Main Interaktif Online Game Di Plays.Org Bantu Pembelajaran Anak

Main Interaktif Online Game Di Plays.Org Bantu Pembelajaran Anak | Tengah syiok main game online, lalu pula iklan. Iklan 30 saat pulak tu. Pernah tak jadi kat korang macam ni? Niat di hati (niat konon) nak releasekan stress, tapi bertambah-tambah stress pulak nak tunggu iklan habis sebelum dapat meneruskan main game. Potong stim betul nak hilangkan stress. Terbantut terus nak main game online. Ini haaa dekat Plays.org gamenya tak ada iklan. Korang tak perlu download aplikasi atau apa-apa software dan tak perlu daftar untuk main game di sini. Menariknya game di Plays.org, ada juga game yang berunsurkan education. Bolehlah Marina ajak anak-anak main interaktif online game di Plays.Org ni.

Kalau korang perasan, dekat tab di Plays.org ni ada tab Register (Daftar). Actually korang tak perlu daftar pun kecuali kalau korang nak save game yang korang minat. Senang sikit kalau save game yang korang minat. Tak perlu dah tercari-cari balik game apa yang korang main tadi. 





Kenapa Online Game di Plays.org Menarik ?

Apa yang membuatkan Marina suka online game di Plays.org ialah :


#1 Kategori Game

Banyak kategori game yang boleh dipilih di sini dan setiap kategori terdapat banyak pilihan permainan yang boleh dipilih. Macam contoh kategori LEGO, bila korang klik LEGO, kemudian scroll ke bawah, banyak game yang korang boleh pilih di bawah kategori LEGO ni. 

Antara game yang menarik minat Marina di Plays.org adalah game Education seperti mengira dan puzzle. Selain itu, Marina juga suka main game Sudoku, Solitaire dan game karekter kartun dari Walt Disney seperti Frozen, Sofia The First dan Mickey Mouse. 

Selain kartun dari Walt Disney, terdapat juga game kartun lain di Plays.org seperti Spiderman, Transformers, Ben 10, Powerpuff Girls dan banyak lagi. 







#2 Anak-anak Belajar Sambil Bermain

Terdapat permainan interaktif yang boleh anak-anak main seperti mengira, membaca dan berfikir. 


#3 Grafik yang Cantik dan Menarik

Grafik di Plays.org sangat cantik dan menarik. Marina teruja tengok grafik yang ditonjolkan dalam game kartun Walt Disney, Marvel dan watak kartun yang lain yang terdapat di Plays.org.
 

Game Interaktif untuk Anak-Anak Belajar di Plays.org

Sebelum ajak diorang main game yang berunsurkan pelajaran, haruslah ibu dia cuba main dulu. Mana yang menarik minat Marina dan Marina rasa anak-anak boleh belajar, Marina akan cadangkan anak-anak untuk bermain game tersebut. Game yang berbentuk education ni menarik minat Marina kerana ianya dapat menarik anak-anak untuk belajar dengan cara yang kreatif. Antara game interaktif di Plays.org yang menarik minat Marina :


#1 5 Senses

5 senses ni bukan macam game tapi lebih kepada ilmu pengetahuan. Awalnya dia akan terangkan pada kita fungsi setiap anggota badan kita. Bila kita klik pada hidung, dia akan bagitahu fungsi hidung. 

Seterusnya, akan keluar soalan berkaitan anggota badan tersebut. Contoh soalan :
a. Kita hidu bunga menggunakan apa? 
b. Kita makan menggunakan apa? 



#2 Defense Math

Defense math ni boleh membantu anak-anak korang belajar matematik. Di sini ada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Apa yang menariknya, macam contoh Marina main game operasi darab. Marina kena kira jawapan dia sebelum musuh menyerang kubu. Game dia ni makin lama makin mencabar sebab musuh tu makin lama makin laju pulak datang menyerang. Game Defense Math ni menarik sebab anak-anak dapat memahirkan diri dengan operasi tambah, tolak, darab serta bahagi dan dalam masa yang sama dapat main game di mana diorang perlu selamatkan kubu daripada musuh. 


#3 ABC Slider Puzzle

Seronok pulak main ABC Slider Puzzle ni. Walaupun anak-anak Marina dah kenal ABC, tapi game ni nak kena susun ABC ikut turutan. Gamenya agak mencabar sikit. Kemahiran menyusun strategi diperlukan untuk main game ni. Marina pulak excited main game ni. 



Online Game Pilihan Marina di Plays.Org


Kalau ikutkan banyak sangat game online yang Marina suka. Marina suka game yang challenging, menyusun strategi dan berfikir. Antara game yang Marina suka main :


#1 Sudoku

Saje je Marina main game Sudoku yang ada gambar parrot ni sebab comel. Actually game dia sama je dengan Sudoku yang classic tu. Susun nombor 1 sampai 9. Cumanya Sudoku parrot ni, nombornya korang perlu tarik ke atas. Kalau yang classic tu hanya perlu tekan di nombor berkenaan sahaja. Faham tak? Tak faham korang boleh cuba main Sudoku ni sendiri. Dah main game ni sendiri baru korang faham apa yang Marina sampaikan ni. 



#2 Frozen Rush : Disney Princess Running Game

Suka main game Frozen ni sebab grafik dia cantik. Level 1 macam senang je gamenya. Korang hanya perlu kumpul kristal. Tapi korang kena elak beberapa halangan yang perlu ditempuhi demi mengumpul kristal. Dah berjaya menempuh halangan dan mengumpul kristal, korang akan ke next level. Nak tahu next level best ke tidak atau susah ke tidak, korang haruslah main game ni sendiri. 



#3 Sofia The First

Disebabkan kartun Sofia The First ni comel, Marina saja try main game ni. Rupanya seronok juga main game ni. Gamenya kena mencari barang tersembunyi untuk menyelesaikan misi. Adalah langkah-langkah dia untuk selesaikan misi. Agak tricky sikit game dia. Bukan sekadar mencari barang tersembunyi sahaja, korang perlu melakukan perkara seperti yang diarahkan untuk selesaikan misi. 


#4 Easter Tetris

Marina duk mencari Tetris yang lama tu. Tak jumpalah pulak sebab banyak jenis. Marina main Easter Tetris ni. Lebih kurang sama je gamenya. Cumanya lepas blocknya dah cecah lantai, akan keluar telur easter macam dalam gambar tu. Bila lantai tu dah penuh dengan telur easter, telur-telur tu akan dihapuskan dan susunan block tu makin menurun. Chances untuk menang tu lagi tinggilah. 



Plays.org Hilangkan Stress!

Korang dah pernah main game online di Plays.org? Rambang mata tak? Game mana pilihan korang? 

Main, main juga, rutin harian jangan lupa buat pulak. Apa-apa pun, boleh je nak hilangkan stress dengan bermain game online di Plays.org tapi jangan sampai stress main game online pulak.  



Post a Comment

7 Comments

  1. tidak semua permainan atas talian yidak bagus.. ada juga yg dapat memberi manfaat kepada kita

    ReplyDelete
  2. Ada game untuk kucing tak? Oyen tu pun nak main juga haha.

    ReplyDelete
  3. Bahaya nie. Rawlins pun terpengaruh layan games kat sini time stress kat pejabat. Memang best sebab takde iklan.

    ReplyDelete
  4. I pun setuju, sometimes i also play games to activate my creativity and think out of the box

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this site with so many games available, can't wait to enjoy each of it. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Kak Ruby pun main tau. Seronok. Pastu anak pun join. Time cuti sekolah elok manfaat kan dengan the permainan dalam talian percuma.

    ReplyDelete