Travelog Thailand 2 : Waktu Operasi Imigresen, Kastam & Kuarantin (ICQS) di Pintu Sempadan Thailand | Entri sebelum ni Marina ada cerita mengenai tentatif di Thailand. Marina masuk Thailand mengikut pintu masuk Wang Kelian. Balik dari Thailand kiteorang melalui pintu Bukit Kayu Hitam. Disebabkan kiteorang membawa kenderaan sendiri masuk ke Thailand, makanya kena ambil tahu apa dokumen yang diperlukan terutamanya dari pihak kastam untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke Thailand.
Sebelum perjalanan, pastikan korang memahami dan mematuhi peraturan imigresen Thailand. Ini termasuklah syarat-syarat visa, peraturan kemasukan dan tempoh tinggal yang dibenarkan. Korang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai peraturan ini dari Kedutaan Thailand di Malaysia atau laman web rasmi Imigresen Thailand.
Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Malaysia di Sempadan Negara
ICQS Malaysia atau yang juga dikenali sebagai Imigresen, Kuarantin dan Kastam Malaysia adalah sebuah kompleks yang menggabungkan tiga agensi kerajaan utama iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kuarantin Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Fungsi utama ICQS Malaysia adalah untuk memastikan keselamatan dan kawalan sempadan negara serta menguruskan aktiviti-aktiviti imigresen, kuarantin dan kastam di pintu masuk dan keluar negara.
Agensi-agensi ini bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang imigresen, mengawal masuk dan keluar orang asing, menguruskan kuarantin dan pemantauan kesihatan serta melaksanakan pemeriksaan dan pemungutan cukai import dan eksport.
Kalau korang perasan, banyak kaunter yang korang kena berhenti semasa berada di pintu sempadan. Setiap agensi, korang perlu memberhentikan kereta di setiap kaunter untuk pemeriksaan. Berikut adalah penerangan mengenai fungsi untuk setiap jabatan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perdagangan antarabangsa, termasuklah pemungutan cukai import dan eksport, serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan perdagangan dan pengangkutan barang.
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia adalah agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengawasan dan kawalan pergerakan penduduk ke dan dari Malaysia. Tugas utama mereka adalah menguruskan permohonan visa, permit kerja, dan pas lawatan serta menjalankan pemeriksaan imigresen di pintu masuk negara.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah kuarantin dan pemeriksaan kesihatan terhadap orang dan barang yang masuk ke Malaysia. Mereka memastikan keselamatan dan kesihatan awam dengan mengawal dan menguruskan penyebaran penyakit berjangkit dan bahan-bahan berbahaya yang boleh membahayakan negara.
Jadual Operasi Pintu Masuk Darat ke Thailand dari Malaysia
Ramai yang suka ikut Bukit Kayu Hitam sebab pintu sempadannya tutup lambat. Jadual operasi pintu masuk darat ke Thailand sentiasa berubah-rubah. Oleh itu, disarankan supaya korang periksa jadual operasi terbaru sebelum perjalanan korang. Korang boleh menghubungi Kedutaan Thailand di Malaysia atau mengunjungi web rasmi Imigresen Thailand untuk mendapatkan informasi terkini mengenai jadual operasi pintu masuk darat ke Thailand.
