Travelog Thailand 1 : Itinerary Konvoi Pada Hari Merdeka 66 Aruz Ke Krabi Pada Musim Cuti Sekolah

Travelog Thailand  1 : Itinerary Konvoi Pada Hari Merdeka 66 Aruz Ke Krabi Pada Musim Cuti Sekolah 2023 | Cuti penggal kedua pada cuti sekolah 2023 yang bermula pada 26hb Ogos 2023 adalah cuti sekolah yang dinanti-nantikan oleh Marina, anak-anak dan husband. Pada cuti sekolah kalini, perancangan dilakukan untuk pergi bercuti ke Thailand telah dirancang dari awal lagi. Marina merancang untuk bawak anak-anak bercuti di Krabi, Thailand.

Cuti sekolah 2023

Kalender cuti sekolah 2023/2024


Konvoi Merdeka 66 Aruz ke Krabi pada Cuti Sekolah 2023

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 66 tahun 2023 ni, sebanyak 66 biji kereta Perodua Aruz yang menyertai konvoi ke Krabi ni. Ini merupakan kali pertama Marina menyertai konvoi seumpama ini. Berdebar juga sebab tak pernah menyertai mana-mana konvoi. Dahlah ramai, 66 bji Aruz, bukan 66 orang tau. Tambahan pula pada musim cuti sekolah pulak tu. Alhamdulillah konvoi dari Wang Kelian sampailah ke Krabi berjalan dengan lancar. Tiada masalah di imigresen dan kastam semasa di pintu masuk Wang Kelian. Cumanya agak kelam kabut sikitlah sebab ramaikan. Jom Marina kongsikan tentatif sepanjang Marina berada di Thailand. Next entri Marina cerita kisah semasa mengadap imigresen di sempadan pulak.


Tentatif Konvoi Aruz Ke Krabi

Tentatif Konvoi Aruz di Krabi ni 4 hari 3 malam sahaja. Tetapi ada juga peserta yang nak sambung bercuti di Hatyai, makanya kiteorang pun sambunglah juga perjalanan ke Hatyai. Dah alang-alang pergi bercuti ke Thailandkan. Kalau nak pergi lagi sekali tak tahulah bila lagi. Di sini Marina share tentatif sepanjang berada di Thailand.

Sebagai makluman, waktu di Thailand lambat satu jam berbanding waktu Malaysia. Macam contoh di Malaysia pukul 7.30 malam, di Thailand pukul 6.30 petang. Tetapi pukul 6.30 petang di Thailand dah gelap. 

Waktu solat juga berbeza. Kalau di Malaysia, contoh waktu Maghrib di Ipoh pukul 7.22 malam, waktu Maghrib di Krabi pukul 6.32 petang.


25 Ogos 2023 (Jumaat)

5.30 pm - Lepas ambil anak dari sekolah, kiteorang bersiap-siap, pergi beli makan dan bergerak ke Perlis. Kiteorang bermalam satu malam di homestay di Perlis sebelum berkumpul di Wang Kelian keesokannya.


26 Ogos 2023 (Sabtu)

6.00 am - Berkumpul di Masjid di Wang Kelian. Solat Subuh. Tunggu di pintu masuk Wang Kelian.
8.00 am - Pintu di Wang Kelian bukak. Urusan di imigresen. 
9.00 am - Konvoi ke rumah anak yatim di Satun, Thailand.
9.30 am -  Sampai di rumah anak yatim Satun, Thailand. 
11.30 am - Bergerak ke Trang untuk lunch di RNR Trang.
12.30 pm - Konvoi ke hotel di Krabi.
7.00 pm - Tiba di hotel. Check in di Hotel Front Bay, Krabi.
8.00 pm - Cari makan di Black Crab Market (pasar malam) di Krabi. Ingatkan takde makanan. Bertembung pulak dengan organizer, dia belikan makanan kat situ jugak. Tiba-tiba kiteorang jadi bidan terjun angkut makanan ke hotel untuk peserta lain.


