Melawat ke Zoo Negara Malaysia Tengok Panda Main Gelongsor

Melawat ke Zoo Negara Malaysia Tengok Panda Main Gelongsor | Dah lama bercita-cita nak melawat ke Zoo Negara ni. Tapi dah lama tertangguh sebab dengar-dengar cerita harga tiket Zoo Negara Malaysia pada waktu tu mahal sangat. So, bila tengok balik harganya, berbaloi la jugak sebab ada Panda dan beberapa haiwan lain yang takde di zoo lain seperti penguin dan shark. Korang nak beli tiket Zoo Negara secara online pon boleh.

Actually masa Marina ke Zoo Negara, sehari sebelum tu merupakan anniversary perkahwinan Marina. Sempena nak menyambut anniversary, Marina battle untuk beli Pizza by Jofliam. Anniversary pada hari Sabtu tetapi tak berjaya dapatkan slot pada hari Sabtu, Marina dapat slot hari Ahad. Alhamdulillah dapat merasa Pizza Jofliam. Ada yang nak tahu ke sedap ke tak Pizza Jofliam? Kalau nak tahu next entri lah Marina cerita, kalau rajin.



Harga tiket zoo negara


Tetiba Tak Jadi Pergi Zoo Negara!

Actually rumah Cik Epal dan Jofliam tu dekat sangat dengan Zoo Negara. Apabila lalu di hadapan Zoo Negara, nampak orang sangat ramai nak masuk ke zoo. Di sini terdapat dua zon parking iaitu Zon A dan Zon B. Tempat parking di bahagian pintu masuk utama Zoo Negara, Zon A dah penuh. Dah 50-50 pulak nak pergi zoo sebab ramai sangat orang dan cuaca pun macam tak berapa nak mengizinkan. Disebabkan keinginan nak masuk zoo tu kuat, kesian pulak kat anak-anak kalau tak pergi, makanya kiteorang teruskan juga perancangan melawat ke zoo. Kiteorang masuk parking di zon B. Alhamdulillah dapat juga parking yang berhampiran pintu masuk zon B. Di situ pun parkingnya hampir penuh ye. Tetapi parking zon B ni tak masuk ikut pintu utama Zoo Negara. Makanya takdelah bergambar kat pintu masuk utama dia. Harga parking dikenakan RM10.

Masa nak beli tiket masuk ke Zoo Negara, banyak kali duk berkira-kira nak beli atau tak sebab waktu tu dah start nak hujan. Tak pepasal karang berjalan dalam hujan lebat. Harga tiket pun Marina dah tak ingat berapa ringgit Marina beli haritu, yang pastinya berbaloi. Pastikan korang bawa kad pengenalan dan MyKid ye masa nak beli tiket sebab kaunter tiket nak tengok masa buat pembelian tiket.

Lepas tu tetiba cuaca jadi panas terik, apalagi, kiteorang terus beli tiket tanpa fikir panjang memandangkan zoo akan tutup pada pukul 5.00 petang. Dahlah masa sampai kat zoo tu dah pukul 2.00 petang. Akhirnya, jadi juga beli tiket zoo. 


Harga Tiket Zoo Negara 

• Warganegara Malaysia 
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM45
Kanak-kanak 3-12 tahun (2 tahun ke bawah free) : RM18
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM23

• Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM88
Kanak-kanak 3-12 tahun (2 tahun ke bawah free) : RM43
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM88




Bahagian Di Dalam Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia. Zoo Negara dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 dan telah berkembang menjadi zoo yang terkenal di seluruh dunia. Di zoo ni mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Zoo Negara meliputi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. 

