Sama-Sama Hotel KL International Airport, Sepang, Selangor : Pengalaman Menginap di Hotel Air Crew dan Sahur di Hotel

Sama-Sama Hotel KL International Airport, Sepang, Selangor : Pengalaman Menginap di Hotel Air Crew dan Sahur di Hotel | Entri sebelum ni, Marina cerita mengenai berbuka puasa di bufet Ramadan di Sama-Sama Hotel KLIA. Seperti yang dijanjikan, kalini Marina nak share pengalaman menginap di hotel 5 bintang iaitu salah satu hotel yang menarik di Selangor yang pernah Marina stay iaitu Sama-Sama Hotel KL International Airport, Sepang, Selangor, hotel berhampiran Kuala Lumpur International Airport. Ini merupakan pengalaman pertama Marina menginap di sini. Sebenarnya Marina tak tahu nak mula review hotel ni dari mana sebab banyak sangat yang Marina nak kongsikan mengenai hotel yang menjadi salah satu tempat penginapan air crew ni. Di sini juga ada menyediakan pakej penginapan dan berbuka puasa serta sahur.

Nak ke Sama-Sama hotel ni korang akan lalu di Lebuhraya KLIA. Korang akan nampak Menara Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) di sebelah kanan sebelum sampai di Sama-Sama Hotel KLIA. Dah sampai area KLIA, Marina duk tertengok-tengok juga signboard Sama-Sama Hotel KLIA. Korang taulah kan kawasan KLIA tu macam mana, kalau tak tengok signboard, boleh sesat sampai ke landasan kapal terbang kot. Hahaha. Gurau je. 

Dari Lebuhraya KLIA, nampak je signboard Sama-Sama Hotel, kena U-turn, dan nampaklah Sama-Sama Hotel KLIA di sebelah kiri korang. Tengok bangunan dia dari luar, macam, ooo ini Sama-Sama Hotel, hotel 5 bintang. Bangunan warna putih dan nampak biasa. Dahlah time sampai di hotel tu tengah hujan. Not so impressive lah cerita dia. Tapi tunggu sat ye, korang kena tengok kat dalam hotel dia. Mesti korang suka dengan keindahan dalam hotel ni ditambah pula dengan kecantikan wajah pramugari dan kehenseman pilot yang menginap di situ. Kalau korang bernasib baik, bertembunglah dengan diorang. Hahaha. Gitu.   

Masuk je lobby Sama-Sama Hotel KLIA ni, terasa gah dan terpegun sangat berada di dalam hotel ini. Dekorasinya yang bercirikan moden dan kontemporari nampak begitu eksklusif. Lobbynya yang luas, siling yang tinggi dan lantainya yang menggunakan warna seakan gold dan hitam menampakkan ciri kemewahan di hotel ini. Kaunter receptionnya pula dihiasi dengan susunan batu-batu kristal rasanya, yang digantung di siling menampakkan lagi kemewahannya.

Sama-Sama Hotel KLIA

Sama-Sama Hotel KLIA





Sama-Sama Hotel KL International Airport, Sepang, Selangor 

Sama-Sama Hotel KL International Airport terletak di Sepang, Selangor. Lokasinya begitu strategik untuk pelancong dalam dan luar negara kerana lokasi hotel ini betul-betul di seberang jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Sama-Sama Hotel KLIA merupakan hotel di bawah jenama Malaysia Airport, menyediakan 442 bilik dan suites non-smoking dengan pelbagai kemudahan untuk para tetamunya. 

Nama Sama-Sama ini adalah ilham daripada "Welcome" dan "Togetherness" di mana hotel ini mengalu-alukan kedatangan tetamu ke hotel mereka dan pelancong dari luar negara datang dengan ke Malaysia. 

Logo Sama-Sama Hotel menandakan dua tangan yang bersatu melambangkan pelbagai masyarakat dan budaya negara. 

Hotel 5 bintang ini telah memenangi pelbagai penghargaan dan anugerah kerana prestasi cemerlangnya. Penghargaan dan anugerah yang dimenangi oleh Sama-Sama Hotel KLIA :
• World Luxury Award - 6 Times Best Luxury Airport Global Hotel Winner 2013- 2018 & 2020
• World Luxury Award - Best Luxury Airport Hotel South East Asia 2019
• World Luxury Award - Luxury Airport Hotel in Asia 2021
• Haute Grandeur Award - 6 Times Best Airport Hotel Global 2016 - 2021
• Haute Grandeur Award - Best Luxury Hotel in Asia 2020 - 2021
• Haute Grandeur Award - Best Prime Location Hotel in Malaysia 2020 - 2021
• Haute Grandeur Award - Best Culinary Experience 2021
• Best Companies to Work For In Asia 201 - 2017
• Tripadvisor - Best of the Best Certificate of Excellence 2014 - 2020
• Tripadvisor - Certificate of Excellence 2014 - 2020
• Hotels.com - Love By Guest Award Winner 2020

