Kelainan Resepi Kuih Raya Homemade dari Honeyz Kukies : Kesedapannya Buat Aqil Zulkiflee Menangis!

Kelainan Resepi Kuih Raya Homemade dari Honeyz Kukies : Kesedapannya Buat Aqil Zulkiflee Menangis! | Korang dah buat kuih raya ke? Marina setiap tahun beli je. So kat sini, Marina nak kongsikan dengan korang kat mana korang boleh dapatkan biskut raya yang sedap. Honeyz Kukies yang dahulunya dikenali sebagai Honeyz Delight telah berpengalaman selama 14 tahun membuat kuih raya homemade premium dan semakin popular sehingga kini. Kuih raya dari Honeyz Kukies dikatakan premium kerana kelainan resepi kuih raya yang digunakan untuk membuat kuih raya. Ini menjadikan kuih raya dari Honeyz Kukies sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan tetapnya yang tersendiri dan dapat menarik minat dari pelanggan baharu. 

Gambar sekadar hiasan

Honeyz Kukies

Keistimewaan dan Kelebihan Kuih raya dari Honeyz Kukies

Kuih raya homemade premium dari Honeyz Kukies :

• Berpengalaman selama 14 tahun membuat kuih raya. Bukan setakat kuih raya sahaja, Honeyz Kukies juga turut menjual kek. 
• Kuih raya Honeyz Kukies dibuat menggunakan bahan-bahan premium dan yang terpilih sahaja. Kebanyakan bahan-bahannya tidak menggunakan bahan-bahan yang dijual meluas di pasaraya.
• Kuih raya dibuat segar dan tidak menyimpan stok kerana menjaga kesegaran kuih raya tersebut.
• Dibuat secara homemade untuk mengekalkan rasa eksklusifnya.
• Resepi dibeli daripada pakar buat kuih raya tetapi kuih raya Honeyz Kukies dijual dengan harga yang berpatutan. 

Tart Mawar

Almond Chocolate Chip


Resepi Istimewa Kuih Raya Tart Mawar dan Almond Chocolate Chip

Kelainan resepi kuih raya Tart Mawar dan Almond Chocolate Chip menjadikan kuih raya dari Honeyz Kukies lain daripada yang berada di pasaran. Resepi biskut raya ini menggunakan bahan-bahan premium dan yang terpilih sahaja. Biasa dengar peniaga cakap macam tu kan? (Kuih raya yang dijual adalah premium). Tapi itulah realitinya kuih raya dari Honeyz Kukies, rasa kuih rayanya premium, rasa mahal.


Tart Mawar

Bahan-bahan Kuih raya Tart Mawar yang gebu ini menggunakan bahan yang terpilih sahaja untuk mendapatkan rasa yang premium dan sedap. Biskut raya ini menggunakan  :
•  Pure butter (anchor).
• Tepung jagung khas untuk mendapatkan kelainan pada rasanya.
• Inti nenas daripada pembekal yang terpilih.


Almond Chocolate Chip

Almond Chocolate Chip merupakan signature biskut raya Honeyz Kukies. Resepi Almond Chocolate Chip yang menjadikan kuih raya ini premium :
• Tidak menggunakan chocolate chip biasa yang sedia ada di pasaran. 
• Menggunakan bittersweet chocolate membuatkan rasa kuih raya ini tak manis.
• Menggunakan coklat yang dipotong (chunck chocolate).
• Almond diletak penuh pada kuih raya.
• Tidak menggunakan baking soda, baking powder dan tepung jagung.

Kuih Raya Homemade


Review Marina Mengenai Tart Mawar dan Almond Chocolate Chip

Marina dah rasa kedua-dua jenis kuih raya homemade dari Honeyz Kukies ni. Rasa kuih raya Honeyz Kukies ni tak jumpa lagi rasa yang sama kat tempat lain (Pada Marinalah). Rasa cookies Honeyz Kukies ni membuatkan Marina sentiasa nak makan je. Kalau ikutkan nafsu makan, Marina boleh habiskan Tart Mawar dan Almond Chocolate Chip ni satu balang dalam seminggu tau. Tapi kena tahan nafsu sebab duk kena ingat jugak kat anak-anak dan husband, diorang pun nak makan jugak. 

Seriusly kuih raya tahun lepas Marina beli kat kedai, duk pakat simpan dalam kabinet sampai lagi berapa hari je nak Hari Raya ni pun tak habis-habis. Pakat buang je.

Sebelum ni Marina pernah beli biskut raya Rainbow dari Honeyz Kukies ni, habis ye anak-anak Marina makan. Mujur owner Honeyz Kukies ni ada lagi stok. Actually Marina nak beli Almond Chocolate Chip dari Honeyz Kukies tahun lepas tapi order pun last minit, memang diorang tak layanlah. Hahaha. Masa diorang COD kuih raya Rainbow pada Marina, pakat duk tengok jelah Almond Chocolate Chip dalam kereta diorang, nak pergi COD ke customer lain.  

Di sini Marina kongsikan review Marina tentang Tart Mawar dan Almond Chocolate Chip dari Honeyz Kukies. Mungkin pendapat Marina tak sama dengan korang, tekak lain-lain kan?


Tart Mawar

Actually Marina tak suka tart nenas tau sebab Marina pernah makan dekat rumah orang lain masa pergi beraya, biskut rayanya rasa tepung dan intinya terlalu manis. Tekak Marina tak boleh terima. Tapi, bila rasa Tart Mawar dari Honeyz Kukies ni, Marina boleh terima. Biskutnya rasa lemak butter dan intinya rasa masam-masam manis membuatkan Tart Mawarnya rasa seimbang.

Katanya Aqil Zulkiflee suka Tart Nenas. Mungkin kalau bila Aqil Zulkiflee rasa Tart Mawar dari Honeyz Kukies ni, menangis kot makan sebab sedap. Hehehe.

kuih raya

Almond Chocolate Chip

Tahun lepas Marina tak dapat order tau Almond Chocolate Chip Honeyz Kukies ni. Last minit baru nak order, kirim bau jelah. Rezeki tahun ni dapat merasa awal walaupun belum raya. Hahaha. Buat kudapan di waktu puasa. Almond Chocolate Chip dia rangup. Tak seperti biskut chocolate chip yang lain sebab yang lain tu lebih kepada rasa adunan tepung, tak rangup. Mungkin memang resepi dia begitukan, jenis tak rangup. Marina suka resepi biskut raya Almond Chocolate Chip yang digunakan oleh Honeyz Kukies ni. Rasa rangup dari almond dan adunan dia terasa syiok melayan. Chocolate chip dia sedap, cair di mulut.

kuih raya premium


Harga Kuih Raya Dari Honeyz Kukies, Tempah Sekarang! 

Disebabkan tahun lepas tak dapat order Almond Chocolate Chip, tahun ni, Marina dah siap order awal biskut raya berbalang-balang ye. Pada korang yang nak dapatkan kuih raya dari Honeyz Kukies cecepatlah contact diorang untuk order. 

Harga Tart Mawar = MYR28/balang/25pcs
Harga Almond Chocolate Chip = MYR28/balang/45-50pcs





Post a Comment

0 Comments