Tak Perlu Beratur Sebelum Subuh untuk Buat Passport Walk In, Sejam Je Dah Siap

Tak Perlu Beratur Sebelum Subuh untuk Buat Passport Walk In, Sejam Je Dah Siap  | Maaf kalau entri ni buat korang jeles. Hahaha. Haritu Marina dan husband nak renew pasport. Anak-anak pula baru pertama kali nak buat pasport. Kiteorang buat pasport di Cameron Highlands. Duduk Ipoh tapi buat pasport kat Cameron. Gigihkan? Marina gagahkan diri jugak pergi Cameron Highlands sebab buat passport kat Cameron Highlands, cepat je siap. Lebih kurang sejam je dah siap. Tak perlu bersusah payah bangun sebelum Subuh, keluar awal pagi untuk beratur ambil nombor giliran. Tu baru nak ambil nombor giliran. Belum proses menunggu nak buat passport. Sampai ke petang gamaknya tunggu passport siap. Marina ada update di IG story berkenaan buat passport di Cameron Highlands. Ramai juga yang berminat nak tahu betul ke buat pasport di Cameron Highlands ni cepat. Jadinya Marina kongsikan di sini pengalaman Marina buat passport di Cameron Highlands.

Ada yang kata buat passport online je tak perlu walk in. Orang dewasa bolehlah buat secara online. Anak-anak bawah 12 tahun nak buat passport, perlu walk in ye. So, Marina no choice, tak perlu susahkan diri buat online, nak kena ambil gambar sendiri, nak kena upload gambar online dan tunggu untuk pick up. Nak taknak kena walk in jugak sebab nak buat passport untuk anak-anak. Dah alang-alang tu terus je renew passport Marina dan husband, tak payah buat passport secara online. 



Cara buat passport



Bermalam di Heritage Hotel

Asalnya nak buat di Meru, Ipoh sebab ada member kata kat situ tak ramai orang. Marina dah walk in ye di situ tetapi staff di situ bagitahu Jabatan Imigresen di Meru, Ipoh tak buat passport dah, kena pergi UTC Ipoh. Makanya kiteorang pergilah ke UTC Ipoh. Pukul 10 pagi sampai di situ, staff di UTC cakap nombor giliran dah habis ye pada hari itu. Habis tu setiap hari ke nak kena datang ke UTC nak ambil nombor giliran? Ke macam mana? Actually Marina tak suka ke UTC Ipoh ni sebab kawasan parking di bawahnya agak kotor. Tangga nak naik ke UTC dari parking bawah tu berbau busuk dengan bau hancing dan kotor. Tapi no choice terpaksa jugak pergi. 

Dengan perasaan kecewa, kiteorang balik dulu ke rumah, berbincang dan mencari solusi. Husband bercadang nak buat passport di Sungai Petani sebab tengok Google kawasannya senang parking dan bersih. Kiteorang mencari segala option yang ada. Ada yang kata buat passport di Kajang cepat je siap. Kemudian terlintas di fikiran Marina kalau Cameron Highlands rasanya macam cepat jugak sebab penduduknya tak ramai. Tup tup tengok ada member balas di IG Story Marina, katanya buat passport di Imigresen Cameron Highlands cepat siap. Tanpa berfikir panjang, Marina sekeluarga terus shoot ke Cameron Highlands. Mujur Cameron Highlands dekat je dengan Ipoh. Alang-alang tu bawak sekali anak-anak bercuti di Cameron Highlands ambil angin sejuk. Marina tidur semalam di Hotel Heritage, Cameron Highlands sebab dah lewat petang. Tak sempat nak ke imigresen pada haritu.     


Imigresen Cameron Highlands Memudahkan Urusan Buat Passport

Keesokannya, awal pagi Marina dah check out dan bergegas ke Imigresen Cameron Highlands. Nak dekat pukul 8.00 pagi, Marina dah sampai di imigresen. Kiteorang merupakan orang yang pertama sampai di situ. Tak perlu beratur untuk menunggu giliran. Sebelum pukul 8.00 pagi tu, staff di situ dah membantu kiteorang. Staff di situ meminta dokumen yang diperlukan dan tolong susunkan dokumen kiteorang. Memang sangat memudahkan urusan kiteorang nak buat passport. Apa yang bestnya buat passport kat sini, korang tak perlu ambil gambar di kedai gambar. Staff imigresen yang ambil gambar di sini macam kita buat IC tu kan. Tak perlu laburkan duit kat kedai gambar. Tak perlu bayar pun ambil gambar di sini. Yang pentingnya, dah tentu menepati syarat-syarat gambar yang diperlukan sebab imigresen sendiri yang ambilkan gambar. Haaa gitulah. Tapi pastikan pakai pakaian yang berwarna gelap. Nak selamat pakailah warna hitam.