Di sini Marina kongsikan jadual operasi pintu masuk darat ke Thailand dari Malaysia :
Pintu Masuk Dari Perlis
• Pintu Masuk Wang Kelian
- Waktu Operasi: 8 pagi hingga 7 malam
- Lokasi: Kaki Bukit, Perlis dan Wang Prachan, Thailand
• Pintu Masuk Padang Besar
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 10 malam
- Lokasi: Padang Besar, Perlis, dan Songkhla, Thailand
Pintu Masuk Dari Kedah
• Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 12 malam
- Lokasi: Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Sadao, Thailand
• Pintu Masuk Kota Putra, Durian Burung
- Waktu Operasi: 8 pagi hingga 5 petang
- Lokasi: Kuala Nerang, Kedah dan Banprakob, Thailand
Pintu Masuk Dari Perak
• Pintu Masuk Betong
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 10 malam
- Lokasi: Daerah Betong, Thailand
• Pintu Masuk Pengkalan Hulu
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 10 malam
- Lokasi: Daerah Perak, Malaysia dan Betong, Thailand
Pintu Masuk Dari Kelantan
• Pintu Masuk Bukit Bunga
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 7 malam
- Lokasi: Bukit Bunga, Kelantan dan Daerah Narathiwat, Thailand
• Pintu Masuk Rantau Panjang
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 9 malam
- Lokasi: Rantau Panjang, Kelantan dan Daerah Narathiwat, Thailand
• Pintu Masuk Pengkalan Kubor
- Waktu Operasi: 6 pagi hingga 7 malam
- Lokasi: Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan dan Daerah Narathiwat, Thailand
Urusan di Pintu Masuk Sempadan Thailand
Kiteorang berkumpul di pintu masuk Wang Kelian jam 7.00 pagi. Pintu masuk di Wang Kelian buka pada jam 8.00 pagi. Lebih kurang sejam juga menunggu giliran untuk bawak kereta masuk.
Tentang borang yang perlu diisi dan pengalaman semasa proses nak masuk dan keluar sempadan, Marina ceritakan pengalaman Marina di bawah ni ye.
Cara Masuk Thailand Menggunakan Kenderaan
1. Bawa geran original dan salinan.
2. Bawa surat authorization dari owner kereta jika menggunakan kenderaan orang lain.
3. Beli insurans kenderaan.
4. Beli insurans pelancong untuk setiap seorang.
5. Isi white card. (TM6)
6. Isi TM2. (masa masuk ke pintu sempadan diorang tak mintak dan takde cop pun)
7. Isi borang kastam Thailand Thailahttps://tta.customs.go.th/TTA/isec/UserRegisterServlet . Rasanye sama macam borang TM3. (Borang online ni dah isi awal sebelum bergerak ke Thailand)
8. Cop passport drive through di Imigresen Malaysia.
9. Parking kereta. Semua turun dari kereta berjalan ke Imigresen Thailand. Bawa white card yang dah diisi dan cop passport di kaunter.
10. Owner kereta ke kastam Thailand untuk declaration kereta. Tunjukkan geran dan tandatangan pada borang TM3 atau borang kastam yang telah diisi secara online.
Borang TM2 |
White card (TM6) dah potong separuh |
Perkara yang Disemak oleh Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Pintu Sempadan
Sebagai warga Malaysia yang ingin masuk ke Thailand, terdapat beberapa perkara yang akan disemak oleh ICQ Malaysia. Selepas Berikut adalah beberapa perkara yang biasanya disemak :
Passport
Pastikan korang mempunyai pasport yang sah dan masih valid sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh tamat. Imigresen Malaysia akan memeriksa pasport korang untuk memastikan keasliannya.
Visa
Warga Malaysia biasanya visa tidak diperlukan untuk masuk ke Thailand untuk tujuan pelancongan selama 30 hari. Namun, jika korang bercadang untuk tinggal lebih lama atau untuk tujuan lain seperti bekerja atau belajar, korang mungkin perlu memohon visa yang sah dari Kedutaan Thailand di Malaysia sebelum perjalanan korang. Imigresen Malaysia akan memeriksa visa korang untuk memastikan bahawa ia masih valid.
Dokumen perjalanan
Imigresen Malaysia mungkin akan memeriksa dokumen perjalanan lain seperti tiket penerbangan, geran kereta atau penginapan di Thailand. Pastikan korang mempunyai dokumen-dokumen ini sebagai bukti perjalanan korang.
Geran kereta katanya kena bawa yang original dan salinan. Semasa di kastam Thailand, diorang minta geran original untuk disemak sebelum owner kenderaan tandatangan pada borang kastam Thailand.
Tujuan perjalanan
Imigresen Malaysia mungkin akan bertanya mengenai tujuan perjalanan korang ke Thailand. Pastikan korang jawab dengan jujur dan sesuai dengan niat perjalanan korang.
Kewangan
Imigresen Malaysia mungkin akan memeriksa kewangan korang cukup tak untuk perjalanan ke Thailand. Pastikan korang mempunyai cukup wang tunai atau kad kredit yang mencukupi untuk memenuhi keperluan perjalanan korang di Thailand.
