Senarai Kedai Nasi Ayam Penyet Di Ipoh

Senarai Kedai Nasi Ayam Penyet Di Ipoh | Salah satu makanan paling Marina suka adalah Nasi Ayam Penyet. Start bila tah Marina suka sangat dengan Nasi Ayam Penyet ni. Kalau Marina tahu kedai yang berdekatan dengan lokasi Marina dan menarik, Marina akan pergi hunting untuk merasa kesedapan Nasi Ayam Penyet diorang. Pernah Marina cuba untuk masak mengikut resepi ayam penyet yang dikongsikan di blog-blog terkenal tetapi tak berapa nak menjadi sangatlah. Disebabkan agak leceh nak masak, jadi Marina share jelah lokasi Nasi Ayam Penyet di Ipoh yang Marina pernah try.

Nifayyi Cafe
Nifayyi Cafe


Salasilah Nasi Ayam Penyet

Sebelum Marina share kedai Nasi Ayam Penyet di Ipoh, Marina cerita sedikit asal usul Nasi Ayam Penyet ni. Nasi Ayam Penyet ini merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Nasi Ayam penyet ni simple je masakannya. Nasi putih dihidangkan bersama ayam yang diketuk, sambal, sayur dan tempe. Speciality Nasi Ayam Penyet adalah pada ayam dan sambalnya.




Resepi Nasi Ayam Penyet

Agak renyah jugak nak buat Nasi Ayam Penyet ni. Marina kongsikan resepi ayam penyet. Cara-cara boleh klik pada tajuk di atas untuk dicuba.

Tempe dan Tauhu Goreng

Bahan-bahan :
Tempe potong ikut suka
Tauhu potong ikut suka
Tepung Bistari spicy
secubit serbuk kunyit
secubit garam
air

Ayam Penyet

Bahan-Bahan :
Ayam
Rebus dengan
Halia ketuk
Kunyit hidup ketuk
Daun bay /pandan
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sup Bunjut
Air

(tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk) 
Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup.

Bahan perap :
Sangai (goreng tanpa minyak)
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
Blend kering bahan sangai

Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet.


Sambal Penyet

Bahan-bahan :
8 biji Cili api
3 Cili besar merah atau hijau
4 Bawang merah
2 Bawang putih 
1/2 sudu belacan
2 biji tomato
garam dan gula


Kedai Nasi Ayam Penyet Di Ipoh

Kalau tak rajin nak masak resepi Nasi Ayam Penyet kat atas tu, bolehlah korang cari kedai yang jual Nasi Ayam Penyet yang berdekatan dengan korang. Di sini Marina kongsikan kedai-kedai Nasi Ayam Penyet yang Marina pernah cuba. Gambar-gambar ni ada yang Marina pinjam hasil dari pencarian di internet, ada yang Marina ambil sendiri semasa pergi hunting. Lama dah nak share pasal kedai-kedai Nasi Ayam Penyet kat Ipoh ni. Tu pasei ade je gambar dalam fon ni. Cuma sekarang baru berkesempatan nak share. Jom tengok senarai kedai Nasi Ayam Penyet yang Marina pernah cuba di Ipoh.


#1 Nasi Ayam Penyet Cafe Bonda

Nasi Ayam Penyet yang paling Marina suka adalah di Kafe Bonda yang terletak di Rapat Setia. Itu sebab dia di nombor satu dalam senarai. Haha. Owner kedai ni berasal dari Indonesia tau. Marina suka ayam dan sambal dia. Ayamnya digoreng seperti goreng rempah. Ayam dia sangat besar ye. Puas hati makan. Sambalnya pedas manis. Sup dia pun sedaplah jugak. Dihidangkan sekali dengan sup, timun, ulam, tempe dan terung. Tapi kalau korang nak makan atau bungkus di sini, korang kena bersabariah tahap maksimumlah ye. Memang agak lama menunggu. Biasanya Marina telefon dan order terlebih dahulu sebelum pergi ambil. Harga Nasi Ayam penyet di sini berharga RM10.50.

Buka : Isnin - Sabtu
Waktu operasi : 11.15 pagi - 8.15 malam




#2 Nifayyi Warung & Cafe

Di Nifayyi, ayamnya seperti ayam goreng tepung tapi bukan macam KFC punya. Macam mana nak cakap eh, tak reti nak explain. Marina suka ayam goreng yang digoreng macam ni. Kuahnya ada 2 jenis. Iaitu kuah macam ayam madu dan sambal penyet. Memang dia bagi kuah 2 jenis. Portion dia banyak. Ayamnya besar. Sambal ayam penyet di sini paling sedap yang pernah Marina cuba. Dihidangkan sekali dengan sup, timun, kangkung, ulam dan tauhu. Harga Nasi Ayam penyet di sini berharga RM22.90.

Buka : Isnin - Ahad
Waktu operasi : 12.00 tengahari - 11.30 malam

Nasi Ayam Penyet

#3 Dapur Bakso

Wife kepada pemilik kedai ni berasal dari Indonesia ye. Ayam penyetnya oklah. Ayam gorengnya digoreng seperti biasa tapi tah tekstur dia tak macam ayam goreng kunyit yang biasa Marina goreng kat rumah. Suka sambal dia, tapi kadang-kadang kesedapan dia tak konsisten. Sup dia biasa je. Harga Nasi Ayam penyet di sini berharga RM9.00.

Buka : Isnin - Ahad
Waktu operasi : 4.00 petang - 10.00 malam

Nasi Ayam Penyet


#4 Food Court Lotus ST18

Famous di kalangan warga Facebook. Pada Marina biasa je. Portion ayam kecik. Ayam yang digoreng kunyit dan dipenyekkanlah. Sambal dia, oklah sedap jugak. Dihidangkan sekali dengan salad, timun dan tauhu. Harga Nasi Ayam penyet di sini berharga RM9.80.

Buka : Isnin - Ahad
Waktu operasi : 8.00 pagi - 8.00 malam


#5 Aji Dataran

Nasi Ayam Penyet di Aji Dataran pada Marina biasa je. Ayam yang digoreng kunyit. Sambalnya dia pun pada Marina biasa je. Dihidangkan sekali dengan sup, timun, salad dan terung. Harga Nasi Ayam penyet di sini berharga RM18.90.

Buka : Isnin - Ahad
Waktu operasi :-
• Isnin - Sabtu : 
> 11.00 pagi - 3.30 petang
> 5.00 petang - 10.30 malam
• Ahad :
> 11.00 pagi - 10.30 malam

Nasi Ayam Penyet

#6 Nasi Ayam Penyet Indra Tambun Cawangan Greentown

Kedai Nasi Ayam Penyet Indra Tambun di Greentown ni merupakan cawangan yang ketiga. Padanlah banyak cawangan, sambal penyet dia sedap ok. Cumanya harga dia agak mahal jugaklah. Ayam dia tak banyak isi. Harga Nasi Ayam Penyet di sini ada 2 jenis harga :
• Nasi Ayam Penyet Rahmah : RM8.00
• Nasi Ayam Penyet 1/4 Ayam : RM13.00

Buka : Isnin - Jumaat



Korang pernah cuba mana-mana kedai Nasi Ayam Penyet yang Marina senaraikan ni? Korang suka yang mana? Ada yang pernah korang try Nasi Ayam Penyet di Ipoh yang sedap tapi takde dalam senarai ni? Jom share dengan Marina di komen. Boleh Marina pergi cuba.


Post a Comment

0 Comments