Guna Safa Face Deep Cleansing Soap Bar Dari Raudah Beauty untuk Kecutkan Jerawat Dan Kegatalan Di Muka

Guna Safa Face Deep Cleansing Soap Bar Dari Raudah Beauty untuk Kecutkan Jerawat Dan Kegatalan Di Muka | Seharian kita terdedah kepada radikal bebas seperti asap, habuk dan sinaran UV. Setiap hari kita perlu melakukan double cleansing pada muka untuk memastikan kulit muka kita bersih dari kotoran sehingga ke liang pori. Rutin skincare Marina, setiap hari Marina akan deep clean dulu muka Marina untuk menyingkirkan kotoran atau sisa makeup yang tersumbat dalam liang pori. Disebabkan kotoran inilah muka kita senang jerawat timbul. Kalini Marina cuba jenama Safa Face Deep Cleansing Soap Bar dari Raudah Beauty untuk membersihkan kotoran, habuk atau hama yang ada di muka. 

Muka Marina ni senang naik jerawat sebab muka jenis berminyak. Marina ni, setakat guna pencuci muka biasa je memang susah nak kurangkan jerawat, siap pakej parut jerawat sekali. 

Tambahan pula, Marina ada bela kucing di rumah. Marina suka gomol kucing kat muka Marina ni. Pecinta kucing je tahu macam mana perasaan kegeraman terhadap kucing. Hahahaha. Tapi, terpaksalah hadap kegatalan kat muka Marina ni sebab bulu kucing. 

Jadinya, Marina gunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar ni untuk membantu Marina kecutkan jerawat dan mengurangkan kegatalan pada muka Marina ni. Marina kongsikan feedback Marina mengenai Safa soap ni kat bawah.

Muka jerawat


Pentingnya Deep Cleansing Dalam Rutin Skincare

Marina percaya majoriti daripada kita menggunakan sunscreen setiap hari walaupun tak keluar rumahkan? Pada para wanita, kalau keluar rumah pun mesti mengenakan make up betul tak? Biasanya sebelum tidur, mesti korang mencuci make up dulu menggunakan micellar water kan?

Selepas menanggalkan make up dengan micellar water, seeloknya sebelum korang cuci muka menggunakan pencuci muka biasa, korang perlulah deep clean muka korang terlebih dahulu untuk mencuci kotoran atau sisa dari sunscreen, make up ataupun habuk. 

Deep cleansing ni dapat membersihkan kulit muka korang secara mendalam sehingga ke liang pori yang dapat menyingkirkan minyak dan kekotoran akibat dari sunscreen atau make up yang menyumbat liang pori-pori.

Sebaiknya deep cleansing ini dilakukan setiap hari sebelum korang tidur selepas seharian melakukan aktiviti yang menyebabkan kulit muka terdedah pada radikal bebas seperti habuk, toksin, asap dan sinaran uv pada siang hari.


Kandungan, Fungsi dan Kelebihan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar Dari Raudah Beauty

Kandungan seperti Acid Salicylic, Geranium Essential Oil, Niacinamide, Lauric Acid dan Lavender Essential Oil di dalam Safa Face Deep Cleansing Soap Bar dapat :
• Membantu mengurangkan kegatalan di muka akibat resdung, debu dan alahan bulu kucing.
• Membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat.
• Memudarkan parut hitam akibat jerawat.
• Mengecutkan jerawat.
• Tidak membuatkan kulit jadi tegang selepas mencuci muka.
• Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah.
• Membersihkan sehingga ke liang pori.
• Mengawal minyak di muka.


Siapa Patut Menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar?

Sabun Safa Face Deep Cleansing ni boleh digunakan oleh lelaki ataupun perempuan. Korang yang jenis kulit muka kering pun boleh gunakan sabun Safa ni, tetapi selepas rutin cuci muka dah selesai, korang perlu apply pelembap untuk melembapkan kembali kulit muka korang. Pada yang mengalami masalah kulit muka seperti di bawah ni patut cuba menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar untuk membantu mengurangkan masalah korang :
• jerawat
• parut hitam jerawat
• muka berminyak
• kegatalan kulit muka


Cara Betul Menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar

Cara guna Safa Face Deep Cleansing Soap Bar :
#1 Basahkan muka terlebih dahulu dengan air suam/air bersih.
#2 Basahkan sabun dengan air dan gosok perlahan-lahan sehingga mengeluarkan buih.
#3 Sapu lembut pada wajah dan urut 2-3 minit. Kemudian bilas seperti biasa.


Testimoni Pengguna Menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar 

Rata-rata yang menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar memberikan feedback yang positif. 

Aimi mengalami muka berjerawat. Selepas menggunakan yang menggunakan Safa Soap, jerawat Aimi dah kecut dan parut jerawat pun makin pudar.

Umairah mengalami gatal-gatal di muka. Selepas menggunakan Safa Soap, mukanya rasa bersih dan gatal-gatal makin berkurangan.


Testimoni Safa Soap


Pengalaman Marina Menggunakan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar

Lebih kurang seminggu Marina dah gunakan Safa soap ni. Bau dia wangi, bau seperti bau rose pun ada. Sabun berbuku Safa ni berwarna transparent. Ia tidak mengeringkan kulit Marina dan tidak menimbulkan rasa ketidakselesaan pada muka Marina. Pada penggunaan yang pertama pun, kulit muka Marina terasa tegang dan rasa lembut selepas menggunakan Safa soap. Marina perasan parut jerawat nampak pudar sedikit selepas menggunakan sabun muka Safa ni.  

Safa Face Deep Cleansing Soap Bar


Kulit Muka Bermasalah Kini Semakin Pulih Dengan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar!

Pada korang mempunyai kulit bermasalah seperti berjerawat, berminyak dan ingin pudarkan parut jerawat, boleh ke website atau sosial media Raudah Beauty untuk mendapatkan Safa Face Deep Cleansing Soap Bar. Semoga sabun Safa ni dapat membantu masalah kulit korang jugak!


Website :

Instagram : 

Tiktok: 

Facebook : 





Post a Comment

0 Comments