Melawat ke Muzium Pahang dan Singgah Makan di Cafe Keretapi Belibis di Pekan Pahang | Baru Marina tahu banyak juga tempat menarik yang boleh dikunjungi di Pekan, Pahang ni. Rupanya Pekan, Pahang ni merupakan Bandar Diraja Pahang. Padanlah masa masuk kawasan Pekan ni ternampak istana. Tapi sedihnya Marina tak sempat nak jalan-jalan dan explore Pekan ni.
Melawat Muzium Pahang atau dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar bukanlah dalam perancangan Marina. Actually, Marina plan nak bawak anak-anak bercuti ke Legoland. Kebetulan semasa hendak menuju ke Johor dari Kuantan akan melalui Pekan, Pahang. On the way nak ke Johor, terserempak dengan Muzium Pahang ni. Tanpa berfikir panjang, terus stop untuk melawat muzium ni sebab selepas ni entah bila pulak nak menjejakkan kaki di sini.
Actually adanya trip ni sebab Marina ada meeting di Kuantan. Cerita pasal Kuantan Marina dah cerita sebelum ni tapi bukan trip yang sama. Pada waktu tu kiteorang tak dapat naik Menara Kuantan. Kiteorang ke tempat lain yang menarik di Kuantan. Trip kalini rezeki Marina sekeluarga naik ke Menara Kuantan.
Singgah Makan Di Lemang To'ki
Kalau ke sebelah pantai timur atau selatan, Marina suka gerak awal sebab takut sampai sana dah gelap. Ada certain tempat nak ke sebelah sana akan melalui felda atau hutan-hutan. So Marina agak takut sikit kalau sampai lewat dan terkandas waktu malam di tempat-tempat yang gelap lagi-lagi kalau kawasan tu takde phone coverage. Boleh mengundang drama kot kat situ.
Kalini Marina ke Kuantan ikut Highway Karak. Dalam perjalanan ke Kuantan, kiteorang singgah makan di Lemang To'ki yang selalu viral tu. Pada Marina biasa je rasa lemang dan rendangnya. Cuma kat sana banyak pilihan makananlah. Kat situ ada juga jual makanan tengahari.
Naik ke Menara Kuantan 188
Marina sampai di hotel Grand Darul Makmur dalam pukul 3 petang. Biliknya tersangatlah luas tapi suasananya kurang menariklah sebab hotel lama kan. Nantilah Marina review Hotel Grand Darul Makmur ni. Selepas dah loading barang dalam bilik, kiteorang keluar jalan-jalan area Kuantan.
Trip ke Kuantan sebelum ni tak berkesempatan naik ke Menara Kuantan 188 sebab tutup. Trip kalini menaranya dah dibuka kepada pelawat. Anak-anak Marina ni jenis suka bertanya. Dia tanya kenapa menara tu dipanggil Menara Kuantan 188? Kiteorang dimaklumkan 188 tu maksudnya menara tu terletak di tanah lot bernombor 188. Begitulah kisahnya.
Beli Kunafa Gerbang Malam di padang MPK
Pada petang tu kiteorang beli makan di kedai ikan bakar Mail. After dah makan, selepas Isyak, kiteorang ke gerbang malam di padang MPK. Gerbang malam ni terletak dekat sangat dengan Masjid Negeri Pahang. Setiap hari Gerbang malam ni beroperasi. Macam-macamlah yang dijual dari baju bundle, mainan sampailah ke makanan.
Tetiba anak mintak Dyno Nitrogen Snack. Ini semua pengaruh Tiktok. First time kot tengok snack gini. Dia bukan aiskrim. Dalam mangkuk tu dia letak keropok, wafer, topping coklat, cecair nitrogen dan adalah beberapa item yang lain. Cecair nitrogen tu yang membuatkan snack ni berasap.
Selain itu, di sini juga ada menjual makanan daripada Turki. Sempatlah Marina beli Kunafa dan beberapa jenis dessert dia buat merasa.
Melawat Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang
Keesokan harinya, Marina ada meeting. Habis pukul 12 tengahari. Biasanya kalau perjalanan dari ofis Marina ke tempat meeting dalam 5 jam ke atas, kiteorang entitled untuk bermalam lagi satu hari dan balik pada keesokan harinya. Tapi disebabkan dah tak tahu nak ke mana di Kuantan, selepas berbincang dengan anak-anak, kiteorang geraklah ke Johor.
Dalam perjalanan ke Johor, kiteorang lalu Pekan, Pahang dan ternampaklah beberapa tempat yang menarik di Pekan, Pahang ni. Marina suka bawak anak-anak tempat sejarah macam ni. Kiteorang sempatlah melawat Muzium Pahang. Harga tiket masuk ke Muzium Pahang untuk dewasa RM10. Budak-budak tak perlu bayar. Apa yang menarik di Muzium Pahang ni, dia banyak bangunan dan setiap bangunan ni ada pelbagai galeri. Korang masuk kena bukak kasut, letak dalam plastik yang disediakan sebab nanti korang keluar ikut pintu lain. First time okeh jumpa muzium macam ni.
Marina paling suka tengok keris. Banyak keris zaman Kesultanan dulu ada dipamerkan.
Makan di Cafe Keretapi Belibis
Di kawasan Muzium Pahang ini terdapat sebuah cafe di mana tempat makannya di dalam gerabak keretapi. Namanya Cafe Belibis. Menarik jugak tempatnya. Cafe ni terletak di sebelah sungai dan di Muzium Pahang ni. Makanan dia tak banyak pilihan. Tak tahulah masa Marina pergi tu dah nak habis. Ada makanan bergoreng tapi lewat petang baru beroperasi.
Sambung Perjalanan ke Johor
Berdekatan Muzium Pahang ini terdapat Muzium Masjid lama tapi kiteorang tak melawat sebab perjalanan masih jauh.
Semasa dalam perjalanan, kiteorang terjumpa ladang solar. Luas gila kawasan ladang solar ni. Teruja sekejap sebab first time tengok. Akhirnya tempat yang nak dituju dah sampai. Kiteorang sampai ke Hotel Seri Malaysia Larkin, Johor pukul 8.00 malam.
Keesokannya destinasi yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Percutian ke Legoland, Marina dah cerita di entri sebelum ni.
Cafe Belibis dan yang belakang tu Muzium Masjid |
0 Comments