Senarai Tempat Penginapan Terbaik Di Semenanjung Malaysia

Senarai Tempat Penginapan Terbaik Di Semenanjung Malaysia | Nak bercuti di luar negara tetapi bajet kurang? Eh, eh. Jangan sedih. Anda boleh rancang percutian  mengelilingi lima negeri di semenanjung Malaysia dengan bajet yang sederhana. Bermula dari Johor, ke Melaka, Pahang, kemudian terus ke Perak, dan berakhir di Pulau Pinang. Amacam? Menarikkan?

Dengan bajet yang sederhana, anda boleh dapatkan keseronokan berganda. Bagi memastikan percutian anda selesa, anda boleh pertimbangkan 5 pilihan tempat penginapan terbaik di setiap negeri tersebut. Semua hotel-hotel ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Tambahan pula, kemudahan dan servis yang diberikan memang dijamin terbaik. 

Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca!


Tempat Penginapan Terbaik Di Semenanjung Malaysia 


Mutiara Johor Bahru
Mutiara Johor Bahru



1. Mutiara Johor Bahru

Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, ini sangat sesuai untuk anda jadikan tempat penginapan bersama keluarga. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah Jr Club Suite untuk kanak-kanak beraktiviti dan bermain. 

Untuk ke mana-mana lokasi pelancongan pun sangat mudah. Hal ini kerana kebanyakan lokasi menarik terletak sangat berhampiran dengan hotel mewah ini. Anda boleh menaiki pengangkutan awam atau kereta sewa untuk berjalan-jalan di sekitarnya. 

The Sterling Boutique Melaka
The Sterling Boutique Melaka

2. The Sterling Boutique Melaka

The Sterling Boutique Melaka ini menampilkan reka bentuk kolonial dengan hiasan dalaman yang sangat menarik. Dari luar, hotel ini kelihatan sangat klasik, namun apabila anda masuk ke dalamnya, ia memaparkan konsep moden dan elegan. Sekiranya anda mahukan bilik yang lebih mewah, anda boleh menempah pakej bilik yang menyediakan jakuzi. Bilik biasa pun dah rasa eksklusif apatah lagi bilik mewah!

Anda boleh menjamu selera di restoran yang terletak di tingkat atas bumbung ini. Sambil-sambil tu bolehlah anda menikmati pemandangan sekitar negeri Melaka. 


Swiss-Belhotel Kuantan
Swiss-Belhotel Kuantan

3. Swiss-Belhotel Kuantan

Hotel Swiss-Belhotel Kuantan adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak secara strategik menghadap ke arah pantai di Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang. 

Pemandangan pantai yang ditawarkan menjadi salah satu tarikan utama para pengunjung untuk menginap di sini. Anda boleh menyaksikan matahari terbit dan juga bot-bot nelayan yang berulang alik di kawasan pantai tersebut. Dari jauh, anda juga boleh melihat Sungai Kuantan. 

Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang popular seperti Taman Gelora (zoo), Pantai Teluk Cempedak, Air Terjun Sungai Pandan, Taman Air bukit Gambang dan sebagainya.


DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

4. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Doubletree by Hilton Damai Laut Resort adalah sebuah resort yang dulunya dikenali sebagai  Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Ia terletak di negeri Perak. 

Apa yang menarik di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort ini adalah kewujudan kelab kanak-kanak. Ini menjadikan hotel ini sebagai salah satu hotel yang sangat mesra keluarga dan juga kanak-kanak. Kelab ini berfungsi sebagai pusat aktiviti untuk kanak-kanak. Ada aktiviti yang berbayar dan ada yang percuma. Sementara anak-anak beraktiviti, bolehlah mak ayah luangkan masa berdua. 

Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti selam snorkel, bermain bot pisang serta memancing di pantai dan jeti yang berhampiran. Untuk yang meminati golf, anda juga boleh bermain golf di padang golf yang hanya terletak 5 minit dari resort ini.


Seven Terraces Penang
Seven Terraces Penang




5. Seven Terraces

Apabila anda singgah ke Pulau Pinang, anda boleh cuba menginap di hotel yang dikenali sebagai Seven Terraces. Hotel ini mengetengahkan konsep Baba-Nyonya dalam rekaan dalamannya. Memang cantik sangat. Apa yang lebih menarik, pemilik hotel ini turut mempamerkan koleksi barangan antik peribadinya sendiri untuk tatapan umum. 

Selain itu, lokasi hotel ini juga sangat strategik. Anda boleh berkunjung ke tempat tarikan pelancong berdekatan seperti monumen bersejarah Fort Cornwallis, Muzium Negeri Penang dan sebagainya, hanya dengan berjalan kaki. 

Kemudahan yang disediakan oleh hotel ini juga sangat tiptop. Selepas penat berjalan seharian, boleh lah anda berendam di kolam renang yang disediakan atau mendapatkan perkhidmatan urutan yang disediakan. 

Akhir kata, rancang percutian dan buat tempahan seawal mungkin untuk merasai peluang menginap di hotel-hotel tersebut. Anda boleh membuat tempahan melalui aplikasi atau laman web Traveloka dan dapatkan tawaran harga yang terbaik. Memang berbaloi!

Post a Comment

7 Comments

  1. Lama tak jalan-jalan ni. Boleh save ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh.... Nampak kurlassss Seven Terrace tuh! Lain kali ke Penang nak stay situ laaa

    ReplyDelete
  3. Kt semenanjung pun best dah... Bnyk hotel cntik dan tempat menarik

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa tempat2 kat atas ni.. Ada yg belum sampai lagi

    ReplyDelete
  5. Menariknya semua tu..boleh list kan untuk next trip

    ReplyDelete