27 Ogos 2023 (Ahad)

7.00 am - Breakfast di Hotel Front Bay. Bayar 1200 Bhat (2 hari untuk 5 orang). Makanan tak berapa nak sedap tapi layankan aje.
8.30 am - Bergerak ke Friendly Giant Naik gajah.
12.00 pm - Pergi ke kedai souvenir untuk beli sedikit ole-ole.
1.30 pm - Balik ke hotel
3.00 pm - Anak-anak mandi kolam
7.30 pm - Jalan-jalan di Ao Nang night market
10.00 pm - Tidur


28 Ogos 2023 (Isnin)

6.30 am - Breakfast sendiri
8.30 am - Kiteorang tak join island hoping. Bergerak sendiri ke Phuket.
11.00 am - Tengok Dolphin di Phuket
12.30 pm - Lunch 
1.00 pm - Jalan-jalan area Phuket. Patong Beach.
6.00 pm - Dinner di Paknam Krabi dan sesi pertukaran hadiah.
10.00 pm - Tidur


29 Ogos 2023 (Selasa)

7.00 am - Breakfast di Front Bay Hotel
8.00 am - Check out hotel
9.30 am - Konvoi ke Hatyai
1.00 pm - Singgah lunch di RNR Trang
5.30 pm - Check in hotel
6.00 pm - Marina dan husband ke Lee Garden pergi money changer. Alang-alang jalan-jalan di Lee Garden night market beli makan.
8.00 pm - Pergi ke Asean Night Market naik tuk tuk
11.00 pm - Tidur


30 Ogos 2023

9.00 am - Breakfast dalam kereta. Makan apa yang ada. Gerak ke Central Mosque of Songkhla Province
9.30 am - Sampai di Central Mosque of Songkhla Province
10.30 - Sampai Samila Beach
1.00 - Lunch di Ayutthaya, Hatyai
2.30 pm - Berkemas. Check out hotel
4.00 pm - Ke Danok. Shoping.
4:30 pm - Balik Malaysia

Cuti sekolah 2023


Pengalaman Berharga Ketika Bercuti di Krabi, Thailand

Kalau tanya best ke tak pasal percutian, pasti semua yang pergi bercuti akan merasa seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga. Tak dinafikan juga kita tak dapat mengelakkan kecelakaan yang berlaku semasa sedang bercuti. Alhamdulillah, anak-anak enjoy bercuti di Krabi. Bukan setakat Krabi, malahan diorang dah sampai ke Phuket, Hatyai, Songhkla, Danok dan Satun. Marina dan husband pun merupakan kali pertama sampai ke Satun, Krabi dan Phuket.

Pelbagai pengalaman pertama yang didapati semasa bercuti di Thailand seperti tengok gajah secara dekat, menonton persembahan ikan lumba-lumba dan macam-macam lagi.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa menyertai konvoi ini bukan hunting burger CP di 7e ye. Marina tak teruja pun nak beli barang-barang viral semasa di sana. Apa yang seronok semasa konvoi ini adalah mendengar celoteh peserta-peserta konvoi di aplikasi Zello semasa konvoi. Semuanya sporting, perjalanan tak mengantuk dan tak kering gusi dibuatnya. Zello ni adalah aplikasi di dalam phone yang berfungsi sebagai walkie talkie.

Selain itu, apa yang paling dirindui adalah kelajuan internet di Thailand. Husband beli satu simkad sahaja. Marina dan anak-anak semua kongsi internet dengan husband je. Coverage internet di Thailand sangatlah memuaskan hati walaupun korang berada di dalam kebun getah. 

Nanti Marina akan ceritakan lebih detail mengenai suasana, aktiviti dan perjalanan pada hari pertama, kedua dan hari-hari seterusnya di Thailand pada next entri.




Post a Comment

0 Comments