Melawat Ladang Farm Fresh UPM Serdang, Buat Aktiviti Menarik Sambil Belajar

Melawat Ladang Farm Fresh UPM Serdang, Buat Aktiviti Menarik Sambil Belajar! | Marina melawat ladang Farm Fresh di UPM Serdang, Selangor ni pada bulan Oktober 2022 yang lepas. Disebabkan tengok dalam sosial media Farm Fresh at UPM ni macam-macam aktiviti menarik yang boleh dibuat di situ dan tempatnya pun cantik sangat, Marina teringin nak bawa anak-anak ke sana. 

Marina merupakan bekas pelajar UPM. Masa orientasi, di kawasan ladang Farm Fresh ni lah kiteorang dibawa berjalan. Marina pun tak ingat dah buat apa kat sana. Tapi masa tu belum ada ladang Farm Fresh secantik ini lagi. Rupa-rupanya dekat sini bukan hanya ada kandang lembu sahaja tau. Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat kat sini. 

Sebelum Marina cerita mengenai Ladang Farm Fresh, jom baca sedikit sejarah penubuhan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. 




Sejarah Penubuhan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd.

Menyedari bahawa banyak jenama Malaysia menjual produk yang diperbuat daripada susu cair atau tepung, Loi Tuan Ee memutuskan untuk membeli sebidang tanah kecil di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia untuk mengusahakan produk tenusu. Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. yang dahulu dikenali sebagai The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2010.

Loi tidak menyangka Farm Fresh berkembang lebih cepat daripada yang pernah dibayangkan. Beliau meminta bantuan rakan lamanya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi untuk membantu membaiki struktur perniagaan. 

Farm Fresh mempunyai dua kilang yang beroperasi untuk memproses produk tenusu iaitu di Bandar Muadzam, Pahang dan Larkin, Johor. Antara produk yang dihasilkan oleh Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. adalah susu segar, susu berperisa, yogurt, minuman yogurt, ibu santan, susu kambing dan bermacam-macam lagi.

Baca juga : Cafe Markisa

Ladang Farm Fresh UPM

Ladang Farm Fresh UPM

Farm Fresh at UPM

Ladang Farm Fresh ini terletak di UPM Serdang, Selangor. Ladang ini dibangunkan oleh Farm Fresh Berhad menjadi Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh korang buat di Ladang Farm Fresh di Serdang, Selangor ni seperti melawat keseluruhan ladang dengan menaiki trem.

Ladang Farm Fresh at UPM ini dibuka kepada orang awam setiap hari kecuali hari Isnin jam 10.00 pagi sehingga 7.00 petang.


Harga tiket masuk ke Ladang Farm Fresh UPM 

Pada Marina, harga tiket masuk ke ladang Farm Fresh ni adalah berpatutan sebab macam-macam aktiviti yang boleh korang buat di sini. Korang perlu tunjukkan kad pengenalan dan MYKids (untuk kanak-kanak) semasa membeli tiket masuk. Segala transaksi di Farm Fresh at UPM ni adalah secara cashless. So kalau korang nak bayar tiket, nak makan atau membeli produk di sini korang perlu bayar samada menggunakan debit/credit card atau scan QR code. Harga tiket masuk Farm Fresh at UPM : 

• Warganegara Malaysia 

Dewasa (13 tahun ke atas) : RM15
Kanak-kanak 4-12 tahun (4 tahun ke bawah free) : RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM10


Bukan Warganegara Malaysia

Dewasa (13 tahun ke atas) : RM35
Kanak-kanak 4-12 tahun (4 tahun ke bawah free) : RM25
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM25

Harga tiket masuk Ladang Farm Fresh UPM

Aktiviti Menarik di Ladang Farm Fresh

Anak-anak Marina sangat enjoy buat macam-macam aktiviti yang menarik di ladang Farm Fresh. Di ladang ni, pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat.

#1 Menaiki Trem

Nak menaiki trem ini korang tak perlu bayar dah. Harga tiket masuk dah merangkumi sekali untuk menaiki trem ini. Lebih kurang 30 minit trem ini akan membawa korang mengelilingi kawasan ladang Farm Fresh ni. Pelbagai tanaman yang ditanam di kawasan ladang ini seperti pisang, kacang panjang, jagung, serai dan macam-macam lagi. Diorang bawak sampai ke puncak dan korang boleh bergambar di atas bukit.


