Lyndung Akses Fasiliti Perubatan seperti Medical Card Serendah RM10 | Lyndung merupakan program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang mampu milik dan telus untuk rakyat Malaysia. Program ini telah terlahir dengan harapan untuk membantu warga Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk memiliki medical card terbaik bagi mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan. Program ini dilaksanakan melalui kaedah perkongsian komuniti. Macam mana tu? Korang kena baca sampai habis!
Apa itu Lyndung?
Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan solusi digital sepenuhnya. Dilengkapi dengan eKYC, semakan perkongsian dan pemantauan dashboard yang boleh dilakukan secara atas talian dan aplikasi berasaskan web menjadikan Lyndung mudah dicapai oleh semua tanpa mengira lokasi.
Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022.
Lyndung Bukan Medical Card, Insurans atau Takaful
Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2021. Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), peneraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.
Sebagai sebuah platform perkongsian komuniti yang menerapkan nilai kebaikan dan integriti sebagai salah satu nilai teras, kesemua ahli akan berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan yang ditimpa musibah kesihatan. Lyndung juga menggalakkan semua ahli untuk bertanggungjawab dan tidak menggunakan kelebihan program untuk menindas ahli komuniti lain.
Lyndung untuk Individu dan Korporat
Program Lyndung ini disediakan untuk individu dan juga korporat. Program Lyndung dilaksanakan melalui perkongsian bil perubatan secara sama rata bersama Ahli Komuniti Lyndung yang lain.
Syarat-syarat untuk Menyertai program Lyndung untuk Individu
Rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 - 40 tahun tanpa sebarang penyakit sedia ada.
Syarat-syarat untuk Menyertai Program Lyndung untuk Korporat
Pekerja boleh memilih untuk menukar keahlian mereka kepada pelan program individu setelah tidak lagi bekerja di syarikat mereka. Syarat-syarat untuk menyertai program Lyndung Korporat :
• Rakyat Malaysia
• Berumur 18 - 40 tahun semasa mendaftar
sihat dan mendedahkan sebarang penyakit sedia ada.
Fi Pendaftaran Program Lyndung
Di sini Marina kongsikan Fi untuk program Lyndung Individu dan Korporat.
Fi Keahlian program Lyndung untuk Individu
#1 Sumbangan Perkongsian Awal
Sumbangan awal yang perlu disumbangkan adalah sebanyak RM100 untuk tujuan perkongsian perubatan sahaja. Sumbangan Perkongsian Awal adalah berbentuk kredit/prabayar. MYR 0 – MYR 50 akan ditolak secara automatik daripada Sumbangan Perkongsian ini setiap 25 haribulan.
#2 Fi Keahlian Individu
• Fi Keahlian Bulanan
Fi keahlian untuk tahunan adalah sebanyak RM10. Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program.
• Fi Keahlian Tahunan
Fi keahlian untuk tahunan adalah sebanyak RM120. Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program.
Fi Keahlian program Lyndung untuk Korporat
Fi keahlian tahunan yang rendah, hanya RM120 untuk seorang pekerja.
Manfaat Program
Bil Perubatan Kemalangan
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.
RM1 Juta Bil Perubatan
RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.
200 hospital panel
Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.
Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.
Pemindahan Organ
RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai Penerima, sekali seumur hidup.
Khairat Kematian
RM5,000 Khairat Kematian untuk Waris.
Servis Ambulans
Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.
Bilik dan Makanan Hospital
Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.
Pendapat Kedua untuk Pembedahan
Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Bagaimana Lyndung Dapat Membantu Mereka yang Kurang Mampu Melanggan Medical Card?
Korang akan dapat menikmati manfaat Program Lyndung ini dengan cara perkongsian sesama komuniti. Perkongsian berlaku apabila ada diantara ahli komuniti memerlukan rawatan perubatan. Cara proses perkongsian dilaksanakan di bawah program Lyndung :
#1 Andaikan jumlah bil hospital untuk bulan tersebut adalah RM20,000 dan jumlah ahli komuniti adalah 2,000. Bil kemudiannya akan dikongsi sama rata di antara ahli.
#2 Dalam contoh ini, RM20,000 bil perubatan akan dibahagikan dengan 2,000 ahli, dan setiap ahli mesti menyumbang RM10.
#3 RM10 akan ditolak dari Poket ahli pada 25 haribulan.
#4 Jika sumbangan perkongsian melebihi RM50 pada suatu bulan, baki perkongsian akan dikongsi pada bulan berikutnya.
#5 Untuk memastikan sumbangan yang berterusan dan mengekalkan status 'Aktif', korang hanya perlu menambah nilai baki Poket korang kembali ke RM100 jika baki sumbangan perkongsian korang kurang atau bersamaan dengan RM50 dan kemas kini yuran keahlian bulanan/tahunan korang.
Daftar Bersama Lyndung untuk Kurangkan Beban!
Pada yang kurang berkemampuan untuk memiliki medical card bagi mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan, korang boleh mendaftar program Lyndung dan menikmati manfaat program Lyndung yang menarik!
1 Comments
Tq kongsi
ReplyDelete