5 Sebab Memilih Air Mineral dan Air RO Jantzen sebagai Air Minuman

5 Sebab Memilih Air Mineral dan Air RO Jantzen sebagai Air Minuman | Kita perlu minum air putih yang secukupnya supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan baik dan sentiasa kekal hidrasi. Korang pun tau kan air putih pun ada macam-macam jenis. Masa Marina nak beli water purifier untuk kegunaan di rumah, Marina diberi 3 jenis pilihan air iaitu mineral, alkaline dan RO water. Tapi Marina bukan nak cerita pasal water purifier. Di sini Marina nak kongsikan mengenai air minuman keluaran Jantzen iaitu air osmosis berbalik (RO water) dan air mineral. Sebelum Marina cerita lanjut mengenai air minuman dari Jantzen ni, Marina nak cerita sikit pengalaman mengenai RO water ni. Mungkin ramai yang tak tahu apa itu air RO berbanding air mineral kan? 

Dulu Marina pernah dengar RO water ni air yang dirawat semula kerana terdapat negara yang kekurangan air sehingga terpaksa menggunakan air yang dirawat semula. So, pada pemikiran Marina, buatpe nak minum RO Water bila kat Malaysia ni ada sumber air mineral semulajadi, kan? Haaa gitu. Siapa pemikiran macam Marina? Tapi bila Marina tanya antara 3 pilihan tu mana yang ok, diorang kata RO water lagi ok. Marina macam terkejutlah jugak. Kenapa RO water? 

Makanya dari situ Marina cari info mengenai RO water dan akhirnya Marina beli water purifier yang menggunakan RO water. Dah tu, dah ada water purifier kenapa nak beli Jantzen RO water pulakkan? Tadah je la air kat water purifier tu kalau nak pergi travel kan?

Setiap kali pergi travel, Marina selalu akan stop by mana-mana kedai sebab nak beli stok air mineral untuk buat bekal sepanjang perjalanan. Kenapa Marina beli air mineral daripada tadah air dari rumah? 
• Marina travel lebih daripada sehari, air yang ditadah sebotol tak cukup untuk berhari-hari.
• Kalau bawak botol air mahal ke mana-mana takut tertinggal, dah kena beli botol air baru. Mahal plak tu. Kalau beli air mineral, botol airnya pakai buang je.
• Botol air mineral tahan lasak. Kalau jatuh banyak kali pun tak pecah. 





Air Mineral dan Air Reverse Osmosis (RO Water) dari Jantzen

Terdapat beberapa jenis produk yang dikeluarkan oleh Jantzen. Di sini Marina akan kongsikan beberapa jenis produk yang dikeluarkan oleh Jantzen untuk informasi korang.


Air Mineral

Air mineral Jantzen ialah air mineral semula jadi yang dilombong dari sumber bawah tanah. Mineral semulajadi mengandungi banyak vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada tubuh manusia. Bagi air mineral Jantzen, penutup botolnya adalah berwarna hijau.

Air mineral yang dekat Marina ni ada dua saiz iaitu 350ml dan 600ml. Ada lagi saiz lain, korang boleh tengok di website Jantzen.


#Air Mineral 350ml 
• Air mineral Jantzen botol bersaiz kecil untuk dimuatkan dalam kotak makan tengah hari, beg galas dan dompet. 
• Satu carton RM8.00
• 1 carton 24 botol

Air mineral Jantzen


#Air Mineral 600ml
Air mineral Jantzen botol bersaiz sederhana
• Satu carton RM9.00
• 1 carton 24 botol


Air RO

Air RO adalah air hasil penyaringan menggunakan mesin Reverse Osmosis melalui membrane RO. Air ini tidak memiliki kandungan mineral di dalamnya. Penutup botol bagi air RO Jantzen adalah berwarna putih. 

Air RO yang ada dalam stok Marina isipadunya ialah 1500ml dan 200ml.


#Air RO 1500ml
Air RO bersaiz sederhana besar. 
• 1 carton RM14.00
• 1 carton 12 botol



#Air RO 200ml
Air RO di dalam cup. Penyedut minuman disediakan. 
• 1 carton RM14.00
• 1 carton 48 cup


Manfaat Air Mineral vs Air Osmosis Berbalik

Hasil pembacaan Marina, tubuh manusia memerlukan mineral organik yang boleh didapati daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan juga daging. Sementara mineral yang terdapat di dalam air adalah mineral anorganik yang kurang diperlukan oleh badan kita. 

Walaupun terdapat pelbagai jenis air putih, adalah penting untuk minum air secukupnya.  Apa manfaat yang didapati daripada air mineral dan air RO ni? 


Air Mineral

Manfaat yang diperolehi apabila korang minum air mineral :
• Memelihara kekuatan tulang. 
• Membantu fungsi otot dan saraf. 
• Meningkatkan imunisasi badan. 
• Membantu buang toksin dalam badan. 

Air RO

Manfaat yang boleh didapati apabila mengamalkan minum air RO :
• Meningkatkan metabolisme badan.
• Meningkatkan imunisasi badan dan tenaga. 
• Mencegah penyakit. 
• Melancarkan sistem pencernaan. 




Kelebihan dan Keistimewaan Air Minuman Jantzen. 5 Sebab Memilih Air Jantzen sebagai Air Minuman! 

Apa istimewanya air RO dan air mineral keluaran Jantzen? Kenapa perlu jadikan Jantzen pilihan sebagai air minuman korang?
• Syarikat Jantzen akan menghantar pesanan terus ke rumah korang dengan minima pembelian satu carton sahaja.
• Botol air mineral ada pelbagai saiz, boleh pilih dan bawa mana yang saiz yang sesuai mengikut keadaan dan tempat.  
• Mempunyai sijil Halal, HACCP dan GMP.
• Buatan Malaysia. 
• Air mineral dan air RO tidak rasa payau. 



Review Marina Mengenai Air Minuman Jantzen

Marina pernah ada pengalaman air mineralnya rasa payau. Masa tu Marina sedang menghadiri mesyuarat staf. Biasanya air minuman (drinking water) je yang akan rasa payau, tapi yang ni air mineral tau. Jenama well known jugak tau. Marina siap tanya kawan ofis lagi, air ni air minuman kot, tapi bila tengok kat botol, memang betul air mineral. Terus Marina buang dan isi air water purifier yang ada kat ofis dalam botol tu.

Marina dah cuba minum kedua-dua jenis air Jantzen ni iaitu air RO dan air mineral. Dari segi rasa, tiada yang berbeza. Sama je rasa dia macam korang minum air kosong. Sesetengah air mineral rasa payau kan? Tapi air jenama Jantzen ni tak rasa payau ye. 

Air minuman Jantzen ni memudahkan urusan Marina sebab dia mempunyai pelbagai saiz. So, nak bawak ke mana-mana senang. Pilih je saiz yang sesuai mengikut keadaan dan tempat. Marina pun tak payah membazir duit beli botol air untuk anak-anak banyak kali sebabnya botol air anak pernah jatuh dan pecah, dah tak boleh guna. Kalau bawak air minuman Jantzen ni, korang buatlah jatuh banyak kali pun botol dia tak pecah.  

Jantzen Water




Air Minuman Jantzen Tak Payau! 

Pada korang yang biasa buat stok air mineral atau RO water yang berminat nak dapatkan air minuman jenama Jantzen boleh ke website Jantzen. 

Website :
www.jantzen.com.my





Post a Comment

0 Comments