#2 Galeri Ikan Laga

Pada peminat ikan laga, korang boleh tengok pelbagai jenis yang diletakkan di sini. Memang cantik-cantik ikan laga dia. Tapi Marina tak pasti boleh beli ke tidak.


#3 Sangkar Ayam dan Burung

Terdapat pelbagai ayam dan burung yang diletakkan di sini. Ada yang Marina tak pernah tengok pun ada.


#4 Petting Zoo

Marina tak ke Petting Zoo sebab tak larat nak jalan ke sana. Anak-anak Marina dapatlah tengok sebab diorang naik Kids Barrel. Diorang dibawa jalan-jalan ke kawasan petting zoo. Melalui video yang anak Marina rakam, ada rusa, ayam, arnab dan beberapa haiwan yang lain di situ.


#5 Kandang Lembu

Di sini korang boleh tengok pelbagai jenis lembu dari pelbagai jenis negara. Gemuk-gemuk lembu dekat sini. 


#6 Fresh Picks

Di sini, Marina berkesempatan membeli susu farm fresh. Anak-anak request nak susu coklat farm fresh. Banyak juga jenis-jenis susu dan yogurt Farm Fresh yang dijual di sini. Susu untuk kanak-kanak yang mengandungi probiotik untuk kesihatan usus pun ada dijual. Selain menjual produk susu, Fresh Picks juga ada menjual santan kotak, sayur-sayuran yang ditanam dan dipetik sendiri di ladang dan macam-macam lagi. 

Farm Fresh @ UPM

#6 Sustainability Education Centre

Pusat ini menceritakan mengenai bahan buangan seperti kotak yang dikitar semula menjadi satu produk baharu yang lain. Bila Marina tengok produk yang dihasilkan macam tak percaya produk tu diperbuat daripada bahan kitar semula. Satu pendedahan yang menarik untuk anak-anak. 


#7 Replika Lembu

Di kawasan ini, banyak replika-replika lembu yang ada di kawasan ini. Cantik-cantik warna lembu di sini. Ceria. Marina ada terbaca kat satu website ni, lembu main saksafon tu adalah sebagai satu simbolik. Katanya apabila lembu dengar muzik dari saksafon, lembu-lembu ini dapat menghasilkan susu yang baik.



#8 Kids Barrel Ride

Anak-anak berpeluang menaiki Kids Barrel Ride di ladang Farm Fresh. Tak perlu bayar pun. Kids Barrel ni diperbuat daripada tong yang dikitar semula dan dijadikan seperti keretapi. Anak-anak dibawa mengelilingi di kawasan nursery, Green House dan Petting Zoo.


#9 Nursery

Marina tak pergi kawasan nursery ni sebab tak larat nak jalan dan cuaca agak panas. Anak-anak Marina je yang dapat tengok kawasan nursery ni sebab naik Kids Barrel Ride. Kids Barrel Ride ini bawak anak-anak pusing-pusing kawasan yang berdekatan nursery, green house dan petting zoo. Ruginya tak berjalan ke sana sebab tengok video yang anak rakam, terdapat pelbagai jenis bunga di situ.


#10 Green House

Sama juga seperti nursery, Marina tak ke Green house ni. Di sini terdapat pelbagai sayur yang ditanam di sini. Segar bugar tanaman sayuran di sini.


#11 Cafe The Acre

Marina tak makan pun kat cafe ni. Cafe ni berkonsepkan Italian Malaysian Cuisine. Menu seperti pizza, spagetti dan macam-macam lagi nampak sedap.


#12 Kedai Aiskrim & Yogurt

Masa Marina ke ladang Farm Fresh ni, kedai aiskrim ni tutup. Kalau korang nampak rumah kaca di ladang ni, itulah dia kedai aiskrim dan yogurt. Cantik kedainya. 


Anak-anak Marina sangat enjoy di Ladang Farm Fresh UPM ni. Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang diorang dapat di sini. Cuti sekolah nanti bolehlah korang bawak anak-anak bercuti di salah satu tempat yang menarik di Selangor ni.  






Post a Comment

1 Comments