beverages
Di section Liquid Beverages ni Marina berani jamin, anak-anak korang mesti berulang-alik ke section ni sebab ada aiskrim. Uniknya aiskrim di sini dibuat sendiri oleh chef di restoran The Continents ni. Antara aiskrim yang ada di sini ialah Chocolate Brownies, Chocolate Marshmallow, Strawberry Balsamic, Red Velvet, Pina Colada, Tapai Gelato dan banyak lagi. Korang kena cuba aiskrim Chocolate brownies dia. Anak Marina berkali-kali ambik aiskrim ni. Selain aiskrim, di section ini korang boleh mintak minuman seperti teh tarik mamak. Di sini juga terdapat banyak buah-buahan untuk korang pilih dan korang boleh juga menikmati aiskrim roll di section ini.
Harga Bufet Ramadan 2022 di Sama-Sama Hotel KLIA, Sepang, Selangor
Pada Marina harga hotel buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA sangat berbaloi sebab bermacam-macam menu dari pelbagai negara korang boleh rasa. Memang rambang mata pilih makanan di bufet Ramadan di sini.
Harga buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel KLIA 2022 :
• Dewasa : RM156 nett
• Kanak-kanak : RM72 nett
Tempah dan Rasai Pengalaman Berbuka Puasa di Bufet Ramadan di Hotel 5 Bintang dengan Harga yang Berpatutan!
Jom rasai pengalaman berbuka puasa di hotel 5 bintang ini. Korang juga akan menikmati alunan live band di Restoran The Continents sewaktu berbuka puasa. Marina jamin mesti korang akan berpuas hati berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA!
Untuk tempahan bufet Ramadan, korang boleh hubungi +603 8787 333 ext 2488 atau whatsapp +016 262 0469.
Sebarang pertanyaan mengenai Sama-Sama Hotel KLIA, layari laman web www.samasamahotels.com
Mengenai Sama-Sama Hotel
Sama-Sama Hotel KL International Airport merupakan hotel lima bintang yang terletak bersebelahan dengan bangunan terminal utama KL International Airport dan disambungkan melalui skybridge berbumbung dengan kemudahan buggy yang beroperasi 24 jam. Sama-Sama Hotel KLIA dengan 442 bilik menawarkan pengalaman penginapan bagi pelancong untuk mereka yang sedang menghadiri business dan percutian santai yang tiada tandingannya.
Selain Sama-Sama Hotel KL International Airport, Sama-Sama Hotel juga menyediakan hotel transit iaitu Sama-Sama Express KL International Airport dan Sama-Sama Express klia2. Sama-Sama Hotel juga menawarkan Airport Fast Track untuk melancarkan urusan korang semasa nak check in atau check out di airport.
Sama-Sama Hotel telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di Asia dan juga dunia.
Sama-Sama Hotel KL International Aiport
Sama-Sama Hotel KL International Airport telah menerima pengiktirafan Best Airport Hotel Global, Best Luxury Hotel, Best Prime Location dan Best Culinary Experience di Haute Grandeur Awards 2021. Hotel ini juga telah menerima Best Airport Hotel Asia di World Luxury Hotel Awards 2021.
Sama-Sama Express KL International Airport
Sama-Sama Express Hotel KL International Airport telah menerima pengiktirafan Best Air Transit Hotel - Continents Winner di World Luxury Hotel Awards 2021.
Sama-Sama Express klia2
Sama-Sama Express klia2 telah menerima pengiktirafan Best Luxury Contemporary Hotel - Regional Winner di World Luxury Hotel Awards 2021.
Sama-Sama Hotel KLIA
Jalan CTA 4B, 6400 KLIA, Sepang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 8787 3333
www.samasamahotels.com
Sama-Sama Express KLIA
Satelite Building next to Gate C5
Tel : +603 8787 4747
www.samasamaexpress.com
Sama-Sama Express klia2
L3 Satellite Building,
klia2 Airport Terminal
Tel : +603 8775 6600
Baca juga : Kenapa Memilih Saito University College
12 Comments
Okeh...x menahan tengok Oyster tu....dapnyaaaa
ReplyDeleteNampak banyak juga hidangan yang ditawarkan untuk buffet ni ye?. Canggih betul hotelnya dan harga buffet ni pun agak pricey tapi sekali sekala nak makan iftar di luar bersama keluarga why not kan?.
ReplyDeleteLamanya tak menyinggah kat Sama-Sama. Makanan dia memang sedap. And dengan pilihan sebegitu, memang berbaloi harganya.
ReplyDeleteSuka hotel ni.. penah stay sekali dulu.. memang puashati makanan dia..
ReplyDeleteWow best! the hotel and restaurant look so luxe and comfortable. Their buffet spread also look scrumptious.
ReplyDeletePerghhh tak menahan nengok semua kaunter dia, menu hebat-hebat.. terliur nengok Oyster tu haa.. jarang-jarang buffet ramadan ada okay.. bestnyaaa
ReplyDeletetak pernah lagi makan kat sini... nampak menarik dan sedap semuanya..
ReplyDeleteMenarik ye menu2 yang mereka offer kat sini for berbuka puasa ye! Nak share ngan my friends la, boleh plan berbuka kat situ!
ReplyDeleteThis place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread!
ReplyDeletehotel nampak ekslusif dan menarik, nampak moden, menu pun nampak sedap Hotel KLIA, Sepang ni. Boleh la terjah bila2 nanti.
ReplyDeleteWow... beruntungnya dpt makan sini. teruja dengan menu2 dia... bukan biasa-biasa.
ReplyDeleteJudging by the spread of food, everything looks really delicious and tempting to say the least. Hopefully will be able to visit this hotel for buffet.
ReplyDelete