Terdapat beberapa seksyen di dalam Zoo Negara iaitu :
• Akuarium - Pelbagai jenis ikan seperti shark, di luar akuarium ada seksyen penguin dan pameran haiwan
• Muzium lebah - Masa Marina pergi kawasan ni sedang dibaikpulih
• Kompleks Beruang
• Rimba Reptilia - Kura-kura gergasi, pelbagai jenis ular, buaya
• Savannah Walk - Zirafah, Kuda belang, Burung unta
• Dunia Mamalia - Gajah, Rusa, Kanggaru, Tapir, Badak, Capybara, Lembu
• Singa & Harimau
• Orang Utan
• Pusat Konservasi Giant Panda
• Sangkar burung - burung helang
• Taman Rama-rama

Jejak je Zoo Negara ikut pintu zon B, kita akan jumpa bahagian ikan dulu. 30 tahun dulu rasanya macam takde section ikan ni. Lama dah weii, tak pergi zoo. Husband pun tak pernah ke Zoo Negara. Banyak jenis ikan yang ada kat sini, besar-besar macam korang pergi ke underwater world tu kan. Keluar je dari section ikan ni, hujan turun selebat-lebatnya. Aduhai. Kiteorang berjalan laju ke bahagian penguin. Haaaa, kat Zoo Negara pun ada penguin juga tau.


Pertunjukan Haiwan di Zoo Negara

Disebabkan nak kejar masa, kiteorang tak sempat pun nak tengok pertunjukan haiwan yang terletak berhadapan penguin. Pertunjukan haiwan diadakan setiap hari Sabtu sehingga Khamis jam 11.00 pagi dan 3.00 petang.


Harga Menaiki Tram 

Kalau tak larat nak jalan, korang boleh menaiki tram di zoo ni. 

• Warganegara Malaysia 
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM8.90
Kanak-kanak 3-12 tahun (2 tahun ke bawah free) : RM5.90
OKU : Diskaun 10%

• Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM11.90
Kanak-kanak 3-12 tahun (2 tahun ke bawah free) : RM9.90
OKU : Diskaun 10%

Zoo Negara



Plan Asal Nak Tengok Panda, Tapi...

Matlamat utama kiteorang nak ke Zoo Negara adalah sebab nak tengok Panda. Kalau ikutkan rasanya kat zoo lain pun ada haiwan-haiwan yang sama seperti di Zoo Negara, rupa-rupanya tidak ye.

Ingatkan nak terus menuju ke Pusat Konservasi Giant Panda, tetapi sementara nak ke tempat panda tu, banyak haiwan yang tak ada di zoo lain ye. Makanya kiteorang berkeputusan untuk singgah juga ke setiap seksyen sementara nak sampai ke tempat panda.


Panda Main Gelongsor!

Pusat Konservasi Giant Panda ni tempat dia berhawa dingin tau. Di pusat ni bukan hanya diletakkan panda sahaja tau. Melangkah je masuk ke pusat konservasi ni dipamerkan haiwan-haiwan yang ada di Zoo Negara seperti sebuah muzium. Nak tengok panda secara dekat, korang kena turun ke bawah melalui tangga yang disediakan di dalam pusat konservasi tu. Pada awalnya, Marina ingatkan ada tempoh had limit dan menunggu giliran untuk tengok panda. Tapi tak ye, korang boleh je masuk terus dalam pusat konservasi tersebut.

Masa kiteorang sampai, panda-panda ni tengah makan. Menunggulah jugak bilalah si panda ni nak main gelongsor. Hampa betul, tak turun-turun sampai ke sudah. 

Selain itu, di dalam pusat konservasi ni, dipamerkan jugak bilik di mana panda ini melahirkan baby panda. Siap ada inkubator tau dalam pusat konservasi ni. Adalah dipamerkan juga makanan yang diberikan kepada panda-panda di situ.

Panda Zoo Negara

Satu pengalaman yang menarik buat Marina dan family melawat Zoo Negara ni. Rasa macam nak repeat je sebab haritu tak berkesempatan tengok pertunjukan haiwan.



Post a Comment

1 Comments

  1. cuti sekolah nanti nak bawak la budak2 ke sini.. tak pernah lagi bawak ke Zoo Negara.

    ReplyDelete