Menginap Di Homestay Menarik Di Shah Alam, Hani Homestay

Menginap Di Homestay Menarik Di Shah Alam, Hani Homestay | Sebelum berakhirnya cuti persekolahan sempena Hari Raya yang lepas, sempatlah Marina bawak anak-anak bercuti di Shah Alam. Kalini Marina memilih untuk menginap di Hani Homestay yang terletak di Shah Alam, yang merupakan antara senarai homestay yang menarik di Shah Alam. Apa yang menarik di Hani Homestay ni, Marina kongsikan pengalaman menginap di sini.

Percutian ni kiteorang rancang last minit. Kiteorang konvoi bersama adik-beradik sebelah husband. Disebabkan rancang last minit, kiteorang gerak lambat sikit sebab tunggu semua bersiap. Kiteorang bergerak pukul 4.00 petang. Rancangan nak bercuti tu hampir-hampir Marina nak cancel sebab highway menghala ke Shah Alam jammed. Tapi memikirkan dah janji dengan anak-anak nak bawak berjalan, kiteorang teruskan juga rancangan pergi bercuti. 

Lebih kurang jam 9.30 malam kiteorang sampai di Hani Homestay. Selepas dah check in, kiteorang bergegas bawa adik-beradik husband ke I-City untuk melihat keindahan lampu-lampu di situ sebab ini merupakan pertama kali adik-beradik husband ke I-City.



Homestay Shah Alam



Mengenai Hani Homestay 

Puan Fieda merupakan pemilik Hani Homestay. Nama homestay tersebut dinamakan sempena pangkal nama kedua-dua anak perempuan Puan Fieda iaitu Hani. Hani Homestay baru sahaja beroperasi dan Marina diberitahu, Marina merupakan penginap yang pertama di Hani Homestay

Sebelum ini Hani Homestay merupakan rumah kediaman keluarga Puan Fieda. Setelah berpindah, Puan Fieda menjadikan rumah lama mereka sebagai homestay. Hani Homestay ini merupakan rumah teres 2 tingkat yang menyediakan 4 bilik tidur untuk penginap homestaynya.


Lokasi Hani Homestay Shah Alam 

Lokasi Hani Homestay terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kawasan Hani Homestay ini terletak berhadapan UNISEL dan Stesen Minyak Shell. 

Boleh dikatakan Hani Homestay ni terletak di kawasan yang strategik :
• 2 minit drive ke UITM Shah Alam.
• 4 minit drive ke Masjid Kristal Seksyen 7, AEON Mall, JAKEL, Ariani, Hospital Shah Alam, Central i-City Mall dan JPJ Selangor.
• 5 minit drive ke Pusat Bandar Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Plaza Alam Sentral, SACC, Kompleks PKNS, Plaza Perangsang, MBSA, Aggerik Mall, Decathlon, Shah Alam Mall, AEON Mall Sek 13, Stadium Shah Alam dan IDCC.
• 7 minit drive ke Bandar Klang.
• 10 minit drive ke Aeon Mall Sek 13, Stadium Shah Alam dan pusat-pusat perniagaan Sek 13.
• 15 minit drive ke Subang Jaya dan Setia Alam
• 30 minit drive ke Kuala Lumpur.


Kemudahan yang Disediakan oleh Hani Homestay

Banyak kemudahan yang disediakan Hani Homestay ni. Kemudahan yang disediakan di Hani Homestay :

Bilik tidur 

• Terdapat 4 bilik tidur yang disediakan di Hani Homestay. 3 bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah. 
• Kesemua bilik dilengkapi dengan aircond, sejadah, almari dan katil Queen. 


Hall

• Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan set sofa 7 Seater, aircond, tv (njoi) dan free Wifi.
• Ruang untuk mesyuarat/komputer dilengkapi dengan set meja besar 8 kerusi,  aircond dan sinki.


