Travelog Thailand 8 : Tempat Makan Halal Sepanjang Berada Di Thailand

Travelog Thailand 8 : Tempat Makan Halal Sepanjang Berada Di Thailand | Makanan Thailand adalah masakan yang terdiri daripada gabungan rasa, warna dan bau yang menarik. Negara ini terkenal dengan hidangan yang terdiri daripada rasa pedas, rasa manis dan rasa segar yang dihasilkan oleh pelbagai rempah herba.

Actually tak banyak tempat makan yang Marina hunting sendiri, sebab masa agak terhad. So, mana yang jumpa semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat, Marina terus singgah beli dan makan.

Sebelum Marina kongsikan tempat makan yang Marina singgah, jom kita tengok makanan popular di Thailand.



Makanan Popular Thailand

Makanan popular Thailand mempunyai pelbagai rasa dan pengalaman masakan yang menarik. Actually dekat Malaysia ni pun dah banyak kedai-kedai tomyam yang pernah kita makan masakan Thailand ni kan? Cuma mungkin rasanya agak berbeza sedikit daripada di tempat asalnya. Beberapa makanan popular Thailand :

Tom Yum Goong - Sup pedas diperbuat daripada campuran bahan-bahan seperti udang, cendawan, herba, tomato dan rempah-rempah khas Thailand seperti serai, daun limau purut dan cili. 
Pad Thai - Mee goreng yang dihidangkan dengan telur, udang atau ayam dan bahan-bahan perasa seperti asam jawa.
Som Tum - Salad yang terdiri daripada pucuk betik hijau, tomato, kacang panjang dan cili. Salad ini memberikan rasa yang menyegarkan dengan perasa manis, masam dan pedas.
Green Curry (Kari Hijau) - Hidangan kari dengan santan, daging dan rempah hijau.
Massaman Curry (Kari Massaman) - Kari lembut dengan pengaruh Melayu, disajikan dengan daging dan kentang.
Mango Sticky Rice (Pulut Mangga) - Pencuci mulut yang lazat dengan mangga manis dan pulut.
Pad Krapow Moo (Basil Chicken) - Hidangan ayam goreng dengan daun selasih dan cili.
Khao Pad (Nasi Goreng Thailand) - Nasi goreng dengan telur, sayur-sayuran dan daging.
Satay (Sate) - Daging yang dicucuk pada lidi dan dipanggang, disajikan dengan kuah kacang.
Thai Spring Rolls (Popia Thailand) - Popia yang berisi sayur-sayuran, daging atau udang dengan sos.


Harga dan Tempat Makan di Thailand

Di sini Marina senaraikan tempat makan yang Marina beli dan makan serta harganya sepanjang Marina berada di Thailand. Total harga makan sepanjang bercuti di Thailand adalah lebih kurang RM610. Itu pun tak campur lagi beli barang makan di 7e. 

Apa yang boleh dikatakan di sini, kalau susah nak cari makan, kalau kiteorang jumpa masjid dan di sebelah masjid ada kedai makan, kiteorang akan ke kedai makan tersebut untuk makan. Tapi kiteorang akan make sure yang menjual tu seorang Muslim. Lokasi tempat makan yang Marina kongsikan ni korang boleh tengok pada entri sebelum-sebelum ni.


Satun

Di Satun, kiteorang makan di rumah anak yatim. Antara makanan yang dihidangkan adalah Nasi daging, bihun goreng dan pau. Setiap peserta kelab Aruzr memberikan sedikit sumbangan untuk makanan yang disediakan untuk kiteorang. (sumbangan ini bukan yang disumbangkan kepada rumah anak yatim). Nasi daging dihidangkan bersama sos, memang sedap sangat. Rasanya seperti Nasi Mandy Arab.


Trang

Dalam perjalanan ke Krabi, kiteorang singgah di R&R Trang. Kiteorang makan bihun sup. Tak taulah dia salah kira ke ape sebab masa konvoi ke Hatyai, sekali lagi kiteorang singgah makan di sini harganya berbeza pula. 

Warna sup dia macam diletakkan kicap tapi bukan kicap. Apa yang Marina nampak dalam periuk supnya diletakkan pelbagai jenis herba. Walaupun kuahnya nampak jernih tetapi rasanya sedap. Korang boleh pilih sama ada hendak ayam atau daging. 

• Bihun sup 4 mangkuk - RM16 (120 bhat).
• Bihun sup 2 mangkuk, kopi ais, air milo 2 - RM23 (170 bhat).