Mudah je nak ke Sama-Sama Hotel KLIA ni. Korang boleh drive sendiri terus ke hotel atau naik pengangkutan awam seperti teksi atau Grab. Selain tu, korang boleh juga naik train KLIA Express dan turun di KLIA. Setibanya di KLIA, korang boleh tekan button di tingkat 2 untuk naik buggy car untuk ke hotel. Nak lagi pantas korang boleh naik terus kapal terbang dari tempat korang terus ke KLIA.

 


Facility yang disediakan oleh Sama-Sama Hotel KLIA

Banyak kemudahan yang disediakan di Sama-Sama Hotel KLIA untuk kesenangan penginap di hotel ini. Bukan sahaja penginap, mereka yang ingin mengadakan mesyuarat, company event, perkahwinan, family gathering atau apa jua majlis boleh mendapatkan perkhidmatan Sama-Sama Hotel.


Dining and Meeting Room Experience 

Di Sama-Sama Hotel KLIA, banyak tempat yang disediakan untuk menikmati makanan dan juga mengadakan mesyuarat.

• The Continents
Terletak di sebelah kiri pintu lobby. Seperti yang Marina review buffet Ramadhan di entri sebelumnya, terdapat banyak variety makanan dari pelbagai negara yang dihidangkan di sini. Terdapat private area untuk korang buat jamuan makan bersama family atau kawan pejabat. Bilik khas juga ada di sini di mana chef akan buat demo masakan di depan mata korang. 

• Atrium Alfresco
Terletak bersebelahan The Continents. Ruang mejanya di luar dengan pemandangan tropical garden yang dihiasi dengan pokok-pokok dan kolam.

• Equator
Terletak di bahagian dalam The Continents. Di sini kalau korang nak makan secara privacy bersama family dan kawan-kawan, boleh book di sini. Yang bestnye chef akan masak live depan korang.

• Sphere
Terletak di sebelah The Continents. Berhadapan Reception. Kalau korang ada discussion dengan bisnes partner boleh lepak di sini.

• Runaway View on the 9th
Sayang haritu Marina tak berkesempatan ke sini. Mesti best duduk lepak sini sambil tengok kapal terbang landing dan take-off.

• Traveller's Bar & Grill
Di sini lebih kepada bar sebab ada wine. Bar ni served Sama-Sama Hotel signature menu iaitu wood fire pizza dan ada juga grilled menu.


Meeting Room, Conference Room and Ball Room Experience 

Di Sama-Sama Hotel KLIA ada menyediakan ruang untuk mengadakan mesyuarat, conference, bengkel, seminar atau majlis seperti majlis perkahwinan dan annual dinner company. Terdapat 2 jenis event space kalau nak buat event di sini iaitu Gateway ballroom dan Meeting Room. Di bawah 2 jenis ruang ini dipecahkan kepada beberapa pakej mengikut kesesuaian bajet dan tempoh penggunaan ruang tersebut. 

Gateway Ballroom ini biasanya orang buat majlis perkahwinan, annual dinner atau conference kan? Minimum untuk guna ballroom ni mestilah 50 orang. Ada pakej yang menyediakan coffee breaks, lunch, LED Screen, bottled water, complimentary parking untuk semua participants dan juga stationaries. Pilihlah pakej mana yang kena dengan bajet korang dan tujuan event tersebut. 

Manakala untuk meeting room pula, jika nak menggunakan meeting room ini minimum mestilah 20 orang. Biliknya kecil sedikit berbanding ballroom. Terdapat banyak bilik meeting yang disediakan di sini dan dinamakan sempena nama kapal terbang seperti Boeing, Airbus, Gukfstream, Falcon, Citation, Ilyushin dan Fokker.






Pakej Perkahwinan di Hotel

Hendak merealisasikan majlis perkahwinan korang di hotel? Sama-Sama Hotel KLIA ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan di sini. Marina tengok pakej dari Sama-Sama Hotel ni menarik jugak. Pakej perkahwinannya serendah RM1,488.00/per table. Satu table 10 orang. Minimum untuk buat perkahwinan di sini 30 table. Haaa darab lah. Pakej perkahwinan ini termasuklah makanan yang disediakan dari Sama-Sama Hotel, meja pengantin, wedding backdrop, PA sistem, LCD  projector, wedding arch dan macam-macam lagilah. Bukan itu je, food tasting pun ada tau. Yang menariknya, bukan pasangan pengantin je dapat benefit, ahli keluarga dan kawan-kawan pun dapat benefit sekali untuk pakej perkahwinan di Sama-Sama Hotel KLIA. 

