Travelog Thailand 4 : Koleksi Gambar Semasa Bercuti di Krabi

Travelog Thailand 4 : Koleksi Gambar Semasa Bercuti Di Krabi | Pernah tak korang tiba-tiba tersenyum bila tengok gambar kenangan semasa pergi bercuti? Betullah gambar kenangan tu macam portal ajaib yang boleh bawakan kita kembali ke saat-saat indah tu kan? Setiap gambar adalah cerita yang boleh mengingatkan kita tentang pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. 

Setiap gambar mengandungi kisah yang tersirat. Ia mempunyai keupayaan untuk menampilkan pemandangan menakjubkan, adat resam tempatan yang menarik, makanan yang enak yang telah dicuba dan pertemuan dengan orang yang membuat perjalanan kita lebih baik. Gambar kenangan ini bukan hanya gambar; ia adalah mengingatkan kita kepada kegembiraan, kejutan dan keindahan yang dialami semasa bercuti. Jom layan gambar-gambar percutian Marina semasa perjalanan dan percutian di Krabi.  


Menyantuni Anak-Anak Yatim di Emirate Orphanage House, Satun, Thailand

Selepas dah menempuh di imigresen dan kastam di pintu sempadan, kiteorang bergerak ke rumah anak yatim di Satun. Dari pintu sempadan Wang Kelian, rumah anak yatim ini lebih kurang dalam 30 minit perjalanan. Emirate Orphanage House di Satun ini didiami oleh kanak-kanak perempuan sahaja. Terpapar wajah kegembiraan anak-anak ini apabila kami sampai di sini. Tengku Mahkota Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pernah mencemar duli ke rumah anak yatim ini pada tahun 2019. Semasa tiba di rumah anak yatim, hujan rahmat turun membasahi bumi menyambut kedatangan kami.

Teringat masa Miqaila yang selalu bergaduh dengan kakak-kakaknya. Miqaila kata taknak kakak yang ni, nak kakak lain. Sajelah Marina bergurau dengan Miqaila, Marina kata, "Miqaila tu yang kena duduk rumah anak yatim, suka sangat bergaduh dengan kakak-kakak". Apabila tiba di rumah anak yatim di Satun ni, Marina cakap pada Miqaila, "Haaa, Qaila duduklah sini dengan kakak-kakak dan adik-adik." Boleh dia balas pada Marina, dia kata, "Ibulah duduk sini, ibu kan anak yatim." Mengekek Marina dengan kakak-kakak Miqaila.

Pihak pengurusan rumah anak yatim ini menyediakan makan tengahari untuk kami. Semua peserta konvoi makan tengahari di sini. Antara menu yang disediakan di sini adalah Nasi daging, bihun goreng dan pau. Marina suka sangat Nasi daging dia, sedap betul. 

Selepas makan, sesi penyerahan sumbangan untuk rumah anak yatim dan juga sumbangan kerana menyediakan makanan diserahkan kepada pihak pengurusan rumah anak yatim. 

Sesi bergambar bersama anak yatim dan peserta konvoi diambil untuk kenangan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.




Berhenti Di R&R Trang 

Selepas menyantuni anak-anak yatim di Satun, kiteorang meneruskan konvoi ke Krabi. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kiteorang singgah di R&R Trang untuk makan tengahari. Semasa ke Trang, konvoi dah berpecah-pecah sebab berhenti traffic light merah dan tak sempat nak mengejar konvoi di hadapan. Beberapa orang leader take turn berhenti di simpang-simpang sepanjang perjalanan ke Krabi kerana laluan yang dilalui ke Trang masuk ke kebun-kebun dan peserta tak tahu lokasi yang hendak dituju. Selepas itu, barulah lokasi dikongsikan di dalam whatsapp group dan mana yang terserempak atas jalanraya, meneruskan konvoi menuju ke R&R Trang. Sepanjang perjalanan ke Krabi ni, banyak sangat jumpa 7e. Dah macam kedai runcit. Tapi berhati-hatilah kalau pergi 7e sebab di area Krabi ni ada jual non-halal meat ye.

Di R&R Trang, terdapat kedai makan muslim, cafe, kedai souvenir, surau dan juga kedai kek. Di kedai makan muslim ni ada menjual nasi campur dan juga sup. Kiteorang makan bihun sup di sini. Rasa bihun sup dia sedap. Kuah sup dia yang menarik perhatian Marina sebab warnanya gelap seperti diletak kicap. Marina nampak pelbagai rempah asli Thailand yang digunakan untuk kuahnya. Selain bihun, ada juga koeytiaw dan korang boleh pilih sama ada nak ayam atau daging. 



Krabi Front Bay Resort

Lebih kurang jam 8.00 malam waktu Thailand kiteorang sampai di Krabi Front Bay Resort, tempat untuk kiteorang bermalam 3 hari 2 malam. Krabi Front Bay Resort terletak di daerah Ao Nang, Krabi, yang terkenal dengan pantainya yang cantik dan suasananya yang tenang. Dekorasi di hotel ini bercirikan gabungan gaya Morocco dan Selatan Thai moden. Hotel ini merupakan hotel muslim friendly di mana ia menyediakan makanan yang halal. Bilik di sini sangat luas dan bersih ye. Di sini disediakan bilik mandi yang agak luas juga, aircond, televisyen dan balkoni. Iron kena berkongsi.