Dapur  

Dapur dilengkapi dengan :
• Set meja makan 6 kerusi dan aircond
• Ruang santai
• Peralatan memasak seperti rice cooker, microwave, dapur gas, water filter (hot & cold), peti ais, pinggan, periuk, kuali, cawan dll
• Mesin basuh dan sabun


Tandas

Tandas dilengkapi dengan :
• Water heater
• Sabun mandi


Kemudahan lain

• Seterika dan ironboard
• Tuala mandi
• Intex Private Pool (Large Size) (450cmx 220cm x 84cm @ 14.7ft x 7.2ft x 2.75 ft) untuk dewasa dan kanak-kanak


Hani Homestay




Tempat Makan Menarik Berhampiran Hani Homestay

Terdapat banyak tempat makan yang menarik yang berdekatan Hani Homestay. Kalau tengah malam korang lapar pun tak perlu risau sebab banyak kedai makan yang buka walaupun dah pukul 12.00 tengah malam

Masa Marina bercuti di sana, Marina lunch di Makan Ngopi Coffee Shop. Semua makanan dia sedap-sedap. Menu yang ada di situ adalah Nasi Ayam Penyet, Mee Kari, Asam Pedas ikan pari, makanan bergoreng, western food dan macam-macam lagilah. 

Antara tempat makan lain yang berdekatan Hani Homestay adalah :
• KFC
• McDonald
• Ani Sup Utara 
• Restoran Lan Kedah
• Restoran Hakim
• Restoran Nasi Arab Ar- Rawsha
• Makan Ngopi Coffee Shop


Tempat Menarik Berdekatan Hani Homestay

Banyak tempat menarik yang boleh korang pergi sepanjang korang menginap di Hani Homestay. 
• 4 minit drive ke I-City Theme Park.
• 5 minit drive ke Muzium Sultan Alam Shah,  Kompleks Taman Seni Islam, Dataran Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam, Skytrex Shah Alam, Taman Botani Shah Alam, Laman Seni 7, Laman Budaya, Galeri Shah Alam, Uptown Shah Alam dan Taman Tema Air Wet World

I-City



Pengalaman Marina Menginap di Hani Homestay

Sesampai je di Hani Homestay, anak-anaklah paling excited sebab ada kolam renang. Tak menyabar diorang nak mandi kolam. Yang bestnya duduk homestay ni, pukul 2, 3 pagi pun kau boleh mandi lagi. Kalau duduk hotel kebanyakannya kolam renang tutup pukul 7.00 malam kecualilah korang duduk bilik with private pool. Harga sebilik tak payah cakaplah. Kalau homestay dapat satu rumah. Mujur jiran-jiran tak marah anak-anak bising duk mandi kolam.

Apabila dah menjejakkan kaki ke bahagian dalam rumah, Marina rasa seronok sangat tengok dekorasi rumahnya. Terpegun tengok kecantikan dekorasi di Hani Homestay. Tema dekorasi mewah diterapkan di dalam homestay ni. Bestnya kalau dapat buat deko rumah macam ni. Husband siap tengok keliling katanya nak ambil idea deko untuk rumah kiteorang.

Secara keseluruhannya keselesaan, kebersihan dan persekitaran Hani Homestay memuaskan hati Marina.

Adik-beradik yang lain pun puas hati duduk di Hani Homestay. Bilik tidur selesa dan bersih. Dapurnya bersih dan macam-macam peralatan dapur yang disediakan. Adik ipar kata, kalau menginap di situ lagi, dia boleh memasak. Siap ada beras tau. 

Ada yang bagi suggestion untuk menyediakan mesin pengering baju. Mesin basuh dah ada. Kalau ada mesin pengering baju ada lagi mudah. Lepas basuh baju terus keringkan je. Tak perlu dah pergi dobi.

Disebabkan kolam renang diletakkan di bahagian porch, kereta tak boleh masuk parking di dalam. Kiteorang parking di luar pagar. Tapi ok je. Muat je parking 2 kereta kat luar depan rumah tu.


Buat Tempahan Awal untuk Percutian Korang!

Kalau korang nak bercuti di Shah Alam atau ada konvokesyen ke, silalah booking awal sebab Hani Homestay ni memang dekat dengan tempat tumpuan. Pada yang nak buat tempahan atau ingin bertanya lebih lanjut mengenai Hani Homestay, korang boleh whatsapp Puan Fieda atau boleh ke sosial media diorang :

Whatsapp : 
wasap.my/60192162077 @ 01156998919

Telegram :

Facebook :




Post a Comment

3 Comments

  1. best homestay ni, kalau musim2 convo dekat uitm shah alam mesti sesuai utk stay ni

    ReplyDelete
  2. Besar betul homestay tu. Sesuai la duduk untuk family besar. Dahla cantik

    ReplyDelete