Terdapat 4 pilihan pakej perkawhwinan mengikut konsep menu untuk korang pilih di Sama-Sama Hotel KLIA iaitu Malay Wedding, Chinese Wedding, Indian Wedding dan Fusion Wedding. Setiap pakej ini dihidangkan menu mengikut konsep yang korang pilih. Setiap konsep menu ini mempunyai pilihan pakej dan menu. Korang boleh pilih ikut bajet dan selera korang.


Kemudahan lain yang disediakan di Sama-Sama Hotel KLIA

• Wi-Fi percuma
Ini first time Marina jumpa di mana Wi-Fi hotel yang tak ada password. 

• Tempat letak kereta
Tempat letak kereta ada disediakan di Sama-Sama Hotel KLIA. Jika korang guest di hotel, korang takkan dikenakan caj untuk parking. Hanya perlu ke lobby untuk diorang cop tiket sebelum korang keluar parking. If korang ada urusan di Sama-Sama Hotel KLIA, parking akan dikenakan bayaran RM8 je untuk satu hari (flat rate).

• Swimming pool
Disebabkan menginap dalam bulan puasa, Marina tak bawak anak-anak Marina mandi di swimming pool. Tapi Marina pergilah jugak melawat ke swimming pool di sini. Korang boleh nampak view menara CAAM dari sini. 

• Tennis Court
Tennis Court ni terletak bersebelahan swimming pool.

• Smoking Area
Yang Marina perasan, smoking area di hotel ini, pintunya terletak di lobby. Di smoking area ini berada di kawasan tropical garden. Sambil-sambil merokok tu bolehlah menikmati keindahan landskap di situ.

• Gimnasium
Masa menginap di sini, Marina tak pergi pun tengok gimnasiumnya di mana. Tapi tulah nak bagitau, sini pun ada gimnasium.

• Sauna

• Jacuzzi facilities

• Steam room

Sama-Sama Hotel




Perkhidmatan yang Ditawarkan di Sama-Sama Hotel KLIA

Airport Fast Track

Di Sama-Sama Hotel KLIA ada menawarkan perkhidmatan Airport Fast Track di KLIA bagi memastikan perjalanan korang cepat dan lancar. Di sini korang akan melalui laluan pantas semasa korang tiba, berlepas atau transit. Perkhidmatan ini membantu dengan pemindahan dan bagasi, memastikan urusan korang di lapangan terbang laluan berjalan lancar. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan. Pakej yang ditawarkan :
• Airport Fast Track Service Package
• Airport Fast Track Service with Airport Lounge Access
• KUL VIP (Door to Door) Premium
• Transit Airport Lounge Access
• Priority Lane Pass


Buggy

Keesokan harinya, Marina bawak anak-anak jalan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Nak bawak diorang tengok landasan kapal terbang. Kiteorang naik buggy car yang disediakan oleh Sama-Sama Hotel KLIA. Sama-Sama Hotel ada menyediakan perkhidmatan buggy 24 jam untuk bawak korang dari hotel ke KLIA. Kalau dari KLIA ada button untuk korang berkomunikasi dengan bahagian reception untuk mintak buggy pick up di KLIA bawak ke hotel. 


Airport Staycation

Siapa sangka duduk di hotel boleh menjadi percutian yang menarik untuk keluarga korang. Selalu kalau pergi bercuti dan menginap di hotel, anak-anak hanya akan mandi swimming pool sahaja kan? 

Sama-Sama Hotel KLIA ada menyediakan pakej Airport Staycation untuk percutian keluarga semasa korang menginap di hotel. Harga pakej Airport Staycation 2 hari 1 malam ini ialah RM468 nett. Pakej ini termasuklah breakfast untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (11 tahun ke bawah). 

Apa yang menarik dalam pakej Airport Staycation ini adalah anak-anak korang boleh main jadi ahli bomba tau. Selain itu aktiviti yang akan dilakukan dalam pakej ini adalah telematch, tengok movie, korang juga akan merasa pengalaman menjadi pengusaha hotel (Be A Hotelier) dan "Swimtastic". Lain daripada yang lainkan? 

Marina first time tahu ada hotel yang menyediakan pakej seperti ini. Tapi pakej ni bukan sentiasa ditawarkan di Sama-Sama Hotel KLIA. Korang kena buat reservation dulu. 