Actually masa Marina kat sana tak cukup duit tau. Duit cash RM takde. Mujur boleh transfer duit secara online pada tour guide. Tour guide tu ada akaun bank Malaysia. Kiteorang bank in pada dia dan dia sediakan duit dalam Bhat untuk ditukar.
Borang TM2, TM3 dan TM6
Setelah melepasi imigresen Malaysia, kiteorang parking dan semua pemandu serta penumpang perlu turun untuk isi kad pendaftaran perjalanan (Embarkation Card) yang akan disediakan oleh Imigresen Malaysia. Kad ini dipanggil kad putih (TM6) yang akan diminta oleh Imigresen Thailand ketika korang tiba di sana.
Selepas dah isi white card (kiteorang punya dah siap diisi oleh tour guide) di kaunter imigresen Thailand, kiteorang hanya perlu serahkan white card dan passport sahaja di imigresen Thailand. Imigresen Thailand potong separuh white card dan separuh lagi perlu disimpan dan ditunjukkan bila nak keluar dari Thailand nanti. Kalau hilang akan didenda. Semasa di kaunter, untuk kanak-kanak diorang akan scan muka, manakala orang dewasa diorang akan scan kesemua jari.
Dah selesai di imigresen Thailand, owner sahaja akan ke kastam Thailand (berjalan kaki. Dekat je). Di kastam Thailand, borang kastam Thailand yang diisi online tu dah siap dicetak oleh kastam Thailand. Hanya perlu tunjukkan geran dan owner kereta perlu tandatangan di borang kastam Thailand.
Borang TM2 dan borang kastam online kiteorang dah isi sebelum bergerak ke Thailand.
Pada mulanya kami diminta isi borang TM2 sendiri. Borang TM3 tak perlu isi sebab tour guide akan isikan. Sudahnya dia suruh isi kat website bawah ni je (isi awal dah sebelum bergerak ke Thailand) dan selepas dah berjaya isi, bagi nombor pendaftaran pada dia. Korang nak print sendiri pun boleh untuk standby. Tapi masa di kastam Thailand, diorang dah siap print. Kita hanya perlu tunjukkan geran dan owner kereta perlu tandatangan pada borang kastam Thailand tersebut. Borang TM2 diorang tak mintak pun.
Semasa hendak keluar dari Thailand, imigresen Thailand meminta penumpang diturunkan terlebih dahulu untuk urusan passport. Ada juga yang tak turun dan terus disemak di bahagian kaunter kastam Thailand.
Di kaunter kastam, husband bagitahu, dia serahkan borang TM2 dan borang online kastam Thailand disemak. Masa ni husband kata kastam Thailand minta 50 bhat. Marina dan anak-anak tunggu di tempat menunggu di luar setelah selesai cop passport dan husband pick up di tempat menunggu. Dengan membawa kenderaan ke kaunter 8, borang kastam online diserahkan ke kaunter 8. Owner kereta perlu tandatangan di borang tersebut.
Website borang kastam Thailand : Thailahttps://tta.customs.go.th/TTA/isec/UserRegisterServlet
Borang kastam Thailand online |
Barang bawaan
Imigresen Malaysia mungkin akan memeriksa barang-barang bawaan korang. Pastikan korang tidak membawa barang-barang terlarang atau dilarang seperti senjata, narkoba atau bahan kimia berbahaya. Biasanya semasa masuk dan keluar sempadan diorang akan check bonet kereta. Marina juga difahamkan kalau korang yang berhajat nak beli beras atau beras pulut ke boleh bawa sehingga 5kg untuk setiap seorang dalam kenderaan tersebut.
Semasa korang nak balik ke Malaysia, pastikan korang periksa balik syarat imigresen untuk masuk ke Malaysia. Pastikan passport masih valid dan siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti tiket penerbangan balik dan bukti perjalanan yang lain. Next entri Marina cerita persiapan, persediaan dan bajet sepanjang berada di Thailand.
2 Comments
teringin juga nak pergi... tapi takde pasport..hihihi
ReplyDeleteJom buat passport
Delete