Idea DIY Hadiah Hari Guru Tampak Eklusif Tapi Rendah Bajet! | Guru Insani Pemangkin Generasi Insani merupakan tema Hari Guru pada tahun 2023 ni. Setiap 16 Mei Hari Guru disambut meriah di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia tidak terkecuali sekolah anak-anak Marina. Korang tahu tak dengan MYR5 je Marina DIY hadiah sempena sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah anak-anak semalam! Rasa satu kepuasan dapat buat sendiri hadiah untuk cikgu-cikgu. Makanya bermulalah sesi search idea-idea untuk buat sendiri hadiah hari guru ni.
Setiap kali ada apa-apa event yang dibuat di sekolah anak-anak seperti sambutan Hari Guru, sambut Birthday anak di sekolah atau konvokesyen anak-anak, Marina lebih prefer DIY goodies birthday atau goodies Hari Guru sendiri berbanding beli kat luar. Entahlah rasa lebih puas hati buat sendiri berbanding beli di luar walaupun hasil kerja tak berapa nak kemas. Hahaha. Lagi satu jimat sikit kos. Anak ada 3 orang uiii. Kalau sorang anak, 10 cikgu yang mengajar, tak ke kena sediakan 30 set? Bukan berkira tapi tulah. Kenalah ukur baju di badan sendiri, kan? Apa yang penting pemberian tu ikhlas dari hati.
Sejak dari zaman nak bertunang dulu, hantaran Marina, Marina sendiri yang duk deko-deko dulang hantaran. Sama juga semasa adik kawin, dulang hantaran tu Marina yang gubah. Terasa satu kepuasan bila gubah dan tengok hasil tangan sendiri walaupun tak kreatif dan tiru idea hasil dari searching kat internet.
Sambutan Hari Guru Di Sekolah
Berbalik pada cerita tentang sambutan Hari Guru, Marina rindu betul masa zaman sekolah dulu. Tanya anak-anak, macam mana sambutan di sekolah? Diorang kata ada persembahan dari pelajar sekolah. Paling Marina ingat waktu Hari Guru adalah semasa cikgu-cikgu menyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia', sehingga sekarang lagu itu masih dinyanyikan.
Actually Marina pun terlupa semalam sekolah anak-anak nak buat sambutan Hari Guru. Lepas baca group kelas anak, ada parents yang tanya masa sambutan Hari Guru nak pakai baju apa. Terus duk fikir nak bagi hadiah apa kat cikgu ni?
Last Minit Beli Barang untuk Hadiah Hari Guru, Tak Cukup Stok!
Besok dah nak sambut Hari Guru, harini baru kau nak prepare souvenir kan? Marina selalunya gitulah. Selalu buat last minit. Hehe. Last minit ni fokus dia lain macam. Betul tak? Hahaha.
Marina beli barang di Mr. DIY dan Lotus. Kedai mana yang murah dekat dengan rumah Marina, situlah Marina pergi. Lama jugak Marina duk pilih barang yang dikehendaki sebab barang yang Marina nak tu tak banyak stok. Sampai anak pun suruh Marina cepat pilih barang sebab dah tak larat nak berdiri.
Marina duk lama kat kedai tu bukannya sebab apa pun, kita dah plan tapi barangnya takde stok pulak. Kita mulalah mencari idea dan barang yang banyak stok. Nak beli pen, marker dan lain-lain dalam jumlah yang banyak pun susah nak dapat eh. Nak beli botol lutsinar yang sama bentuk pun tak cukup stok. Makanya beli je lah yang mana ada.
Masa ke DIY, Marina nampak bekas plastik untuk letak bunga tu. Ingat nak bagi cikgu alat tulis dan letak dalam bekas tu. Tapi idea hasil search kat internet letak alat tulis dalam botol lutsinar macam lagi aesthethic gitu.
Barang-barang yang dibeli untuk buat hadiah Hari Guru
• Botol lutsinar
• Sticker Thank You
• Pen
• Shredded paper
• DIY rope
DIY Hadiah Hari Guru untuk Cikgu Sekolah Anak-Anak
Bukan tahun ni je Marina buat sendiri hadiah Hari Guru. Tahun 2019, anak pertama masuk darjah satu dah DIY hadiah untuk cikgu sehinggalah ke tahun ni. Cumanya waktu PKP haritu tak sambut Hari Guru kan.
Tahun 2019 |
Tahun 2022 |
Harga DIY Souvenir Hari Guru
Nak kata Marina kreatif ni idoklah jugak. Semua duk meniru idea hasil daripada search di internet. Dah jumpa idea yang berkenan, Marina tiruvarsi balik dan DIY sendiri souvenir.
Makanya, hadiah untuk Hari Guru ni untuk tahun ni adalah pen yang diletakkan dalam botol lutsinar.
Simple je nak buat souvenir ni. Tak perlu guna gam, stapler atau yang seangkatan dengannya. Apa yang Marina beli tu, cuma tampal, masukkan dalam botol, ikat, dah siap.
Total semua barang yang Marina beli untuk buat souvenir ni tak sampai MYR150 pun. Bahagi dengan 30 set, satu botol ni harga tak sampai MYR5.
Semoga cikgu-cikgu kat sekolah anak-anak gembira dengan pemberian dari anak-anak Marina. Terima kasih cikgu sebab sabar dan tahan kerenah anak-anak Marina sepanjang pembelajaran di sekolah. Marina tahu bukan senang nak jadi seorang pendidik untuk mendidik anak-anak supaya dapat berbakti pada masa hadapan. Semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Aamiin.
1 Comments
Murah dan berbaloi-baloi! Rajin jugak akak ea....Haha..Last minut pun boleh kak.. Lebih fokus gituh! Haha..
ReplyDelete