Masalah Berkaitan Mata yang Perlu Dirujuk ke Optometris Optom Eyecare

Masalah Berkaitan Mata yang Perlu Dirujuk ke Optometris Optom Eyecare | Pada 1 Ogos yang lalu, Marina menghadiri sesi dialog secara online yang bertajuk 'Dari Mata Turun ke Hati.' Dr. Mohd Hafidz Ithnin, Pensyarah Kanan Optometri dari UIA dan Puan Ameera dari OPTOM Eyecare telah dijemput untuk menjadi 'Speaker' di dalam dialog ini yang bersiaran langsung di platform Facebook Live Biz Network iaitu platform yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Dialog ini adalah mengenai perkongsian ilmu servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif. Dialog ini bertujuan untuk berkolaborasi bagi Program Rakan Niaga Optom dengan membuka peluang bisnes kepada pengusaha klinik atau farmasi yang pernah menguruskan masalah mata pesakit di klinik atau farmasi mereka

Kedai cermin mata bangi



Mengenai Optom Eyecare

Optom Eyecare merupakan pusat optometris yang beroperasi di Bandar Baru Bangi. Servis yang ditawarkan di Optom Eyecare bukan hanya sekadar menjual cermin mata sahaja, malahan di Optom Eyecare juga menawarkan servis secara klinikal seperti pemeriksaan kekuatan otot mata, saraf bahagian depan mata dan pelbagai lagi tentang masalah mata. 

Apabila pesakit datang ke Optom Eyecare, pesakit dapat maklumat tambahan mengenai kesihatan mata mereka. Optom Eyecare bukan sekadar menjual cermin mata sahaja, malahan juga akan memeriksa mata pesakit dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah mata pesakit mereka. 

Optom Eyecare

Masalah Berkaitan Mata yang Dirujuk Di Optom Eyecare : Kesedaran Tentang Pemeriksaan Mata

Optom Eyecare kongsikan pengalaman mereka berkenaan pesakit yang datang ke Optom Eyecare untuk merujuk tentang kesihatan mata mereka. Setelah berkunjung ke Optom Eyecare dan diberikan penerangan tentang kesihatan mata, pesakit baru tahu betapa pentingnya memeriksa mata mereka. 


#1 Pesakit Mengalami Migrain

Pesakit datang ke Optom Eyecare untuk membuat cermin mata. Pesakit mengadu sakit kepala. Apabila pesakit ke farmasi untuk membeli dan memakan ubat, masalah migrain masih ada. Apabila Optom Eyecare membuat pemeriksaan mata lebih lanjut terhadap pesakit tersebut, rupanya pesakit mempunyai masalah yang berkaitan dengan mata. Pesakit ini mengalami Komputer Vision Sindrom kerana menggunakan komputer terlalu lama dan menyebabkan migrain. 

Di sini Optom Eyecare hendak memberi kesedaran bahawa isu sakit kepala ini tidak semestinya disebabkan korang memang sakit tetapi juga berpunca daripada masalah mata.


#2 Pesakit Kanak-Kanak yang Mengalami Rabun Mata

Majoriti anak-anak tidak tahu cara nak menyampaikan mesej kepada ibu bapa yang diorang ni rabun. Diorang sendiri pun tak tahu yang sebenarnya diorang rabun. Apabila anak-anak mengadu penglihatan mereka kurang jelas, kebiasaanya ibu bapa akan datang ke kedai cermin mata untuk memeriksa mata anak-anak mereka. Penyelesaian yang mereka nampak adalah dengan membuat cermin mata untuk anak mereka. 

Apabila ibu bapa membawa anak-anak datang untuk membeli cermin mata di Optom Eyecare, Optom Eyecare tidak hanya memeriksa 'power' mata dan menjual cermin mata sahaja kepada pesakit kanak-kanak tersebut. Optom Eyecare akan memeriksa mata kanak-kanak tersebut secara keseluruhan dan mencadangkan cermin mata dan rawatan yang sesuai dengan keadaan mata pesakit kanak-kanak tersebut. 


#3 Keliru Dengan Mata Kanak-Kanak Terhadap Bluelight

Seorang ibu telah datang ke Optom Eyecare untuk memeriksa mata anaknya. Ibu tersebut keliru kenapa anaknya mengalami masalah mata walaupun telah dipakaikan cermin mata bluelight. 

Ibu pesakit kanak-kanak tersebut akui anaknya banyak menghabiskan masa dengan gajet semasa waktu PKP kerana mereka bekerja dari rumah terpaksa memberikan gajet pada anak mereka supaya tiada gangguan daripada anak semasa mereka bekerja. Anaknya dipakaikan cermin mata bluelight. 

Setelah sekolah dibuka, cikgu sekolah memberitahu pada ibu tersebut pembelajaran anaknya terganggu kerana anaknya tidak nampak apa yang cikgu tulis di papan putih di dalam kelas. 

Maka, ibu pesakit tersebut datang ke Optom Eyecare menceritakan masalahnya. Setelah mendengar masalah yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak tersebut, Optom Eyecare menjelaskan sebelum anak-anak dipakaikan cermin mata bluelight, ibu bapa haruslah memeriksa tahap rabun mata anak-anak terlebih dahulu kerana kerosakan mata akibat bluelight dan rabun adalah perkara yang berbeza. Walaupun anak-anak dipakaikan cermin mata bluelight semasa menggunakan gajet, cermin mata bluelight tersebut tidak dapat mengelakkan daripada berlakunya rabun mata. 

Optometris

Masalah mata




Program Rakan Niaga Optom Bagi Pengusaha Klinik dan Farmasi Dengan Merujuk Pesakit ke Optom Eyecare

Marina percaya pasti ada pengusaha klinik dan farmasi yang pernah menguruskan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata seperti yang Marina pernah kongsikan mengenai Diabetik Retinopati iaitu masalah mata yang disebabkan kencing manis. 

Jika pengusaha klinik atau farmasi pernah mengendalikan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan mata dan tidak tahu hendak merujuk kepada siapa, pengusaha-pengusaha boleh meminta pesakit merujuk kepada Optom Eyecare untuk memeriksa mata mereka. Optom Eyecare akan memberikan insentif kepada pengusaha klinik dan farmasi yang meminta pesakit untuk merujuk kepada Optom Eyecare supaya memeriksa kesihatan mata pesakit.

Pengusaha klinik atau farmasi yang memerlukan maklumat tambahan mengenai mata pesakit yang datang ke premis, mereka boleh rujuk ke Optom Eyecare. Optom Eyecare juga boleh mengongsikan laporan tentang kekuatan otot mata dan keadaan mata pesakit tersebut kepada pengusaha klinik atau farmasi. 

Program seperti ini adalah merupakan Program Rakan Niaga Optom yang dilaksanakan oleh Optom Eyecare untuk membuka peluang bisnes kepada semua pengusaha klinik dan farmasi di sekitar Lembah Klang yang mempunyai pengalaman mengurus masalah mata untuk menjadi rakan niaga Optom Eyecare.  

Optom Eyecare


Pengusaha klinik atau farmasi yang berminat untuk berkolaborasi dengan Optom Eyecare boleh hubungi Optom Eyecare di website atau media sosial mereka :


Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 10.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)


IG : Optom Eyecare
FB : Optom Eyecare

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yang bagus . Ramai orang tak ambik kisah sangat kan. Good sharing :)

    ReplyDelete