Sama-Sama Hotel

Sama-Sama Hotel




Tempat Menarik Berdekatan Sama-Sama Hotel KLIA

Memang diakui Sama-Sama Hotel KLIA agak jauh daripada pusat-pusat bandar utama, tapi tak bermakna tiada tempat menarik yang boleh korang kunjungi di kawasan berdekatan Sama-Sama Hotel KLIA ni. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi :


Kuala Lumpur International Airport

Seperti sedia maklum, Sama-Sama Hotel sangat dekat dengan KLIA. Tak semestinya nak naik flight je baru korang nak ke sini. Apa yang ada di dalam KLIA selain tempat menunggu, naik dan turun dari flight? 

Sebenarnya banyak tempat-tempat shopping yang ada di sini. Bolehlah korang cuci mata di sini. Dekat sini ada kedai duty free tau. Bolehlah korang shopping coklat. Di sini pun ada pelbagai kedai makan seperti fastfood, western food dan food court. Yang bestnya dari Sama-Sama Hotel korang boleh naik buggy melalui skybridge untuk ke KLIA. 

Di sini ada tempat untuk view kawasan parking kapal terbang dari jarak dekat. Marina suka tengok kapal terbang naik dan turun. Datang sini pun bukan nak shopping, nak tengok kapal terbang je. 


KLIA Jungle Boardwalk

Wowee. Tak sangka dalam KLIA ni ada KLIA Jungle Boardwalk. Selama pergi KLIA hantar adik study dulu tak pernah pun melawat sini. Ni kalau anak-anak Marina tahu mesti ajak pergi. Budak-budakkan. Semua tempat diorang nak explore.


Mitsui Outlet Park

Mitsui Outlet Park ni terletak sejauh 7km dari KLIA. Korang nak shopping barang berjenama dengan harga yang murah, bolehlah datang ke Mitsui Outlet Park. 


Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit) 

Litar Antarabangsa Sepang terletak sejauh 12km dari Sama-Sama Hotel. Haritu tak sempat nak pergi sebab Marina nak pergi cari baju raya pulak. Hehe. 


Sama-Sama Hotel KLIA Room Tour

Haaa...Ni mesti korang tertunggu-tunggu room tour ni kan? Terdapat banyak jenis bilik yang ada di Sama-Sama Hotel KLIA iaitu Deluxe Room, Premier Room, Family Room, Superior Suite, Premier Superior Suite, Executive Suite, Premier Executive Suite, Deluxe Suite dan Presidential Suite. Tapi Marina cerita bilik yang Marina duduk je la ye. Marina menginap di bilik Superior Suite. Harga bilik Superior Suite ni RM750/malam. Superior Suite ni mostly full booked dalam website, korang kena call Sama-Sama Hotel untuk booking bilik ni.

Superior Suite ni tersangatlah luas. Memang selesalah suite dia memandangkan kiteorang berlima. Duduk di bilik yang besar sikitlah. Suite ini mempunyai ruang tamu, bilik air yang terletak berhampiran pintu masuk, mini bar, ruang kerja dan bilik tidur yang berasingan dengan ruang tamu serta ruang mandi. 

Di ruang tamu ini mempunyai televisyen, bilik air, sofa, tempat letak kasut, mini bar dan ruang kerja. Manakala di bilik tidurnya pula mempunyai katil bersaiz king, televisyen dan langsirnya menggunakan cloth blind motorized. Bilik tidur ini di connect ke ruang mandi. 

Ruang mandinya sangat luas. Terdapat bath tub, bilik shower yang berasingan dan almari. Di dalam almari ini disediakan iron, iron board dan safety box.

Di mini bar pula, ada mini mesin kopi berserta kapsul kopi. Teh, gula dan creamer pun ada disediakan. 

Kemudahan Di Dalam Bilik

• LED Smart TV
• Touch screen control panel
• Wi-Fi dan internet facilities
• Mini Bar
• Working desk
• Coffee and tea making facilities
• Iron and iron board
• Safety box
• Fridge
• Penimbang
• Hair Dryer









Pertama Kali Sahur Di Hotel

Tahu tak, Sama-Sama Hotel KLIA ada menyediakan pakej sahur di hotel tau. Menunya ikut hari. Sahur akan dihantar di bilik. Kalau nak ambil pakej bersahur di Sama-Sama Hotel, korang kena call reception sehari sebelum bagitahu diorang untuk berapa orang dan bila korang nak diorang hantar makanan ke bilik. Masa Marina order tu, reception tolong call kan ke bahagian F&B. Diorang cakap paling awal boleh hantar ke bilik pukul 4.30 pagi. 