Pada yang tak tahu, selain buat passport, kat sini pun boleh renew permit maid. Kotlah korang ada maid Filipina (philippines maid Malaysia), alang-alang nak buat passport, bolehlah renew permit maid sekali.


Cara buat passport walk in :

• Ambil nombor giliran dan kepilkan sekali dengan dokumen. Seorang ambil satu nombor.
• Nombor giliran dipanggil, ambil gambar di kaunter
• Staff memasukkan butir-butir di dalam borang, kita semak, jika tiada kesalahan, tandatangan dan cop jari kanan di borang tersebut.
• Kemudian scan jari kanan dan kiri di mesin cop jari
• Kemudian selepas semua settle lebih kurang pukul 8.45 pagi, staff inform datang collect passport pukul 9 pagi.
• Kemudian bahagian juruwang panggil nama untuk buat pembayaran. Pembayaran yang diterima hanyalah melalui debit/credit card sahaja. Korang akan terima resit pembayaran untuk setiap seorang. Kalau 5 orang, 5 resitlah. Masa nak collect sila tunjukkan resit ni.



Renew Passport Marina dan Husband

Sebelum ni Marina dan husband dah pernah ada pasport dan dah expired. Lama kot dah tak pergi merentas negara. Last travel ke Singapore tahun 2011. Harga untuk renew dan rasanya harga buat passport baru sama je. Untuk yang berumur 12 tahun ke atas, harga buat passport adalah MYR200 untuk 5 tahun tau. 


Dokumen yang diperlukan untuk renew pasport adalah :

• Kad pengenalan (IC) original
• Passport lama (kalau dah hilang tak salah Marina kena buat laporan polis dan perlu angkat sumpah di depan pesuruhjaya sumpah)


Pertama Kali Buat Passport Anak-Anak

Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak Marina buat passport. Diorang tak pernah lagi ke luar negara. Harga untuk buat passport untuk anak-anak di bawah 12 tahun adalah MYR100 untuk 5 tahun


Dokumen yang diperlukan untuk pertama kali buat pasport anak bawah 12 tahun adalah :

• MyKids original dan salinan
• Surat beranak original dan Salinan
• Kad pengenalan ibu/ayah original dan salinan
• Selain itu, ketinggian juga diperlukan, mujur dekat situ diorang ada tampal carta ukur ketinggian. Kiteorang ukur tinggi anak-anak kat situ je.




Lokasi Imigresen Cameron Highlands

Masa Google tu, dia tunjuk lokasi Imigresen Cameron Highlands di Teksi Station, Tanah Rata berhadapan lot-lot kedai. Landmark dia bangunan berhadapan Marrybrown Tanah Rata. Pada awalnya macam tak percaya, betul ke lokasinya di situ sebab Marina ingat di situ hanya tempat letak parking bertingkat. Rupanya memang betul Imigresen Cameron Highlands berada di bangunan Terminal Freesia tersebut. Kalau korang perhatikan betul-betul, tingkat paling atas tu ada signboard Imigresen Cameron Highlands. Nak parking di situ mudah je. Korang naik ke Terminal Freesia iaitu tempat parking bertingkat di atas. Tempat parking untuk orang awam disediakan satu tingkat je. Disebabkan tak ramai yang buat passport di sini, parking tu cukup je untuk orang awam. Tingkat yang lain adalah untuk parking kenderaan (fleet) Majlis Daerah Cameron Highlands. Parking dia kena bayar tau. Guna kupon. Pepandailah korang cari kupon parking kat area situ.




Orait. Itu sahajalah sedikit perkongsian pengalaman Marina buat passport di Imigresen Cameron Highlands. Maklumat lanjut mengenai nak buat passport di Cameron Highlands, korang boleh call pejabat diorang. 


Alamat : 12, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang (https://goo.gl/maps/okoBaynvtPTauwEC6)
Tel : 05-491 1305

Post a Comment

0 Comments