Banyak kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan buat penginap Krabi Front Bay Resort seperti restoran dengan makanan tempatan dan antarabangsa, kolam renang terbuka, spa, gym dan perkhidmatan penyewaan kereta. Resort ni juga menawarkan perkhidmatan perundingan pelancongan.

Berhadapan Krabi Front Bay Resort ini terdapat restoran halal iaitu Paknam Krabi Seafood. Kiteorang mengadakan makan malam dan sesi tukar hadiah sesama peserta konvoi pada hari terakhir di hotel ni. Next next entri Marina cerita tentang Paknam Krabi Seafood ni.





Friendly Giants : Krabi Elephant Riding Camp

Keesokannya kiteorang berkonvoi ke Friendly Giants Elephant Camp. Dari hotel lebih kurang dalam 30 minit perjalanan. Friendly Giant Krabi Elephant Riding Camp terletak di daerah Ao Nang, Krabi, Thailand. Ianya terletak di kawasan kebun getah. Di sini, macam-macam aktiviti yang kiteorang buat. Antaranya adalah menunggang gajah, melihat persembahan gajah, memberi burung kakak tua makan dan susukan kepada anak kambing.  Kiteorang juga tak melepaskan peluang untuk memberi anak gajah makan dan ambil gambar bersama haiwan-haiwan di sini. 


Harga tiket Naik Gajah

Dewasa : 350 bhat
Kanak-kanak : 250 baht
Gambar : 200 bhat/photo


Friendly Giant Krabi Elephant Riding Camp menekankan pemuliharaan dan kesejahteraan gajah sebagai keutamaan. Apa yang Marina tengok, Friendly Giant Krabi Elephant Riding Camp menyediakan habitat yang selesa untuk gajah-gajah mereka di sini.

Ini merupakan pengalaman pertama buat Marina sekeluarga. Anak-anak enjoy bermain dengan haiwan-haiwan di sini.



Fossil Shell Beach Krabi

Kiteorang dibawa ke sini untuk shopping cenderahati. Tak tahu pun sejarah tempat ni. Tak pergi pun ke laut berdekatan kedai-kedai ini sebab kiteorang akan konvoi ke destinasi seterusnya. Kiteorang ke sini dapatlah shopping souvenir sikit untuk ahli keluarga dan kawan-kawan. Tapi kat sini tak banyak pilihan yang menarik.




Kayak KlongRoot Viewpoint

Kiteorang terpaksa meredah kebun getah dan nenas untuk ke Kayak KlongRoot Viewpoint ni. Siap ada yang sesat lagi. Kiteorang dibawa ke sini untuk melihat kawasan. Hahaha. Siapa nak berkayak bolehlah datang ke sini. Kata ownernya, kalau berkayak jauh sikit, ada tempat cantik boleh mandi di situ. Kedai makan pun ada di sini. Disebabkan kayak tak sesuai untuk anak yang kecil, masakan di sini bergoreng dan tempat pun tak begitu besar untuk peserta konvoi seramai ini, jadinya majoriti peserta konvoi mencari makanan di tempat lain. Marina beli makanan di tepi-tepi jalan yang halal dan balik ke hotel. Bagi anak-anak mandi kolam di hotel.



Pasar Malam di Masjid Al-Munawarah Ao Nang

Selepas anak-anak dah mandi kolam, kiteorang decide nak pergi berjalan-jalan di pasar malam Krabi. Tetapi susah pulak nak mencari parking. Husband ajak pergi ke pasar malam di Ao Nang. Ia mengambil masa lebih kurang 25 minit dari Krabi. Sempatlah kiteorang melihat di kawasan sekitar Ao Nang. Tapi tak nampak pantai Ao Nang sebab kiteorang tiba di Ao Nang dah gelap. Suasana di Ao Nang lebih meriah daripada Krabi dan lebih banyak kedai dan restoran di sini. Kiteorang sempat beli ice cream roll dan pulut mangga sahaja di sini. Cadangnya nak makan di Ao Nang, tapi tempat parkingnya jauh dari tempat makan. Sudahnya, kiteorang patah balik ke Krabi dan pergi ke Krabi Night Street Food.



Krabi Night Street Food

Tempat ini dicadangkan oleh seorang staff di Paknam Krabi Seafood. Masa tu restoran ni dah tutup. Dia cadangkan kiteorang ke Black Crab Night Market. Pusing-pusing terjumpa Halal street food. Ingatkan Blak Crab Night Market, dah balik Malaysia baru tahu rupanya bukan. Di sini hanya menjual makanan sahaja. Kawasan menjual makanan halal dan non halal diasingkan. Puas hati beli makanan kat sini. Marina rasa tomyam kat sini paling sedap sepanjang berada di Thailand. Kedai dia nombor 2 dari kiri. Ownernya seorang wanita pandai berbahasa Melayu. Next entri Marina share apa yang Marina beli di sini.








Post a Comment

0 Comments