Haritu Marina menginap di hotel pada hari Khamis, so sahur di hotel pada hari Jumaatlah. Makanya Marina dapat menu pada hari Jumaat. Kalau nak request menu lain Marina tak pastilah pulah boleh ke tidak. Portion dia pada Marina banyaklah jugak. Dahlah Marina jarang makan pagi. Tapi disebabkan memikirkan anak-anak dan nak lapik perut, kiteorang bersahur jugaklah. Setnya lengkap dari appertizer, main dishes sehinggalah ke dessert.

Pakej sahur di hotel

Menu sahur di hotel



Banyak Pengalaman First Time di Sama-Sama Hotel KLIA yang Tak Pernah Dialami Di Hotel Lain

Banyak pengalaman first time yang Marina dah lalui dan belum lalui semasa menginap di Sama-Sama Hotel KLIA ni. Overall Marina berpuas hati menginap di sini sebab Marina suka environmentnya yang tenang, biliknya bersih dan layanan staffnya sangat mesra. Rasa macam tourist dari luar negara pulak duduk kat hotel ni. Tetamu di situ pun mesra. Anak Marina haritu bersembang dengan Marina dan dia cakap terima kasih. Tetiba pelancong dari luar negara terdengar, dia terus balas Sama-Sama. Tetiba Marina pulak yang terasa bangga dengan nama Sama-Sama Hotel ni. Pengalaman first time Marina sepanjang duduk di Sama-Sama Hotel KLIA :

• First time tengok kaunter reception di lobby yang ada tropical garden di belakang kaunter. Tropical garden ni lanskap yang dihiasi pokok-pokok dan juga kolam. 

• First time Marina jumpa hotel yang biliknya menggunakan langsir jenis motorized cloth blind ye. Menurut staff di situ, air crew kan tidur di hotel ni, diorang perlukan rest yang cukup. Kalau tak cukup tidur, diorang tak boleh attend flight. Kalau guna langsir yang biasa tu, biasanya langsir tak tutup rapat dan akan nampak lubang-lubang cahaya jugaklah kalau waktu siang. Di Sama-Sama Hotel KLIA, langsir jenis cloth blind ni digunakan sebab kalau tutup langsir dan lampu memang totally gelap dan takkan nampak langsung cahaya.

• First time jugak Marina jumpa wardrobe di dalam toilet ye. 

• First time tahu ada pakej Airport Staycation iaitu aktiviti yang ditawarkan oleh pihak hotel untuk percutian keluarga. Marina tak pernah lagi jumpa hotel yang buat pakej macam ni. 

• First time ambil pakej sahur di hotel.

Jujur Marina cakap, banyak kemudahan dan senang kalau korang duduk di sini kalau korang nak tidur sementara menunggu flight korang tiba. 

Memandangkan menginap di hotel waktu bulan puasa, tak pergi swimming pool, pada awalnya Marina risau juga anak bosan dalam bilik sebab ingatkan ada channel tv yang biasa di hotel-hotel lain. Kat Sama-Sama Hotel KLIA ni, Marina duk godek-godek tv tu terjumpalah siaran video on demand, sakanlah anak-anak Marina layan kartun kat bilik. 

Tapi nak bagitahu awal, kalau nak view cantik-cantik dari bilik, mungkin bukanlah tempatnya ye. 

Actually setiap kali pergi KL, Marina teringin nak bawak anak-anak ke KLIA ni tengok kapal terbang. Alhamdulillah hajat tercapai dan anak-anak enjoy duduk di hotel ni sebab dapat naik buggy ke KLIA dan tengok kapal terbang dan keretapi ke kapal terbang dari dekat di anjung tinjau.



Kat sini Marina kongsikan video Hotel Room Tour :



Makluman lanjut tentang nak booking, perkhidmatan yang ditawarkan atau pertanyaan boleh rujuk di website atau media sosial Sama-Sama Hotel :

Sama-Sama Hotel KLIA
Jalan CTA 4B, 6400 KLIA, Sepang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 8787  3333
www.samasamahotels.com

Sama-Sama Express KLIA
Satelite Building next to Gate C5
Tel : +603 8787  4747
www.samasamaexpress.com

Sama-Sama Express klia2
L3 Satellite Building,
klia2 Airport Terminal
Tel : +603 8775  6600


Post a Comment

2 Comments

  1. Wow nice! kalau ada early flight boleh menginap at this hotel

    ReplyDelete
  2. mcm best je.. dekat ngna irport.. byk plk kemudahan.. boleh ini masuk dalam list

    ReplyDelete