Krabi

• Hari kedua dan keempat di Krabi, kiteorang breakfast di Front Bay Krabi, hotel tempat kiteorang menginap. Di sini disediakan nasi goreng, koeytiaw goreng, roti bakar, laksa siam dan macam-macam lagi. Koeytiaw goreng dia macam tak boleh diterima tekak. Laksa siam ni dia menggunakan bihun dan kuahnya rasa seperti kuah masak lemak lontong. Breakfast untuk 2 hari di Front Bay, Krabi (5 orang) - RM160 (1200 bhat). 
• 2 Nasi goreng ayam tepi jalan area Krabi Elephant Camping. Nasi goreng ayam dia oklah jugak. Biasa-biasa je. Masa nak order tu, macam ayam dengan itik bercakap. Mujur ada customer di situ yang boleh berbahasa Inggeris. - RM14 (100 bhat).
• Husband beli pulut ayam di tempat jual souvenir. Sebelum ni Marina ada cerita tempat beli souvenir. Pulut dan ayam dia sedap. Susah kot nak cari yang sedap kat Malaysia. - RM4 (30 bhat).
• Beli pulut mangga di pasar malam Muslim di Masjid Al-Munawarah di Ao Nang - RM7 (50 bhat).
• Anak nak ais krim roll di kedai makan di Ao Nang. Ais krim yang terakhir. Mujur dapat jugak satu. Berkongsilah deme bertiga. Ingat nak makan kat kedai di sini tapi servis macam slow. Sudahnya patah balik ke Krabi Town. -  RM4 (30 bhat).
• Malam kedua di Krabi, kiteorang cari makan di Pekan Krabi. Ada staff di Paknam Krabi suggest di Black Crab Night Market sebab Paknam Krabi dah tutup. Ingatkan tempat kiteorang beli makan tu namanya Black Crab Night market. Rupanya bukan. Dalam google nama tempatnya Krabi Night street food. Kiteorang beli tomyam, telur dadar, kangkung belacan, Sukiya (macam bihun ladna), pancake Nutella dan satay ayam. Di sini tomyam dia memang padu. Yang bagusnya gerai kakak ni (2 dari kiri), kalau bungkus dia siap bagi mangkuk eh untuk letak makanan yang dibungkus. Satay ayam di sini bukan satay ayam seperti di Malaysia. Husband kata satay ayam dia seperti isi ayam yang dipanggang, tak diperap dengan bahan-bahan sos seperti di Malaysia dan dimakan bersama kuah kacang. - RM64 (480 bhat).
• Malam ketiga di Krabi, Kelab Arurz mengadakan dinner di Paknam Krabi. Puas hati juga makan di sini. Menunya ikan siakap 3 rasa, tomyam, telur dadar, sayur, fishcake masak ape tak tau. Tomyam dia tak se'kaw' di Krabi Night Street food. Dinner untuk 5 orang - RM 133 (1000 bhat).






Phuket

• Semasa perjalanan hendak ke Phuket, kiteorang terserempak makcik menjual makanan pagi di tepi jalan. Kiteorang nak survey apa yang orang Thailand makan pada waktu pagi. Makcik tu jual pulut ayam, dan ayam fillet goreng cucuk dan ada beberapa makanan cucuk yang lain. Kiteorang beli pulut ayam dan ayam fillet goreng cucuk. Harga - RM6 (40 bhat).
• Husband nak singgah kedai makan, nak beli air katanya. Kiteorang parking di masjid dan makan di situ. Happy sangat sebab jumpa roti canai. Husband nampak diorang guna roti canai frozen. Tapi still sedap. Kuah kari rasanya lebih kurang sama di Malaysia. Kari daging ye kuah dia. Siap ada isi daging. Roti canai 3 keping, air coke, kopi o, kuih badak berendam - RM13 (95 bhat).
• Dalam perjalanan nak balik ke Krabi dari Phuket, kiteorang singgah makan tengahari. Lokasi kedai berhampiran masjid. Marina dan husband makan nasi putih berlauk. Marina ambil lauk masak lemak ayam. Rasa tu lebih kurang sama tetapi rasa pelik sikit sebab rasanya dia letak daun cekur rasanya. Kebanyakan lauk pauk diorang akan letak daun cekur ni. Anak-anak makan maggi. 2 Nasi putih berlauk, maggi goreng, maggi tomyam, air botol 3, air coke - RM36 (270 bhat).



Hatyai

• Dalam entri sebelum ni, Marina ada cerita sebab-sebab kiteorang ke Lee Garden Night Market. Kalau tak, rasanye tak sampailah kiteorang di Lee Garden ni. Di Lee Garden kiteorang beli dan bungkus untuk makan di guest house. Ayam goreng (80 bhat), baby crab (80 bhat), takoyaki (100 bhat) - RM35 (260 bhat).
• Malam pertama di Hatyai, kiteorang ke Asean Bazaar Night Market. Tersangatlah crowded tempat makan dia. Nak duduk pun kena tunggu giliran. Ramai dengan orang Malaysia. Kiteorang bungkus dan makan di guest house sahaja. Kiteorang beli burger 3 (150 bhat), fries kulit ayam, isi ayam, air 3 (70 bhat), pulut durian (100 bhat) - RM49 (370 bhat).
• Hari kedua di Hatyai, selepas ke Masjid Songkhla dan Samila Beach, kiteorang balik semula ke guest house dan makan di Atthuhaya. Kiteorang makan Nasi goreng tomyam, roti milo, nugget dan fries -  RM46 (342 bhat).





Pengalaman Menikmati Makanan Di Thailand

Walaupun tak banyak tempat makan yang kiteorang hunting semasa berada di Thailand dan pada masa itu Marina rasa makanan di sana rasanya biasa sahaja pada tekak Marina, tetapi apabila dah balik ke Malaysia dan mencari makanan Thailand di Malaysia, barulah Marina dapat rasa perbezaannya. Ada sesetengah makanan Thailand yang didapati di Malaysia tak sesedap di Thailand. Tetiba rasa macam tak puas pulak nak hunting makanan lagi di Thailand.

Banyak lagi tempat makan di Thailand yang belum Marina jelajah. In sha allah ada rezeki, kiteorang nak menjelajah ke sebelah Pattani, Yala dan seangkatan dengannya sebab mengikut kata penduduk Thailand, kawasan di situ syurga makanan. 





Post a Comment

0 Comments